Saturday, August 4, 2012

Solat Tahajud

Di bulan yang ramadhan yang mulia ni, alhamdullilah aku berkesempatan untuk bertahajud, bukan nak menunjuk2 apa yang aku buat, tapi aku lebih tenang kalau buat.  Biar la orang cakap aku tak tidur asyik layan Fesbuk, tapi di sebaliknya apa aku buat ada dia orang nampak.  Layan fesbuk layan juga, TV pun layan, semua layan, tak perlu nak catat status cakap kita bertahajudkan.  Disamping tu dapat aku luangkan masa untuk membuat sesuatu yang aku rasa ingin aku buat.  Banyak kelebihannya, rugi kalau tak amik peluang ni, wah ni time aku rajin taw, kalau time malas pun ada juga aku ni. 

Ok tak perlu hurai tentang tu banyak2 sebab aku tengok banyak kelebihan atau fadhilat kalau kita bertahajud ni.  Antara kelebihan bertahajud yang aku nak share dengan semua adalah seperti tercatat di bawah, tapi semua ni aku copy paste dari blog orang lain, rasanya tak salah untuk kita war warkan ilmu yang baik:

Solat Tahajud
Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat. Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam.


Adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum mendirikan sembahyang tahajjud ialah :

1. Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan sembahyang
    tahajjud.
2. Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit
    dan bersugi sambil berdoa
3. Selanjutnya Rasulullah saw membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran
4. Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga
    hilang rasa mengantuk.Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan
    sembahyang malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila
    tubuh badan dalam keadaan segar.

Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud

1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. kesemuanya pernah dilakukan
     oleh Rasulullah saw antaranya:
     Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua
     rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw
     telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah
     ditanya oleh salah seorang sahabatnya:
     “Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : ”
      Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit.”

2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:
    Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’alaLafaz niat:


    Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”

3. Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah, Selepas itu surah Al-Kafirun


4. Pada Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah,  selepas itu surah Al-Ikhlas


4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain, cuma selepas membaca
    tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:

    Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil
    ladunka sultaanaan nasiiraa.


   Ertinya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku
                  daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk
    maka  eloklah dipendekkan sahaja.

6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa



Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum . Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”


9 Kelebihan bertahajud

Antara amalan-amalan yang boleh menyelamatkan manusia dari azab akhirat ialah sentiasa bertahajud dan berqiyamullail.

Rasulullah s.a.w. bersabda, sembilan kelebihan bagi orang yang bertahajud.

Lima ketika di dunia:
1. Terselamat daripada beberapa bencana
2. Berkat ke atasnya akan jelas diwajahnya
3. Disukai oleh hamba Allah
4. Ucapannya penuh hikmah
5. Dijadikan orang yang bijaksana

Empat ketika di akhirat:
1. Di pimpin dari kubur dengan muka berseri-seri
2. Di ringan hisabnya
3. Meniti titian sirat seperti kilat
4. Menerima buku catatatan amal dari tangan kanan

Ada pelbagai buku yang menyatakan cara ayat dibaca untuk solat tahajud ni, dan tambahan rakaat sehingga ke 12 rakaat, tapi  yang saya sharekan ini yang paling mudah untuk diamalkan, sekiranya tuan/puan mampu mengerjakan lebih dari itu, bolehlah membeli buku sebagai rujukan atau lebih afdal lagi rujuk kepada ustaz yang lebih berilmu.

Sebagai tambahan saya juga berzikir " Ya Allah" sebanyak 500 kali, itu adalah antara kelebihan lain yang saya baca dalam asmaul husna, kalau mampu saya akan tambahkan kepada 1000 kali, alhamdullilah dan insyallah tak rugi untuk beramal dan selamat mencuba.







No comments: