Saturday, June 2, 2012

Tiaranita 2012@Trengganu

Every year aku join event Tiaranita, untuk this year aku cam lemau skit rasa cam malas2 je nak join sebab banyak sangat trip jenjalan dalam negeri aku.  Lagi pun Trengganu macam destinasi wajib aku je tiap2 taun, sebab kak aku dok kat Dungun. First event aku join Tiaranita kat Sabah, tu pun sebab masuk menari, masa tu aku gila menari, tapi sebenarnya futsal lagi aku gila la kot, demam pun masih gila nak main.  Dulu suka la menari lagu Lady Gaga@Poker Face, la ni aku sekadar join nak berjalan2 saja, jangan harap aku nak habiskan masa aku untuk menari lagi.

Aku dah tarik diri dari nak gi KualaTrengganu ni, bukan apa aku rasa cam buang duit saja kalau aku gi sini, of course duit beli baju sutera mesti kena beli punya.  Atas dasar kenkawan aku beralah je ikut juga, walaupun body aku tak berapa sihat, selepas MC dua hari akibat bermain futsal last week di Kelantan.  Aku gagahi jua walaupun hati kata tak mau. Perjalanan kami bermula 5.00a.m, kami janji bertiga kumpul kat Menara TM, semua datang tepat waktu so bertolak la kami on time.  Dalam perjalanan aku pilih dok belakang, ya la tak sihat aku mau baring badan aku.  Masa kat tol Karak, Rehan ngan Kak Haida kejut aku tengok pemandangan matahari menyingsing di pagi hari di sepanjang perjalanan, memang sangat cantik bila aku mengagahkan diri untuk tengok.

Bila fajar menyingsing

Kebanggaan Petronas

Perjalanan kami tak mendapat banyak rintangan kami sampai di Hotel Primula Beach pada waktu yang tenang, maksudnya ramai lum sampai lagi so senang amik kunci bilik terus check in.  Lepas check in kami pi layan makan ikan celup tepung dan sotong tepung disamping makan jagung bakar dan keropok lekor.  Lepas tu balik hotel aku relaq kejap, Kak Haida kena lapor diri, sebab dia AJK, so yang tinggal aku ngan Rehan, lepas rehat kejap aku ngan Rehan pi jalan Pasar Payang, Rehan beli t-shirt aku plak beli Narita, aku beli sebab color dia memikat hati aku, of course hijau la kan.  Pada waktu itu kondisi badan aku kurang stabil, kesian Rehan dia beli dengan cepat, sebab aku dah mengadu sakit nak balik tidur.  Apa2 pun sempat la dia beli keropok dan t-shirt untuk ole2.

Pandangan dari bilik hotel, swimming pool Primula Hotel

Beli Narita sebab color dia aku suka, memang kelakar

Balik kat hotel aku landing terus atas katil, sakit kepala ngap2, ni bahana letih berfutsal agaknya, lagi pun aku rasa badan aku belum pulih sepenuhnya dari MC dua yang diberi doctor.  Bila aku jaga, Kak Haida cakap dah berapa kali dia balik bilik hotel dia tengok aku asyik lena ja, aku memang makan ubat, tapi tak sangka lena sampai pukul 10.00 malam.  Bangun2 rasa lapar, so memang la nak kena layan makan nasi, sebab petang tadi aku tak makan nasi, kesian Rehan dia dah makan so kami paksa dia pi bawa kami makan pula.  Apa leh buat malam tu ramai orang, malam minggu semua kedai makan abis nak order apa pun tak dak.  Nasib badan la kami, memang tak faham, awal lagi apa pun tak dak. 

Esok awal pagi bersiap pakai t-shirt yang diberi, kami semua bertolak menuju ke Stadium negeri Trengganu untuk upacara pembukaan.  Sedikit kelainan pada sambutan Hari Tiaranita 2012, acara yang berbeza telah disusun atur, antaranya acara wajib yang masih kekal, perbarisan, yang baru pula adalah acara mengubah, make up, main dart, main congkak, kuiz, mengubah nasi lemak, cup cake dan lain2 lagi.  Aku rasa best juga la untuk knowledge.  Ada juga motivation talk, yang bestnya YB Dato' Seri Rafidah Aziz, dijemput untuk memberi talk, aku tabik spring la kat dia, dia memang best, cakap cam bertih dan very informative, rugi sapa tak pernah dengar dia cakap, aku suka sangat.


Aku saja over skit

Selepas kasi talk, Dato' jadi juri pada gubahan pula

Pemenang untuk kategori gubahan kain

Ni pemenang gubahan cupcake


Ijan call kata dia ada kat Trengganu, dia amik aku ngan kak Haida bawa pi Pasar Payang, lepas tu kami layan makan ikan celup tepung lagi, kak haida ja yang layan aku tak selera dah, aku makan kopok lekoq ja.  Kak Haida banyak shopping aku layan Kain Sutera ja selai, sebabnya kopok lekoq aku dah kirim dengan kawan Rehan, lagi pun aku dah shopping kopok kat stadium hasil jualan ahli tiaranita juga.  Selepas semua acara tamat dan lunch aku cepat balik hotel, aku malas tunggu naik bus, so aku menapak dari stadium ke Primula Hotel, tak la jauh sangat, lagi pun aku sengaja nak pecah peluh dengan keadaan aku yang tak berapa stabil ni.  Di Sebelah malam pula kami ada dinner bertemakan songket, aku ngan Kak Haida siap pi make up kat salon nak kasi cantik malam tu.  Acara dan pertunjukan dinner malam itu agak suram, aku ngan Kak Haida blah balik awai, kami bilik lena terus.

Aku turut mengenakan songket untuk tema dinner malam tu


Kami balik Hari Isnin, ahli tiaranita diberi pelepasan, so unrecorded cuti la kita orang, dalam perjalanan balik Rehan cam keletihan sebab dia lepas dinner gi berborak sakan dengan kawan dia, aku tak taw dia balik pukul berapa sebab dia bilik sebelah.  Oleh kerana dia penat co-driver kena take over la, lebih kurang dalam 2.30 petang kami selamat kembali ke Kuala Lumpur, perjalanan tak le memenatkan sangat cam aku gi Kelantan. 



No comments: