Monday, December 19, 2011

Kenduri Bahar

Hari Sabtu 17 December 2011 aku attend wedding Bahar di Kampung Berata, Segamat, Johor, pada awalnya aku rancang tak mau attend wedding ni, sebab aku tak berapa sihat dek penangan demam terkejut, tapi demi tak menghampakan hati kenkawan aku gagahkan diri juga ke sana.  Lagi pun kalau aku tak gi cam tak best la plak Si Bahar ni salu teman aku breakfast kalau dia tak keje ari Sabtu atau Ahad.  Perjalanan kami bermula seawal 9.00 pagi, seperti perjanjian semua berkumpul di tempat yang dijanjikan, Malina as usual sesat kalau mai umah aku.  Amik Zura depan bus stop kami pun bertolak, singgah boh minyak kat Sg Besi.  Perjalanan ke arah selatan banyak plak kete, dengan tak breakfast aku terlepas satu stesyen kat Seremban, so breakfast kat Ayer Keroh Melaka ja kat Restoran Jenjatas tu.

Selepas setengah jam berhenti berehat, kami meneruskan perjalanan, nampak macam dekat pada aku bila tengok peta dalam kad kawin, lepas masuk tol Tangkak,  belok kanan serta masuk pekan Tangkak, aduhai rasanya cam pendalaman gak la segamat ni, jauhnya perjalanan dengan kiri kanan kelapa sawit, pokok getah aku rasa tertipu dengan peta dalam kad tu.  Lori pun banyak, nak potong alahai cam gi Kelantan plak susah jalan berliku, so bersusun la kete kat belakang tensen dengan lori tanker kat depan.  Pandang kiri kanan banyak orang juai durian, so kami plan baik punya lepas balik kenduri nak salin baju gi jenjalan makan durian.

Mencari UITM, Johor adus tak nampak2, kami pun risau, sebab selagi tak jumpa UITM, selagi itu la kami lum sampai, melewati pekan2 kecil cam pekan koboi aku rasa, tempat2 ni masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan, tapi pokok2 yang menghijau masih tidak tercemar buat tenang kami dan merasa perjalanan kami bagaikan menuju ke Cameron Highland.  Melihat keindahan alam di sini kami pun mula rancang nak gi Cameron plak, cam best plak sekali sekala berjalan ngan geng2 cam ni.  Jauh perjalanan tak terasa menyembang, mengumpat semua ada, tapi layan. Dalam pada tu akhirnya kami jumpa la UITM akhirnya jumpa la Kampung Berata, tu, susahnya orang Johor signboard tunjuk umah orang kawin pun tak dak, dah la ujan renyai, so kami terpaksa pandai2 sendiri dan tanya budak kat kenduri tu betoi ka ni kenduri Baha.  Nampak geng TM ramai so confirmed la kami sampai umah yang betul, ramai juga yang ramai termasuk big bosses. 


Aku melepak tunggu pengantin tengah berarak kat luar, ujan aku dok lam umah ja


Cantik pengantin baru ni, sama padan


Aku bergambar kenangan dengan pengantin


Masa sampai ujan renyai2 masa kami tengah makan ujan lebat, adus dalam kelaparan makan semua sedap, lain sikit masakan johor ni, siap ada umbut kelapa lagi, daging dan ayam tu biasa la.  Lepas makan kami masuk jumpa pengantin kemudian tunggu pengantin sanding, kami pun blah la sebab ujan tak berhenti kalau tunggu lagi memang tak balik la kami.  Oleh kerana ujan niat kami nak singgah makan durian pun tak jadi lagi pun penjual durian semuanya apek je, kami tingin nak makan durian kampung yang dijual oleh bangsa sendiri, orang cakap durian kampung lagi sedap.  Perjalanan kami menuju ke ibukota, ditemani hujan sepanjang jalan, ikut pula jalan bandar yang tak berapa nak boleh speed buat aku bosan tak leh pecut.  Bila masuk Highway baru la aku rasa gagah memecut bak peluru berpandu, singgah minum dan rehat di R&;R Seremban untuk hilang mengantuk aku pekena nescafe gan cucur udang.  Kami sampai KL dalm 6.30pm, balik singgah lepak umah Zura kejap pas tu aku ajak Malina singgah umah aku.

No comments: