Sunday, January 15, 2012

Pasar Tani Shah Alam

Pagi2 lagi kakak aku kacau aku ajak pi pasar bonet, aku pun tak tahu pasar bonet ni sama dengan pasar tani atau pun pasar karat.  Mula2 kenai pasar bonet ni kakak aku la yang bawa, may be dulu2 dia orang jual barang2 dalam bonet kereta kot sebab tu dinamakan pasar bonet.  Kakak aku ni pun satu kalau nak pi tempat2 cenggini mana dia mau drive aku agak dia takut sebab jem, aku pun tak suka pi sini, ramai orang panaih terik, parking kete suka, tapi dah salu dia ajak aku so ari ni aku gagahkan diri walaupun sebenarnya aku sakit kepala sebab bangun tidur balik. 

On the way nak pi ada satu accident lepas tol batu 3, aku naik flyover dekat traffic lite untuk ke kanan, insiden tu berlaku kat bawah di mana aku ngan kakak rasa pelik nape air terpancur cam air terjun saja kat jalan, mula2 kita orang ingat ada paip air pecah.  Melihatkan keadaan yang lain macam aku berani menjenguh ke bawah, oops rupanya bomba tengah angkat mayat ada accident la, ada darahh lagi, terus aku rasa takut dan pusing terus, sementara kakak aku masih dok terjenguk2 nak tengok.  May be accident tu yang mengakibatkan air paip tu pecah, teruk juga aku rasa, melihatkan keadaan air yang terpancut keluar tu.  Ramai gak busybody keluar yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas, sekadar busybody tengok buat apa, pergi la tolong.

Aku dan kakak pergi pasar tu semata2 nak breakfast saja, lepas makan bihun sup dan teh o, manakala kakak aku makan mee kari dan roti telur.  Kami jalan sikit sekadar cuci mata, so apa yang aku nampak price barang2 kat sini ada yang murah dan ada yang mahal, ikut barang la.  Ada yang berbaloi kalau beli kat sini ada yang aku rasa harga dia melampau, tap aku pelik ramai plak orang datang tempat yang susah parking ni.  Kereta pun ada dijual di sini, aku cuma tertarik nak beli cendawan goreng dan air jambu batu yang fresh, setiap kali aku datang kat pasar ni, memang ni ja aku suka beli dan makan, lelain bukan seksyen, panas la kena mai awai skit baru la ada mood nak layan.

Lepas balik dari pasar bonet ni, aku jadi drebar pi Mydin plak, aku ingat dia beli apa, rupanya nak beli kertas warna untuk sekolah dia saja, adus aku memang tak suka gak pi Mydin USJ, parking susah juga, nak makan aku conpius halal ke idak, nak layan beli barang kat sini tak dak selera plak, aiseh kalau saja2 memang aku tak mai la.  Ooops aku ada beli gak kat body scrub kat sini, sebab u adalah scrub yang aku selalu pakai dulu.  So kesempatan ternampak so aku pun beli la, dah lama tak pakai body scrub ni.  Terasa sangat mengantuk on d way nak balik jalam tersangat jem, aku balik ikut highway Kesas saja, sebab nak lari dari traffic jem, lagi pun perut terasa sangat lapar.

Singgah sebentar di kedai bubur, kakak aku beli lauk asam pedas, aku malas nak beli sebab aku rasa kedai tu tak la sedap, aku memang plan nak balik masak sendiri, lepas hantar kakak aku, amik kereta aku pun balik.  Singgah sebentar membeli air soya panas dan soya beku, ntah tak tahu nape lately ni aku memang suka makan soya.  Tapi kakak tu jual memang sedap, sebab tu aku jadi pembeli tetap dia, siap promote kat kakak aku lagi soya dia sedap.  Balik umah dalam kelaparan aku masih nak masak, apa yang aku masa simple saja, iaitu ayam goreng biasa resepi mak aku, rasanya makan dalam kelaparan kuat juga aku makan hari ni.  Balik rumah tak mengantuk plak boleh layan fesbuk lagi, memang la.





No comments: