Friday, August 31, 2012

Tidur

Tidur yang cukup menyihatkan tubuh badan, tapi kalau tidur yang terlebih apa plak akibatnya.  Lately ni aku rasa cam asyik tidoq ja, risau plak.  Balik keje aku dah tidur sanggup lapar, tidur lagi penting, macam aku dok cover tidoq yang tak cukup ja, walaupun balik kampung aku consider tidur lebih juga.  Risau oh risau apa nak jadi dengan aku ni, terlebih pun risau tak cukup tidoq ok plak.  He he he, lumrah la manusia mana pernah puas hati dengan apa yang dikecapi, bila dah ada tu nak ni, dah ada ni nak tu.

Kalau tidoq aku ni kasi aku gemuk, aku takut la sebab nanti gemuk cam sembab, muka tak berseri bengkak semacam.  Konon2 jaga penampilan la pula, salunya main tibai ja muka jangan harap aku nak jaga sebab aku tak la kategori orang suka make up tebal2 so aku assume my skin tak la sangat rosak compare to others yang suka menempek2 muka dengan foundation mau kasi cantik. Walaupun lepas cuci make up rasanya cam biasa saja muka, dok cuci guna cecair tu cecair ni, kalau tuhan dah kasi cam tu cam tu la muka, tak payah guna pelbagai jenis barang nak kasi cantik.  Yang penting hati bersih so naik la seri muka, so tak yah nak bazirkan duit beli make up yang merosakkan kulit di kemudian hari.

Tidur juga memainkan peranan penting untuk muka berseri, tapi kalau tidur lebih muka dah jadi lain dah.  Ni consider muka pemalas dan muka ada masalah.  Pandainya aku mengumpatkan, biasa la kalau aku dah mengarang of course jalannya idea aku nak mengata orang, bukan apa, salunya aku menulis berdasarkan apa yang aku observe, bukan masa terdekat tapi setelah sekian lama, cam tu gak aku observe sikap orang, kalau aku rasa dah tak tahan aku cakap je.  Hish apa kena cite ni dengan citer tidur, melalut plak aku ni, cuma aku terfikir la may be aku asyik tidur coz masa bulan puasa aku consider tidur tak berapa cukup la kot, kejap2 je dah jaga, kenkadang tak dapat nak tidur sangat, itu yang dapat aku concludekan kat sini, kalau ada faktor lain, wallahualam....





Saturday, August 25, 2012

Sakit Kepala Lagi

Bukan kali pertama aku sakit kepala, dah berkali2 aku sakit, yang sampai kena muntah pun ada, kalau idak tak tenang.  Nak kata kritikal tak la kritikal, tapi kalau menyerang apa pun aku tak boleh nak buat.  Kalau drive pun aku kena stop macam ari tu, masa nak gi HRC Penang, aku terpaksa patah balik, stop lepak kat Batu Feringgi baru teruskan perjalanan.  Masa on the way balik dari kampung ke sini pun sama, aku kena stop kat Sg Perak untuk muntah dulu, baru ok skit tapi ngap2 kat kepala aku tak baik juga, cuma rasa lega skit bila muntah.  Penyakit muntah ni aku tak gemar sebab kena cepat2 kalau idak abis la macam budak kecik.  Lepas muntah nak makan takut la, takut keluar lagi, ni la penderitaan aku yang aku tak tau puncanya apa. 

Masa ari tu aku ingat lagi pi pasar malam Taman Medan, aku muntah dalam kereta tiga plastik, tuhan ja tahu apa jadi kat aku masa tu, sampai pi umah kawan aku kat area tu minta bantuan.  Muka pucat lesi, nak bangun pun tak larat, lepas pak tih dia buat ayaq penawaq aku lena umah dia sampai pukul 11 malam baru la aku segaq, jaga2 terus nak balik umah, sebelum tu kawan aku cakap muka pucat lesi sampai dia takut tengok.  Sakit pala aku ni baik kejap, pas tu masa drive buat hal balik, nak kata aku dok pikiaq masalah macam tak dak, kerap sangat ni menyerang, masa bulan posa tak dak plak.  Tu yang aku conpius, masa bulan posa badan elok ja, aku leh bangun solat tahajud gi tiap2 malam.  Tapi bila dah abis posa, sakit menjadi2, hantu setan dah dilepaskan sebab tu la kot aku jadi cam ni.

Banyak kali menyerang time tu juga aku rasa nak muntah, so kena stop dulu bila muntah baru ok skit, tapi sakit tak juga baik.  Masa pi Jeram Besu, Pahang pun sama aku siap minta Mar stopkan kete sebab aku dah tak tahan nak muntah, tu time dia drive.  Time aku drive pun sama, kalau kat opis pun sama aku sakit pala pi muntah kat toilet juga, tak tahan aku amik MC balik umah.  Macam mana nak setel masalah aku ni, penyakit apa aku alami ni aku sendiri tak tau nak jelas, kalau salu dok habaq sakit pala orang cakap tu cakap ni memang senang, tapi aku sendiri alami tuhan ja taw.  Ada yang suruh aku pi berubat jumpa ustaz, kenkadang aku rasa nak pi tapi kenkadang aku rasa cam terpesong caya2 menda cam tu.  Wallahualam...




Friday, August 24, 2012

Cintaku Beralih Arah

Ermm..nie yang dikatakan cinta boleh berubah, he he bukan semestinya cinta dengan manusia ja boleh berubah cinta juga boleh berubah pada barang2 yang kita suka.  Susah rupanya nak setia pada satu brand, walaupun dah suka gila dengan barang tu tapi disebabkan factor lain2 kita juga akan berubah cinta pada yang lain.  Dulu aku setia, sekarang aku dah tak kisah dah, sebab apa aku tak kisah, may be cinta tak semestinya setia la kot.  Kalau cinta dengan orang pun boleh berubah tak kan cinta membeli barang pun ubah. 

Apa yang aku nak cite kat sini adalah keconfusesan aku nak membeli kereta baru, aku sebenarnya syiok gila dengan Honda tapi balik kampung hasutan kakak atau hasutan sapa saja, aku terbeli Toyota.  Ni decision aku yang paling tak boleh blah, aku rasa dah bertahun aku tunggu nak beli Honda tapi aku booking Toyota.  Anyway alhamdullilah tercapai juga niat aku nak tukar kereta baru, cuma yang menjadi persoalannya nape cinta aku berubah, aku siok sakan dengan honda tapi aku beli Toyota, ayat ni aku repeat sebab aku sendiri rasa cam tak caya apa yang aku buat. 

Apa apa pun aku dah booked so aku kena la bersabar sehingga sebulan, kereta ni aku beli plet Penang, dah lama aku nak pakai plet sana may be urusan beli kereta lebih mudah masa aku di KL so aku batalkan niat aku.  Memang aku berniat kereta ketiga aku ni tak mau lagi buatan Malaysia, bukan sombong cuma teringin nak pakai kete import plak.  My first car WHL4011, Proton Saga Aeroback Merah pakai tak lama sangat aku tukar, second Car Proton Waja WLB4797, Waja paling lama sampai abis la aku bayar loan aku.  So my third car of coz tak nak kete Malaysia dah, nak pakai kete lain import plak.

Masa aku gi bazar ramadhan, mata aku asyik terpandang toyota ja, so macam mana tak beli toyota, aku pilih kereta baru aku ni White Pearl coz aku nampak sangat cantik, ni pandangan mata aku la, mata orang lain aku tak taw..tunggu saja sebulan lagi, nanti lepas dapat kereta baru lah aku declare kereta apa aku beli.  He he he....




Thursday, August 16, 2012

Misi Shopping Raya

Alhamdullilah akhirnya misi aku selesai, misi apa yer, he he he, misi cari baju raya kat mak dengan adik la.  Niat hati nak pi Jalan TAR, tapi aku gi Ampang Park dengan Zira dan frens dia.  Aku dan Zira sepakat beli jubah color sama untuk mak kami.  Aku juga jadi consultant untuk Zira pilih baju raya dia, he he dia pun suka aku pilih baju color tu kat dia.  Aku dapat jubah color biru serta tudung yang aku rasa sangat cantik kalau mak pakai pagi raya pi solat hari raya.  Untuk adik aku dah beli awai skit dekat dalam ofis aku ada bazar ramadhan, aku beli baju kurung biasa saja untuk dia, jangan nak cikadak ambil je ek..he he

Wallahualam mak suka ke tak, mak ni kenkadang susah nak predict dia suka ke tak apa yang aku.  Kalau arwah ayah dulu, senang tak banyak soal, baju melayu tak kira color dia suka je. Prinsip aku tak kan aku kalau beli baju raya, kalau kita beli mahai2 untuk diri kita tak kan kat family kita tak boleh beli kot. Tambahan plak kalau kita ada banyak helai, orang lain ada selai dua helai tak patut la kan, kita nak bergaya sensorang masa raya. Kalau berkesempatan aku nak beli kasut raya kat mak esok, tengok la kalau sempat dan kalau tak jem boleh keluar gi shopping. Dengan keadaan muka bumi KL yang sesak di akhir2 ramadhan ni aku rasa malas nak ke sana, dan aku plak memang tak suka berhimpit2 dengan orang lain.

Ermm, aku jugak shopping kuih2 raya, separuh untuk rumah aku kat sini, separuh bawa balik kampung kat mak. Kalau kuih moden salunya mak tak layan sangat makan, so aku la yang salu bawa balik untuk umah kampung. Misi buat kueh raya gagal sebab aku asyik kiok lepas buka puasa, adakalanya aku terbabas berbuka puasa, keletihan macam aku kerja buruh binaan saja.  Tak pa lepas balik raya aku cuba la buat, may be masa tu aku segar bugar dan larat buat apa saja.  Ada dua kali ke tiga kali aku tak ingat, sekali tu terbabas sampai pukul 8.00 baru terjaga nak berbuka, dan terbaru aku terbabas sampai pukul 9.53 malam.  Dasyat kan, letih sungguh aku berpuasa kali ni, asyik tidur saja.  May be letih pi sopink lunch tadi, sopink dalam bangunan yang tak panas, kalau kat Jalan TAR mau pengsan aku, nampak gayanya.




Monday, August 13, 2012

Conpius Sekejap

Dah lama tak coret kat sini, masa drive tadi tiba2 teringat sesuatu yang aku nak share kat sini.  Aku bukanlah alim ulamak dan juga bukan cerdik pandai dalam hal2 agama, cuma acapkali aku bersua dan orang2 yang cenggini, yang mana aku rasa conpius dengan dia orang.  Kalau dalam fesbuk bukan main share pasal agama, tak sudah yang tu nasihat aku wat solat sunat ni wat solat sunat tu.  Tapi aku sedih sebenarnya empunya diri pun tak tahu cam mana nak buat solat tu dan salah cakap plak info pasal solat sunat tu.  Aku semakin conpius bila dia cam tak sedar diri mengata orang pasal isu2 semasa, sedangkan aku nampak dia pun sama saja. 

Solat tahajud pun dia tak tahu macam mana nak buat, ada hati nak suruh aku buat, bacaaan dia cakap pun salah, dah terbalik dengan solat istikarah.  Memang aku bukan alim ulama, dan masih jahil lagi pasal agama, tambahan pula tak pakai tudung, so nampak cam aku tak tahu pasal agama, tapi insyallah aku rasa aku terer skit dari orang yang suka berdakwah kat fesbuk atau face to face dengan aku.  Satu lagi ada juga yang berusia berlagak cam tahu semua tapi terkantoi juga tak pernah buat, nasihat aku tak yah la, nak eksen tunjuk pandai, kalau sendiri pun cam alim2 kucing ja. 

Ada lagi yang aku musykil kenkadang dia cakap pasal agama macam bagus, tapi dia pun tak ikut sangat apa yang agama ajar.  Cara dia consult aku cam dia bagus sangat, aku rasa terpesong pun ada, kenkadang dia percaya benar dengan mat salleh dari barat.  Kenkadang dia taksub dengan ilmu sihir, kenkadang dia pergi jumpa bomoh.  Pas tu dalam facebook bukan main share info tu info ni macam dia buat semua tu.  Sebab tu orang cakap dalam facebook banyak drama queen dan drama king.  Ada yang berlagak pandai, ada yang asyik update status frust memanjang, kalau status aku up, banyak ja yang komen, macam la aku tak menyampah status depa.



Tuesday, August 7, 2012

Mengantuk Wei

Bulan puasa tahun ni aku kuat mengantuk, dekat ofis mesti tidur kat tempat aku.  Tak taw la pasai apa, may be bangun awal sangat idak pun sebab memang bulan puasa semua orang cam ni.  Hampir setiap hari aku akan tidur sekejap kat meja aku, letak muka atas laptop.  Malu pun ada tapi kalau aku tidur dalam stor tak plak lelap, tempat tak selesa aku boleh lena baik punya, kalau tempat elok aku tak tidur plak.  Ntah la may be salah aku juga amalkan trend tidur kejap bangun balik, pas tu tak tido2 dah.  Tapi bulan puasa aku memang dah jadi routine cam tu, tak boleh nak ubah, bangun solat isya dulu kenkadang, kalau dah solat terus tahajud.  Lepas tu relaq2 kejap, pukul 4.30 baru masak air, pukul 5 pagi baru la start nak masuk lam mulut.

Mungkin juga sebab musim olympic, so aku boleh je jaga tengok TV sampai pagi, sebab nak tengok atlit2 antarabangsa bertanding.  Berbangga dengan pencapaian tiga negara Asia yang setaraf dengan dunia lain.  Aku amat berminat untuk melihat China, Korea Selatan dan Japan pada setiap game yang ada negara2 ini.  May be satu rumpun Asia, dah jadi adat kita akan sokong jiran2 kita.  Kalau aku tidur balik, takut terbabas la pula di hari kerja, kalau hari Sabtu dan Ahad kalau terbabas aku tak kisah sangat sebab bukan ari keje. Aku malas terbabas di hari keje, nanti aku ada masalah parking, aku ada masalah nak kena que, semua tu buang masa la kalau datang kerja lambat.  Harap2 lepas puasa ni aku tak la lagi mengantuk dan ikut routine cam ni lagi, rasa badan sangat lemah sebab tak cukup tidur, sengal2 cam kena berbisa2 pun ada. 




Jangan Bersedih

Bila hati rasa disakiti, nape perlu rasa sedih, tapi tatkala aku rasa ingin bergembira, mesti ada duka.  Perlukah aku merasa kesedihan yang tak melampau ni untuk satu tahap yang agak lama.  Fikir2 balik nape aku jadi cam ni, mungkin hati semakin letih dan perlu rehat sikit, idak pun  anggap la ia satu dugaan.  Biar apa pun terjadi, senyum dan pura2 happy, tu yang aku salu buat, dalam hati sabar je la.  Menjauhi adalah lebih baik dari disakiti, tak semua apa yang kita rasa orang lain rasa kan.  Mungkin bukan masanya dan memang lumrah hidup salu disakiti dan perlu muhasabah serta sedar akan kuasa tuhan.  Tak semestinya apa yang kita suka kita dapat, sedikit kecewa dengan diri sendiri, sebab sensitip dan rasa emosi skit.

Mungkin rasa sakit hati, cemburu dan rasa marah sebab tu emo dan wat sesuatu yang dapat menyakitkan hati orang tu balik.  Dengan ertikata lain kenkadang rasa nak menang juga, tapi bila dinasihati oleh penasihat aku,  membuat aku tersedar bahawa tak payah handle cara cam aku salu buat, bertindak mengikut keadaan, dengan cara lebih bijak.  Mungkin pada aku bukan negative sebab aku rasa aku yang betul, tapi penasihat aku kasi hujah2 so aku terima ja la, walaupun pura2 happy sebenarnya saya tak happy la.  Apa yang buat aku tak happy sangat ni, aku pun pelik satu rasa,  satu perasaan yang tak pasti tapi aku rasa down gila, sampai buat aku stress kot.  Kenkadang perbuatan dan kata2 orang walaupun bukan dibuat di depan mata, tapi di dengar atau lihat dari jauh, boleh membuat ati tersentuh dan sakit hati.

Tolong jangan bersedih wahai diriku, dah nak raya ni, nak happy2 tak mau la emo2 aku tak suka la, kalau sedih sangat sat gi mood raya hilang.




Monday, August 6, 2012

Kerongsang

Selain dari beli cekak rambut, ni hobi baru, iaitu beli kerongsang baju.  Mana aku rasa berkenan, aku rasa suka, murah ka mahal ka aku beli la.  Aku nie pelik skit, kalau dah suka aku beli ja, kalau dah banyak aku dah malas nak pakai plak.  Hobi ni timbul sebab apa ek, sebabnya lately ni aku suka pakai baju kurung, wah cam insaf ja bunyinya kan.  Tapi kalau kat luar suaq pendek sleeveless taram lagi.  Anyway, kalau dah hobi memperabih duit tu serah kat aku la.  Kalau nampak bukannya boleh beli satu dua, dalam week yang sama aku boleh beli lima.


Collection terbaru aku

Masa pi Korea aku banyak juga beli, konon2 nak prepare untuk hari raya, tapi last2 aku punya baju kurung tak tempah semua beli saja.  Memang dunia dah terbalik la kot, sebab aku tak tempah baju langsung raya ni, mustahilkan aku lupa baju raya, apa yang aku pikir pun tak tahu.  Kain sutera dah beli masa gi Trengganu sempena Hari Tiaranita, tapi aku simpan buat pekasam.  Raya tahun ni aku pilih untuk membeli saja sebab aku tak minat nak raya ke apa aku pun tak taw.  Tapi kalau membeli baju ni pilih quality dan tak nak sama dengan orang, so kena bayar lebih skit la.  Ada 3 helai aku beli kat Kraf tangan untuk, so susah la skit nak sama dengan orang.  Kalau ada nasib la, buat2 tak nampak sudah.


Dua kerongsang iaitu Biru dan Silver aku beli kat Korea, Gold color beli kat Kraf

Kerongsang aku pun suka beli kat sini, cantik dah tahan skit, dulu aku suka beli kat AVON sebab, color dia tak pudar, sebenarnya aku suka beli gold color je kerongsang.  Nak tahu nape aku suka gold, coz ada kakak yang terlibat dengan color vibration dia cakap, kalau aku pakai gold color rezeki aku akan lebih bertambah.  Betul ke ni, nak caya ngan tak caya sama banyak, tapi aku layan juga.  Tapi apa2 pun aku suka gold color sebab aku suka color barangan kemas la kot.  Hik2, memang statement tak boleh blah untuk orang Penang cam aku, memang la layan perhiasan mas, bukan nak menunjuk tapi dah jadi turun temurun, resan orang utara mesti pakai mas di badan, alasan nampak manis skit.


Made in Korea, aku beli masa pi bulan May hari tu


Kerongsang ni aku tinggal kat opis sebagai back up

Apa2 pun hobi terbaru aku ni, aku tak rasa rugi, coz menda ni semua pakai, bukannya perhiasan yang jarang2 dipakai. Tak kira murah atau mahal aku layan saja, janji aku dah berkenan, Masa gi Kuching aku beli juga, tapi harga dia biasa saja, janji aku suka sudah la.  Yang aku tunjuk kat sini sebahagian je kerongsang, nanti bila snap pic kat rumah aku tayang balik ek.  Selain dari kerongsang aku suka beli rantai hiasan gak, nanti aku buat cite pasal rantai pula..he he he..




Saturday, August 4, 2012

Solat Tahajud

Di bulan yang ramadhan yang mulia ni, alhamdullilah aku berkesempatan untuk bertahajud, bukan nak menunjuk2 apa yang aku buat, tapi aku lebih tenang kalau buat.  Biar la orang cakap aku tak tidur asyik layan Fesbuk, tapi di sebaliknya apa aku buat ada dia orang nampak.  Layan fesbuk layan juga, TV pun layan, semua layan, tak perlu nak catat status cakap kita bertahajudkan.  Disamping tu dapat aku luangkan masa untuk membuat sesuatu yang aku rasa ingin aku buat.  Banyak kelebihannya, rugi kalau tak amik peluang ni, wah ni time aku rajin taw, kalau time malas pun ada juga aku ni. 

Ok tak perlu hurai tentang tu banyak2 sebab aku tengok banyak kelebihan atau fadhilat kalau kita bertahajud ni.  Antara kelebihan bertahajud yang aku nak share dengan semua adalah seperti tercatat di bawah, tapi semua ni aku copy paste dari blog orang lain, rasanya tak salah untuk kita war warkan ilmu yang baik:

Solat Tahajud
Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat. Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam.


Adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum mendirikan sembahyang tahajjud ialah :

1. Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan sembahyang
    tahajjud.
2. Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit
    dan bersugi sambil berdoa
3. Selanjutnya Rasulullah saw membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran
4. Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga
    hilang rasa mengantuk.Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan
    sembahyang malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila
    tubuh badan dalam keadaan segar.

Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud

1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. kesemuanya pernah dilakukan
     oleh Rasulullah saw antaranya:
     Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua
     rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw
     telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah
     ditanya oleh salah seorang sahabatnya:
     “Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : ”
      Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit.”

2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:
    Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’alaLafaz niat:


    Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”

3. Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah, Selepas itu surah Al-Kafirun


4. Pada Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah,  selepas itu surah Al-Ikhlas


4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain, cuma selepas membaca
    tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:

    Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil
    ladunka sultaanaan nasiiraa.


   Ertinya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku
                  daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk
    maka  eloklah dipendekkan sahaja.

6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa



Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum . Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”


9 Kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail.

Rasulullah s.a.w. bersabda, sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:
1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana

Empat ketika di akhirat:
1. Di pimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Di ringan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan

Ada pelbagai buku yang menyatakan cara ayat dibaca untuk solat tahajud ni, dan tambahan rakaat sehingga ke 12 rakaat, tapi  yang saya sharekan ini yang paling mudah untuk diamalkan, sekiranya tuan/puan mampu mengerjakan lebih dari itu, bolehlah membeli buku sebagai rujukan atau lebih afdal lagi rujuk kepada ustaz yang lebih berilmu.

Sebagai tambahan saya juga berzikir " Ya Allah" sebanyak 500 kali, itu adalah antara kelebihan lain yang saya baca dalam asmaul husna, kalau mampu saya akan tambahkan kepada 1000 kali, alhamdullilah dan insyallah tak rugi untuk beramal dan selamat mencuba.







Terbeli Baju Raya Lagi

La la la la..saya beli lagi baju raja, sekali ni beli baju kurung ja, harus ada baju kurung di hari raya, kalau idak x manis orang tua2 cakap, so kena la beli juga.  Kata kakak tu, tu kain English cotton, wallahualam, betul ke idak, yang pasti baju tu saya suka, walaupun color tak la comey, tapi saya suka, coz saya rasa baju tu menawan tatkala dipakai, bukan menawan semasa dibeli.  Wah wah puji diri sendiri la kan, ya la sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri, anyway saya tak kisah la orang tengok tak suka time saya beli tu, tapi janji saya suka. Kalau dahulu saya ada 8 pasang baju raya, sekali ni kalau nak cari sekaligus baju raya sebanyak tu macam tak sempat.

Padan la muka sendiri, sebab saya asyik berjalan tak ingat baju raya, kerongsang raya ingat, baju raya tak ingat.  Wadus nak sambut raya kat Korea ngan Japan ka, tak boleh blah la lupa raya sendiri, sib baik tahun lepas dah abis ganti posa, kalau idak tak ganti la aku, bz bebenor dengan schedule jenjalan.  Aku pun tak pasti berapa baju raya aku dapat collect untuk tahun ni, kalau ikutkan aku dah ada 3 helai, plus dengan jubah yang aku beli ari tu, jubah bukan sebarang jubah ni, ni jubah glamor woo.  Sebenarnya aku ada extra jubah ni sebab terbeli extra time arabian nite masa dinner opis kami yang lalu.  Aku beli sebab rasa cantik lagi pun tokeh kekdai tu willing nak kasi discount kat aku.  So apa lagi aku rembat dua helai la satu maroon dan satu biru, maroon dah pakai yang biru aku simpan raya. 

Apa2 pun bersederhana saja tahun ni, memandangkan baju last minit, walaupun kain sutera aku ada, dah tak hantar ke taylor aku cam ne, gigit jari tengok ja la, konon2 nak pakai sutera raya taun ni, lepas raya ja la gi tempah, last week nak masuk gi jalan TAR pun bikin aku pusing, sib baik aku cilop balik ikut PWTC.  Terus kuaq dari kepompong jem, rasa cam tak sanggup nak drive semata2 nak hantar baju untuk ditempah, aku tunggu ja la.  Niat di hati nak wat baju jahit tangan tu pun kalau ada taylor yang bagus, kalau dapat cari aku kasi la kain tu, kalau tak dapat buat baju biasa je..