Macam aku tak pernah jadi muda mudi, tapi kalau dilihat trend sekarang, mak bapa patut lebih risau tengok gelagat anak2 dia orang kat luar. Tadi aku makan kat Restoran Sani Char Teow, rasanya tak la sedap sangat kedai ni, biasa saja standard aku orang utara makan memang eksyen skit. Aku susah nak komen makanan orang sedap ke tak tapi hari ni aku bukan tak selera tapi aku rasa memang tak sedap kedai ni. Nak tahu tak, lepas makan kedai tak sedap ni aku ngan kawan aku rasa nak makan kedai Satay depan kedai ni, aku tinggal ja makanan tu biar taukeh kedai nampak makanan tak sedap tu tak habis. Mula2 aku ingat nak layan restoran kat Istana Budaya, dah penat kami sampai rupanya hari Ahad dia tutup. So kami patah balik sebab aku lapar layan kedai Satay Station plak.
Sampai kat kedai tu aku order mee rebus, kawan aku order satay, aku pernah makan cawangan kat Desa Pandan dulu2 sedap, second time tak sedap so aku tawakal ja la makan sebab aku lapar. Rasanya kurang memuaskan manis semacam ja, aku ni bab2 makan memang masalah skit lately ni, tapi aku tak la merungut depan kenkawan kalau tak sedap. Kawan aku order satay, dia dok bilang satay tak sedap tak sedap, susah la aku nak judge sedap ke idak satay kedai tu coz aku kurang skit makan satay2 ni, muak la makan satay. Habis cita bab makan sebenarnya cita adik2 muda mudi depan aku ni yang aku nak usulkan kat sini. Rasanya cam budak2 lagi baru balik main badminton kot, aku nampak peralatan sukan banyak so may be dia orang layan dekat Komplek Sukan Titiwangsa.
Masa makan order bukan main hebat satay bercucuk2, mee rebus la air pelbagai jenis, dok bergelak suka la makan2 ni. Ada la dalam enam orang plus sorang awek budak lelaki dalam group ni. Bukan main la manja si awek ni dengan pak we dia dok pangey bee bee, nak gelak pun ada, aku rasa dia teman pak we dia bersukan, make up mak oii cam nak pi dinner, walaupun dressing tak seberapa cun. Aku ngan kawan aku ni dok tengok ja gelagat budak2 ni, cite best2 punya. Ada satu part si awek bukan main lentok dok bermanja ngan pak we dia, dalam masa yang sama dia boleh berkiss2 depan kami. Anak sapa la ni, tak ada adab sungguh, dekat gerai tepi jalan pun wat perangai tak senonoh, aku ngan kawan aku tengok ja.
Yang paling aku kelakar sekali time nak bayar, dua orang kawan dia orang dah blah, so yang tinggal la kena bayarkan. Part yang aku tak tahan dia maki2 sebab harga makanan mahal, ni memang aku nak gelak sebab kalau tengok order memang la beriya, time nak bayar duit tak dak, budak lagi mana ada duit nak makan besar. Mula la yang lelain korek poket seluar nak bayar konon2, may be dia orang tak tahu satay tu satu cucuk RM1, dah banyak pinggan dia orang order memang la RM104. Korek2 kocek seluar si pak we aku nampak dengan tepat sebab dia dok depan aku ada RM15 je dalam poket dia, sorang lagi kawan dia mampu kuarkan RM10 saja. Nak tahu sapa yang kena bayar, siapa lagi awek yang bercium di khalayak ramai dalam kedai tu la yang bayar, lama juga dia korek purse dia nak bayar.
Aku kesian kat awek ni cam jadi bahan ja, aku harap dia sedar la skit jangan la kerana pak we sanggup dia bercium depan orang ramai, satu lagi kesian plak tengok dia kena tanggung orang lain makan, hanya kerana pak we yang tak seberapa tu. Kalau makan pun tak mampu bayar cam ne dia nak kawin dengan budak tu, ntah la cinta tak nampak tu semua kot, lepas kawin baru nampak. Sian kaum aku, nape selalu teraniaya, walaupun dia masih mentah tapi aku tak sanggup tengok kaum sejenis terpedaya di usia2 sebegitu.
No comments:
Post a Comment