Monday, January 16, 2012

Konsert Awie Dan Ella 13 Jan 2012@Istana Budaya

Aku memang minat rock, aku tak tahu la nkorang minat apa, may be ikut time dan umur kita membesar la.  Ada yang suka Rap, ada suka Hip Hop, ada suka Jazz, 60 an 70 an dan lelain la. Aku minat rock sebab masa sekolah2 dulu lagu2 rock yang berkemundang di corong radio dan TV.  Kalau ikut kakak gi Pesta Pulau Pinang semua trend orang dress up rock, sebab tu aku syiok gila ngan lagu2 rock kapak, masa aku minat lagu sebab pak su aku rajin beli tape rock so nak dengar lagu rock semua ada kat rumah dia.  Pesen kain pi sekolah semua singkat ala2 rock gitu, teringat pesen rambut pun nak gelak guling2 juga.  Aduyai kenapa la trend masa tu macam tu kalau dibanding dengan trend sekarang, tapi time tu memang gah la rock kapak ni.

Lanjutan dari itu aku memang la suka layan2 lagu rock sebab feel dia lain macam, tapi layan time bila pun mesti jiwang, ni memang ayat tak boleh blah.  Dulu aku dengar kakak dan pak su ja layan lagu rock so sedikit sebanyak tahu juga la skit2 lagu rock, lagu kumpulan yang glamor aku ingat la cam Wings, Search, Lefthanded, Ella masa tu boleh la layan2 kucing ja, sebab dia dalam group. Banyak lagu aku tahu masa tu tapi tak tahu sapa yang nyanyi sebab masa tu banyak kumpulan rock tumbuh cam cendawan la pula. Trend baju pun seluar ketat2 macam2 color aku memang suka tengok lelaki rambut panjang la, tapi yang jaga tak serabai la kalau syampu rambut salu mesti nampak cam pompuannya rambut.  Layan konsert kat Istana Budaya memang best dapat duduk tapi lagi best kalau dapat duduk sebaris dengan kenkawan.  Feel dia tak sama la dengan berdiri kat konsert dalam Pesta Pulau Pinang, tak sama la dengan konsert dalam fun fair, IB prestij skit., kena jaga adab susila dan cara berpakaian serta kasut yang disarung perlu kemas dan bertutup lagi elok la, ni dia punya peraturan la. 

Ok serba sedikit cita pasai rock, sebenarnya apa yang aku nak cita kat sini pasal konsert Awie dan Ella kat Istana Budaya pada 13 Januari 2012, bersamaan hari jumaat.  Aku dan geng biasa layan sekali lagi konsert rock, last time kami layan Ella sorang2, masa Wings perform aku tak ingat aku pi jalan mana so that's why aku tak layan kalau idak, mana aku lepaskan peluang tengok konsert rock ni, Amy punya konsert aku berjalan gi mana ntah sebab tu tak layan, kebetulan la time Ellla aku dapat layan, lagi pun aku memang suka last year tengok dia perform memang best so tak rugi la tengok bagi peminat Ella macam kami semua ni. Vocal depa dua orang memang la mantap sebab tu aku suka layan sora luar sama dengan sora dalam tape, aku memang tabik spring kat depa dua orang ni.  Gandingan yang baik dan vocal yang baik, serta lawak yang sepontan memang wat yang hadir rasa terhibur. Aku pun layan karat la, lagi terhibur bila ada peminat duduk depan aku yang over sangat walaupun dia ada kekurangan skit tapi dia layan tanpa rasa malu.


Aku semadikan dekat banner ni sebab kat dalam dewan tak boleh snap gambar


Kira malam tu semua rockers yang dah jadi mat skima pun banyak layan, ramai lagi peminat Awie dan Ella, walaupun dah otai tapi kalau vocal mantap of coz peminat masih setia, perilaku letak sebelah tak yah campur adukkan. Itu akunya style kalau aku suka, sebab musabab lain aku tak campur, as long dia tak pernah usik hidup aku, aku layan saja.  Kenkadang orang suka jadi followers bila ada orang lain ada tak suka atas reason yang tak berapa logic dia pun ikut.  Macam ada la setengah artis terkenal Malaysia yang glem pemin\at bagai nak rak, aku tak minat tapi kutuk idak la, biar la sebab minat orang semua tak sama.

Semua ni peminat rock kapak


Aku tetap akan suka rock walaupun ada muda mudi yang jaki dengan lagu rock ni, sebab aku rasa lagu rock ada keunikan sendiri, anyway walaupun aku suka lagu rock bukan bererti lagu penyanyi lain aku tak suka.  Aku akan layan kalau lagu tu kena ngan jiwa aku, bukanla style aku kondem lagu yang orang lain minat dengan lagu yang aku minat, kalau aku tak minat aku tarik diri la untuk sertai karoke lagu2 yang aku tak minat tu.  Macam tu la aku rasa cuma aku tak la melaser lagu yang depa minat tu, tak semua orang hormat akan lagu orang lain minat, kondem atau kutuk tu keje orang2 yang tak faham minat orang lain.  Kenkadang nak juga aku cakap cam ni "awat hang ingat aku suka sangat lagu hang tu, ntah apa2 bercakap2 cam orang gila, ada juga aku nak cakap aku letih la dengar lagu ni mengantuk, dan ada juga aku nak cakap hang faham ka lagu yang hang suka dengar tu? Baru puas hatikan kalau dapat cakap kat orang yang suka kutuk minat orang..puas hati ...yuhuuu hoyay..tapi dah senior2 ni malas nak gaduh2 la. 

No comments: