Wednesday, October 17, 2012

Impian Belum Terlaksana

Lama diri ini tidak berilmu ilmiah, rasa otak kosong tak penuh ilmu yang berfaedah, asyik ilmu berpoya poya ja.  Dah dua tahun aku menyimpan hasrat untuk further study buat Master, nape la aku tak realisasikan impian aku yang ni.  Asyik berjalan ja keje aku, baik la aku cukupkan minda aku dengan ilmu yang munasabah dan baik untuk kesihatan otak.  Biar la orang lain dengan cara dia orang aku rasa aku nak continue aku punya hasrat terpendam ni, adoi nak apply online pun malas macam mana ni.  Jangan tengok keseronokan orang berpoya2 tapi fikir diri sendiri untuk maju ke hadapan, tak rugi dan tak luak pun apa yang aku akan laborkan malah imbuhannya adalah lebih baik dari itu. 

Ya allah, kalau ikutkan hati banyak menda tertunda yang aku ingin lakukan lagi disamping further study ni, tapi aku terleka dengan duniawi yang banyak melalaikan aku.  Tak kira dari segi agama atau pun duniawi, aku perlu tekadkan juga untuk further next year, jika tidak adalah kerugian pada aku yang suka study study ni.  Kuatkan semangat dan lenyapkan segala keseronokan tumpukan untuk sesuatu yang lebih berharga dari itu.  Bila tengok orang pakai jubah naik pentas untuk konvokesyen, hati bersemangat waja untuk belajar semula, aku rasa tak perlu tangguh lagi, mesti buat cepat2 sebelum aku menyesal.  Mari merealisasikan impian ini,  selain dari tu aku ingin menunaikan umrah secepat mungkin selari dengan impian arwah ayah semasa dia masih hidup, nak bawa aku pi sana.  Insyallah semoga allah makbulkan kedua impianku ini, amin.








No comments: