Monday, December 5, 2011

Tengok Movie

Hari Sabtu seharian aku dok umah goyang kaki, apa pun aku tak buat. sejuk dan aku jadi malas, semuanya kerana tempias demam dan sakit kepala.  Ajak Malina gi tengok wayang, dia tak free, dia ajak aku Ahad, so hari Ahad la aku ajak dia layan.  Awal2 aku dah cakap aku tak nak cite melayu, bukan eksyen aku malas tengok cita jiwang2 ni dari awal aku dah cakap aku bukan jenis sentimental value, tak pandai la cite2 jiwang ni aku ni suka tengok cite action ja.  Tembak2, perang, lawan2 tu semua aku suka la cita merapu rapi mat salleh aku memang suka, X-Men tu semua siri aku tengok.  Kalau cita melayu aku suka tengok cite yang Awie and the gengs ja berlakon, senario boleh la layan skit.  Cita hantu aku layan sekali ja cita melayu kat Bandar Perda, Jusco.  Boleh kira ngan tangan arr aku layan cita melayu, walaupun aku melayu bab movie aku kurang skit la cita melayu.

Bila semua orang dok kata Ombak Rindu, best tak sikit pun terdetik aku nak tengok, sebab aku bukan pembaca novel kot, sebab tu tak pandai bermadah pujangga.  Kalau orang dok cakap 5 bintang ka, belum tentu aku kasi star kat filem tu sebab aku tak minat so tak adil aku nak judge filem tu berapa bintang.  He he kalau cita orang lain suka aku belum tentu suka, dan cita yang aku suka belum tentu orang sukakan.  Anyway aku ni minat lain skit dari orang lain so aku tak nak la compare apa yang depa suka ngan aku suka.  Janji aku layan cita action la, kalau transformer aku tak berapa suka sangat, cam nak lena ja aku tengok, tapi cita 'Real Steel ni lain skit ada unsur kemanusiaan, ada kasih sayang antara anak dan ayah, so aku teruja juga la dengan budak comel tu.  Walaupun cita ni tak logic tapi tengok robot menari aku rasa sangat comel, macam betul pula. 

Sebelum pi tengok wayang aku hanya sempat cuci bilik air saja, masak pun idak, aku gi amik Ina pukul 2.30 konon2 nak jalan2 dulu before tengok wayang, tapi sebab kena que lama sikit amik tiket, so aku decided lepas tengok wayang la aku gi kedai2 tu.  Kami tengok movie kul 4.35pm, Lepas tengok wayang, aku ajak Ina gi masuk semua kedai sport kat Midbell tu, aku nak beli beg sebenarnya, tapi bila masuk kedia tu aku rasa macam semua nak beli terutama kasut sukan tu, memang cantik woo, aku jarang suka kasut color tu, tapi kali ni rasa cam terminat plak.  Tak pa aku rasa kalau dah ada minat kena beli la, insyallah kalau dok ingat siang malam kena gi amik gak la.  Tengok skirt mau, tengok singlet mau, tengok sweater mau, tengok reket squash mau, tengok suaq pendek main futsal mau, tengok track suit mau...last aku kuaq loi ja kalau layan nafsu membeli aku mau dua tiga kali aku mai beli kat sini.  Nasib baik ada member kalau idak aku dah rembat la, sebab dia cakap tak yah la membazir so aku tak beli la.  He he aku memang kalau beli barang sukan gila sikit, kalau make up aku tak beli pun tak pa sebab aku tak suka make up. Lepas masuk semua kedai yang aku target, kami nampak Christmas garden, snap pic skit tengok cantik n then aku hantar Ina kat ofis, kami pun balik...




No comments: