Risau, risau, badan dah naik balik lepas raya ni, apa taknya aku ni pemalas nak exercise tu la jadi cam ni. Makan dan tidur je keje aku, sekarang ni, cam ne aku nak jaga badan balik ni. Susah nak nak maintain baju2 ketat aku kalau aku tak jaga dari sekarang. Dah mula rasa sendat kat cakuk kain baju kurung aku, aku sangat risau, bila aku rasa nak kuruskan badan, ada plak cakap body aku dah mantop tak yah kurus, cam ne ni, kenkadang ni yang wat aku jadi malas nak kurus ni. Perasankan aku ni, sedikit ke sebanyak yang penting aku dah perasan. Lelaki dah kawin memang cam tu suka ushar orang body tembam2, depa ni memang la tak dak keje, tengok ja, miang pun aku rasa gak.
Untuk mencapai target kurus dengan cepat, salah satunya kena la minum air limau nipis ari2. Tapi consequence dari itu, memang dua tiga kali kena gi masuk toilet, mampukah? Ehem kalau kat opis mampu, kalau jalan jem rasa cam tak mampu. He he, target kedua jogging lepas balik keje, ni boleh kot, sebab jogging dalam kawasan TM je dekat area gymm company. Mampu kot yang ni, cuma tak mampu sebab baju dan kasut ada dalam kete tak bawa naik atas, tu jadi malas nak turun amik balik sebab nak salin baju lagi. Target lain yang perlu disetkan, perlu gi jogging ari minggu, so jangan dok melepak queen dalam umah, pi la lari2 skit kasi kuaq peluh.
Target lain apa yer, parking lot, nak naik ground, cuba la naik tangga dari LG4 tu ke G, agak2 boleh ke tercapai, kalau pakai baju kurung dan baju ketat ada masalah skit ni..ha ha ha. Target lain yang lama dah tinggal adalah minum kopi habbattusauda. Dulu masa aku minum ni, badan ada kurang skit, perut pun kempis sebab banyak dia potong lemak2. So kena cari balik la nak minum, tak yah risau, pak cik kat LG1 ada jual, banyak kat situ cuma siap duit ja beli. Tengok la setakat mana mampu, aku leh buat..kalau kurus dulu sebab aku tak leh tidur malam, la ni malam aku bahagia je, walaupun terjaga2 tapi aku banyak tidur juga.
No comments:
Post a Comment