Tuesday, December 31, 2013

Kifarah Dosa

Bila kita sakit apa yang terlintas di hati kita mesti la yang negatif ja kan.  Tapi kalau kita berbalik kepada ajaran agama kita akan realize balik kenapa kita sakit, sakit sebenarnya kifarah dosa, kalau kita ingat tu tentu kita akan lebih tenang, tapi kalau kita ingat benda yang negatif memang rasa nak marah dan tak puas hati serta nak balas dendam.  Kita ni insan biasa kenkadang diduga dan kenkadang bahagia.  Kalau sakit tu deritakah, ermm tak patut la kata macam tu kan, kalau dah lama bahagia kenkadang derita juga.  Cuma kenkadang bahagia kita buat orang lain derita.

Tapi ni aku copy dari satu blog untuk dikongsi bersama apa itu kifarah:

Bila kita sakit, 

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.  Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah kifarah dosa.

Kifarah tu apa..???

"Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.  Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia.  Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penuyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan"

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

Subhanallah, betapa Allah itu mulia dan baik hati terhadap kita.  Jadi jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada allah.  Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.  Bersyukurlah dan ucapkan alhamdullilah.  






Muhasabah

Setiap apa yang berlaku ada sebab dan penyebabnya, malas nak panjang cerita muhasabah diri ja untuk tenangkan hati dan jiwa, walaupun tahu sebabnya.  Next time berhati-hati pilih kawan, berhati-hati baik dengan orang, tak semua orang hati budi baik.  Ada niat tak baik di sebalik berbaik2 dengan kita, tu kita kena beringat, kalau tak ingat musibah la pada diri kita.  Apa yang penting jangan terlalu baik dengan orang dan jangan terlalu percaya kat orang.  Zaman sekarang orang tak kira, ada yang tak sedar diri ada yang bangga diri bagus, ada yang phsyco dan ada yang penghasut kenkawan.

Aku paling menyampah orang yang tak sedar diri,nak kata di rumah tiada cermin may be lagi banyak dari rumah aku.  Aku rasa physco kenal orang2 di tahap tak sedar diri dan menyusahkan hidup orang lain.  Jangan tangkap muat untuk nak hidup senang, jangan tangkap muat sebab tertekan, jangan tangkap muat sebab nak tutup mulut orang.  Hidup tak bahagia, hati tak senang, tapi kalau ilmu agama penuh di dada may be tak buat benda2 tak elok kat orang.  Kalau rasa nak hidup mewah dengan menyusahkan orang lain, elok la bertaubat nasuha, hidup tak aman nanti, dapat pembalasan may be dari orang lain pula. 

Apa2 pun jangan nak menaruh dendam pada orang lain sebab nawaitu nak mengena orang tak dikabulkan oleh yang maha esa.  Bertaubat dan muhasabah diri sendiri kenapa nawaitu tidak direalisasikan oleh allah, nawaitu mungkin tak betul la kot.  Apa2 pun mesti muhasabah sebab tak dapat apa yang dinawaitukan tu. 




Tuesday, November 5, 2013

Balas Dendam vs Hukum Karma

Apa pendapat you all tentang balas dendam ni?  Pada aku biar karma yang menentukan, tak guna lawan dengan orang phsyco, buang masa buang duit, apa yang penting muhasabah dan ingat la pada kuasa allah yang lagi besar dari orang yang suka menyusahkan hidup orang.  Pada usia aku muda2 dulu ya aku rasa marah kalau ada orang buat sesuatu kat aku, tapi bila usia dah meningkat hanya bibir aku yang ucap, insyallah kalau allah tak izin sesuatu yang berniat jahat tak kan jadi.  Apa pun ni bukan cakap besaq usaha dan ikthiar adalah perlu jangan biar ja.

Aku paling benci orang yang niat tak berapa nak bersih ni, dah la tak berapa bersih tak pernah la pula benda yang nak revenge tu sebenarnya punca dari dia sendiri.  Logik akal fikiran memang la tak berapa nak logik, yang aku tau mungkin ada skit terputus wayar kat kepala dia.  Insyallah karma ada aku percaya karma juga kuasa allah, pembalasan tu cepat dan lambat ja, kalau hari ni dia buat kat orang, may be karma balas lambat skit.  Kalau tak kena kat dia kena la kat sedara mara dia la kan, tapi kalau terkena lebih lagi, tu kuasa allah la.  Sendiri mau ingat la, tak perlu desperado main tangkap muat semata2 nak tunjuk kat orang tapi nawaitu sebelum tu, allah je tau kan.

Tak perlu nak buat orang menderita dengan kuasa2 jahat, tak perlu nak tutup rahsia dengan benda2 kotor. Terpancar di muka tu kalau orang baik orang yang tak kenal tengok muka pun cakap baik.  Tapi kalau dah niat jahat memang jahat la orang cakap muka tu.  Bertahun cuba tak menjadi pun nak cuba lagi, ermm, apa punya manusia yang bernawaitu tak berapa elok, nak duit je nak tumpang senang, tak jujur tak, insyallah dengan kuasa allah kenkadang dapat juga kita tahukan.  Nak balas dendam apa haihhh, kalau diri sendiri tak sempurna, suluh diri sendiri dengan iman di dada dan bertaubatla. Karma mungkin berubah.  



Monday, November 4, 2013

Instinct Atau Gerak Hati

Gerak hati dengan diri aku sangat kuat, kenkadang aku malas nak baca gerak hati aku ni, coz what, salunya betul tu yang aku malas tu.  Kalau dah betul mula la rasa terer rasa aku la Queen taw semua tapi cam ne, dah allah anugerah akunya gerak hati salu cam betul cam ne aku nak elak ni.  Tolong la, kalau boleh aku x nak ada gerak hati cam ni, sebabnya menyusahkan hidup aku nak dekat dengan orang pun, sebab aku dapat rasakan apa yang terlintas dia hati depa.  Susah hidup aku juga kan.  

Tapi gerak hati ni aku ni ok juga kalau ada orang berniat tak elok aku dapat rasakan tapi aku cuba nak deny la kenkadang apa niat orang tu, tapi sebenarnya apa yang aku rasa tu lebih benar dari apa yang cuba aku elak.  Tapi kalau sekadar ala2 gerak hati aku ni cam boleh agak la yang berlaku juga cuma aku susah nak cakap kat orang apa yang aku rasa tu sebenarnya benar dengan apa yang berlaku, tak moh la riak sangat sat gi melawan kuasa tuhan plak.  Cuma yang aku rasa itu pun anugerah allah juga, bukan aku sendiri bikinkan.  

Gerak hati ni elok time orang nak kenakan kita, tapi menyusahkan time kita nak evaluate orang.  Jangan la obses sangat percaya dengan gerak hati kita, tapi percaya la pada kuasa allah dan back to agama jika apa yang musykil jangan fikir kita je betul nanti masalah jugakan.  He he tu yang aku rasa selama ni bila dah salu baca gerak hati kenkadang sukar nak terima kenyataan kalau gerak hati kita tak betul.  



Perlukah Jadi Daring

Ermm, berbicara soal daring ni aku rasa susah la skit umur2 cam aku ni nak jadi daring.  Dah tua la rasa bukan masanya aku nak berlakon2 gedik untuk mendapatkan sesuatu.  Bila bercakap pasal daring ni semua orang kasi pendapat kalau nak sesorang,  awak la kena la daring skit mulakan sesuatu, pada aku kalau nak memalukan aku rasanya tak perlu kot.  Aku rela jadi cam aku sekarang, ye le kan kalau orang nak kita dia la yang kejar kita, tak kan kita nak wat jadi tak malu dok kejar orang, aku ni pompuan.  

Setakat nak message2 je time bosan tak perlu la kot, aku rasa tu time nak isi masa kosong ja.  May be time orang yang dia suka tak dak masa tu.  Aku ni ada rega diri gak, biar la orang cakap memilih aku rasa aku ada pendirian aku sendiri, bukan eksyen tapi fikir masa depan, bukan pandang rendah dekat orang cuma rasa tak secure masa depan, bukan tak suka tapi takut bertepuk sebelah tangan, semua tu dalam fikiran orang2 cam aku ni. 

Tapi pada aku tak perlu daring untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya tak pasti, kalau dapat pun sebab kita dah terover daring sebab tu orang tu tersuka, kalau kita tak terdaring orang tu, tak de la nak tersuka pun kat kita, lagi pun perlukah daring untuk orang yang tak seberapa, pada aku la. Buang masa betul.  Ala-ala ja, lagi buang masa, aku bukan desperado la sangat tak kawin tapi aku cuma berhati2 memilih kawan takut ada yang nak main2 je dengan kita,  ada nawaitu di sebalik itu.  Nak menumpang senang, bukan suka sangat pun, nak eksyen dengan teman2, kita perempuan yang jadi mangsa, sebab dimainkan perasaan.  Daring tak perlu ok, perlu daring time terdesak nak minta tolong ja..hik2





Saturday, November 2, 2013

Jenjalan Phuket Dan Melbourne Belum Tulis La

Lama rasanya tak mengarang, tapi jenguk tu ada juga cuma tak mencatat ja apa yang aku buat.  Bz sokmo kew aku ni, aku pun tak tahu, rasa cam idak la sangat Bz, cuma sedikit kemalasan ada pada pada aku.  Mungkin ada benda yang lebih penting lagi yang perlu aku atasi dari melayan blog aku ni.  Ala setakat blog ja ok la kot, aku bukan artis nak touch up salu blogger, ramai peminat nak melayan ramai haters nak mencaci dan komen menyakit hati, so what layan instgram je aku lately ni.  Last2 bila nengok artis yang over aku pun unfollow jew.  Meluat la pulok.

Lumrah hidup ada masanya kita rasa suka sangat siang malam ja focus menda tu, ada masanya kita tinggalkan terus, dan lupa terus.  Tu mesti ada sad story, dan ada masanya kita back untuk apa yang kita suka selama ni.  Betul dak tu yang aku rasa sebab aku ni consider kalau aku suka satu menda suka gila2 tapi bila aku menyampah rasa semua menda yang aku suka tu aku campak dalam tong sampah tu akunya perangai buruk aku la yang susah aku nak buang.

Dah lama tak nulis ni rasa cam kekok plak, cewah sebab asyik buat MBA dok mengarang dalam BI, bila lam BM rasa cam ayat baku la pulok.. Ha ha, macam la pandai sangat, nulis dalam BI, anyway aku bila Sem ni aku defer aku rasa miss sangat nak belajar, tak pe bersabar la wahai cik Manis, bukan tak leh belajar lagi, rehat sementar ok, wat apa yang patut2 dulu.

Aik melalut plak sebenarnya aku nak kabaq jenjalan makan angin aku bulan February hari tu dan Jenjalan Ke Melbourne aku lum update la dalam blog aku ni, ni semua sebab aku malas, bukan sebab apa, bila nak rajin ni Cik Manis, harap2 lepas ni jangan la malas update blog, saya rindu nak menulis assignment that's why saya menulis di sini, the different hanyalah between bahasa je.  Sebenarnya miss jenjalan juga, tapi ilmu lagi penting untuk aku, bila otak rasa lemau dan tepu, vitamin paling elok adalah further study.

Ada trip gi India kawan aku ajak December ni, but I've to consider if jenjalan tu near my next sem so tak leh la nak commit, lagi pun India, orang cakap negara ni kurang skit bersihnya, kalau orang cam aku ni rasanya balik je kiok terus kot.  Setakat ni semua negara aku pi balik mesti sakit dan MC, so kalau pi sini, warded terus la kot.




Monday, August 12, 2013

Hidup Berubah Bila Aku Further Master

Bila masa lapang banyak rasa buang masa, rasa diri tak berilmu lepak dengan orang2 tak berfaedah, semuanya bermain difikiran aku.  Bila aku dah further study, masa untuk dengan kenkawan poya2 pun dah kurang konon2 jadi student MBA, nak score A ja kan.  Tapi bila hidup dah jadi huru hara, asyik kena wat keje sekolah aku rasa tertekan, mood travelling aku mula la berligar2 di fikiran, nampak gaya.  Belum sekali pun aku ponteng kelas, dek tertekan dengan lecturer yang cam tak suka student tak attend class, wadus sungguh tak sangka, hari sabtu aku dah tak boleh wat apa2 kecuali belajar satu hari 8.30a.m. hingga 6.30 p.m. dok belajar dekat UKM Titiwangsa ja.
 
Yang paling tertekan everyweek we all kena submit kerja sekolah, aku rasa ni paling stress, cam budak sekolah plak, degree dulu2 tak la seteruk ni.  Assignment boleh katakan everyweek kena hantar, tak kira group atau individual. Lagi satu ada sorang lecturer ni class akhir aku cam ustaz skit, dia Dr, may be cam alim pun ada juga class dia kalau kasi break tu dia ganti balik, kenkadang dekat2 pukul 7p.m. baru kami balik.  Tak sangka kan bila masuk sekolah terpaksa ikut undang2 plak.  Ha ha aku memang suka belajar, tapi dengan kenkadang rasa stress bila aku rasa terpaksa tak leh pi travel, iaitu hobi aku.  Anyway bear in my mind hanya 18 bulan, itu pun if we all tak postpone semester just follow whatever set by UKM.  Wallahualam semuanya ketentuan allah, kalau ada hal terpaksa la kan tangguh.
 
Untuk subject Leadership, lecturer kita orang pak haji, aku rasa best skit dia ajor faham, walaupun based on experience keje dia cita, but aku rasa aku faham apa yang diajar, aku rasa nak attend salu class dia.  Kelas account lecturer lemah lembut, tapi sekali dia bantai classmate aku tengah sembang  time dia tengah mengajar, aku rasa takut juga, nampak garangnya time marah, apa boleh buat kena wat baik2 dengan lecturer dia mengajar kalau idak score tak bagus plak.  He he apa nak dikata jangan besaq diri jangan nak tunjuk terer dengar cakap cikgu.  Biar jadi bodoh time cikgu ajar, jangan jadi bodoh tapi berlagak pandai, so nampak kebodohannya sampai wat orang rasa tak suka. 
 
The best thing futher MBA ni kenal dengan kengkwan baru, most of them dah management level dah, hidup pun dah kaya raya bawa BMW, bawa Mercd..dah well established la orang kata.  Ada yang muda juga, tapi of coz anak orang kaya, kalau tidak sapa nak bayar yuran RM4600 satu semester.  Yang best sepanjang bulan posa we all salu gather dekat Petronas Serdang wat kerja sekolah, sampai pukul satu pagi baru kami balik, punya lepak wat keje sekolah, cewah cam focus la.  Yang paling kelakar monitor kami mat skema, adus tak boleh blah mai discuss pakai baju kemeja, dia ingat apa tengah2 malam dok pakai baju formal. 
 
Ada pahit manis further master ni, serupa culture shock plak.  Nak kena jaga image pi sekolah, tak leh pakai sempoi sangat. Sat gi nak kena present semua orang tengok kita, malu la plak rasanya. 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, July 3, 2013

Ganti Puasa

Dah nazak dekat2 nak posa balik baru nak ganti, padan la dengan muka.  Kenapa tiap2 tahun tak pernah insaf kecuali tahun lepas.  Adus memang tak pernah nak ganti awai2, last minit baru ganti, so no time, sahur ka tak dan sahur, puasa harus diteruskan.  Berbuka puasa ala kadar saja pun bukan satu alasan tak mahu ganti posa, aku memang kena juga.  Dah dua hari sahur cam perantau di luar negera, minum makan sikit pas tu dah nak azan.  Ntah la nape sekali ni asyik nak terbabas ja sahur.  Yang paling tak boleh blah aku sahur dengan biskut marie sekeping dan makan jagung beli kat pasar malam dan minum air glucose saja.

Kepenatan melampau buat aku letih terbongkang, tak sangka aku tertidur lepas buka posa dengan tak mandi, terjaga pukul satu bangun mandi juga, pas tu terjaga2 lagi, berapa kali terjaga aku pun tak tahu.  Last2time nak sahur, tak banyak masa tu ja aku sempat makan, tapi semua tu bukan alasan aku nak ganti puasa, aku ok ja walaupun mungkin petang2 aku akan layu, tu semua dugaan last minit ganti puasa. 





Tuesday, July 2, 2013

Suara Emas

Akhirnya suara emas bercakap dengan aku, ni paling kelakar aku rasa, sebenarnya mood aku last week dengan this week bila masuk opis tak berapa nak happy.  Something yang aku rasa jemu dan jemu untuk dalam hidup aku kecuali gi kelas belajar, dengan kenkawan aku rasa happy ja.  Kawan2 baru yang macam ok, baru kenal dah mesra dan boleh berborak rapat walaupun baru 3 kelas attend.  Bila suara emas yang aku kenal lama baru nak bercakap dengan aku, aku rasa kelakar plak.  Mungkin dia tak suka perempuan kot, mungkin dia tak suka dengan aku yang free hair, alim la konon, sebab tu tak mau cakap dengan aku. 

Sampai bila tak mau cakap dengan aku, aku sebenarnya tak kisah, sebab aku tiada kepentingan untuk dia dan dia tiada kepentingan untuk aku.  Kalau nak sombong sangat dengan aku walaupun dok berjiran ja kat opis ni aku tak la kesah sangat, tak rasa hati sangat pun.  Lagi pun dia jantina berbeza bukan sama jenis, aku ni memang peramah tapi kalau orang tak berapa nak cakap dengan aku, aku leh jadi sombong la.  He he he, bila suara emas cakap dengan aku, rasa miracle rasa nak luruh jantung pun ada, hanya kerana badminton, dia boleh bercakap dengan aku.  He he he he satu kemajuan dalam bidang sukan, boleh buat orang bercakap walaupun dah lama kenal dan tak pernah bertegur sapa. 









Friday, June 21, 2013

Ganti Puasa

Next week dah kena start ganti puasa, last minit tapi masih sempat, jangan tak ganti sudah la.  Semuanya gara2 sakit lepas balik Melbourne gi outstation kat Sarawak, training futsal untuk tournament 23 Jun.  Aku rasa tiap2 tahun aku wat last minit, cuma last year puasa 2011 aku dapat puasa enam, so aku tiada masalah ganti last year.  This year cam liat tapi masih ingat aku belum ganti, wallahualam aku tengok ada juga kawan aku cakap pasal agama, bertudung litup, tapi bab2 ganti puasa cam tak pernah pun aku dengar dia ganti, mungkin aku salah, tapi ni semua aku observe ja. 

Next year perlu berikrar dan bernawaitu awal untuk ganti puasa, kalau idak jadi macam tahun2 yang wat aku leka nak ganti posa.  Janji ada juga ingat tak posa, jangan buat tak ingat terus dah laa, dah tua2 ni kena ingat dosa sama, asyik berpoya2 pun tak elok juga.  Ada certain2 benda yang perlu kita elak, kita elakkan, demi kebaikan diri sendiri, jangan ikut resam orang ja, asyik nak sonok ja.  Asyik tak puas hati kat orang tu kat orang ni, tu apa kes.  Semuanya orang tak ok dia ja ok, agaknya dia ganti posa dak, hati kurang suci sangat, asyik mengumpat kat belakang ja.  Aku rasa kalau dia minum air 30 juzuk tentu hati berubah jadi suci murni dan tak menipu kan, dan tak juga menuduh orang la menipu.  Apa aku merepek ni, tajuk asal ganti posa melalut pasal tipu plak.  







Wednesday, June 19, 2013

Alhamdullilah Dah Ok

Alhamdullilah segalanya beransur pulih, sakit kepala aku yang sebelah cam migrain tu dah ok.  Aku bersyukur sangat sebab makin pulih, tak la aku nak kena makan ubat hari-hari.  Banyak kaedah dicuba dan banyak nasihat diambil dari kenkawan, alhamdullilah akhirnya aku dah baik.  Satu dugaan kepala sakit bagai nak pecah, badan lemah, selera tiada, asyik nak tidur ja, tapi alhamdullilah semuanya dah ok. Lega dan bersyukur tiada lagi rasa risau dan takut, takut sakit yang akan membahayakan aku ja.  Tapi bila dah ok, may be aku kurang tidur, kurang minum dan tak jaga makan.  So bila aku cover balik makan apa yang kurang akhirnya aku ok, yang aku pasti lepas aku makan buah longan aku akan sentiasa fresh. 

Bila cite dekat orang pasal buah longan tu pun tak logik kan, sebab makan buah ni aku ok, he he tapi sebelum tu aku ada juga minum susu, minum jus manggis plus delima, minum air zam2, minum air evian la.  Yang mana satu yang ok aku pun tak tau nak cakap, apa2 pun aku dah ok,tak payah nak risau lagi.  Aku ada main futsal last week, peluh pun dah kuar may be perjalanan darah pun dah kembali normal selepas bersukan.  Apa2 pun yang pasti alhamdullilah aku dah ok.





Tuesday, June 18, 2013

Betul Ke Teori Tu

Orang cakap kalau kita berdebar tu tanda orang yang kita ingat tu pun ingat kita, sejauh mana teori ni betul, aku pun musykil.  Nape nak ingat2 je kan, kalau suka SMS ke, Watsup ke, call ke, baru la rasa teori ni real.  Ni setakat berdebar2 sakit dada aku dok berdebar2, hilang focus aku nak drive nak tidur menyusahkan hidup aku ja.  Berdebar tu untuk apa ye, setakat nak feeling2 rindu cara tu, apa faedahnya kalau wat orang hidup tak tenteram.  Malas aku nak caya teori ni lagi, kalau berdebar tanda ada orang rindu kat kita, tanda orang ingat kat kita, semua tu tak betul aku rasa.  Berangan dari jauh cam tak gentleman la, malu ek, he he he,berangan tak malu plak.

Teori ni sesuai untuk orang dulu2 la kot sebab masa dulu communication tools terhad so susah nak contact, so apa lagi dok atas katil berangan la ingat wajah kekasih, kalau zaman la ni cam tak sesuai la kot.  Kalau suka call ajak dating ke, ajak tengok wayang ke lebih baik dari menyusahkan perasaaan orang dok kasi jiwa kacau.  Ha ha ha jangan marah ini pendapat aku je, may be ada orang kata teori ni betul sebab depa salu buat.  Satu lagi setakat kenal2 cam gitu ja, tak yah la dok call nak cakap rindu kat aku, aku tengok muka pun belum.  Nak call wat manja2 dengan orang, aku rasa dah age2 cam ni meluat nak layan, unless aku syiok kat dia, ni setakat kenal ala2 ja, tak yah la nak call feeling2 cam orang bercinta. 









Monday, June 17, 2013

My Master@MBA First Class

Worry so much bila nak masuk class, anyway bila dah join dengan geng2 baru dalam class yang sama, feeling better and happy.  First of all must change life style cam lecturer cakap, kena lupa sekejap duniawi enjoy, duniawi jenjalan, now apa yang penting baca buku, assignment dan group study.  Wah dah lama tak study rasa cam kelakar pun ada, tapi certain subject cam ok sebab based on experience di tempat kerja dan contoh2 pun kita cam senang nak faham, unless kalau budak2 baru cam blur la skit sebab pengalaman kerja baru setahun jagung. Tapi so far classmate nampak cam baik2, ok la tak nampak muka cam pecah rumah. 

Aku yang risau class account, walaupun masa sekolah dulu aku kelas account tapi aku memang tak suka account.  Ntah kenapa aku pun tak tahu may be tak kena dengan jiwa aku yang boros agaknya.  Ermm, kena baik2 dengan geng2 la kalau nak pandai sebab dah lama tinggalkan kalau tidak ketinggalan la.  Harap2 peringkat master account tak la seteruk masa degree dulu, aku cemuih la wat keje kira2 ni.  Nak balance la nak ambil kira factor tu factor ni, memang bosan.  Tapi semuanya ada compulsory, so kena belajar la juga mana boleh escape demi MBA, aku akan rajin la kot. 

 Jangan tak tahu dalam hati sudah ada niat mau beli meja study, walaupun baru satu hari masuk class.  Biasala bunga2 cinta study di peringkat awal, lepas tu study atas katil juga. 






Saturday, June 15, 2013

Kemas Rumah

Apsal aku sangat malas bab2 kemas rumah ni, aku sendiri tengak semak kepala otak, tapi oleh kerana malas dan dok sensorang so aku pun biaq ja.  Kalau orang mai umah aku terkejut habis la aku, malu la juga tapi nak buat cam ne dah memang malaskan.  Malas segalanya, basuh baju pun sebab mesin yang basuh, kalau kena sental, memang tak basuh la aku.  Ada banyak hantu malas dalam badan aku ni, sebab tu aku malas.  Nasib baik belum kawin, kalau kawin lama dah kena cerai, hishhh nasib baik tak kawin letih la jadi feminin, he he.

Anyway aku dah janji dengan kakak cleaner kat opis aku nak suruh dia kemas, bukan janji tapi aku bayor la.  Keletihan dan kesakitan yang melanda, rasa tak mampu nak kemas rumah lagi, harap2 aku tak jadi malas untuk selamanya.  Pelbagai ubat untuk tambah energy telah aku makan tapi cam hampes juga, ntah racun atau toksid jenis apa yang ada dalam badan aku ni, malas sungguh rasa nak mengemas kalau boleh nak baring dan berangan ja.  Tak pe sabar, peluang untuk kemas masih ada, slow2 take time jangan biaq rumah jadi gudang sampah sarap udah la. 









Friday, June 14, 2013

Limbang Saya Datang

Ramai ingat aku kaki jalan, normally kalau weeks day aku gi out station tu tandanya aku kerja, adalah kerja ni confidential skit, so aku tak kan war2 kepada orang.  Nak jadikan cerita posing pelbagai kat airport tu trademark aku la bila dah singgah mesti check in kat situ masuk facebook.  Cam ada yang tak puas bila aku kerap naik belon, nak buat cam ne ni tugasan yang aku buat untuk syarikat dan tugasan ni sulit mana leh cakap dengan orang. 

Jadi perak juga la tak pernah transit dua flite, satu normal flite satu foker, rasa cam naik bus pun ada, tapi setengah jam dah sampai.  Best juga tengok barang2 yang di check in, ada yang bawa ayam tu aku tak boleh tahan tengok, dulu dengar orang cite, depan mata nampak sendiri bunyi ayam dok berkokok rasa cam kat reban pun ada.  Yang best tu aku cam terkejut dan takut foodie kat sini aku boleh makan ke tak, dalam aku tak berapa sihat lepas balik Melbourne fly plak tempat yang aku tak pernah jejak.  Alhamdullilah semua ok, masakan depa aku boleh terima, aku rasa lega sebab tak dak masalah food kat sini.





Wednesday, June 12, 2013

Sakit Kepala Kembali Lagi

Masalah ni rasa cam teruk juga, pelbagai kaedah dah dicuba, tapi keberkesanannya tiada.  Lebih teruk kena bila aku balik dari Melbourne, ntah racun apa yang merasuk dalam badan, urat di kepala aku sakit sangat luar biasa.  Air zam-zam, air anugerah, ubat migraine, panadol, semua aku telan tapi tiada perubahan yang ketara.  Sakitnya tidak berubah, aku naik takut dengan apa yang berlaku, bila agaknya nak dan apa sebenarnya masalah aku pun tak tahu.  Kalau semuanya tak ok, nampak gaya aku perlu perubatan islam lagi untuk ini, kalau boleh aku tak nak buat semua ini, tapi ini adalah cara terakhir untuk aku atasi masalah yang aku alami ni.

Malas rasanya kalau tahu ini adalah satu gangguan lagi macam aku kena dulu, kalau boleh aku malas nak tahu apa yang menyebabkan aku sakit kepala.  Pada aku orang menggunakan kuasa2 sebegini adalah orang yang dayus dan gila.  Tak menggunakan akal fikiran untuk fikir apa akibat orang yang teraniayai dengan kuasa2 cam ni.  Aku menci dengan orang sebegini, belajar tak pandai, buat guna2 pandai plak, macam orang kampung plak, tak puas hati guna kuasa cam ni.  Benci tahap gaban sampai mati pun aku benci.




Wednesday, May 15, 2013

Ambil Wuduk

Aku tak sihat, rasa nak bangun pun malas, tapi aku ambil wuduk rasa terus segar bugar, alhamdullilah.  Insyaallah aku rasa ada yang tersirat di sebalik tersurat, bila ambil wuduk aku ok, kalau tak ambil rasa sengal abis satu badan.  Aku rasa ada yang tak kena ja ni, dah dekat seminggu sengal badan aku ni tak baik2.  Bangun pagi ada masalah, lepas solat subuh ok, lepas solat zuhur ok, lepas solat asar ok, lepas solat maghrib dan lepas solat isya semua ok.  So sebagai orang islam kalau ada masalah sebegini, elok la ambil wuduk ya, sebabnya incase le ada benda2 tak elok, serba sedikit hilang la.

Kawan aku salu pesan, kalau rasa tak sedap badan atau tak sedap hati pi ambil wuduk selama ni aku buat sambil lewa ja, tapi bila aku nampak keberkesanannya aku pun rasa benda ni betul.  Tapi kena rajinlah, kalau tidak tak menjadi la.  Tapi untuk aku benda ni berkesan lately ni, so aku cadangkan sapa yang terbaca artikel blog aku, boleh amalkan ambil wuduk ni, modal tak banyak, cuma basah ja skit, yang pasti anda akan berasa segar dan hilang resah gelisah aku. Amin. 






Tuesday, May 14, 2013

Back To School

Insyaallah cam dapat berita baik, application diterima, kalau betul June masuk sekolah balik.  Yeay dah lama aku tunggu saat ni, bukan tak nak, cuma kemalasan submit form ja.  Wah jadi budak sekolah memang best, dapat jumpa kawan baru, dapat wat group study, kena buat assignment, kena exam semua ni aku suka walaupun ada setengahnya perit.  Dari buang masa, merapu tak tentu hala, at least masa aku terisi sikit dengan belajar benda yang berfaedah.  Lepas Master kalau rajin buat PHD plak, wah nak belajar sokmo, rajin juga aku nikan nak jadi orang berilmu, yang pasti kalau aku dah further aku tak suka tangguh, aku nak habis ikut deadline.

Bermulalah episod, lari on time dari ofis sebab nak masuk kelas, bermulalah makan tak tentu hala, wah semua ni hanya setahun lebih, insyallah aku akan habiskan selagi tak sakit dan tiada rintangan.  Dulu masa aku further tak terurus hidup aku, maksudnya tak jaga la penampilan diri, asyik nak buat assignment ja, asik risau kelas ja.  Asik nak beli buku ja, buku dulu pun bertimbun dalam bilik ketiga aku, wah tambah la buku aku.  Anyway aku suka back to school, sebab otak pun dah lama mendap, berpoya ja keja aku, biar la setahun lebih ni aku isikan otak aku dengan vitamin ilmu.  Vitamin yang perlu untuk peredaran semasa, tak kira umur dah meningkat ke apa, belajar tu perlu. 




Monday, May 13, 2013

Cara Pandang Orang

Ada sesetengah orang bila pandang orang sharp terus kat mata, yang mana semua ni aku tak suka.  Kalau boleh nak ja aku lempang kiri kanan orang yang suka tengok orang tepat kat aku.  Tak kira bangsa apa, kalau tengok aku tepat aku tak suka, tak suka sebab macam aku buat salah lagi satu aku rasa cam nak korek biji mata dia.  Tiada adab ka tengok orang macam tu, hish mana sifat pemalu dah la tengok terjegil, nak kata aku ni segak sangat dak la.  Apa masalah nkorang hah tengok aku cam tu, aku tak suka woo, aku bukan ada ilmu apa2 tapi aku memang tak suka cara pandangan orang secara tepat kat aku.  Pas tu buat muka terkejut, ni lagi aku menyampah, menyampah tahap maxima.

Tolonglah pada orang2 yang suka tengok orang, please jangan tengok sharp sangat la, sebenarnya orang yang kena tengok tu tak suka dan tak selesa, of course aku la tu.  Lagi satu yang aku rasa tak best sebabnya kejap2 tengok kejap2 tengok, apa salah aku hah, dok tengok aku sangat.  Ada satu mamat ni tengok aku aku sound ja, wei awat dok tengok2 ni, tapi dia tak faham aku, sebabnya dia foreigner, ha ha kelakar la pulak aku sound dia bukan faham, kalau dia faham pun padan muka dia.  Aku geli orang tenung2 aku macam orang gila, berapa kali dah aku baca ayat qursi kalau ada orang tenung aku cam tu, tu kalau jantan la.  Alhamdullilah buat masa ni selamat la lagi, tak tahu sampai bila nak selamat. 






Friday, May 10, 2013

Bila Nak Tulis

Adoi dah lama rasanya aku ke Thailand, tapi cite lum tulis kat sini, macam ada kemalasan dan kelupaan plak nak update kat blog aku ni.  Agaknya bila la nak rajin, lepas balik dari Melbourne kot baru aku rajin.  Harap2 aku tak lupa cerita2 perjalanan suka dan duka aku tu.  Sakit bontot naik bus, bengkak kaki dok dalam bus lama, adoi rasanya serik pula nak naik bus lagi untuk journey yang jauh cam tu.  Merana kaki dan merana bontot, yang pasti tu adalah pengalaman yang tak dapat aku lupakan tiga tempat sekaligus dengan hanya menaiki bus, iatu Hatyai, Krabi dan Phuket.

Satu pengalaman yang tak dapat tu boleh dikatakan duka tapi terlepas la, sebab agen bertanggungjawab.  Yang bestnya dapat berkenalan2 dengan orang TM semasa dalam bus, yang mana sebelum ni tengok2 ja tak pernah cakap.  Yang kelakar dan tak sangka pun ada, walaupun  dia orang senior tapi dia orang best.  Tapi aku tak rajin plak nak tulis cite aku gi Phuket2 harap2 rajin aku datang balik sebelum banyak lagi cite aku nak tulis, next vacation lepas ja balik kena terus tulis la kalau dok KIV lelama, of course jadi malas dan basi. 




Color Pujaan Terbaru

Color biru ni bukan color terbaru la, masa sekolah dulu aku suka color ni, hitam dan putih pun color kesukaan sebenarnya.  Color ni memang color favor aku masa aku sekolah dulu, pas tu cinta aku beralih arah aku main rembat ja color apa aku suka.  Tema rumah konon2 hijau, tapi sebenarnya aku tak la suka hijau sangat.  Color pink yang aku tak suka sangat, tapi banyak juga aku beli color pink.  Terbaru aku suka balik color biru, dan color merah, ntah la tak tahu kenapa, yang pasti mungkin aku terbaca blog seseorang yang aku suka, dia suka biru dan merah juga. Tapi apa2 pun biru memang color aku suka dari sekolah, nak baju kurung biru ja dulu kalau baju raya.

Erm aku paling tak suka oren, kuning dan purple, tak tahu kenapa, yang pasti ni memang aku paling menyampah, color ni wat aku menyampah tengok benda yang aku ada.  Kalau terpaksa pakai, aku pakai time tu ja la, adoi aku memang tak suka, kalau nak ikutkan color putih aku suka juga tapi pabila mengingatkan cepat kotor aku beralah juga untuk beli certain barang yang aku rasa tak terjaga kesuciannya.  Tapi aku beli kerete color putih juga tu tandanya putih juga dihatiku. 






Thursday, May 9, 2013

Baru Aku Perasan

Bila orang sibuk2 beli handbag jenama terkenal, baru aku perasan aku tak kisah sangat, yang sedia ada Coach pun aku lempaq ntah mana2 dalam rumah, wrislet ka apa ka semua aku tak la jaga sangat.  Aku memang bukan feminin sangat nak pakai hbag ala2 mak datin atau minah make up tebal, punca tak dikenal pasti kenapa aku tak berapa minat hbag, beli pun dok dalam lemari, dok dalam dust bag, biar la orang nak kata aku pakai yang murah, aku beli yang mahal dok dalam lemari, buat apa nak beli. Membazir pula kan, tapi kalau barang sport aku sanggup beli mahal2 kenapa dan mengapa aku pun tak tahu, sportwoman la konon.

Kenkadang aku pun rasa aku ni bila kuaq berpeleseran tak la nak make up ala primadona, tak dak la la nak pakai baju kembang ala Marilyn Monroe, aku memang suka original, aku tak suka rosakkan kulit aku yang nipis nampak urat ni.  Aku memang tak selesa kalau pakai make up, kalau lipstik merah menyala, aku jenis sempoi gila, pakai setakat sekali  ja awai pagi, yang lain tarak la nak touch up balik, lepas solat muka tu la aku balik atau nak pi meeting.  Aku tak payah nak habiskan beli minyak wangi, tapi aku beli juga, sebabnya aku bila pakai penin kepala, sampai kena mandi dan tidur.  Semua ni aku ada masalah, apa orang nak cakap kat aku cakap la, yang penting aku ada reason tersendiri. 









Friday, May 3, 2013

Aku Suka VS Dia Suka

Wallahualam, aku pun tak pasti sapa suka sapa sebenarnya yang pasti time aku tak nampak dia satu hari, tak best terus aku rasa, kenapa ek.  Apa ada kat dia, apa yang menarik tentang mamat tu wallahualam, yang pasti walaupun aku cuba wat tak tahu dengan dia, wajah dia salu ja dok masuk dalam mimpi aku.  Kira dahsyat la kan, tapi alhamdullilah dia tak kasi la aku fenin kepala macam nak pecah, cuma aku terasa rindu ja kat dia bila tak nampak dia lama.  Insyallah yang tersirat dan tersurat hanya kuasa allah ja yang tahu, kalau dia suka aku, aku pun suka. 

Yang pasti dia bukan orang yang selalu wat aku sakit pala, dia bukan budak-budak yang keje ntah apa2.  Aku bukan mengumpat budak jalanan tapi apa yang dia dah buat kat aku, aku rasa tak boleh nak maafkan.  Tak sesuai rasanya buat cara kotor, realisticnya pun aku tak akan suka dan cinta sama orang macam ini.  Orang bermotifkan RM dan harta benda orang, bukannya suka dari hati ke hati, tapi nampak kebendaan, tolong la aku tak kan suka orang cam ni.  Bukan aku sombong tapi aku letih sakit kepala dan letih tidur tak lena dek gangguan bodoh yang aku sedar.

Alhamdullilah dalam pada itu aku masih rasa suka kat orang yang aku rasa aku suka.  Suka tak semestinya kawin, suka tak semestinya kat orang bujang saja, yang pasti suka kat orang.  Kalau orang tu bujang lagi la bagus, he he susah juga aku nak suka kat orang, tapi kat mamat ni muka dia kalau aku nengok buat aku rasa cool ja.  May be sebab rajin solat, sopan bercakap, tu yang aku nampak la, tak tahu la kat rumah cam pelesit kota.  Yang pasti tak semua orang baik tu tak dak keburukan, dan tak semua orang jahat tu tak dak kebaikan.  Kalau dah suka, tak kira la aku suka ka dia suka janji hati salu berdebar dan nampak muka orang yang aku suka.  La la la la...






Tuesday, April 16, 2013

Bahang Melbourne Terasa

Semangat jalan dah mula terasa, aku dah beli luggage baru, color tak boleh blah, cam tak caya ja, aku sebenarnya minat color merah, tapi atas suggestion dah konon2 orang european suka color tu aku pun rembat color yellow tu.  Hik2 mesti nkorang gelak besaq tengok akunya bag, tapi nak buat cam ne aku dah beli dah pun, aku beli sebab tertengok dan terbeli.  Aku beli bag peti sekali ni cam sekolah dulu2 pakai bag peti plak nak gi Melbourne.  Konon2 nak lain dari yang lain that's why aku beli color tu, apa2 pun tak leh cakap apa2 sebab dah beli dan dah tersimpan dalam bilik aku dah. 

Sebenarnya aku tak confiden sangat dengan bag peti kalau bawa jalan coz, salunya kat airport dia orang baling ja time nak masuk kargo dan time sampai tu.  Tu yang aku risau mana la tau bag tu tiada ketahanan sangat, rugi la aku beli.  Ikut2nya aku suka color hijau tapi aku beli kuning, nape yer, may be sebab sales boy n sales girl tu dok cakap color kuning lawa.  So aku ignore la color favorite aku demi pujian adik2 tu, aku rasa cam segak plak tengok lama2 color tu.







Friday, April 12, 2013

Jogging Skit Ja

Tiba2 mai pula syeh nak jogging lepas kerja, kalau dulu aku malas, bila fikir balik rumah asyik lena ja, baik aku jog kan, bukannya apa risau la juga letak ja kepala lena terus.  Kalau diingatkan apa pun aku tak buat kat rumah, balik mandi masuk baju dalam washing machine, baring2 atas katil ja.  Lelain aku tak buat, sebabnya tahap kemalasan aku berada pada tahap beku.  Bila agaknya nak cair balik ni, ya allah lagi aku tak makan malam lagi malas rupanya pergerakan badan aku, rasa nak tidur ja, bangun pagi pedih perut pulak. 

Jogg pagi dah jadi malas pula, semuanya ni berpunca kalau aku pi jenjalan nak start bangun balik ari sabtu ada masalah skit.  Tapi semalam aku boleh juga lari nonstop, lima round dekat opis aku, ni bermakna aku masih fit la.  Walaupun jarang2 buat at least badan aku ringan la lagi kan, wow perasan sendiri la.  Apa2 pun aku kena tanam minat jog ni tak kira rime dah, pagi ka petang ka aku kena cuba jog untuk elak kemalasan melampau. Permulaan cukup 5 rounds, lepas ni may be 10 rounds la pula, insyallah. 



Thursday, April 11, 2013

Lama Tak Gi Langkawi

Alahai rasa dah lama tak jejak kaki jumpa Mahsuri, tak ingat berapa lama dah tak pi sana, yang pasti aku memang dah dekat 5 tahun tak ke sana, aku rasa.  Dulu pi tak naik cable car tu yang rasa ralat tu, now bila tengok orang naik cable car, hati rasa jeles, kat sana memang tak dak apa sangat tapi kalau dah lama tak pi rasa nak pi.  Aku tak tau orang lain punya rasa, ini akunya perasaan saja.  Langkawi apa yang best, salu orang beli sudu, garpu dan mangkuk pinggan ja, cokelat.  Lelain aku tak tahu la apa yang bestnya selain dari pulau bersejarah. 

Tapi banyak dah membangun kat sana, oleh kerana lama dah tak pi kena la pi jalan, ayok setahun ni nak berjalan saja aku, habis la duit aku, kalau kawin dengan tokey balak pun bankrup kan.  Tak dak keje mau jalan saja dok rumah malas, kemas malas masak malas dah la ni, apa nak jadi ni, makin tua makin malas, ha ha, nasib baik dok umah sensorang kalau ada laki dah lama kena cerai.  That's why aku rasa aku ni maintain single pun tak pa, coz aku rasa ada banyak perangai buruk aku yang boleh jadi isu besar..alahai cite benda lain plak sebenarnya main pointnya nak jenjalan Langkawi pulau lagenda. 



Teringin Nak Gi Bali

Insyallaah kalau ada rezeki lebih allah kasi, aku teringin nak gi Bali la tahun ni juga.  Dua tempat kat Indon yang aku rasa nak jejak adalah Bali dan Indon, yang lain2 belum lagi rasa nak pi.  Sebenarnya dah lama aku teringin nak pi Bali, tapi tak pi juga.  Sebenarnya aku memang dah tak pi Indon dua tahun dah, last pi Padang dan Bukit Tinggi tahun 2010.  Indonesia aku tak berapa gemar pi sebab makanan dia, susah aku nak telan kalau makan pun mesti sakit perut.  Nak janji halal tu memang susah la kecuali masakan padang. Sebab tu aku kurang skit pi sana, kecuali Sumatera aku rasa yakin skit nak makan apa2.  Nampak la muslimnya cuma yang tak best tu depa suka bela anjing cam kucing.

Bali ni bukan apa, aku teringin nak jejak ja kaki kat sana, macam orang lain pi, at least aku pernah la sampai kat sana, walaupun dari cerita2 aku dengar ada yang tak best.  Muslim kurang, so makan pun kena careful juga.  Anyway aku rasa as long aku boleh bawa maggi, aku ok ja, maggi tu macam nasi aku la kalau aku gi negara2 yang aku tak boleh nak makan makanan depa, so aku akan jadikan benda ni wajib untuk aku bawa dalam luggage la.  Kalau tidak merana hidup aku kat sana, lauk pauk orang aku susah nak terima makan, so kena la bersiap sedia bekalan sendiri supaya tak mati kelaparan di negara orang.

Aku dah ada collection t-shirt HRC Bali, tapi aku nak juga gi sana, t-shirt ni En Mok yang kasi, lama dah tahun 2006 ke 2007, aku masa tu tak berapa nak pandai collect lagi.  La ni mana2 negara yang aku pi mesti aku collect untuk koleksi peribadi aku.  Insyallah ada masa ada rezeki tuhan bagi sampai la aku ke sini. 



Wednesday, April 10, 2013

Mencari Kasut Cinderella

Huh...aku memang bermasalah cari kasut kesian kan, dah hampir sebulan aku cari susah nak jumpa yang berkenan, macam la kaki tuan puteri susah benar nak match dengan kehendak aku.  Kalau boleh aku pun tak nak eksyen2 cari kasut yang mahal2 dan buang masa cari kasut.  Aku susah nak berkenan dengan kasut di pasaran, ha ha macam bagus ja bunyinya.  Kalau aku beli pun kenkadang terpaksa dan untuk menjadikan koleksi kasut aku yang kurang tu nampak banyak.  Malu la juga pakai kasut tu ja, macam tak mampu aku nak beli kasut lain.  Beli2 sakit cam ne aku nak beli kasut banyak2 yang tu semua masuk dalam kotak buat perhiasan dalam almari jadi muzium.

Hish Cik Manis, awat la susah sangat cari kasut cam cari bakal suami, seksa nak mampus aku nak suka, yang pasti aku memang ada masalah cari kasut dan juga makan.  Kalau tak kenan atau tak kena selera jangan harap aku nak beli, tu la aku, susah sangat memilih ke cara cam ni, wallhualam, yang pasti selagi tak berkenan tak beli la aku, dah berkenan pakai sampai lunyai, macam orang tak mampu beli kasut.  Padan dengan muka kalau tak memilih sangat banyak ja pilihannya. 



Tuesday, April 9, 2013

Sembang2 Throwback

Hari Ahad lepas kami berkumpul, ni aktiviti kami satu hari tak kira Ahad atau Sabtu mesti berkumpul makan2 atau gebang2.  Orang bujang tak kawin, ada ja keje kami, bukan keje apa, keje makan keje sembang, pas tu keluar cerita yang throwback buat kami gelak pecah perut.  Yang pasti benda2 yang jadi memori masam pun jadi indah bila semua buka cerita ketawa senda.  Kadang2 lawak kita orang buat aku senyum panjang, dan kalau lawak tu aku rasa kelakar kami akan continue sambung gelak dan komen dekat fesbuk.  Ni yang wat kami rapat walaupun hasil perkenalan kami hanya bermula dari kawan atas kawan.

So far kita orang selesa berkawan keluar makan sesama, may be satu kepala satu pandangan dan life style lebih kurang.  Yang paling kelakar kita ada minat yang lebih kurang, masing2 boleh masuk tak kira tahap umur, kalau yang tak boleh masuk tu, may be sebab dah kawin kot, ada perasan diva la kot. 





Monday, April 8, 2013

Further Study@Master

Dah lama aku bernawaitu, alhamdullilah hari ni aku dah setel submit akunya borang application, minta2 dapat la.  Doa banyak2 otak dah semakin membeku, ide semakin berkurang so nampak gaya aku kena tambah vitamin ilmu untuk otak aku yang dah semakin tepu ni.  Bila aku rasa otak berada tahap tepu, aku perlu motivasi diri untuk buat sesuatu yang positif untuk diri aku.  Asyik berjalan tak ingat duni, ilmu otak pun perlu dituntut juga, kalau otak kuncup aku rasa malunya nak join bercakap dengan orang2 yang sentiasa brilliant.  Tak tahu la tahap brilliant depa cam mana setakat cakap ja, execute orang lain, implement orang lain. 

Insyallah kalau dapat interview bulan Jun start la aku masuk sekolah balik, wah bestnya hidup terisi dengan buku la lepas ni.  Setahun lebih ja, tahan ja la, kalau tak dapat jenjalan sebab dah further study, kan sabar la skit.  Demi cita2 pendamkan niat jenjalan tu, insyallah masih ada waktu nak jalan, kalau lewatkan2 nawaitu nak belajar takut lama2 tak buat pulak, so better cepat2 buatkan. Mungkin schedule aku akan pack skit kalau dah further study ni, tapi tak pa, sekejap saja, bukan 3 tahun kan...





Wednesday, April 3, 2013

Senyum

Aku ada masalah, masalahnya apa ek?  Masalah kalau orang tak senyum kat aku, aku memang malu gila, sebab tu muka aku maintain macam orang berlagak.  Sungguh memalukan untuk aku la, may be orang lain ok kot, aku ni memang cam tu kena sekali, cukup la, memang aku akan berhati2 untuk next time.  May be aku yang rasa dia orang sombong, ntah2 depa pun cakap aku sombong2, hik2 biasala kan orang salu rasa dan perasan dia bagus, sebab tu dia kutuk dan mengata orang lain.  Mana ada orang nak rasa dia teruk, dan cakap dekat orang dia sombong. 

