Monday, August 13, 2012

Conpius Sekejap

Dah lama tak coret kat sini, masa drive tadi tiba2 teringat sesuatu yang aku nak share kat sini.  Aku bukanlah alim ulamak dan juga bukan cerdik pandai dalam hal2 agama, cuma acapkali aku bersua dan orang2 yang cenggini, yang mana aku rasa conpius dengan dia orang.  Kalau dalam fesbuk bukan main share pasal agama, tak sudah yang tu nasihat aku wat solat sunat ni wat solat sunat tu.  Tapi aku sedih sebenarnya empunya diri pun tak tahu cam mana nak buat solat tu dan salah cakap plak info pasal solat sunat tu.  Aku semakin conpius bila dia cam tak sedar diri mengata orang pasal isu2 semasa, sedangkan aku nampak dia pun sama saja. 

Solat tahajud pun dia tak tahu macam mana nak buat, ada hati nak suruh aku buat, bacaaan dia cakap pun salah, dah terbalik dengan solat istikarah.  Memang aku bukan alim ulama, dan masih jahil lagi pasal agama, tambahan pula tak pakai tudung, so nampak cam aku tak tahu pasal agama, tapi insyallah aku rasa aku terer skit dari orang yang suka berdakwah kat fesbuk atau face to face dengan aku.  Satu lagi ada juga yang berusia berlagak cam tahu semua tapi terkantoi juga tak pernah buat, nasihat aku tak yah la, nak eksen tunjuk pandai, kalau sendiri pun cam alim2 kucing ja. 

Ada lagi yang aku musykil kenkadang dia cakap pasal agama macam bagus, tapi dia pun tak ikut sangat apa yang agama ajar.  Cara dia consult aku cam dia bagus sangat, aku rasa terpesong pun ada, kenkadang dia percaya benar dengan mat salleh dari barat.  Kenkadang dia taksub dengan ilmu sihir, kenkadang dia pergi jumpa bomoh.  Pas tu dalam facebook bukan main share info tu info ni macam dia buat semua tu.  Sebab tu orang cakap dalam facebook banyak drama queen dan drama king.  Ada yang berlagak pandai, ada yang asyik update status frust memanjang, kalau status aku up, banyak ja yang komen, macam la aku tak menyampah status depa.



No comments: