Bila aku cakap ngan Malina dan Zura esok aku nak panjat Broga, depa marah aku sebab depa kata dah tua2 jangan aktif sangat. Tapi nak buat cam mana aku rasa selagi kudrat aku larat aku nak ja buat aoa yang aku teringin nak buat. Lagi satu aku teringin nak panjat gunung, tak taw la mampu ke idak, kalau ada peluang nak ja aku join tapi tak nak la yang hardcore. Demi semangat yang tinggi walaupun rest tak cukup sebab penat gi kenduri kat Segamat, aku gagah bangun la pukul 5.00 pagi, nak kuaq umah awai sangat aku takut so aku tunggu la lepas subuh, baru keluar takut sesat plak, aku ni bukannya pandai sangat jalan. Misi panjat Broga Hill ni aku ikut Wani, Hasni, Dee, Emy depa ni semua Miss Lawyer, Wani dari TNB, yang balancenya Petronas. Dayang sorang lagi aku tak berapa ingat dia kije apa yang aku tahu dia dari Sarawak. Manakala Sharon pula Accountant, ada firm sendiri, dia ni kaya melana ni.
Dengan bantuan GPS mulut je, Sharon kawan Wani so aku berjaya melepasi halangan jalan sesat. Senang juga kalau ikut jalan dari puchong berbanding jalan Cheras tu aku rasa. Walaupun ada setengah tempat ada yang aku conpius dengan beristighfar dan berzikir akhirnya aku dapat tembusi jalan Semenyih dan tunggu dia orang kat depan University tu, iaitu University of Nottingham. Terer gak aku leh sampai dengan bantuan Sharon, kira cam aku faham la direction yang dia kasi, walaupun tak pernah jejak kaki kat sana. Sampai kat Kaki bukit Broga bayar parking RM2 so kami park la dalam kebun kelapa sawit china tu. Aku rasa cam biasa ja mula2 nak mendaki sebab nampak cam landai ja bukit ni, rupanya itu satu permulaan ada lagi cabaran yang sengit menanti di sana kawan aku cakap.
Lalang cantik plus cahaya matahari
Aku suka tengok lalang berbunga
Sepanjang pendakian ada yang sudah mulai turun tak tau pukul berapa dia orang naik, kami baru nak memanjat memang menyusahkan skit sebab ada gak yang denai dia satu saja so kena take turn untuk melalui denai tu. Pelbagai ragam dan karenah pendaki aku nampak, pelbagai umur dan bangsa juga yang mendaki, tapi yang penting semangat untuk mendaki semua bersemangat. Ada yang mendukung anak untuk naik ke atas, ni aku rasa memang tak sayang nyawa kalau jatuh dua nyawa melayang, ada yang mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa anak2 hiking, ada yang memang macam dah ariff, ada yang menggunakan kerjaya iaitu naik untuk mengambil pic terbaik di atas sana. Siap lengkap peralatan khemah pun ada yang bawah, sungguh menyiksakan aku tengok kalau yang bawak macam tu, demi minat lantak la depa.
Di cerun landai banyak lalang
Aku eksyen skit dok kat atas
Ramai orang berehat kat sini
Aku n the geng, Wani, Hasni, Dee, Dayang dan Emi bersemangat juga mendaki sampai kat atas walaupun ada juga denai yang sukar untuk dinaiki, compare dengan BM Hill aku rasa susah lagi Broga Hill ni sebab dia punya pendakian cam mana ntah susah aku nak terangkan. Tinggi yang curam kemudian landai panjang..pas tu turun mendaki ke curam semula, macam lembah pun ada. Budak2 yang mendaki aku nampak cam terlebih energy skit semangat lain macam, cam kuda liar pun ada, menunjuk2 pun ada ntah la. Ada yang concod tempat lepak macam umah depa ja pun ada. Aku nak bergambar pun tak leh tempat yang best2.
Kat sini susah skit nak naik dan nak turun
Bergambar kenangan untuk evidence aku sampai Broga Hill
Gambar kat bawah pula
Turun dari Broga kami singgah makan umah Sharon kawan dia orang, dia orang ni majoriti lawyer la, so cakap semua gaya lawyer la. Kenkadang aku rimas la nak join depa dok speaking ober sangat, tapi Sharon tuan umah yang kaya raya ni besaq sungguh rumah dia, baguihnya dok masak nasi lemak dan pisang goreng kasi kami semua makan. Alhamdullilah kami dapatla makan nasi lemak free dan berehat sebentar sebelum menerus perjalanan balik ke rumah masing2. As usual aku tak kan tahu nak ikut jalan yang aku datang untuk balik ke rumah, mataku hanya tertumpu pusat bandar atau Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Ini adalah aku jalan pergi tak kan sama dengan jalan balik, aku dah blank.. minum air teh banyak gelas sangat. Dah la umah orang tak malunya minum air banyak sangat, apa nak buat dah orang jamu, perut tengah lapar on ja la.
No comments:
Post a Comment