Friday, October 19, 2012

Status

Dah kawin ke belum? tu salu ayat bermain di kepala otak aku, bila aku kenal lelaki.  Tak tahu la kalau ada orang yang tak kisah status lelaki tu berkawin atau tidak.  Bukan nak kata aku terer atau cekap jadi spy FBI ke apa, dalam masa tiga hari atau seminggu dah terjawab status orang yang nak menggangu gugat hidup aku.  Tak payah nak berlakon dan menyamar call aku di tengah malam atau ikut time dia, kalau time aku call hang pun tak jawab.  Suka hati ja nak buat sport check kat aku, dia ingat aku caya sangat ka dia belum kawin, memang nampak muda bergaya, tapi zaman moden batu ni, banyak la lelaki suka menipu status.  Ada yang pura2 tulis dalam fesbuk status single, sebenarnya ada bini kat rumah.  Nak menipu dengan pegawai penyiasat bertauliah ni, so jangan harap aku nak layan, pengalaman kena tipu dengan lelaki berkawin sangat banyak la, tak terkira, sebab tu aku phobia la kenal ngan lelaki2 tak kira muda ke tua.

Kalau call aku tengah2 malam nak check aku ada laki ke, sorry la, kenkadang orang yang suka jeles ni, adalah orang yang buat salah.  Sebab tu dia nak buat kacau hidup orang lain takut rahsia dia terbongkar, aku dulu2 suka la call2 jadi spy, la ni aku buat bodoh ja.  Kalau dia penipu, nanti dia sendiri la terkantoi, aku tak tipu, cuma aku wat bodoh walaupun aku tahu.  Setakat nak wat cita bodoh, nak kelentong aku, aku boleh senyum ja, tak yah nak kasi alasan panjang lebar, aku malas nak dengar. Aku paling benci orang jeles kat aku, sedangkan dia tak dak apa2 dengan aku, tak pernah declare aku awek dia, tapi jeles macam aku awek dia.  Jeles ada tempatnya kalau suka tapi bukan awek, jangan jeles dengan aku yer, aku meluat sesangat.  Kalau jeles dari jauh pun aku menyampah, sebabnya aku pun tak tahu apa dia buat kat sana, ni nak marah2 aku takut orang mengorat aku.  Status dia pun aku conpius, ada hati nak jeles dengan aku...muntah ijau juga aku ni...







No comments: