Friday, June 1, 2012

Kejohanan Futsal Liga Kebangsaan TM@21 April 2012

Bermula la bermain futsal secara bertungkus lumus ini hanya kerana tournament akan bermula di Kelantan. Kalau dulu aku cam malas nak masuk but this year aku cam terasa nak wakil IP, alhamdullilah sesi pemilihan aku lepas so dapat la aku main.  Kalau diikutkan aku main striker dulu tapi oleh keranadah banyak orang jadi striker, so aku pun tak kisah la main apa2 pun position pun.  Kenkadang aku letih aku main goalkeeper, kenkadang aku layan jadi defender, semuanya hanya kerana nak rest sikit atau ayat yang sesuai adalah bila pancit, layan la position yang boleh relax skit.  Ni memang taktik kalau letih, lama2 jadi habit la kan suka plak jadi defender, anyway position ni kasi aku jadi ganaz skit.  Tapi tak tau la aku memang suka mengganas bila orang buat aku atau aku rasa orang body contact ngan aku.

Boleh dikatakan hari2 kami praktis cuma selang sari atau hari2, letih jangan nak kata lam tapi atas semangat kesukanan dan minat aku, memang aku layan ja main futsal ni.  Kenkadang kita orang training kat MPH, iaitu dewan multipurpose company kita orang, kat sini senang skit tak yah kita orang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.  Dalam kawasan ofis kita orang, aku suka ja main dalam kawasan sendiri, salunya kira orang training kat Ampang Sport Planet, may be kat sini banyak court so salu ja dapat kalau booking.  Bila nak pi court ni aku salu tensen sebab jalan menghala ke sana sangat jem. Kenkadang perjalanan yang buat aku letih bukan sebab main yang kasi letih, tapi main futsal memang letih la, leh kasi kurus cepat.  Lepas main futsal abis lemak2 kat perut turun.

Perjalanan kami ke Kelantan Darul Naim, bermula pada hari Jumaat, semua pemain diberi perlepasan untuk membuat perjalanan ke sana.  Ada di antara team kami yang sanggup naik flite duit sendiri sebab malas nak naik coaster@van TM.  Aku mengambil jalan yang mudah naik je van TM ni, lagi pun naik ramai2 mesti fun.  Aku tak berapa sihat, so rasa cam semacam je badan, makan pun tak berapa selera, cam ne nak main game esok.  Sampai agak lewat kat Kelantan, dengan perjalanan yang agak mengambil masa yang agak lama, buat aku rasa tertekan, dia orang kuaq makan aku kirim je, letih dan lena.  Tak sedar pukul berapa dia orang balik bawa balik makanan aku, aku pun makan je tapi cam kurang selera sikit la sebab dah tertido.

Sebelum bertolak ke Kelantan dengar briefing


Awal2 pagi Sabtu kami bersedia menuju ke Futsal Court, adoi aku rasa ketaq juga sebab first time masuk tournament besaq cam ni, dulu orang ajak aku cam endah tak endah, jaga body takut injured, jaga hati bos sebab time tournament ni aku bz dengan tugas kerja aku.  This time aku sangat menjaga prestasi kerja aku demi nak masuk tournament ni, time2 ni la salu process bonus dan merit akan berlaku.  Bila tengok ramai orang of course rasa gementar aku mula la..kuaq masuk toilet buang air yang tak berapa banyak pun.  Anyway first game aku cam gabra skit, so lintang pukang skit prestasi aku, manager tegur tapi aku accept la sebab memang aku rasa cam kelam kabut ja.


Menunggu perasmian

Antara orang kenamaan yang hadir untuk perasmian futsal

Main game ni bila seri kecut, bila menang suka, banyak game aku main rasa penat sangat setiap game aku main, tak dak orang ganti2 tempat aku, memang sangat penat tapi demi kenkawan aku gagahi juga untuk bermain.  Semua game sangat mencabar, paling frust dengan Sabah sebab kalah penalti, paling best dengan Penang sebab menang 3 berbalas kosong.  Kalau diikutkan kami banyak player injured tapi demi pasukan semua berani mati main, aku sangat teruja dengan semangat geng aku ni.  Aku pun sakit kaki juga masa defend bola striker Sabah, rasa terkulai layu kaki aku, tapi aku tahan juga masa main last game ngan Team Kedah Perlis.  Anyway semua ni gud experience untuk aku yang baru sertai tournament, next time dah tahu la cara2nya.

Apa pun kami dapat tempat ketiga dan membawa pulang RM1000, lepas dinner malam tu amik hadiah ingat nak jenjalan tapi badan rasa penat dan letih melampau.  Keesokkan arinya kami berjalan di Pasar Khadijah, aku sopink periuk, serunding ngan kopok, serunding tu beli nak bawa gi Korea dan ada yang kirim. Aku sebenarnya demam masa berjalan2 kat pasar khadijah tu tapi gagah juga sebab lama tak pi masuk pasar ni, nak tengok ada apa yang best.  Masa time makan aku memang tak leh masuk nak makan apa pun, tapi lepas minum air ijan order tu rasa ok skit.


Bergambar kenangan bersama team lelaki naib johan kami menang tempat ketiga

Lepas sopink sakan kat sini, kami pun meneruskan perjalanan balik KL, dalam perjalanan tayar meletup terkandas sampai pukul 3.30 kat kedai tayar.  Sebelum tu tayar dah pancit semalam, masa depa nak berpoya pi merayau malam tu, tengok2 tayar van dah meletup tanpa disedari.  Nasib baik ada yang prihatin, big bos, Ketua Kelab menyusul dengan pantas untuk melihat keadaan kami dan begitu juga En Amid yang SMS tanya kami, may be dia orang risaukan kami.  Singgah di Raub untuk makan malam, akhirnya kami tiba di KL hampir pukul 1 pagi.  Perjalanan yang jauh dan penat ni buat aku serik juga untuk ke pantai timur, next time kalau nak jenjalan sana kena naik flite la, 12 jam dalam van buat kami bosan, tapi terhibur dengan aksi masing2 yang cuba menghilangkan kebosanan.   Dek kerana futsal ni aku MC dua orang, tak boleh bangun, penat sangat.  Hu hu

Shopping dalam Pasar Khadijah

Tayar van kami pancit

Tensen bila HQ tak kasi tukar tayar

Last stop untuk makan malam




No comments: