Monday, August 6, 2012

Kerongsang

Selain dari beli cekak rambut, ni hobi baru, iaitu beli kerongsang baju.  Mana aku rasa berkenan, aku rasa suka, murah ka mahal ka aku beli la.  Aku nie pelik skit, kalau dah suka aku beli ja, kalau dah banyak aku dah malas nak pakai plak.  Hobi ni timbul sebab apa ek, sebabnya lately ni aku suka pakai baju kurung, wah cam insaf ja bunyinya kan.  Tapi kalau kat luar suaq pendek sleeveless taram lagi.  Anyway, kalau dah hobi memperabih duit tu serah kat aku la.  Kalau nampak bukannya boleh beli satu dua, dalam week yang sama aku boleh beli lima.


Collection terbaru aku

Masa pi Korea aku banyak juga beli, konon2 nak prepare untuk hari raya, tapi last2 aku punya baju kurung tak tempah semua beli saja.  Memang dunia dah terbalik la kot, sebab aku tak tempah baju langsung raya ni, mustahilkan aku lupa baju raya, apa yang aku pikir pun tak tahu.  Kain sutera dah beli masa gi Trengganu sempena Hari Tiaranita, tapi aku simpan buat pekasam.  Raya tahun ni aku pilih untuk membeli saja sebab aku tak minat nak raya ke apa aku pun tak taw.  Tapi kalau membeli baju ni pilih quality dan tak nak sama dengan orang, so kena bayar lebih skit la.  Ada 3 helai aku beli kat Kraf tangan untuk, so susah la skit nak sama dengan orang.  Kalau ada nasib la, buat2 tak nampak sudah.


Dua kerongsang iaitu Biru dan Silver aku beli kat Korea, Gold color beli kat Kraf

Kerongsang aku pun suka beli kat sini, cantik dah tahan skit, dulu aku suka beli kat AVON sebab, color dia tak pudar, sebenarnya aku suka beli gold color je kerongsang.  Nak tahu nape aku suka gold, coz ada kakak yang terlibat dengan color vibration dia cakap, kalau aku pakai gold color rezeki aku akan lebih bertambah.  Betul ke ni, nak caya ngan tak caya sama banyak, tapi aku layan juga.  Tapi apa2 pun aku suka gold color sebab aku suka color barangan kemas la kot.  Hik2, memang statement tak boleh blah untuk orang Penang cam aku, memang la layan perhiasan mas, bukan nak menunjuk tapi dah jadi turun temurun, resan orang utara mesti pakai mas di badan, alasan nampak manis skit.


Made in Korea, aku beli masa pi bulan May hari tu


Kerongsang ni aku tinggal kat opis sebagai back up

Apa2 pun hobi terbaru aku ni, aku tak rasa rugi, coz menda ni semua pakai, bukannya perhiasan yang jarang2 dipakai. Tak kira murah atau mahal aku layan saja, janji aku dah berkenan, Masa gi Kuching aku beli juga, tapi harga dia biasa saja, janji aku suka sudah la.  Yang aku tunjuk kat sini sebahagian je kerongsang, nanti bila snap pic kat rumah aku tayang balik ek.  Selain dari kerongsang aku suka beli rantai hiasan gak, nanti aku buat cite pasal rantai pula..he he he..




No comments: