Tuesday, October 30, 2012

Soal Hati Batu Aku

Hati aku ni susah skit nak terima orang, slack skit ja aku dah angkat kaki, mungkin terlalu dikecewakan.  Kalau ada yang suka aku tapi aku nampak cam main2 aku tak rasa depa suka sangat kat aku, unless depa cakap direct kat aku.  Setakat cakap suka ja, macam tak logik sebab aku ramai orang suka kat aku, kenkadang aku tak dapat bezakan suka depa tu, sama ada cinta ka suka suka sebagai kenkawan, sebagai kakak, sebagai adik dan pelbagai la.  Kalau sebagai kekasih cara dia lain sikit kan, mesti nak ajak tengok wayang berdua, nak ajak makan berdua cam candle lite dinner, kalau keluar ramai2 bukan kekasih la kan.  Memang susah jadi aku ni sebenarnya, kalau aku malu dengan kata2 orang pun aku boleh bertukar dalam masa 24 jam supaya aku tak dimalukan oleh sapa2.

Itulah aku, bukan aku ego based on sejarah silam, aku tak kan biarkan aku layan perasaan syiok sendiri lagi, kalau orang tu suka aku cakap la dia suka dan nak kawan dengan aku, bukan cakap suka.  Tapi aku ja banyak call tu tanda aku yang suka lebih, lelama aku jadi malas.  Aku akan cari alternatif buat benda2 faedah untuk hilangkan jiwa kacau aku. Bukan cari lelaki lain, tapi kalau aku layan lelaki lain dalam masa terdekat, tu bukan bermakna aku cinta dia, tu aku sengaja nak menyakitkan hati orang lain, tu la aku.  Tak pernah aku jatuh cinta kat orang dalam masa seminggu, kalau orang suka aku gila2 dalam masa seminggu, aku musykil juga, apa yang dia suka kat aku sebenarnya.  Jumpa setakat baiki kete aku, call aku cakap rindu2 kat aku, bukan aku tak bayar spare part kete tu, kalau aku tak bayar ye la kan.  Terpaksa la layan dia cakap aku dalam tipon.

Nak datang dari jauh2 jumpa aku, cam rindu sayang sangat ngan aku, aaah musykil beb, bukan baru kenal lelaki, cuma aku rasa dia ada niat lain la kot.  Aku layan dia SMS dan call dia sebab aku rasa kenkadang sunyi bangat, sebenarnya tak rasa suka sangat pun, kebosanan yang buat hati batu aku jadi melayan orang cakap, kalau idak jangan harap la. 



Monday, October 29, 2012

Keliru Dan Bersedih

Keliru ke celaru ka sama ja kan maksudnya, aku memang rasa keliru dan serabut ntah apa2, wallahualam, jiwa tak pernah nak tenteram sepenuhnya.  Resah gelisah memanjang, rindu pada orang yang aku rasa suka kacau2 aku la, nasib la ingatkan suka betul2 rupanya suka suka ja.  Terima la ketentuan ilahi, nasib badan salunya orang suka suka ja kat aku, nak suka cinta cam susah skit, tak tahu la, muhasabah diri, mungkin banyak buat salah.  Insyallah mungkin satu hari nanti tak tahu la bila kan, mungkin tak dak langsung, semua ni dugaan, jangan bersedih ya wahai hati.  Banyak2 berdoa dan pohon ke hadrat ilahi, semoga iman bertambah baik dan berkat wang ringgit dapat bawa aku ke tanah suci. Buang jauh2 rasa keliru itu, anggaplah ini satu dugaan jiwa, jangan bersedih dan jangan menangis tapi aku sedih juga, pandai ja cakap kat orang, he he..as usual manusiakan memang cam tu cakap orang pandai, kena diri sendiri, hancur juga jiwa.

Bersedih pun tak guna, jiwa kosong dulu kini dan selamanya, kalau ingat sedih, so ceria2kan diri dengan menda2 yang mengalihkan fikiran sendiri dengan aktiviti riadah yang berfaedah supaya tak lagi berfikir untuk benda2 yang kusutkan jiwa dan minda.  Jangan hanya tuhan tak tunaikan satu doa kita, kita beralih arah buat benda2 yang dilarang agama, cam mak cakap "bila tuhan dah kasi semua menda ada juga benda yang tuhan tarik dari kita, supaya kita tak lalai, dan sedar akan kekurangan yang kita tak boleh nikmati" yang penting kita mesti bersyukur setiap yang kita ad, jangan menyalahkan takdir.  Jangan melihat kelebihan pada diri orang, dan bandingkan dengan kekurangan kita, tapi list down apa yang kita miliki dengan apa yang dia tak ada, insyallah jiwa bertambah tenang dan hidup jadi berkat.  Kadang2 muhasabah adalah cara terbaik untuk selesaikan jiwa yang tak puas hati, salu juga aku buat, insyallah mesti kita lebih bersyukur. 






 

Tuesday, October 23, 2012

Selera Yang Hilang Bukan Diet

Seleraku jatuh merundum bagai jiwaku, ntah tiba2 hilang selera, nampak cam aku diet, tapi sebenarnya aku tak bertujuan langsung untuk ke arah itu.  Secara tiba2 aku malas masak, malas makan malam, may be sebab cuaca yang sejuk, so rasa nak dok atas katil berselimut ja.  He he, walaupun aku chubby juga, tapi aku tak suka la diet tanpa sebab, aku hanya akan diet makan time nak main futsal, sebab nak lari berat kalau tidak.  Biar la orang cakap aku gemuk, janji aku sihat, aku tak kisah la, sebabnya bila selera aku hilang automatik aku rasa badan aku lemah semacam, so nak buat apa pun aku tak larat dan menjadi satu burden untuk aku wat apa2 keje. 

Orang ujan2 makan banyak sebab lapar, aku rela tak makan sebab sejuk, lagi pun kaki aku asyik cramp saja, aku dah semakin risau.  Acapkali aku drive kaki aku cramp, ni satu masalah yang aku sangat risau, katakan aku cramp mau tak leh drive cam ne. Mati aku accident kang, adoi sapa nak jawab, yang aku pelik kenapa la kerap sangat jadi la ni, kenkadang tengah baring dalam selimut pun jadi, ni dah kes berat, kalau la aku jadi dalam tidur dan tak sedar, macam mana ni..ya allah selamatkan la aku dari semua ni, aku takut la serangan2 cam ni, gusar semua cukup, kawan aku cakap kurang kalsium, may be juga kan.  Aku banyak bersukan dulu2 dan dah tak jaga makan minum sekarang, kalau aku main futsal hardcore punya aku rembat bola, lari lari marathon aku malas.  He he, Futsal memang favorite aku walaupun kalau aku cakap kat orang aku main, orang tak caya sangat.  Biar la dia orang tak caya, may be aku nampak feminin sangat la kot..ha ha ha





Sunday, October 21, 2012

Umrah

Insyallah, aku nekadkan hati dan kuburkan segala impian yang lain, aku ingin ke tanah suci menunaikan umrah, next year.  Kadang2 aku lupa akan rezeki serta nikmat yang dikurniakan oleh allah kepada aku, banyak berpoya poya dari keagamaan, tambahan pula arwah ayah pernah berniat nak bawa aku ke sana.  Bertambah dekat rasanya hati aku ingin ke sana.  Dah lama aku tanam niat nak ke sana, insyallah moga2 tahun depan impian aku akan terlaksana.  Aku ada juga beli sedikit barang untuk ke sana, bukan apa beli siap2 senang nanti tak la terasa time nak kena beli tu.  Cuma date aku belum fikir bila aku nak pi, tak kisahla pi dengan sapa pun janji aku dapat tunaikan niat aku ni yang dah lama.

Aku berharap sangat semoga dimakbulkan niat suci ni, dan mendapat hidayah untuk diriku sendiri.  Jiwa kosong, hati tenteram, mungkin akan terisi dengan ilmu agama yang lebih afdal. Harapan setinggi gunung, semoga niat suci ini akan disempurnakan dengan baik dan mendapat sedikit pedoman untuk bekalan di akhirat nanti.  Rasanya tiada lagi masa untuk aku berpoya2 di luar sana, aku perlu lengkapkan diri dengan ilmu agama, insyallah. 





Potong Rambut

Dengan muka aku yang salu kusut, aku rasa rambut panjang cam tak sesuai untuk aku, rasa cam nak potong rambut ja.  Dah lama aku simpan niat nak potong rambut, itu pun aku masih bertahan lagi, rambut aku dah panjang sampai ke pinggang, yang menjadi masalahnya adalah untuk menjaga, kenkadang aku hadapi masalah bila rambut aku ni kerap gugur, so bertaburan rambut dalam bilik air dan rumah aku.  Lagi satu kalau nak kemana aku rasa rimas nak siap2kan rambut aku yang panjang merebang ni.  Ahhh tak susahkan nak potong masuk kedai, cakap potong rambut saya, senang cite, nak simpan 3 tahun nak kasi panjang, nak potong seminit ja. Satu lagi yang menyebabkan aku rasa nak potong, kepala aku kenkadang rasa gatai sangat, tergaru2, kelemumur banyak kot, aku tak nampak la. 

 Dari kecik aku memang minah rambut panjang, satu kampung tau aku rambut panjang lurus original cam anak cina bila ikat cam samurai atau shogun.  Aku ingat lagi masa aku darjah 4 ke 6, aku potong rambut pendek, ada beberapa lelaki kampung aku, siap marah2 aku sebab aku potong rambut.  Lawak la pula, bila ingat peristiwa ni, may be dia orang suka tengok aku rambut panjang, aku pun tak pasti sebab masa tu aku kecik lagi.  Pernah aku berambut pendek cam cam lelaki, tetapi rasanya cam kurang sesuai, sebab muka aku bulat cam bulan, so nampak mukanya, rambut dah la sikit.  Bila aku dah terfikir nak potong rambut, salunya aku akan buat kecuali ada yang menghalang, aku sakit pala kenkadang, aku takut sebab rambut aku yang terlalu panjang juga.  Ntah la nak kata pun tak kena, tapi tengok macam mana, kalau kepala dah ringan may be kepala pun tak sakit lagi. 





Friday, October 19, 2012

Status

Dah kawin ke belum? tu salu ayat bermain di kepala otak aku, bila aku kenal lelaki.  Tak tahu la kalau ada orang yang tak kisah status lelaki tu berkawin atau tidak.  Bukan nak kata aku terer atau cekap jadi spy FBI ke apa, dalam masa tiga hari atau seminggu dah terjawab status orang yang nak menggangu gugat hidup aku.  Tak payah nak berlakon dan menyamar call aku di tengah malam atau ikut time dia, kalau time aku call hang pun tak jawab.  Suka hati ja nak buat sport check kat aku, dia ingat aku caya sangat ka dia belum kawin, memang nampak muda bergaya, tapi zaman moden batu ni, banyak la lelaki suka menipu status.  Ada yang pura2 tulis dalam fesbuk status single, sebenarnya ada bini kat rumah.  Nak menipu dengan pegawai penyiasat bertauliah ni, so jangan harap aku nak layan, pengalaman kena tipu dengan lelaki berkawin sangat banyak la, tak terkira, sebab tu aku phobia la kenal ngan lelaki2 tak kira muda ke tua.

Kalau call aku tengah2 malam nak check aku ada laki ke, sorry la, kenkadang orang yang suka jeles ni, adalah orang yang buat salah.  Sebab tu dia nak buat kacau hidup orang lain takut rahsia dia terbongkar, aku dulu2 suka la call2 jadi spy, la ni aku buat bodoh ja.  Kalau dia penipu, nanti dia sendiri la terkantoi, aku tak tipu, cuma aku wat bodoh walaupun aku tahu.  Setakat nak wat cita bodoh, nak kelentong aku, aku boleh senyum ja, tak yah nak kasi alasan panjang lebar, aku malas nak dengar. Aku paling benci orang jeles kat aku, sedangkan dia tak dak apa2 dengan aku, tak pernah declare aku awek dia, tapi jeles macam aku awek dia.  Jeles ada tempatnya kalau suka tapi bukan awek, jangan jeles dengan aku yer, aku meluat sesangat.  Kalau jeles dari jauh pun aku menyampah, sebabnya aku pun tak tahu apa dia buat kat sana, ni nak marah2 aku takut orang mengorat aku.  Status dia pun aku conpius, ada hati nak jeles dengan aku...muntah ijau juga aku ni...







Thursday, October 18, 2012

Percayakah Anda Akan Kuasa Sihir

Disihir atau menyihir, zaman2 IT kuasa tinggi pun, ramai juga main sihir kuasa tinggi.  Adoi awat la tak kesian2 kat orang, asyik nak tembak sana sini, aku paling benci kalau ada yang depan baik, belakang cam haram ja dok kenakan orang sihir.  Nak juga aku sihir balik orang yang sihir aku, tapi aku lebih memegang akan prinsip hukum karma, buat orang nanti orang buat balik lebih teruk dari tu, padan muka kan.  Satu lagi aku lebih suka guna, kalau berniat jahat dan tiada izin dari allah, insyallah tak jadi la ilmu itu.  Ada kesedaran yang dia kasikan pada hamba yang teraniaya tu.  Alhamdullilah, sepanjang hidup aku banyak kali kena, tapi cam kebal juga la kan masih bertahan, tapi tak tahu sampai bila aku akan kena lagi.  Setiap lelaki yang aku kenal konon2nya semua mandrum aku. Aku rasa ya pun, kalau tengok paras rupa dan kerja, tak selera gak aku.  Kalau yang pangkat besar, muka plak cam gengster, kalau yang x berharta macam tak confiden plak betui ka aku suka dia.

Kalau ikut hati tak mau caya, tapi kalau dah kena baru nak caya, cuba hindar2kan diri untuk percaya, tapi jelmaan dalam mimpi2ku seolah2 memberi isyarat aku diganggu lagi.  Wallahualam, nak tuduh berdosa, nak caya khurafat. Biar la apa orang buat aku malas nak amik kisah la ni, yang aku tahu kalau aku terkena sihir ni, insyallah ada je orang bantu aku bawa gi jumpa ustaz, insyallah tak risau sangat la. Apa motif orang menyihir orang aku pun tak tahu, nak kata orang tak sekolah, ada pelajaran ada tapi nak hantar2 benda cenggini, aku rasa keje bodoh dan keje yang tak faedah langsung, nape nak buat orang cam tu, kalau buat pun bukannya kekal, insyallah orang dituju tu ada kalau tak bersalah, ada ja hamba allah beri jalan atau bantu dari jauh.  Insyallah..jangan lupa kuasa allah juga.



Wednesday, October 17, 2012

Kesejukan

Bila allah jadikan panas, kita merungut, begitu juga bila allah jadikan cuaca sejuk kite merungut juga.  Alhamdullilah kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang allah ciptakan pada kita.  Setiap sejuk dan panas yang kita kecapi tu ada benefitnya untuk kita dan juga penghuni alam yang lain.  Sebenarnya semua ni tak da kena mengena dengan sapa-sapa.  He he apa yang aku nak cite kat sini adalah cuaca sejuk buat aku kesejukan yang amat sangat, hinggakan pakai stokin pun aku rasa cam berada dalam peti ais, dah tiga malam.  Berstokin aku setiap malam, tapi kaki aku masih rasa sejuk, ntah apa salahnya, makan pun aku malas, tidur saja keje aku, tapi yang tak tahan aku adalah ngilu benar hingga ke tulang aku. 

Stokin aku pakai bila sejuk


Satu lagi stokin korea aku

Ini juga koleksi aku


Lepas mandi naik dok atas katil, rasa nak berjalan pun aku berselipar tidur dalam rumah, semuanya dek kerana kesejukan yang melampau batas.  Menyelinap masuk dalam selimut tebal adalah hobiku terkini, kalau boleh tak nak kena air lagi.  Aduyai masalahnya aku bila kena cam ni, aku memang tak tahan sejuk kalau kipas angin pun aku dah slowkan kepada satu ja, bila tidur malam.  Sejuk2 ni aku langsung tak buka kipas tu, rasanya lagi bagus.  Kawan aku cakap aku nak demam, tapi aku gelak2 aja, bila check balik rasa cam betul plak, may be kepenatan gi drive kat Muar la kot.  Tidur tak cukup, tidur dalam ketakutan, phobia gangguan mat pomen, phobia kereta rosak dua kali, semuanya wat aku nak demam la kot.  Nasib badan, sumpah aku rasa ini gangguan yang buat aku phobia dengan orang asing yang aku baru kenali.  Sejuk ni tak dak kena mengena dengan phobia kot..he he


Mungkin nak demam, terpaksa pakai stokin juga kat opis











Impian Belum Terlaksana

Lama diri ini tidak berilmu ilmiah, rasa otak kosong tak penuh ilmu yang berfaedah, asyik ilmu berpoya poya ja.  Dah dua tahun aku menyimpan hasrat untuk further study buat Master, nape la aku tak realisasikan impian aku yang ni.  Asyik berjalan ja keje aku, baik la aku cukupkan minda aku dengan ilmu yang munasabah dan baik untuk kesihatan otak.  Biar la orang lain dengan cara dia orang aku rasa aku nak continue aku punya hasrat terpendam ni, adoi nak apply online pun malas macam mana ni.  Jangan tengok keseronokan orang berpoya2 tapi fikir diri sendiri untuk maju ke hadapan, tak rugi dan tak luak pun apa yang aku akan laborkan malah imbuhannya adalah lebih baik dari itu. 

Ya allah, kalau ikutkan hati banyak menda tertunda yang aku ingin lakukan lagi disamping further study ni, tapi aku terleka dengan duniawi yang banyak melalaikan aku.  Tak kira dari segi agama atau pun duniawi, aku perlu tekadkan juga untuk further next year, jika tidak adalah kerugian pada aku yang suka study study ni.  Kuatkan semangat dan lenyapkan segala keseronokan tumpukan untuk sesuatu yang lebih berharga dari itu.  Bila tengok orang pakai jubah naik pentas untuk konvokesyen, hati bersemangat waja untuk belajar semula, aku rasa tak perlu tangguh lagi, mesti buat cepat2 sebelum aku menyesal.  Mari merealisasikan impian ini,  selain dari tu aku ingin menunaikan umrah secepat mungkin selari dengan impian arwah ayah semasa dia masih hidup, nak bawa aku pi sana.  Insyallah semoga allah makbulkan kedua impianku ini, amin.








Out Station Lagi

Out station, out station, aku tak suka tapi aku iyakan boleh, sebabnya aku dah bosan sangat dok lam opis.  Setakat keje aku yang ikut musim ni, tak la aku gain knowledge sangat, so keluar keje kat luar memang best.  Yang tak bestnya bila aku gi tempat yang tak best ja, yang aku takut dengan penduduk tempatan, cewah cam aku mai dari oberseas.  Aku rasa aku dah tahap bosan dengan keje aku sekarang, oleh kerana tak rotate2 keje, so aku rotate la diri aku untuk ke negeri2 wat something yang aku suka juga, jadi panel Domestic Inquiry.  Best pengalaman jadi panel di negeri orang, dapat makan sedap dan beramah mesra dengan orang region.  Kat KL, semua rasa sama rata, tapi kat region semua hormat gila kalau kita datang dari HQ.

Hari tu aku layan Muar, dan akan ke sana lagi bila tak tau la, dalam hati ada gusar skit sebab gangguan dari mat pomen tu, tapi cara dia kenkadang buat aku tersentuh dan termarah juga.  Orang Muar yang aku rasa jauh dari bandar tu pun ada masalah sosial yang cam sial, lagikan malaun2 yang dok kat KL.  Kuatkan iman berpandu hukum hakam, dalam setiap bicara kata, perli2 skit so termalu la dia akan kata2 aku.  Aku rasa tak best ke sana, sebab aku kena kacau habis habisan dengan orang Muar, hinggakan aku ada call seseorang tanya kenapa aku diganggu sebegitu sekali, aku diganggu oleh orang ntah apa2, yang buat aku fikir dua kali mau jejak ke sana.  Alhamdullilah, next trip, dia orang ubah lokasi kat Batu Pahat, lega aku akan terhindar dari gangguan mat pomen tu. 

My next place to go, dalam jadualku adalah ke Aloq Setaq, tapi email2 perubahan waktu salunya akan berlaku, kalau jadi tarikhnya aku terus balik kampung.  Kalau tak jadi aku apply cuti juga, memang best kalau dapat out station kat area2 negeri sendiri, dapat makan makanan yang dirindui, cam dulu aku dioffer ke Kelantan, aku nak tak nak je pi, oleh kerana aku gi Kuching, clash dengan date so aku reject la.  Bukan aku tak suka gi ke sana, cuma atas sebab2 peribadi, gi jenjalan trip sendiri so aku terpaksa reject tu pun sebab dia orang yang tukar2 tarikh.





Bicara Petang Semalam

Waktu-waktu yang terluang, aku salu ambil peluang berbicara dengan opismate aku, biasala nak balik hujan, so aku pun kami bertiga just share la skit apa masalah dunia.  Dalam pada itu, aku la yang banyak kena tempias, sebab yang dua lagi tu dah kawin. Anyway sedikit sebanyak bicara petang semalam, menyedarkan aku yang selama ni terlena diulit mimpi yang tak pernah wujud. Cewah, statement melampaui batas, semalam aku rasa tak marah bila dikutuk dan diberi nasihat yang aku rasa memang ada betulnya.  Nak tahu apa opismate aku kasi nasihat, dia cakap "Kalau mencari pasangan biarlah dengan orang yang sama taraf dengan hang dan atau lebih tinggi dari tu, banyak faedahnya dari ruginya.  Tak payah la dok berpeleseran dengan orang2 yang hanya sembang deras di kedai kopi.  Dalam maksudnya, aku tau apa yang dia maksudkan, memang betul, dia cakap kalau dah sehati sejiwa suka jenjalan oversea, lagi elok, sama2 berduit.  Ni kenai orang yang ntah apa2, higher your standard, tolong la. 

Statement ni diiyakan oleh seorang teman lagi may be ada kebenarannya, dia orang dah kawin dan tahu selok belok rumah tangga.  Insyallah aku faham, dan tersentap juga apa yang dikatakannya tapi aku tak melenting sebab aku rasa betul apa dia cakap, may be selama ni dia dok perati perangai aku.  Dia ni memang tajam skit kalau kasi komen, so kalau dia kasi tu bukan sindiran tapi teguran membina.  Dia ni cam kaunselor petang2 kita orang la, kalau petang2 bosan2 kami dok melepak sambil bual kosong dengan dia, dia memang melayan kami2 yang tak kawin ni.  Kenkadang ada masanya aku pun tak boleh tahan dengan komentar yang bernas dan pedas dia..

Malam pula aku ada call pak tih, minta pendapat dan bertanyakan sesuatu, pak tih dari awal lagi memang melarang apa yang aku hadapi sekarang, so memang benar cakap dia, dia bukan tuhan dari satu sudut, dia sedikit sebanyak menghurai dan membantu aku ketika aku ada masalah.  Sesekali kita patut terima pandangan dari orang yang berpengalaman dan aku rasa sama dengan pandangan dari kawan2 aku, aku perlu mengurangkan pergaulan aku dengan orang2 yang cuba mengambil kesempatan, dan hindari dari mereka.  Dulu aku positifkan minda dan fikiran aku, tapi setiap kali aku bertanya pendapat dengan dia, jawapan yang sama dia beri, aku rasa dia tahu apa yang terbaik untuk aku, bukan dia menghalang tapi dia berkata benar pada aku.  Aku akur dengan apa yang dia cakap. 

Anyway for the gud, aku rasa pandangan dia dan kawan2 aku adalah untuk kebaikanku sekali ni, bukan sindiran.  Insyallah ....amin aku akan mencuba. 





Sunday, October 14, 2012

Mengunci Diri Sendiri

Bosan pun bosan juga, kuar gi shopping bosan semuanya bosan, kepala pun asyik sakit saja.  Hari2 makan ubat, tak baik juga, apa patut aku buat, sakit rasa cam nak nangis, tuhan ja tahu.  Kalau keluar rumah lagi sakit, so apa aku nak buat, kunci diri dalam rumah sendiri la, nak tulis blog pun malas.  Dah lama aku draft, tak siap2 aku nak karang, sakit pala semacam ja.  Kalau makan ubat tak taw la baik ke idak, dah tiga hari berturut2 aku makan, so ari ni aku tak nak makan, saja nak hukum kepala aku, jangan mengada nak makan ubat ja baik, biar la baik cara lain plak.

Nak masak pun malas, memang aku ada satu tabiat, kalau ujan2 sejuk aku tak suka masuk dapur, aku tak tahan sejuk.  Aku suka baring berselimut saja, he he, macam orang sakit, sebenarnya aku period, dah ari ketiga, makin menjadi plak period aku ni turun cam hujan, banyaknya aku kena ganti pad.  Ni yang buat aku malas keluar rumah, sebab asyik ganti pad saja, kalau bocor macam mana, malu aku.  Ntah salah aku makan agaknya, ni buat period aku mencurah2 sampai aku takut nak kuar.  Kasihani diri aku, nak makan maggi saja dengan pisang, tak makan nasi langsung, dah malas cam tu la jawabnya, bukan tak dak barang, semua ada cuma malas, kunci mulut la jawabnya tak yah makan.....hu hu kalau tak lapar ok la kan, lapar juga.  Nafsu aku dikunci agaknya..he he, sendiri bikin la bukan salah sapa.




Saturday, October 13, 2012

Teguran Sumbang

Something to share, bukan nak kritik but juz rasa conpius, apa yer.  Of coz tak kutuk sapa2, ni semua based on my observation dan experiences la.  Alhamdullilah la kalau ada orang rasa dia tak de dosa dan taat perintah agama, pada aku tak yah nak komen2 orang tak yah nak kata2 orang.  Jangan mengutuk belakang macam tak de penyampai berita TV3 atau Parabola yang akan sampai kat aku balik.  Insyallah aku sebenarnya tak la berniat nak mengumpat pompuan2 yang bertudung dan menganggap dirinya ustazah yang baik pekerti.  Tapi apa yang aku nak komen kat sini, tak perlu rasa bagus kalau diri sendiri orang lain pun rasa awak tu tak lum cukup ilmu lagi, ilmu cetek di dada, jangan nak mengumpat orang.  Tak kisah la anak dara dan bini orang yang suka mengumpat aku, cara aku dressing, aku rasa nak gelak guling2 pun ada. 

 Sebenarnya pakaian, perangai dan pemakanan nkorang pun bukan la muslimah sangat, cuma kerana status2 dalam fesbuk nkorang letak hadis, letak kata2 imam, letak nkorang pi ngaji quran, jangan anggap diri tu baik sangat.  Aku memang tak suka nak cari gaduh, tapi kalau nak mengutuk aku, kutuk la depan2, nak aku cakap balik apa yang aku tahu apa yang kau buat dua tiga lepas, he he, banyak rahsia aku simpan tu, ingat diri tu muslimah sangat.  Tak yah la nak berlakon, menci aku tengok, cuba katakan benar sebenarnya apa yang tak puas hati pasal aku, sebab aku hot skit dari hang kot.. He he tu statement rasa nak gelak guling2, ada aku kacau laki orang kat opis, tak dak kan, so what.? please pi kat mirror, tengok betul2 muka hang dan flash back balik tentang diri sendiri pas tu baru komen orang yer....Satu je pesanan, tak yah rasa cemburu kalau aku kaki jalan, kalau aku pakai sexy, kalau aku top skit dari hang, sebab aku x pernah amik taw hal hang pun...hu hu..

Ni malas nak marah ni, kalau aku marah ayat2 berbaur setan durjana akan keluar masa aku menaip ni, so apa2 pun istighfar banyak2 dan stop mengarang kalau idak banyak dosa kering aku buat kan...








Aku Yang Kau Panggil Sayang

First of all, nak share skit pasal panggilan sayang ni, sebenarnya aku bukan tak suka kalau lelaki yang aku kenal sehari dua dok call aku panggil "sayang", apa barang dok sayang2 dengan aku.  Aku rasa lelaki jenis ni sebenarnya mat romeo, sebab tu untuk memudahkan dia atau menghindarkan dia tersilap panggil nama awek2 dia, so dia pukul semua sekali panggil "sayang" kat pompuan2 yang dikenalinya.  Sebenarnya aku muak sangat dengaq kalau baru sejam kenal dan call "sayang", eeei geli benor la, kalau aku ni kekasih dia ke ok la juga, ini apa pun idak dok panggil "yang", "yang', tobat nak muntah, geli telinga aku dengar, nak sound pun aku letak jauh jauh ja handphone aku.

Paling menyampah bila panggil dengan nama tu aku rasa dia ingat dia gentleman sangat, depan2 orang selamba panggil sayang, aku geli la. Bukan aku nak kata aku jenis tak romantik ka apa, pada aku semudah itu lelaki memanggil dengan nama sayang so dengan cepatnya sayang tu lebur, unless la dah couple2, dok dating berdua ka, dalam tipon ka, dok umah kalau dah kawin, dok romantis panggil sayang, pada aku memang patut arrr, tapi kalau dok yang2, depan orang nak muntah hijau aku, aku memang tak suka, paling tak suka, kalau aku bukan kekasih orang yang2 tu. Benci rasa nak bertukar jadi monster hijau.......uweekk muntah ijau jugak...jelik n jijik juga







Delete Number

Aku ada satu attitude buruk, kalau aku marah dengan orang, aku akan delete number tipon dia dari list handphone aku.  Aku tak taw la nkorang buat cam aku buat ke tak, pada aku bila aku delete aku rasa lega gila siut. Tapi setengah orang tak taw, so kenkadang aku terconpius sapa yang SMS aku atau atas message kat Watsup aku, sebab aku dah delete number orang yang aku menyampah tu.  Nape aku delete nak taw, pertama orang tu suka cakap lucah ngan aku, kedua orang tu hanya call aku kalau ada kepentingan atau masalah dia saja, ketiga orang tu, kalau aku call tak pernah jawab, tapi bila dia call aku guna number tu sebenarnya, dan yang terakhir kalau aku rasa aku acapkali sangat dok call orang, orang tu tak layan sangat so aku patut delete number dia dari simpanan aku juga.

Bukan apa peringatan untuk diri sendiri jangan dok call orang, kenkadang orang may be tak suka kita kacau orang.  May be kita ni penggangu dia nak terima call orang, kenkadang awek dia nak call ka.  Elok la juga delete, kalau kita ja salu cal, nanti sesedap rasa dia akan kata kita over syiok kat dia plak, so careful la dengan apa yang negatif, walaupun pada hakikatnya aku pun tak tahu apa yang mendorong aku asyik call orang, kena mandrum ka atau aku memang suka kat orang tu. Jangan jadi kisah anak, ayah dan keldai, kalau dengar cakap orang semua pun tak betul, so ikut gerak hati kalau suka call la, kalau tak suka dok dendiam sambil mengurung diri dan tengok dari jauh...ni aku suka buat.






Friday, October 12, 2012

Bila Rasa Suka

Bila rasa suka, kita mesti ingat orang tu gila2 ja kan, terbayang sana sini, rasa berdebar2 macam tak tentu arah.  Satu kepastian dari satu pihak, tapi tiada kepastian dari satu pihak yang lain, kalau macam tu apa kesannya pada orang yang rasa cam ni.  Sampai bila rasa cam ni, kalau orang tak cakap kita tak tahu.  Tapi bila ada yang on the spot cakap "saya suka kat awak" aku plak rasa kecut dan takut.  Apa yang dia suka kat aku, tak faham semudah itu, dia suka aku, baru jumpa sehari dua dah berani cakap, saya suka awak, berani cakap saya rasa sayang kat awak.  Buaya kot? ntah la, may be jugaK.  Walau pun umur makin bertambah, aku masih rasa conpius bab orang cakap suka kat aku.  Kalau tak cakap suka pun aku conpius, aku tak mahu dimalukan dan termalu dengan kisah2 silam aku.

Aku pernah rasa suka pada seseorang dan aku rasa dia pun suka kat aku, tup2 dalam pada tu dia cakap dia nak tunang, perggh satu tamparan untuk aku.  Cam ne ni, aku ingat dia suka aku, tapi rupanya dia ada orang lain.  He he, malukan tuhan ja tahu, bagus la, sampai la ni, bila aku jumpa mamat tu, aku tak akan pandang muka dia secara tepat, biar la dia tengok aku, biar la dia tercari2 tengok aku.  Jangan harap aku nak tengok muka dia, jangan plak nak rasa rindu2 kat aku, aku dah menyampah layan orang cam ni.  That's why kalau berejam2 bergayut dengan orang pun, kalau dia tak suka kita, jangan la dok paksa diri nak orang tu suka, sebabnya akan lebih parah kalau dia nak bertunang.

Bila orang jauh yang baru kita kenal, suka call dan SMS, walaupun kita meragui kejujuran dan kesukaan dia kat kita, tapi kenkadang inisiatif yang diambil untuk call kita, buat kita rasa WOW, bestnya ada orang suka dan gila kat kita sampai cam tu, berbanding kalau kita ja call, dan orang yang kita call tu pun ada banyak peminat so, tak berbaloi kan.  Pukul 1.30 pagi pun call, just nak tanya tengah buat apa, of cos la tengah lena, adoii ada juga lelaki cam ni, jangan tertewas yer.  Lagi pun tiada bukti kukuh dia suka kita, mungkin dia suka2 layan kita di tipon, mungkin ramai awek lain yang dia layankan.  Biasa la, sementara masih boleh berfikir dengan waras, cuba la buat benda yang terbaik, dari sakit hati dan sakit jiwa, moh la kita gi ke luar negara jenjalan sambil bershopping.  Jangan bersedih...jika bersedih cari la alternatif yang dapat menenangkan jiwa raga anda.





Apa Yang Aku Makan Di Muar, Johor

My first impression makan mee bandung Abang Sayang kat Medan Selera, Muar, alahai cam ni ke dia orang kata sedap, sebab aku pernah layan dengan Kak Su dan Rin kat Tanjung Emas.  So aku boleh beza la sedap ke tak sedap.  Walaupun kami layan tahun lepas, tapi aku masih terasa yang tahun lepas tu lagi sedap.  He he, nak buat cam ne may be aku layan makan mee bandung dalam ketakutan akibat dikejar oleh china bawa kete Vios tu,  so aku tak nampak kesedapan langsung la pada setiap makanan yang aku layan walaupun aku dalam kelaparan akibat kete rosak. 

Mee Abg Sayang

Malam pula aku makan kat Secret Recipe ja, yang menjadi kemarahan aku lepas makan aku sakit perut, ulang berapa kali masuk toilet.  Sian aku makan apa pun tak sedap jadinya sebab peristiwa di siang hari.  Early in the morning aku breakfast kat hotel layan bubur nasi, tu aku rasa hambar coz aku sensorang ja makan lelain.  So masa kat Ibu Sawat, perut aku berbunyi keroncong la, sib baik aku ada spare Snickers dalam handbag, memang purposely aku bawa untuk back up kalau lapar dalam kereta, so aku mengambil peluang lapar pada waktu itu untuk makan la coklat tu. 

Secret Recipe, my dinner


Bubur Nasi, layan kat Muar Traders

Tengahari alhamdullilah, dia orang jamu makan nasi ayam, tapi aku lupa nak snap picture la, sebab lapar sangat, sian kami makan tak ingat dunia, nasi ayam ni, orang kat sini juga yang masak so, rasanya sedap macam makan kat rumah.  Waktu petang, kami dijanjikan untuk makan Apam Jepun, so aku tertunggu2 apakah dan bagaimana apam itu..he he ohh bila petang memang aku tak pernah makan la apam jenis ni, memang sedap dan terasa kacang merah inti dalamnya. 


Apam Jepun

Balik dari keje, aku gi beli kopi 434, katanya famous kat Muar ni, mengambil kira kiriman orang, aku beli banyak juga untuk diri sendiri, sebagai kenangan aku di sana. Memandangkan pekan Muar ni kecik saja dan jalan sehala, so aku tak dak masalah untuk ke sana, senang saja. Jumpa ja kedai tu, aku conpius la nak lintas jalan, banyak kete, so aku naik tangga, mengah wei, lama tak exercise, adoiyaai ni la bahana malas, naik tangga skit penat, peluh meleleh, rasa x comfortable.  Dah la pakai blazer, so control ayu dan letih aku memang conpius dalam kedai, apa yang nak beli, aku juz tanya and pick up mana yang aku rasa perlu, pas tu blah. 

Kedai Kopi 434, glemer kat Muar ni

Balik dari situ aku pi layan mee bandung sorang2 kat Tanjung Emas, aku ingat tempat ni, sebab Kak Su bawa hari tu, lagi pun jalan dia senang ja dekat dengan hotel aku.  So tak dak masalah, lagi pun tu taman rekreasi, so orang ramai kat sini, aku rasa secure.  Aku siap tapau nasi goreng, seperti pesanan kakak2 yang keje kat TM masa aku dok lam surau masa lunch tu.  So aku tak akan keluar dari bilik hotel aku untuk beli makan, lagi pun aku rasa fenin kepala skit, dan malas nak keluar, cuma budak pomen tu ja asyik ganggu aku call la, SMS la ajak dating dan teman dia pancing ikan kat tanjung tu.  Aku menyepikan diri, sambil layan tidur dalam selimut. Nasi aku beli dekat pukul berapa baru aku makan, keletihan semacam, biasa la bila handle case, memang otak penat, dengar dan pikir apa yang dia orang dok fight. Budak2 TM layan makan kat sebelah hotel aku duduk, ajak makan aku fenin dan mengantuk, si malas keluar, aku cakap aku ngantuk. 

Second trial, masin la saya kurang makan masin2 ni


Aku tapau nasi goreng biasa, bekal dalam bilik

Second day aku breakfast kat hotel berat, budak2 hotel makin peramah plak, dok tegur dan senyum2 dengan aku, aku anggap benda biasa may be orang KL jarang turun sini so depa suka la kot.  Aku makan banyak gak sebab cover malam aku yang menguncikan diri dalam bilik. Breakfast pun kat TM dia orang supply, aku dah kenyang, so layan minum kopi yang sedap saja.  Lunch aku tak sabar tunggu asam pedas, memang wallah la aku suka, asam pedas, siap buat pinggan asing sebab nak hirup kuah dia.  He he memang la aku suka makanan berkuah, kalau sedap memang layan berkuah2.  Petang pula aku makan kuih2, sedap juga, memang orang Johor jamu yang terbaik ja untuk kami, tak perlu ke gerai untuk layan selera, memadai apa yang orang TM Johor kasi, memang terbaik layanan dia orang. 

Breakfast pagi di Muar Traders Hotel


Asam Pedas Muar


My Lunch

Aku akan kembali ke Muar dua minggu dari sekarang, so aku akan dapat makan dan rasa yang lebih baik dari orang Johor rasanya.  Thanks orang TM Johor, sebab layanan mesra buat saya suka melawat TM Johor, bukan melawat Muar yer..he he he..Keep it up, orang region memang terbaik dari segi layanan bab makan2 ni, sedikit sebanyak mengurangkan gundah gulana aku takut dengan orang yang suka kacau aku. 


Kuih Petang yang sedap











Thursday, October 11, 2012

Phobia Di Tempat Orang

Sudah aku duga, kalau aku out station tempat orang, aku memang penakut.  Macam2 dugaan, ingatkan tempat2 kecil tak de la orang2 yang suka kacau orang, tapi meleset sama sekali, aku diuji, tak kuar aku dari hotel akibat diganggu masa makan.  Kalau aku citer kat orang mesti depa gelak2 apa yang aku cakap, tapi aku memang phobia bila kena kacau di tempat orang.  Awal2 lagi dah la ujian kereta buat hal di atas Jambatan Sg Muar, kena marah dengan orang, sebab penyumbang jalan jem.  Nasib baik ada drebar lori yang baik hati dengan kawan2 tolong aku tolak kereta, kalau tidak mau aku pengsan kepanasan di situ. 

Lepas dah baiki kereta, pomen plak dok kacau aku SMS, call ajak keluar, sampai aku naik risau.  Sampai kat hotel aku check in, pi turun makan, ambil duit sebab duit dah abis bayar barang rosak tu.  Aku gi makan area dekat dengan hotel tu sambil jalan kaki.  Otw jalan kaki aku diganggu oleh satu kereta Vios yang honk aku dan siap berhenti tunggu aku, nasib baik jarak sangat jauh, aku berjalan sangat pantas sambil cemas, meyusuri area pemandu taxi, aku nampak kereta tu masih mengekori aku, naik takut aku, dalam pada tu, pomen tu call tanya kereta ok ke tak.  Sib baik aku, tapi mamat depan aku dok sengih2 kat aku, aku sengih balik, lepas aku stop cakap tipon, dia pula pasang niat kacau aku, dok tanya aku wat apa dari mana.  Adus aku tensen tahap gaban, makan mee bandung pun dah jadi hambar, memang tak sedap tapi aku lagi takut terus blah balik hotel.

Gangguan bertalu2 kat aku yang keletihan, lastly aku decide balik hotel kunci diri.  Malam aku tak plan pi mana2, sebab aku nampak secret recipe kat bawah hotel, so aku turun makan kat situ dan tapau cake dia ja.  Dengan aman aku makan dan tiada gangguan orang2 gila kat Muar tu.  Mamat pomen tu call aku SMS aku, aku cakap aku letih, dia hantar SMS aku malas layan terus diam.  Dok lam hotel aku ketakutan, dah la takut hantu, takut dengan malaun2 kat Muar pulak.  Gila babas la aku, tak pernah rasa cam ni takut dalam hidup aku......




Sunday, October 7, 2012

Tonton Movie

Asyik lepak kat rumah ja, pi shopping pun ntah apa2 nak beli, semua barang dah ada.  So masa untuk layan jiawa yang kosong, nak tunggu orang ajak dating pun, macam tunggu bulan gugur, tunggu orang ajak tengok movie pun tak ajak2 juga.  Dari sensorang dok rumah layan jiwa kosong, baik la saya gi tengok movie kan.  Dah dua minggu berturut2 aku layan movie kat Mid Valley ngan Malina.  Last week aku tengok cite "Dregg", best juga cite ni, walaupun citer kelentong, aku rasa best ja layan. Cite ni mengisahkan hakim yang menegakkan keadilan dan bola tembak sapa yang buat salah.  Dengar pun tak logikkan.  Masa mula layan aku rasa cam tak best, sebab belum apa2 dia naik moto pelik pi kejaq orang tembak.  He he, lepas muncul rockie baru la aku rasa best.  Satu yang unik cite ni, hero dia berhelmet, so tak kenai sapa itu orang, Karl Urban, hensem juga. 

Minggu ni aku layan cite "Taken 2", cite berkisar pasal pemberontakan di Istanbul, aku tak suka pasal pemberontakan tu, yang mengisahkan orang islam suka membalas dendam, tapi cite ni best dari famili, bagaimana seorang bapa menyelamatkan anak dan bekas isteri.  Konon2 bagus sangat la bapa dia ni, boleh ingat semua jalan, dengan mata tertutup, sambil counting on the way ke tempat penculikan dia menghafal jalan.  Yang aku tak suka cite ni, menunjukkan kekejaman orang islam yang membalas dendam, dan konon2 dia tu penjenayah yang merogol dan menculik anak2 gadis.  Anyway since aku jenis layan cite action, so aku layan ja.  Mungkin cite ni akan membuat orang islam marah, sebab dalam realiti rasanya orang islam tak la cam tu.  Biasala mat salleh kalau wat cite salunya depa menang masa ending cite, walaupun depa salah, konon2, depa la penyelamat dunia. 

Inilah aku, kalau aku tak dak keje dan bosan melampau, aku memang akan layan movie, kalau cite melayu aku bukan eksyen, tapi aku kurang la layan skit.  Nak tunggu orang ajak aku tengok, errmm umpama mimpi dalam mimpi, bila agaknya...hu hu








Friday, October 5, 2012

Kulit Dah Ok

Alhamdullilah, kulit aku dah ok dan baik, walaupun dekat dua minggu aku menderita pasal gatal kulit, akhirnya after satu injection aku dah ok.  Sedih kulit bercalar balar dan penuh dengan ruam cam baby, tapi gembira akhirnya dah baik selepas menderita.  Ermm may be dugaan la kot asyik nak tayang ja kulit badan kat orang allah bagi aku sakit kulit la, terkena minyak panas la, padan muka aku kan.  Apa2 pun segala spekulasi kawan aku adalah dusta, terkena buatan orang la, yang sememangnya aku x caya langsung.  Pandai2 ja dia cakap aku ni kena tu la kena ni, aku pun hampir terpesong dengan andaian dia tu. 

Aku memang dah tawakal, nak gi injection hari Isnin tu, dengan berniat untuk MC, sebab bila kena in ject, dah tentu mengantuk.  Akhirnya memang, gatal2 aku dah ok, dan aku pun SMS kat kawan aku yang hampir memesongkan aqidah aku, cakap pi amik ubat dan inject terus lega.  Di samping tu aku amik la petua, untuk hilangkan gatal2 dengan air garam, aku ambil satu genggam garam dan mandi.  Alhamdullilah aku tak kisah yang mana satu yang berkesan, tapi kulit aku dah ok tu dah cukup baik kan.  Mana tahan tanggung kulit kena minyak panas dan tahan gatai kat tengkuk aku, memang kasi aku tensen sangat, tensen yang tak terucap. 





Suka Suka Vs Memang Suka

Suka-suka dan memang suka, apa beza antara dua perkataan ni, of coz la ada bezakan, suka2 tu memang kita suka sangat sakat orang.  Memang suka ni, bila kita ada perasaan malu2 dengan orang tu kan, dan salu juga kita berdebar2 teringat kat dia dan salu ja nampak muka dia.  Nak juga salu tengok gambar dan apa2 tentang dia, tapi malu la nak cakap kita suka, tu aku la tu kalau suka orang aku sangat suka pendam, nak cakap aku suka, rasanya berat mulut ada batu kot.  Kenapa aku malu sangat bab2 cinta ni, aku pun tak taw, may be terlalu rasa dikecewakan sampai takut nak cakap isi hati yang kita suka orang.  May be juga faktor lain yang mana kita rasa rendah diri, rasa apa lagi yer, rasa malu tu biasa la kan.

Rasanya dari dulu aku ada masalah nak cakap aku suka kat orang, nape yer, nak kata pemalu, memang ada tapi kalau dengan orang yang aku dah biasa aku tak la malu.  Nape timbul masalah ni pada aku, rasa rendah diri, rasa tak yakin dan rasa dipermainkan pun ada juga.  Kalau aku suka, tapi kalau ada orang kasi aku malu, aku akan pura2 tak suka.  Ni sikap aku yang tak ubah2 dari dulu.  Kenapa yer, susah sangat aku nak mengaku aku suka, kalau aku mengaku aku suka, apa consequencenya ye.  Kalau aku je suka, orang tu tak suka aku yang malu.  Orang yang berani mengaku suka tu aku salute la, sebab dia orang memang tak malu, tapi aku ada masalah skit la pasal ni, bukan tak suka, aku suka tapi malu nak mengaku suka.

Dah lumrah naluri perempuan aku ni tak la daring cam budak2 muda sekarang, kalau suka terus cakap suka nak kawan, tapi aku fikir dan fikir.  Dia suka aku tak? Kalau suka nape cam tu, nape cam ni, nape tak ajak kuaq pun, nape? nape? nape?..sampai bila ayat nape ni dok berlegar dalam kepala otak aku pun tak taw la..Insyallah mungkin akan terungkai jawapan sebuah persoalan dan terjawab apa yang aku fikirkan selama ni.....Amin




Wednesday, October 3, 2012

Jom Target

Risau, risau, badan dah naik balik lepas raya ni, apa taknya aku ni pemalas nak exercise tu la jadi cam ni.  Makan dan tidur je keje aku, sekarang ni, cam ne aku nak jaga badan balik ni.  Susah nak nak maintain baju2 ketat aku kalau aku tak jaga dari sekarang.  Dah mula rasa sendat kat cakuk kain baju kurung aku, aku sangat risau, bila aku rasa nak kuruskan badan, ada plak cakap body aku dah mantop tak yah kurus, cam ne ni, kenkadang ni yang wat aku jadi malas nak kurus ni.  Perasankan aku ni, sedikit ke sebanyak yang penting aku dah perasan.  Lelaki dah kawin memang cam tu suka ushar orang body tembam2, depa ni memang la tak dak keje, tengok ja, miang pun aku rasa gak.

Untuk mencapai target kurus dengan cepat, salah satunya kena la minum air limau nipis ari2.  Tapi consequence dari itu, memang dua tiga kali kena gi masuk toilet, mampukah?  Ehem kalau kat opis mampu, kalau jalan jem rasa cam tak mampu.  He he, target kedua jogging lepas balik keje, ni boleh kot, sebab jogging dalam kawasan TM je dekat area gymm company.  Mampu kot yang ni, cuma tak mampu sebab baju dan kasut ada dalam kete tak bawa naik atas, tu jadi malas nak turun amik balik sebab nak salin baju lagi.  Target lain yang perlu disetkan, perlu gi jogging ari minggu, so jangan dok melepak queen dalam umah, pi la lari2 skit kasi kuaq peluh.

Target lain apa yer, parking lot, nak naik ground, cuba la naik tangga dari LG4 tu ke G, agak2 boleh ke tercapai, kalau pakai baju kurung dan baju ketat ada masalah skit ni..ha ha ha.  Target lain yang lama dah tinggal adalah minum kopi habbattusauda.  Dulu masa aku minum ni, badan ada kurang skit, perut pun kempis sebab banyak dia potong lemak2.  So kena cari balik la nak minum, tak yah risau, pak cik kat LG1 ada jual, banyak kat situ cuma siap duit ja beli. Tengok la setakat mana mampu, aku leh buat..kalau kurus dulu sebab aku tak leh tidur malam, la ni malam aku bahagia je, walaupun terjaga2 tapi aku banyak tidur juga.