Friday, December 2, 2011

Tidur Jaga Tidur Jaga

Nape orang senang je tidur, aku nak dapat tidur lebih berejam2 kena sakit makan ubat barulah dapat tidur dengan aman. Kenkadang aku rasa cam burung hantu pun ada burung pungguk pun ada, nape la routine tidur aku tak menentu, nak kata ada hantu lam umah tak dak la plak.  Setiap kali terjaga terasa seperti diseru untuk bangun tidur, he he kelakarkan, kalau sapa rasa cam aku rasa baru la dia tahu nape aku asyik on je FB, ni adalah antara aktiviti yang aku terpaksa buat untuk mengelakkan aku berjegil mata dari tak buat apa2.baik aku layan fesbuk, tapi kenkadang yang berjaga tu adalah beberapa kerat ja, abis apa aku buat main game je le.  Tu yang aku tak dak masalah bangun awai walaupun aku tidur lewat, semua ni cam pelik kan, tuhan ja tahu apa yang sedang berlaku pada aku. 

Kenkadang aku fenin kepala. depa kata sebab aku tidur tak menentu tapi aku rasa tak la, sebab dah lama sindrom ni, fenin kepala aku datang certain time ja.  Aku elok je boleh gi mana2 bukan ada masalah pada aku walaupun tido aku schedule tak teratur, kalau nak kata gangguan hantu syaitan rasa cam tak logic, coz aku tak rasa ada hantu pun dalam umah aku.  Kalau hantu minat aku, tu aku tak taw la, padan muka aku ja la.  Hantu oh hantu nape la nko nak kacau aku, banyak lagi orang lain pi la kacau, aku nak tido pun tak senang, kalau kulit dan muka aku tak lawo, sapa nak jawab aku gak yang tanggung semua ni.  Ya allah hindarilah aku dari gejala2 yang tak elok, aku tak nak bertafsir lagi, aku dah letih, letih fikir letih berhati semua aku dah letih.

Semalam aku cuba untuk tidur awal, tak sampai setengah jam dah terjaga, aku paksa gak mata tidur, sian aku macam tak menentu aku jadi burung hantu kenkadang jadi burung pungguk rindukan bulan tapi ni dah kurang sebab ujan bulan tak muncul la.  Tiada gangguan jiwa kacau lagi, alhamdullilah, tiada mimpi2 yang menakutkan lagi untuk minggu ni yang mana wat aku resah dok tafsir apa maksud mimpi aku.  On off la mimpi ngeri aku, tapi selagi tak memudaratkan aku, aku ignore je.  Tak tau la ada secret admire dok puja roh aku kot, ha ha ni teori paling kelakar yang aku dapat fikir.  Ada gak resah jika fikir pasal gangguan jin atau saka, aku banyak gak terbaca antara tanda2 gangguan jin, sesetengah gejala tu ada gak masuk lam mimpi aku.  Tapi aku malas fikir lebih2 sebab kalau fikir aku akan fenin kepala satu hari, dah la aku dok sorang sat gi takut la plak.


No comments: