Oleh kerana nak masuk event jalan kaki 12 jam kat Melaka 10 December ni, aku yang malas exercise ni terpaksa la juga wat2 rajin exercise. Sebenarnya aku tak la suka sangat kalau badan fit keras jalan tegak semacam, especially kalau aku kerap main futsal. Kalau aku salu aerodance bontot naik, erm bila jalan rasa cam bontot ke belakang la plak menonggek. Tempat idaman aku untuk exercise adalah Tasik Perdana coz aku salu kalau lari seround pusing pun dah berpeluh sakan, tapi tasik ni bahaya skit kalau lewat petang, now dah la cepat gelap so aku terpaksa la ubah destinasi exercise aku kat Tasik Titiwangsa. Lepas exercise boleh makan rojak. Tasik Taman Jaya paling aku tak suka bau longkang pas tu banyak muka cam orang tak betul ja. Tempat lain aku lum explore lagi, may be area umah aku ada taman yang best cuma aku tak taw ja.
Hari Ahad aku tak exercise coz aku dah jalan kaki gi Padang Merbuk gi tengok kengkawan lari, so masa berjalan dari Putra Masjid Jamik dan berpeluh sakan. Hari senin aku gi exercise kat Tasik Titiwangsa, walaupun kenkawan cakap ujan, aku tekad nak gi jugak. Buat seround pun jadi la sebab aku mesti fitkan kaki aku untuk jalan tu. Belum ada kes la aku bersukan sampai pengsan, tapi kena la jaga juga, nanti tak macho la ambulan bawa, hik2, malu la kan. Petang ni aku nak sexy skit so aku pakai skirt pendek je, nak jenjalan dan lari, tapi cam tka leh nak lari ja, banyak orang sangat dok berasmara dan berpicnic, ada yang sambut birthday. Aku amik masa gak nak mula lari, so aku praktis jalan ja dulu kat tempat orang ramai. Aku nampak ramai gak orang jog petang tu so best la skit ada geng nak jalan n lari.
Bila aku tengok ada yang jalan lenggang lenggok mak Limah aku naik meluat la, tak kira la pompuan2, ka couple ka coz dia halang jalan aku, so aku bersemangat la lari untuk elak dari depa dok bergebang2 kat jalan tu. Bila aku sampai kat kandang kuda, Fanim call ajak makan kat kedai Korea kat Ampang so aku pun setuju la, coz aku nampak hari dah mula nak ujan balik. Lepas ja cakap ngan dia aku pun jalan laju la sikit sebab nak habiskan satu pusingan jalan lari aku tu. Lepas ja kedai rojak pertama tu aku rasa ramai plak orang lari kat belakang aku, banyak lelaki la, aku pun elak la so depa jalan dulu. Senyum2 la plak kat aku cam aku kenai depa, ada seorang lelaki ni aku rasa cam 40an la dekat 50 umur macam ikut bontot aku ja, ni wat aku rimas, aku tengok ja perangai dia, dia tak potong2 aku. Aku nak marah ni, apa lagi dia ikut tengok bontot aku ka, aku pun lari selaju2nya tanpa toleh belakang lagi. Ha ha padan muka pakai skirt sangat, bontot cam itik terkedek2 jalan. Sampai kat kete tukar kasut, beli rojak bawak gi makan kat Kedai Sweet Tree ngan Fanim. Tasya pun datang dia nak gi urut badan. Balik aku tak terer la sebab gelap so nampak ja AKLEH aku masuk jem, nampak KLCC baru lega aku selamat tak sesat.
Hari selasa bawa baju nak jalan kat opis, tak buat pun sebab aku kesejukan, la ni akunya lokasi exercise kat opis ja, kat area gym, lari dalam 5 round jalan dua round dah cukup untuk aku exercise kuarkan peluh, last week aku buat gak. Nak gi taman lewat petang tak sempat cepat gelap bahaya. Semalam aku lari 5 round gak kat opis, jalan pusing menara 2 round, kenkawan tanya buat apa, aku selamba ja cakap, belajar berjalan sambil senyum dan blah. Tak yah cakap lebih2 sat gi banyak menda nak kena explain..hu hu, bukan target nak menang hadiah pertama cuma tak mau pengsan ja. Dah banyak malam aku gigil kesejukan cam nak demam ni bukan sebab aku exercise, ni simptom biasa aku period, teruk selimut kesejukan cam demam. Nasib baik aku tak marah2 cam kenkawan lain kalau nak period, aku jenis jadi lemau dan diam ja. Tengok makanan pun tak selera tengok, jadi bengong pun ada, badan biasa la nak lentok2 kat meja keje. Dulu idak la cam ni tak taw pasai pa jadi cam ni...
No comments:
Post a Comment