Paling aku tak suka terserempak empat mata dengan orang, macam terkejut tengok aku pas tu dah la tak senyum, ni yang buat aku malu ni.  Kalau aku senyum dia tak senyum, apa yang hampa rasa, mesti rasa malukan, ya la semua orang ada kelemahan masing. Bila aku cuba jadi peramah orang tak mau senyum pula abis tu cam mana.  Next time kalau aku tak senyum jangan cakap aku sombong ek.  Amboi kasi amaran plak ni, biar la apa orang nak cakap, hobi aku balas dendam kalau orang buat kat aku. Cuma aku wat positif thinking dia rabun dekat agaknya sebab tu tak nampak aku depan mata. 



Tuesday, April 2, 2013

Melbourne Aku Datang

Hati berbunga2 nak melawat Australia, bukan semua kawasan tapi aku gi Melbourne ja, actually aku plan tak nak pi coz aku nak gi Eastern Europe, tapi insyallah ada rezeki lebih skit tahun ni, langkah panjang aku.  Best la nawaitu terlaksana bukan sekadar terucap di bibir, tapi direalisasikan oleh aku sendiri, kuasa allah juga yang bagi aku pi ni.  Kalau dia tak izinkan aku tak dapat la pi, alhamdullilah syukur sangat2 dengan kurniaan yang diberi.  Kaki pun dah gatal lama tak gi jenjalan naik flite, kalau salu pi kalau tak naik flite beberapa bulan dah rasa cam setahun tak naik.

Apa yang pasti aku akan menjejak kaki ke Melbourne bulan May ni, tumpang trip kenkawan, kalau nak gi dengan geng selalu jalan payah la skit sebab Kak Saadi dah pi aku rasa, kalau dia ulang pun sebab dah lama dia tak pi.  Anyway best la dapat kakak2 yang salu ajak aku pi jenjalan, kalau ada trip ja depa salu roger aku suruh ikut, kalau aku tak nak pun kenkadang depa call juga, sampai la aku kasi reason yang munasabah, baru depa accept.  Insyallah dia orang semua baik2 dan take care each other kalau kita orang gi jenjalan sesama.  Sebab tu aku suka ikut dia orang, tapi trip Melbourne ni aku tak ikut dia orang, trip ni semua trip orang bujang.  Ya la trip untuk berjalan2 kenkadang lagi indah dengan geng tak kawin..he he he

Melbourne yang pasti aku akan datang, insyallah jika tiada aral melintang, sampai la rombongan kami berempat. 




Hard Rock Cafe Live Band@Penang

Lama tak balik kampung sejak new year hari tu, so kali ni balik aku banyak la ronda sana sini.  Jalan2 cari makan, jalan2 layan live band.  Live band ni memang aku minat la, dari dulu dan kini, tak semua orang tahu aku memang suka layan live band, sebabnya aku hanya akan layan dengan orang yang minat sama dengan aku saja, aku takut orang yang aku ajak tak minat, takut depa tak tahan bingit bunyi muzik.  Pada aku tu la alunan yang wat aku hilang stress atau lupa sekejap benda yang aku tak mahu ingat, bukan semestinya frust  cinta adalah benda lain yang wat aku tak senang duduk. 

Kedai wajib melawat


Moto Besar depan cafe HRC

Bila dengar live band aku cadangkan nkorang pergi tempat2 yang best skit baru best, sebabnya kalau dengar yang cikainya memang tak best, sound check hampes, telinga lagi bingit dengar.  Hard rock atau hotel2 5 star kalau dianya live band performing salunya ada class, sebab dia pilih orang Filipina yang memang pro, semua lagu depa boleh nyanyi, pakaian pun ada style. Yang penting vokal dan drummer untuk aku la, kalau dia ketuk drum bunyi tak best memang tak best la live band tu.  Banyak2 aku pi Live Band aku rasa paling best kat Hard Rock Penang kot, hik2 sebab negeri aku ka, tak la sebabnya ramai foreigners yang layan.  So nampak cam aku dok kat overseas plak, memang best. 


Pintu masuk cafe


Singer ni dua2 best

Sesekali kena la layan live band kalau tidak jiwa rasa tak tenteram, itulah aku jangan jadi rusa masuk kampung masuk ja HRC layan ayaq setan, sebab nak jadi orang moden, ayaq lain banyak gi leh minum, tu la aku tengok aksi beberapa orang kita yang baru nak belajaq jadi jahat. Concorde Hotel pun best juga dianya live band, dulu kat Subang Villa aku layan minah philipine juga memang debom, kalau selang seli dengan band Malaysia hancus skit la.   Alamak kutuk band negara sendiri plak. 





Tuesday, March 26, 2013

Aku Online Dia Pun Online

Tidurku diganggu gugat lagi, tapi kali ni cam gila bayang pun ada, yang paling tak boleh blah, aku tengok FB dia, aku online dia pun online.  Dia ni memang friend aku dalam FB, aku perasan ke atau satu kebetulan, ni yang aku tengah siasat muka not bad, perawakan alim, kerja bagus, tiba2 suka masuk dalam mimpi aku.  Aku cuma rasa pelik ja, bukan apa, tiba2 aku dok berdebaq gila teringat mamat ni, siang dan malam.  Sana sini nampak muka dia, cam tak boleh belah, tapi tak la ketara sangat macam mamat sewel dulu.  Mamat ni aku musykil ja napela aku plak dok asyik ingat dia siang malam, yang aku nak marah tidurku terganggu.

Semalam pukul 3.00 pagi aku terjaga, aku nampak dia pun online sedangkan setahu aku dia ada kat luar negara, kat Dubai.  Memang la time tak sama, kebetulan ka aku tak boleh tidur atau kebetulan dia pun online 3.00 pagi.  Paling aku tak boleh tahan kerap pula aku nampak dia online, macam tapi FB dia tak la active sangat, aku pun pun pelik nape dia kerap online sedangkan dia tak update pun status FB dia.  Aku salah sangka kat mamat ni, sebab aku salu nampak muka mamat ni kat mana2, nak kata aku syiok kat dia tak la sangat.  Insyaallah allah akan beri petunjuk pada aku jika mamat ni berniat tak elok kat aku. 

Aku paling rasa tak secure kalau nampak muka orang dalam tandas, sebab aku tahu sebabnya kalau aku masuk tandas tempat yang kotor, kalau muka orang tu dok jelma ja depan aku, mungkin dia pun ada pakai benda kotor.  Aku bukan menuduh tapi yang pasti lately ni mamat ni muncul ja dalam mimpi aku, hari Sabtu malam Ahad dia masuk dalam mimpi aku, aneh ke atau gangguan biasa.  Wallahualam...





Friday, March 22, 2013

Paha Lebam

Bila main futsal esksyen cam brutal, balik rumah siap la, tengok semua tempat lebam.  Kalau lebam cepat hilang ok juga ni lebam seminggu pun lum pasti hilang.  Padan muka la kan nak tunjuk taiko sangat, dus ambil bola, dus tendang bola, defend kiri kanan paha.  Guna bahu guna satu badan la konon2 jadi Goal Keeper@GK, akhirnya balik rumah abis merah sana sini, next day naik la warna biru.  Bila2 ingat2 kelakar tapi sendiri pun suka kan nak tunjuk pandai main, bila sakit rasa trauma sat, pas tu main balik.  Sebab tu aku tak mau jadi GK, kalau jadi memang la lebam satu badan.


Teruk lebam aku ni


Ni paha kiri lebam plak

Apakan daya, nasib badan tahan ja la, lebam-lebam sana sini, kalau rasa tak tahan resign ja main futsal.  Takut lagi main lagi lebam teruk, baik stop kejap, suruh orang yang ada main jadi keeper plak biar dia orang rasa apa yang aku rasa, baru padan muka, baru tau sakitnya kena bola rembatan orang.  Aku kena rembat teruk dengan budak pompuan yang macam jantan tu, sib baik tak gol, kalau idak rugi aku tempis bola dia.  Ermmm, memang menyakitkan dan mendebarkan kalau gol aku rasa bersalah gila.  Gemuruh semua ada, tak secure la rasa tambah tengok player yang main lembik2.  Aku tak yakin sangat.  Insyallah kalau salu training, mudahan2 ok la kot. 



Monday, March 18, 2013

Saya Tak Suka Jadi Goal Keeper

Futsal kembali lagi, dah lama aku tunggu tapi aku cam tak happy la skit, depa suruh aku jadi keeper, erkk habis la cam ne aku nak dok dendiam depan pintu goal.  Tengok depa main lari sana sini, tapi aku cam orang bodoh tunggu depan pintu goal.  Aku menyampah pun ada tengok yang nak ambil bola tak gheti, tengok yang tendang syiok sendiri, aku tengok ja, badan aku abis lebam kena tendang, best ka kalau jadi GK, kalau masuk gol kena marah, baru aku tahu cam ne jadi Khairul Fahmi, satu Malaysia maki kalau bola masuk dia tak dapat tangkap, aku pun tak berani nak ambil tugas ni, kalau defender atau striker aku confident lagi.

Kasut ni ja aku suka dan sayang bila main futsal


Rasa cam nak pancit gak walaupun jadi Goal Keeper ja

Lebam sana sini, balik rumah tidur seharian cam kerja kontrak, wadus penat sungguh aku, baru jadi goal keeper satu hari.  Kalau hari2 jadi mati la aku, aku dah syor depa cari orang lain, aku surrender depa wat cam tak dengar ja, geramnya aku.  Kena tendang bola kat lengan kat dada, kat paha kiri kat paha kanan, semua kena lama2 abis la paha aku lama2, nanti terus melecur.  Tak tahan rasanya aku nak jadi GK cam Khairul Fahmi, aku ni ganas menendang bola, brutal depan ja balik rumah hadoi la juga.  Memang aku cam tu, control sakit yang sebenarnya sakit nak mampus.

Lepas gian main striker

Nampak gaya rasa cam nak bersara dah la main futsal, tapi bila nak bersara turun tengok geng main, rasa kaki gatai ja nak menyepak, tu masalahnya aku kena la cari back up main game lain kalau nak bersara futsal kalau idak sampai bila aku tak bersara.  Konon2 tak mau dah pakai suar pendek, ya la aku rasa nak insaf tak mau pakai suar pendek, sebabnya kalau tendang bola aku tak reti pakai suar panjang.  Kelakarkan main bola kena pakai yang pendek2 ja, kalau yang panjang tak reti nak pula, lawak la pula aku rasa. 



 










Friday, March 15, 2013

Out Station Kuantan Plak

Dah abis keje kat Batu Pahat gi Kuantan plak, nape la dia orang suka ajak aku gi out station aku pun tak tahu.  May be sebab aku single kot senang depa nak ajak pi mana, sebab tu jadi favor untuk depa ajak.  Senang ja kalau ajak pi mana ok dan on ja.  Rasa sayangnya plak nak tinggal ofis, ha ha ya la kalau pi out station tak le la tengok SA aku.  Gatal la plak rasa cam ni, tak mau pi out station sebab tak leh tengok orang yang aku suka tengok.  Lawak pun ada, tiba2 ada feeling cam ni plak, aku salunya tak rasa cam ni sangat, mamat sekoq ni memang menghantui aku la.  Aku tak tengok satu hari rasa cam tak best plak. 

Adoi kalau drive sensorang pi kuantan aku rasa mesti bosan, so aku nak follow budak2 lelaki tu dari belakang, aku tak mau gi sensorang sana, aku takut dah aku tak biasa pun sangat sensorang kat bandar Kuantan tu.  Budak2 tu memang janji kosong dengan aku, nanti u follow dari belakang, tengok2 time nak pi sunyi sepi, ntah pukul berapa dia orang bertolak aku pun tak tahu.  Aku paling menyampah drive sensorang la ni, sangat bosan dan rasa ngantuk cepat, tambahan pula jalan ntah apa2 yang R&R tak berapa ada, nak singgah untuk rehat badan.   Anyway aku dah contact old friend suruh cari hotel kat aku depan TM, tapi sebaliknya dia offer tidur rumah dia, alhamdullilah bukan aku nak jimat tapi aku rasa lagi ok kot.  Di tempat orang ada geng yang nak layan aku lagi bagus. 

La ni aku layan out station ja, best juga leh melawat tempat orang.  Dari dok terperuk kat rumah baik aku layan kerja cam ni, happy skit, dok rumah bosan juga.






Thursday, March 14, 2013

German Oh German

Ohh tiba-tiba rasa berkobar2 nak ke German, kenapa dan mengapa aku tertarik nak ke sana jangan tanya, akunya style bukan suka melancong negara yang glamor sangat, aku suka negara yang terer berperang masa dulu2.  Kebanyakan negara yang aku terokai adalah berbentuk negara komunis, baru aku perasan, aku memang suka tengok negara yang tak sekongkol dengan USA.  Tak tahu kenapa aku memang pelik skit aku ada reason tersendiri kenapa aku suka tu aku tak suka tu, untuk aku negara yang dah glamor anytime boleh pi, tapi tidak negara2 cam ni, kena ada geng baru boleh pi.  Biar la apa pendapat orang aku tetap dengan pendapat aku, kalau aku tak suka aku tak ikut, kalau aku ikut tu tandanya aku nak pi la. 

Kalau ada world cup pun aku sokong negara2 cam ni, Korea, Japan, German dan France, tak tahu nape aku ada minat pelik.  Apa2 pun dia orang ni kenkadang ada hidden talent, yang lagi bagus dari negara lain yang dah glemer tu.  Aku memang tabik spring kat dia orang ni, bangun atas kebolehan sendiri, semua buat dengan sendiri untuk majukan negara depa.  Sebab tu aku rasa berkobar2 nak melawat German.  Mimpi jumpa Hitler la kot..OMG..Yang pasti this year trip East Europe aku akan ke sini, insyallah dan alhamdullilah setiap rezeki yang allah bagi dapat aku jenjalan kan. 







Wednesday, March 13, 2013

Beli Kasut

Aku memang ada problem bila nak beli kasut salunya aku merayau lima shopping complex, kenkadang balik Penang baru jumpa tu pun tak memuaskan hati sangat.  Last2 aku rembat kasut yang sebenarnya aku tak la berkenan sangat tapi kerna terpaksa dah tak dak choice sebab tu aku beli, kenkadang kasut tu tak best pun.  Kawan aku cakap ayah dia cakap cari suami cam cari kasut, aku cam rasa betul ja, coz aku memang ada masalah dalam bab2 ni nak cari yang sesuai dengan aku.  Kalau aku suka mestilah tiada size, color tak best, cam benda last pair la, ada ja masalah yang aku kena bila masa aku nak beli kasut yang aku dah suka tu.  Tapi kalau dah suka pakai ja kasut tu sampai rosak, pas tu kalau boleh nak repeat beli kasut cam tu juga cuma tukar warna ja. 

Ermm payah juga kalau salu cam ni, kalau ada duit barang nak beli tak suka tu masalah.  Kasut merata2 pilihan aku amat susah, apa yang aku cari aku pun tak tahu, tapi yang penting aku susah nak dapat kasut yang fit dengan aku.  Yang aku dapat salunya cam boleh je la, nak kata suka sangat tu susah la. Bukan nak eksyen kasut murah ka kasut mahal ka, kaki aku akan melecet bila aku sarung ja kaki aku tu.  Aku kena pakai selipar ja kot, tak yah bergaya dengan orang lain pakai high heel.  Kenkadang pakai kasut rasa kematu kat tumit, tu cam ne aku nak jawab nak cite kat orang aku memang cam ada masalah skit, bukan nak ngada, kalau orang nak ngumpat aku, tak kisah la.  Aku memang ada masalah beli kasut, kaki size 5 ja, tapi mengada nak mampus, aku pun fenin la....




Satu Wajah Satu Rasa Seribu Kemusykilan

Macam gila bayang pun ada, bila tengok mamat ni aku rasa suka la, kejap2 aku pandang, kejap2 aku tengok yang pasti aku suka tengok la.  Adohai sebelum ni tak pandang pun, bila dah pandang rasa susah nak lepas pandang pula, apakah semua ini?  Jatuh cintakah aku? syiok sendirikah aku? Aku suka dia ke dia suka aku?  Memang keluar la ayat tak boleh blah dari fikiran aku, kalau tak nampak mamat ni rasa satu hari aku tak best, why ek?  May be sebab raut muka dia yang aku suka tengok kot, sedap mata memandang. Susah betul aku nak suka kat orang, bila dah suka status cam tak dikenal pasti.  Siang malam terbayang, asyik nampak muka mamat tu ja, agak2 status dia apa ye. 

Yang aku risau wajah dia ni kerap bermain di fikiran aku sekarang, sebab tu aku pelik.  Yang pasti aku rasa cam tersuka pula dengan mamat ni, bila dah salu pandang2 dia, kalau dia suka aku alhamdullilah bestnya.  Kalau aku yang terlebih suka sorang malu la kan, kan best kalau sama2 suka.  Anyway apa2 pun kalau dia kawin aku redha ja, nak buat cam ne, tak semestinya sesuatu yang kita suka tu dapat kita miliki, suka dari jauh pun ok juga.  Kalau ada jodoh lagi bagus kan, apa2 pun kena juga sedar akan kekurangan diri kalau nak berbanding dengan wajah yang aku suka tu.  Biasalah suka dari jauh aku ni, kalau jadi kenyataan tak tahu la apa aku nak cakap. 

Yang menjadi aku musykil mamat ni ada aku dengar dah kawin tapi muka serabut cam tak kawin.  Gerak geri cam orang bujang, status masih single.  Apa nak buat berangan la selagi boleh dapat tengok muka hari2 pun dah cukup gembira buat aku pada saat ni.  Wajah dia menyejukkan hati, wajah dia buat aku muka merah, wajah dia buat aku jadi pelakon sinetron.  Hik2 penangan wajah mamat ni memang buat aku rasa cam jiwa kacau, walaupun seribu kemusykilan tentang status dia..la la la la la






Sunday, March 10, 2013

Tak Semestinya

Va va va va..ni satu pandangan dan pendapat aku, kalau kaum hawa setuju, ok la kalau tak setuju aku rasa suka hati hampa la.  Apa yang aku rasa dan apa yang aku nampak tentang kaum hawa yang tak fikir panjang akan main rembat ja mamat tepi jalan untuk bernikah.  Bukan aku mengutuk aku rasa kenkadang lelaki2 tu mencari kesempatan dia atas kaum hawa yang risau sebab tak nikah2.  Aku bercakap atas pengalaman, kalau dulu aku kawan je dengan mamat2 yang boleh dikatakan time main aku bayar la, tapi la ni aku rasa malas la nak bayar dekat lelaki.  Biar la orang cakap berlagak sebab tu tak menikah tapi apa yang aku nampak memang kaum hawa tak fikir sangat menda ni, asal dapat nikah, status nikah ja, kira ok la. 

Pada aku tak semestinya tak berkawin pompuan tu tak laku, dan tak semestinya dia perlu dengar cakap orang kawin dengan orang yang tak seberapa untuk tutup status yang dia laku.  Tak semestinya kawin tu bahagia, tak semestinya tak kawin tu sampai bila2 tak kawin, cuma lelaki di depan mata aku rasa muak nak pandang, lelaki yang ada aku rasa cam tak cukup sekupang.  Dah umur meningkat ni banyak sungguh benda tak elok yang kita nampak, feeling pun kita rasa juga, kalau orang tu pura2 suka kita atau dia memang suka kita.  Debaran kasih sayang akan ada, merah muka, malu2 pun ada lain la kalau tak dak rasa minum semeja pun rasa nak balik cepat la. 

Aku rasa ramai yang berkawin ingat depa bagus sangat, he he he, dalam hati aku mungkin depa rasa depa segak kot time depa menikah.  Aku rasa ada banyak benda yang perlu kita fikirkan, kalau ambil anak ikan macam dah tau conclusion dia kalau menikah of course dua tiga tahun gi anak ikan cari lain.  Anak ikan ni salunya amik kesempatan ja, bukan cinta sangat pun ni apa yang aku nampak la.  Satu lagi aku paling menyampah dalam FB tentang status mengumpat kaum wanita, cam la kaum adam 100% perfect, nak ja aku smash kaum adam.  Ada juga kaum adam yang busuk rokok, ingat aku suka, ada juga kaum adam suka pakai baju sama ja, aku rasa nak sound juga depa ingat tinggi sangat saham depa.  Baju pun pakai berkali2 kenkadang bau hapak, nak muntah, ingat apa, busuk la.

Tak semestinya lelaki yang baik tak boleh jadi jahatkan, he he..kalau kawan dengan orang jahat jadi jahat juga, cam tu la juga kaum hawa tak semestinya jahat sampai tua.  Yang pasti aku tak nak lelaki yang aku kena bela, aku tak lelaki yang nak hidup senang tapi tiada rasa cinta pada aku.  Yang pasti aku bukan jenis tangkap muat, main rembat budak jalanan yang ntah apa2, yang cakap pun cam sewel.  He he he he...





Friday, March 8, 2013

Tertidur Dan Tertekan...

Oops padan muka skodeng lagi FB orang dah tertidur tertekan plak friend request, cam ne tu, padan muka aku kan.  Baik punya aku dok skodeng tup2 terkantoi la, nampak sangat aku suka skodeng FB orang.  Next time tak moh la buat dah menskodeng sambil baring dalam keadaan penat, hish memang rasa malu tapi nak unfriend balik rasa lagi tak best sebab macam aku sengaja nak skodeng la plak FB orang.  First timer buat cam ni, next time jangan la dok buat lagi ye.  Malu tuhan je tahu, tebal muka tak setebal masa aku make up menari kat Sabah dulu.  Kalau kena kutuk nasibla, dah nak buat cam ne bila masa aku tekan aku pun tak tahu.  Tiba2 pagi2 aku nampak accepted friend request, hahhhhhhh, menjerit kuat2 aku dalam kete pagi tu, ya allah bila masa aku add ni.

Nak tengok muka orang yang aku add tu pun malu, ni perkara yang memalukan betul dalam hidup aku, cakap tak pernah senyum pernah la, tapi add friend request.  Harap2 dia tak rasa apa2 sebab aku dah teradd dia.  Biar lah apa pun pandangan dia, aku tetap bertenang di depan dia, tapi dalam hati dan mata sepet aku ni, sebenarnya tak tahu kat mana nak letak.  Kat mana nak sorok muka aku, padan muka next time jangan skodeng FB orang.  Insafff...la sat lepas ni buat lagi kan.....




Pemalas Tahap Dewa

Ehemm, sapa yang malas, aku tak mengata orang, sebenarnya aku cakap diri aku sendiri yang malas.  Sejak dah boleh tidur dengan lena dan aman ni makin bertambah malas plak aku rasa diri aku ni.  Bukannya nak rajin kemas bilik kemas baju yang aku rajin basuh tu, tapi malas lipat.  Tu adalah pemalas tahap dewa aku pada tahap ini.  Adoii bila agaknya aku nak jadi rajin cam dulu kemas rumah kemas segalanya barang2 dalam rumah, kesian rumah aku.  Banyak betul hantu setan dpk bergayut dalam rumah aku tu agaknya sebab tu aku jadi malas semalas2nya.  Bila agaknya aku nak berubah menjadi tak malas, may be bila stok baju skit barulah rajin kemas kot, ni dua almari nak kemas pun malas. 

Biarlah orang nak kutuk rumah aku semak ke hape, aku rasa aku tak pernah dok pi wat site visit pun umah depa, biarlah depa nak mengata aku kat belakang ke hape, aku punya rumah aku punya suka.  Aku pelik juga orang yang suka pi umah orang tapi umah depa nak pelawa tak la pulak.  Pas tu wat ketupat plak, ntah2 umah depa lagi hutan belantara.  He he he, ala setengah2 orang tu make up segak2 melawa bagai model, kat rumah cam hutan pun ada.  Betul ke idak, pernah tak hampa semua jumpa orang cam ni, mesti pernah kan.  Aku rasa bukan aku sorang yang pemalas dalam dunia kot....ha ha ha





Tuesday, March 5, 2013

Sakit Bagai Nak Mati

Semalam balik kerja lepak2 tertidur, so aku nak tidur balik lepas mandi semua ada masalah sikit, nak makan pun malas dah, ingat nak goreng kopok lekoq yang Shafiq bagi kat kami sorang satu hari tu.  Tapi aku rasa malas just minum ja.  Aku minum air 100 plus, sedap plak tengah2 malam buta tu, lepas minum air tu rasa segaq plak.  Dalam pukul 1.44a.m aku rasa perut aku kembung semacam, pedih menyucuk2 adoi rasa cam nak kena sakit perut pun ada.  Aku dah rasa rimas, perut bagai dicucuk jarum bila sakit, risau pun ada kalau jadi apa2 macam mana, dah la panas dari pakai baju aku buka baju, aku rasa semacam ja.

May be aku salah makan masa lunch, mungkin dia letak perencah yang perut aku tak boleh terima, semua tu aku malas nak fikir, yang aku sedih perut aku tak berapa elok sangat salu ada masalah.  Dekat 4 jam aku bertarung sakit, tidur ruang tamu la, bangun masuk bilik keluar masuk bilik air, sakitnya tuhan ja tahu.  Aku pun tak berapa tahu punca sebenar, may be makanan tu tak bersih, aku plak minum air epal, segalanya mungkin dia cuci bersih perut aku.  Aku rasa dah lama tak kena sakit perut cam n, bila kena cam tobat weii, baru nak sebut nama allah, rasa nak mati pun ada...dugaaan betul.  Bila dah terkena cam ni nak makan pun kontrol la, makan benda yang tak pedas ja, ermmm dah lama aku tak berapa makan benda pedas, ni aku kena la jaga balik. 



Monday, March 4, 2013

Biarla Miskin Harta Tapi Jangan Berpura-pura

Memang naluri manusia suka pada orang yang berharta, aku akui aku pun sama juga.  Tapi kalau tiada harta kalau dah suka pun suka juga kan.  Aku lagi menyampah kalau orang yang tak berharta tapi berpura2 suka kat kita sebab nak hidup senang.  Aku rasa ni memang keterlaluan, tak salah jatuh cinta pada orang yang ada harta tapi kalau orang tak layan tak yah la guna cara kotor.  Pada aku aku lebih suka orang jujur dari orang yang berlakon suka aku, sebab tiada getaran atau debaran yang jujur bila kita duduk berhadapan dengan orang yang guna ilmu hitam ni.  Mungkin tak semua dapat petunjuk, insyallah jika allah sayangkan kita, insyallah semua itu akan kita sedar tanpa diduga.

Kenapa perlu guna semua tu, kelakarkan, memang kalau tengok muka pun tak la berapa selera sangat, sebabnya cara communicate pun cam sewel pada aku, memang kita akan rasa nape aku layan budak sewel ni hah. Sewel tu melampau2 plak cakap benda2 yang tak logik, cakap benda2 yang tak masuk akal, macam la aku ni bodoh sangat nak percaya dengan kata2 yang aku rasa teknik bodoh.  Lawaklah hanya orang bodoh yang akan terkena, aku bukan la bodoh sangat nak terkena, nampak cam boleh makan, tapi insyallah masih boleh berfikir. 







Friday, March 1, 2013

Kereta Baruku Toyota Altis

Dah lama aku nak perkenalkan kereta baruku, sudah sekian lamanya aku kenalkan kereta baruku ini.  Sebenarnya nak beli kereta lain, tapi aku beli kereta lain, aku dapat kereta ni masa raya haji tahun 2012.  B  Dah la beli kat kampung halaman, pas tuh plet kereta mesti lah guna plet "P" untuk Penang, semangat negeri la konon.  Saja la kan dari awal lagi aku nak guna plet negeri kelahiranku, dah tukar kereta dua kali ni kereta ketiga baru dapat pakai plet Penang.  Sebenarnya aku suka honda accord atau honda city tapi entah cam ne kena rasuk dengan kakak aku beli la Altis ni.  Lagi pun kak aku cakap arwah ayah suka kete ni, so bagi menyempurnakan hasrat ayah kami dua beradik pakai la kete Altis ni.  Kelakar bunyinya tapi saja la kan, kalau arwah ayah tak sempat tengok aku beli at least dia dapat tengok kakak aku pakai dah. 

Keretaku kekasihku

Anyway tak tahu la sampai bila aku nak pakai kete ni, so far so good performance dia, lagi pun aku pakai sorang memang la tak nampak dia punya kelemahan lagi benda baru memang la baik saja.  Kalau lama2 baru ada problem, sebulan 1K juga aku bayar ansuran kete ni, kalau dulu aku bayar RM656 now tambah la.  Actually aku patut bayar RM990 but for easy bank in aku bayar RM1000 terus.  Rasa duit melayang juga bayar kete anyway before aku beli kete ni aku rasa duit 1K aku tu pi mana pun aku tak tau, habis cenggitu juga.  Biasala masuk kedai Adidas kalau rembat bukan satu 4 benda itu la jadinya 2K pun habis.  Aku rasa ni memang akunya kelemahan yang tak boleh diterima pakai dari dulu kini dan selamanya.  Aku terlalu boros dan rambang mata. 

Insyallah akan ku jaga kekasih ku PKU5426 macam aku jaga kereta2 aku dahulu WHL4011 dan WLB4797, I dont know why angka empat sentiasa ada dalam number kereta aku. May be my lucky number ke apa, tapi orang china tak suka angka 4 ni.  Pada aku apa ada pada number, as long aku dapat barang idaman, angka tak penting pada aku.  Bersyukur dengan apa yang allah kurniakan dan menjaga dengan baik adalah lebih afdal.  Insyallah...