Tuesday, October 30, 2012

Soal Hati Batu Aku

Hati aku ni susah skit nak terima orang, slack skit ja aku dah angkat kaki, mungkin terlalu dikecewakan.  Kalau ada yang suka aku tapi aku nampak cam main2 aku tak rasa depa suka sangat kat aku, unless depa cakap direct kat aku.  Setakat cakap suka ja, macam tak logik sebab aku ramai orang suka kat aku, kenkadang aku tak dapat bezakan suka depa tu, sama ada cinta ka suka suka sebagai kenkawan, sebagai kakak, sebagai adik dan pelbagai la.  Kalau sebagai kekasih cara dia lain sikit kan, mesti nak ajak tengok wayang berdua, nak ajak makan berdua cam candle lite dinner, kalau keluar ramai2 bukan kekasih la kan.  Memang susah jadi aku ni sebenarnya, kalau aku malu dengan kata2 orang pun aku boleh bertukar dalam masa 24 jam supaya aku tak dimalukan oleh sapa2.

Itulah aku, bukan aku ego based on sejarah silam, aku tak kan biarkan aku layan perasaan syiok sendiri lagi, kalau orang tu suka aku cakap la dia suka dan nak kawan dengan aku, bukan cakap suka.  Tapi aku ja banyak call tu tanda aku yang suka lebih, lelama aku jadi malas.  Aku akan cari alternatif buat benda2 faedah untuk hilangkan jiwa kacau aku. Bukan cari lelaki lain, tapi kalau aku layan lelaki lain dalam masa terdekat, tu bukan bermakna aku cinta dia, tu aku sengaja nak menyakitkan hati orang lain, tu la aku.  Tak pernah aku jatuh cinta kat orang dalam masa seminggu, kalau orang suka aku gila2 dalam masa seminggu, aku musykil juga, apa yang dia suka kat aku sebenarnya.  Jumpa setakat baiki kete aku, call aku cakap rindu2 kat aku, bukan aku tak bayar spare part kete tu, kalau aku tak bayar ye la kan.  Terpaksa la layan dia cakap aku dalam tipon.

Nak datang dari jauh2 jumpa aku, cam rindu sayang sangat ngan aku, aaah musykil beb, bukan baru kenal lelaki, cuma aku rasa dia ada niat lain la kot.  Aku layan dia SMS dan call dia sebab aku rasa kenkadang sunyi bangat, sebenarnya tak rasa suka sangat pun, kebosanan yang buat hati batu aku jadi melayan orang cakap, kalau idak jangan harap la. 



No comments: