Saturday, December 17, 2011

Cuti Dan MC

Oleh kerana tak mau penat disebabkan berjalan kaki kat Melaka, aku ambil keputusan ambil cuti ari senin 12 Dec 2011 tu.  Sebenarnya tak penat sangat pun gi walk tu coz aku buat ala kadar, sekadar untuk suka2, cuma aku rasa cam kelakor cam ne aku leh join org2 giler berjalan ni malam tu.  Tak feel apa2 pun selain dari mengantuk dan teringat tilam empuk aku, selimut aku yang membaluti aku semasa aku kesejukan.  Cuti hari jumaat banyak menda aku nak settle tak leh settle mana taknya Selangor cuti, cam ne aku nak bayar duit maintenance ofis tutup.  Nak gi bayar duit pembentungan pun aku tak taw cam mana, rupanya kena bayar kat Pejabat Pos, oleh kerana aku dok Selangor semua Pejabat Pos tutup juga, buat apa pun tak menjadi.

Apa yang menjadi adalah aku ke IKEA, he he favorite kedai aku beli barang2 rumah.  Kalau masuk tak kuaq tangan kosong mesti ada je aku beli.  Nak taw menda apa aku beli tunggu la yer, ni kena rahsia skit sebab lum kemas so tak leh la nak tunjuk.  Gilos penat menapak dalam IKEA nak mencari barang idaman aku.  Ada banyak barang idaman aku dalam IKEA ni cuma kena siap duit ja untuk semua ni.  Aku memang gila kalau masuk IKEA ada ja menda2 yang aku akan beli, hinggakan pisau pun aku gila beli kat IKEA, sedangkan masa mula masuk rumah dulu aku beli pisau kat BM masa aku kat kampung balik cuti. Kegilaan buat duit abis ni kenkadang buat aku sesal tak menyesal, lagi mau beli barang kat sini.

Next day aku masuk keje, elok ja tak la penat aku ok ja, aku penat sebab semalam cuti aku merayap kat IKEA tu dan buat menda2 tak faedah.  Aku mungkir janji dengan seseorang nak jumpa, aku bukan tak nak jumpa tapi dah tak rasa minat nak jumpa nak buat cam mana dah tak dak perasaan suka lagi.  Kalau lima tahun atau 6 tahun lepas mungkin ok, la ni aku dah mangli dah rasa muak tengok muka la, may be aku rasa minat dengan orang lain kot, ni aku rasa betul.  Pagi Rabu dengan tak semena2 aku rasa sakit satu badan tak boleh bangun pagi tak taw la plak kenapa, adakah sebab mimpi aku semalam, yang buat aku demam terkejut.  Itu aku tak tahu yang aku tahu aku demam bukan sebab aku penat walkrace tu dan bukan sebab letih. 

Menjadi lebih malang nasibku tunggu Pn Doctor punya la lama dekat sejam lebih, kemudian kuaq dari clinic tu nak gi Pejabat Pos aku jatuh tak boleh bangun.  Nasib baik sebelum tu doctor tu tak payah aku cakap atau minta MC dia yang kasi, walaupun dia perempuan dia ok dengan aku, tak kedekut MC, tapi mungkin la muka aku nampak teruk.  Tunggu lama aku rasa leh tahan lagi tapi jatuh di khalayak ramai tu sangat memalukan aku, sebab aku tak boleh bangun, akunya buku lali cam kena twist je, sakitnya tuhan yang tahu.  Kalau aku jatuh sebelum doctor kasi aku MC sudah tentu aku minta dua hari sebab aku rasa kaki aku sangat sakit dan perlukan rest.  Tapi nak kata apa, lepas aku MC dengan kaki sakit tu aku gi beli tangga kat Giant sebab apa aku beli juga tangga ni, aku nak cuci kipas aku yang nampak berhabuk itam, aku benci tengok kotor tu. 

Satu lagi aku nak tukar mentol lampu buluh aku tu tak tukar2 sebab aku tak adak tangga, lagipun aku tak reti macam mana nak tukar.  Lepas gi tanya kedai lampu aku rasa aku sangat terer tukar lampu, aku rasa bangga woo, sebab dapat buat sendiri.  Next time tak yah la beli lampu canggih kalau tak tahu cam mana nak tukar yer, tensen juga aku bila mentol asyik terbakar saja, geram jangan cakap la everytime dia terbakar mesti lintar pintas kat umah aku tu.


No comments: