Thursday, January 5, 2012

Kembara Di Negeri Sendiri @Taman Negara Pulau Pinang

Mula bercinta dengan hutan masa kecik2 dulu kat kampung, pagi2 ada kakak ni belia kampung kami nama dia Kak Pah,  dia suka ajak kami joging pagi2 dalam kampung, kenkadang kami joging sampai kulim, balik naik bus sebab tak larat.  Dia ajak kami main netball la, kira aktif la kakak ni cam pengerak belia la, so kami yang adik2 sekolah pun tak lepas darjah 6 mengikut la dia ni. Tapi best ikut kakak ni dia sporting, kenkadang petang2 ajak kami menicah la macam2 la dia ajak kami ikut dia buat aktiviti yang berfaedah la juga.  Bila dah sekolah menengah join GirlGuide baru la tahu macam mana masuk hutan, camping, hiking dan campfire.  Hiking BM Hill bersama2 dengan budak2 sekolah High School BM dan Jit Sin, ni kira aktiviti Scout dan Girlguide la.  Seingat aku dua kali la panjat BM Hill aktiviti bersama tiga sekolah lain di kawasan yang sama. 

Bermula dari ajakan cousin aku naik BM Hill, aku cam dah insaf nak naik bukit or gunung ganang ni sebab masa tu aku tak work out apa2 terus redah dengan perut penuh.  Cousin aku ni memang gila masuk hutan, belajar pandai study overseas, tapi cam skima sikit sebab tu keje dia masuk utan je, tiap2 minggu aku tgk fesbuk dia dia masuk utan.  Geng2 dia pun suka masuk hutan gak, masa dia ajak aku masuk hutan simpanan Penang ni aku ingat sekadar jenjalan suka, gi pun aku tak dak la minat beno2 masuk2 utan ni.  Apa barang cari lam hutan sedangkan leh dok bersuka2 dalam umah layan fesbuk ka layan TV ka.  Tapi dah janji ngan cousin aku nak layan so aku layan la juga.  Dia ni mat skima bosan skit bila cakap ngan dia, hanya adik aku ja taw layan dia cakap, aku malas n rimas cakap ngan mat buku ni, tak reti la sebab aku ni cam loklaq skit kenkadang.

Hari Jumaat 23 December 2011 aku tak apply cuti, so amik la urgent leave, lagi pun ada hal skit kat kampung hal family, biasalah budak itam tu kalau setaun tak buat hal bukan nama dia budak itam.  Kemas lebih kurang, campak apa yang patut dalam bag aku yang sedia ada barang dalam tu, aku rasa macam nak balik seminggu la pula.  Sebenarnya aku before ni tak baca pun itinerari, so aku main redah je ni dengan tak work out apa2 pun aku pasrah la apa nak jadi masa hiking nanti. Sepanjang perjalanan jem la juga may be ramai yang bercuti ke utara, ditambah dengan ujan lebat buatkan aku tak leh nak pecut laju, terima seadanya cuaca yang tak mengizinkan.  Sampai kat umah tengok mak jap, nampak mak cam susah hati la tu pasai budak itam tu, geramnya aku, dah dua kali tidur dia belum balik, aku amik keputusan nak pi kat kenkwan kat RECSAM tu lepas maghrib tunggu dia balik, mak cam tak bagi pi tapi kalau aku pi esok lambat dah la tak taw jalan susah gak la. Lepas magrib aku gi jumpa dia orang dengan cousin aku kami pi layan nasi kandar area gelugor tu.

Awal pagi kami bangun tidur semua tunggu giliran nak masuk mandi, aku biasa bangun awal tapi mandi awal sejuk aku masalah sikit.  Seperti perjanjian jumpa 6.30a.m, cousin aku terbabas so kami lewat skit bertolak nak gi hutan negara kat Teluk Bahang tu, sampai kat sana pun kami masih ada proses menunggu geng2 budak penang pula.  Bila semua orang dah ada, lebih kurang 15 orang termasuk aku so kami pun memulakan perjalanan meneroka hutan, awal perjalanan jalan nampak simple dan senang aku rasa biasa la sebab baru last week naik Bukit Broga.  Walaupun aku orang Penang, nampak gaya aku macam ketinggalan sedikit akakn kewujudan hutan ni may be dah lama merantau kat KL, jalan kat Penang ni pun aku cam tak ariff sangat sebab selalu aku adik yang tunjuk jalan atau dia drive. 


Ada trail guide dan kena register dengan renjer before masuk hutan


Bergambar sebelum azab


Di kaki tangga sebelum panjat rumah api

Cuaca yang redup tak meletihkan kami untuk meredah hutan pada mulanya aku nampak bertenaga pada awalnya, bila sampai jalan menuju ke Rumah Api, sedikit kekesalan mula terasa pada diri yang tak well prepare ni.  Aku give up juga nak mendaki ke atas sebab jalannya dia memang memenatkan seperti mendaki ke puncak gunung, gila teruk.  Based on kata2 kenkawan dia orang cakap mendaki Mount K tak terasa sebegini, he he kiranya terer gak la aku naik bukit ni, walaupun tak prepare.  Pada mulanya sikap mengada gada dah mula ada, aku tak nak naik dah give up la aku suruh Su ngan Looi je naik, atas semangat satu team dan motivasi yang diberikan oleh Looi@Mr Nice Guy gelaran untuk dia sebab bawa beg aku, terasa bersemangat juga la nak naik. Dia cakap tempat kat atas cantik, sejuk rugi aku tak naik, so aku pun gagah la naik juga, aku buka kasut aku dengan kaki ayam.  Dia ni memang baik, lepas naik kat atas kasi aku pisang may be upah sebab aku naik juga at lastnya.  Masa turun aku laju ja sebab azab mendaki tiada lagi dan aku rasa happy la pula.

Rumah Api

Gayat tapi aku kasi pose hangat skit


Sini lagi gayat


Dari atas rumah api pandangan menyejukkan mata


Tangga unik ni aku suka



Bergambar kenangan sebelum turun bukit


Kami berhenti seketika di Sg Tukun iaitu salah satu salah satu tempat untuk berehat dalam 10 minit, di sini kami makan dan minum untuk merehatkan tubuh badan sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Kerachut. Kembara kami bermula semula, sepanjang perjalanan nampak air terjun terasa nak mandi, adan dah mula tak selesa.  Mula2 aku menjadi sedikit lega bila dia cakap ada short cut, short cut pun aku rasa jalan sama ja, lepas ja shirt cut aku rasa kaki aku cam dah nak cramp, tapi aku bertahan.  Akhirnya aku tak mampu bertahan lagi kaki aku cramp, kesian depa terpaksa tunggu aku, dengan moral support Prof Jungle@Poey aku mengagahkan diri untuk berjalan, dua kali kaki aku cramp, moral support dari kenkwan, Looi sekali lagi bawa beg aku, ada yang bawa selipar aku, aku berkaki ayam berjalan dalam hutan yang aku rasa selamat tanpa selipar, sebab hutan ni terjaga.  Aku diberi tongkat untuk support kaki yang cramp, aku diberi nasihat supaya tidak menampung berat badan menggunakan kaki yang bekas cramp itu.  Alhamdullilah dengan petua itu aku berjaya mengharungi hutan yang berbukit2, bak kata geng2 tu dia pernah naik Mount K tapi tak la rasa teruk cam turun naik bukit2 dalam Hutan Simpanan Penang ni. 


Rehat kaki dan mulut


Penat la ni


Jari aku luka sikit sebab pegang kayu2 dalam hutan
                                   

Sepanjang perjalanan jumpa la juga orang lain, bila jumpa just say 'Hi' je and bila dengar 'long way to go', aku dah mula cuak, berapa lama lagi nak sampai Pantai Kerachut.  Memang sangat jauh dan mendaki lagi nampak gaya kami untuk ke pantai itu.  Di sini mula aku terasa menyesal sedikit sebab masuk hutan, tapi apa boleh buat kena teruskan perjalanan juga selagi tak sampai pantai, tak jumpa Baby Turtle, maknanya kamu belum tamat perjalanan.  Berhenti seketika apabila terjumpa sebuah kolam, sayangnya kolam ni cam kolam selut air pun tiada.  Tapi tumbuhan yang tumbuh di sini agak pelik dan cantik, banyak monkey cup kat dalam hutan ni, prof jungle beriya2 tunjuk kat kami semua.  Dia ni cakap banyak dan very informative, teruja juga aku dengan ilmu yang dia ada, banyak yang aku tak tahu pasal hutan2 ni dia kasi tau. Ok la tak la bosan dok dalam hutan yang tak da radio langsung, line tipon pun tak dak, so ada radio bergerak penawar duka la.


Bacala kalau nak tahu..


Baby Turtle comel ni


Peminat Turtle


Peminat cilik


Penat terduduk dalam kepanasan

Sampai di Pantai Kerachut aku rasa lega sangat2 sebab dah nampak jeti nak balik hu hu, melawat Baby Turtle sebentar bersama Prof Jungle dan buat lawak ngan penjaga turtle sedikit rasa terhibur walaupun letih. Aku salute dengan Poey sebab dia ngan Looi dan Hana balik jalan kaki kami naik bot, aku rasa jauh juga dalam 15 min naik bot, yang aku teruja tu depa sampai sama ngan kami, aku agak depa lari la.  Budak bawa bot tu kelakar so kita orang rasa kelakar naik bot dia, kalau dia masuk maharaja lawak mesti menang.  Memang menyakitkan dan menginsafkan kalau tak prepare tapi tak menyerikkan untuk aku masuk hutan lagi.
Atas bot, seronok nak balik


Ini Batu Penyu


Batu buaya menghiasi pantai ni sebagai tarikan pelancungan



No comments: