Rasanya tak sabar menanti next week, macam menanti gaji bulanan pulak tahapnya. Aku akan bercuti di Hari Raya Cina ini, wah sudah lama aku tunggu vacation aku, this is my first trip untuk tahun 2012 selepas cuti aku habis. Ramai juga yang bertanya kat aku yang kaki jalan tak gi kemana2 ka, kenkadang cemuih la jawab, cuti abis lagi pun geng nak pi tiada, mulut ja cakap nak pi bila kasi cadangan cam mengelak ja. Kalau ikut hati selang dua bulan aku mau pi bercuti, bestnya kalau pi jenjalan lupa masalah yang tak berapa kritikal sekejap, balik menyampah balik. Tapi janji jejak negara orang ok, tengok susah senang hidup orang lain di negara yang tak sebaik Malaysia. Kenkadang timbul keinsafan apabila kita berada di bumi orang dan membandingkan dengan apa yang ada di negara kita, sian tau tengok nasib orang lain kita perlu bersyukur berada di bumi bertuah ini.
Aku saja nak rahsiakan mana aku pi, tapi certain people dah tahu mana aku mau pi, last minit decide, macam2 hal berlaku akhirnya pergi juga aku, ala negara Asia Tenggara saja. Harap tiada apa yang berlaku, oleh kerana arrangement kelam kabut ni, walaupun mahal skit tapi aku nak juga kaki kat situ so aku pejam mata ja la. Tiada apa yang aku nak cari kat situ tapi kemuncak vacation aku dah mula membuak2 so before aku menjejak kaki kat Korea, ni negara yang aku jejak dulu, dalam Malaysia dah jenuh dan bosan bukan benci negara sendiri tapi sekadar nak melihat budaya orang lain. Dah lama aku tunggu nak berjalan ni sejak cuti aku habis cepat semacam taun depan, sampai nak pi mana pun aku terpaksa pekim takut cuti abis, kena ada back up gak untuk emergency.
Apa pun aku lum prepare lagi, ala salu jalan dah tahu la apa yang patut dibawa dan yang tak patut dibawa, maggi as usual kena ada back up, biskut kering incase selera aku hilang kat sana, walaupun muslim pakej. Lepas lawatan ke negara ni ada satu lagi negara lain aku teringin nak gi, selepas Korea, harap2 aku dapat menjejaki kaki ke Japan, insyallah, minat dengan Japan taksub gila ni. Kalau tak dapat Australia dan New Zealand pun jadi la, my fren cakap nak gi Australia, minah ni orang kaya so tak pe la dia gi last minit pun. Alahai yang kelakar everytime aku gi vacation mesti dengan lain2 orang, jarang aku repeat dengan orang sama kecuali Korea dengan geng Kak Saadiah. Sebab aku rasa dia lagi arif jenjalan jauh2 ni, dia dah salu sangat berjalan, Korea ni pun dia kira repeat second time, bestnya jadi dia salu je jenjalan rasanya semua negara dia dah cover. Tapi kakak ni dah nak bersara memang la banyak duit, kalau dia tiada siapa lagi nak ajak aku jenjalan. Hu hu..
No comments:
Post a Comment