Bila rasa suka, kita mesti ingat orang tu gila2 ja kan, terbayang sana sini, rasa berdebar2 macam tak tentu arah. Satu kepastian dari satu pihak, tapi tiada kepastian dari satu pihak yang lain, kalau macam tu apa kesannya pada orang yang rasa cam ni. Sampai bila rasa cam ni, kalau orang tak cakap kita tak tahu. Tapi bila ada yang on the spot cakap "saya suka kat awak" aku plak rasa kecut dan takut. Apa yang dia suka kat aku, tak faham semudah itu, dia suka aku, baru jumpa sehari dua dah berani cakap, saya suka awak, berani cakap saya rasa sayang kat awak. Buaya kot? ntah la, may be jugaK. Walau pun umur makin bertambah, aku masih rasa conpius bab orang cakap suka kat aku. Kalau tak cakap suka pun aku conpius, aku tak mahu dimalukan dan termalu dengan kisah2 silam aku.
Aku pernah rasa suka pada seseorang dan aku rasa dia pun suka kat aku, tup2 dalam pada tu dia cakap dia nak tunang, perggh satu tamparan untuk aku. Cam ne ni, aku ingat dia suka aku, tapi rupanya dia ada orang lain. He he, malukan tuhan ja tahu, bagus la, sampai la ni, bila aku jumpa mamat tu, aku tak akan pandang muka dia secara tepat, biar la dia tengok aku, biar la dia tercari2 tengok aku. Jangan harap aku nak tengok muka dia, jangan plak nak rasa rindu2 kat aku, aku dah menyampah layan orang cam ni. That's why kalau berejam2 bergayut dengan orang pun, kalau dia tak suka kita, jangan la dok paksa diri nak orang tu suka, sebabnya akan lebih parah kalau dia nak bertunang.
Bila orang jauh yang baru kita kenal, suka call dan SMS, walaupun kita meragui kejujuran dan kesukaan dia kat kita, tapi kenkadang inisiatif yang diambil untuk call kita, buat kita rasa WOW, bestnya ada orang suka dan gila kat kita sampai cam tu, berbanding kalau kita ja call, dan orang yang kita call tu pun ada banyak peminat so, tak berbaloi kan. Pukul 1.30 pagi pun call, just nak tanya tengah buat apa, of cos la tengah lena, adoii ada juga lelaki cam ni, jangan tertewas yer. Lagi pun tiada bukti kukuh dia suka kita, mungkin dia suka2 layan kita di tipon, mungkin ramai awek lain yang dia layankan. Biasa la, sementara masih boleh berfikir dengan waras, cuba la buat benda yang terbaik, dari sakit hati dan sakit jiwa, moh la kita gi ke luar negara jenjalan sambil bershopping. Jangan bersedih...jika bersedih cari la alternatif yang dapat menenangkan jiwa raga anda.
No comments:
Post a Comment