Friday, August 31, 2012

Tidur

Tidur yang cukup menyihatkan tubuh badan, tapi kalau tidur yang terlebih apa plak akibatnya.  Lately ni aku rasa cam asyik tidoq ja, risau plak.  Balik keje aku dah tidur sanggup lapar, tidur lagi penting, macam aku dok cover tidoq yang tak cukup ja, walaupun balik kampung aku consider tidur lebih juga.  Risau oh risau apa nak jadi dengan aku ni, terlebih pun risau tak cukup tidoq ok plak.  He he he, lumrah la manusia mana pernah puas hati dengan apa yang dikecapi, bila dah ada tu nak ni, dah ada ni nak tu.

Kalau tidoq aku ni kasi aku gemuk, aku takut la sebab nanti gemuk cam sembab, muka tak berseri bengkak semacam.  Konon2 jaga penampilan la pula, salunya main tibai ja muka jangan harap aku nak jaga sebab aku tak la kategori orang suka make up tebal2 so aku assume my skin tak la sangat rosak compare to others yang suka menempek2 muka dengan foundation mau kasi cantik. Walaupun lepas cuci make up rasanya cam biasa saja muka, dok cuci guna cecair tu cecair ni, kalau tuhan dah kasi cam tu cam tu la muka, tak payah guna pelbagai jenis barang nak kasi cantik.  Yang penting hati bersih so naik la seri muka, so tak yah nak bazirkan duit beli make up yang merosakkan kulit di kemudian hari.

Tidur juga memainkan peranan penting untuk muka berseri, tapi kalau tidur lebih muka dah jadi lain dah.  Ni consider muka pemalas dan muka ada masalah.  Pandainya aku mengumpatkan, biasa la kalau aku dah mengarang of course jalannya idea aku nak mengata orang, bukan apa, salunya aku menulis berdasarkan apa yang aku observe, bukan masa terdekat tapi setelah sekian lama, cam tu gak aku observe sikap orang, kalau aku rasa dah tak tahan aku cakap je.  Hish apa kena cite ni dengan citer tidur, melalut plak aku ni, cuma aku terfikir la may be aku asyik tidur coz masa bulan puasa aku consider tidur tak berapa cukup la kot, kejap2 je dah jaga, kenkadang tak dapat nak tidur sangat, itu yang dapat aku concludekan kat sini, kalau ada faktor lain, wallahualam....





No comments: