Friday, January 6, 2012

Melawat Hutan FRIM@Forest Research Institute Malaysia

After celebrate new year kat rumah aku, kami ni memang tak reti nak dok dendiam, ada ja rancangan atau plan nak mengisi masa lapang.  Hari Isnin dapat cuti ganti sebab new year jatuh hari Ahad, so kami plan masuk hutan dalam FRIM, kat Kepong.  Seperti dijanjikan 7.45a.m aku keluar awal sikt sebab tak tahu jalan, aku gi tunggu kat rumah Fanim, so follow dari sana la senang skit.  Sampai kat umah Fanim gi ambil Fid dan Wani kat Setiawangsa pula, so janji jumpa kat Mc Donald Gombak, tunggu tak lama sangat, bila dah semua ada kita orang pun bertolak la.  Antara yang menyertai aktiviti ini adalah aku, Fanim, Jaz, Wani, Fid, Rehan, Emi, Wan, Kak Jay dan anak, Nahar dan kawan dia.  Dia orang lewat sikit so kami jalan dulu, Fanim yang tunggu dia orang berdua ni so that's why gambar Fanim tak nampak dalam camera aku.


Eksyen konon awal2 ni

Baring tunggu depa lambat skit

Masuk hutan ni aku rasa cam biasa tak mencabar langsung sebab macam ikut jalan yang sedia ada, so tak rasa thrillnya sangat, so tak la berpeluh hebat cam kat Hutan Simpanan Penang tu.  Kami ikut ja jalan yang sedia ada, aku nampak banyak orang kayuh basikal ja banyak, tapi teruja juga aku tengok dengan pakaian depa yang serba lengkap dan body yang lawo nampak hensem la depa.  Mula la aku pasang niat nak kayuh basikal, menarik dan tertarik tengok orang berbasikal cam tu.  Ada awek cun aku nampak dia orang cakap itu Ezyleen penyanyi segak la juga dia.  Aku ingat susah la masuk hutan, tak nak la underestimate cam kat Penang dengar cakap cousin aku senang, bila masuk hutan azab.  Ni memang pengalaman tak leh lupa untuk tahun 2011 la, azab nak menangis nak balik tak boleh dah masuk separuh, kena kental juga untuk keluar dari sengsara mendaki dan kuatkan semangat walaupun menyesal. 


Ulat Gonggok besar dan panjang


Pokok Pisang Hutan


Pokok Ketapang, ada kata buat bungkus colek ke apa ntah


Nila Ezyleen, aku tak perasan awalnya

 Bergambar memang hobi aku so adalah beberapa picture yang aku snap untuk kenangan dalam hutan FRIM ni, aku rasa pemandangan kat pokok2 tu sangat cantik untuk orang yang suka amik gambar dengan kamera mahal depa, so aku dah rekomen kat adik kat ofis aku suruh dia pi melawat hutan ni.  Hutan ni tak menakutkan sebab terjaga, air terjun pun ada dalam hutan ni, kalau nak mandi manda pun boleh, ada canopy walk tapi kami tak buat sebab kami cuba jalan dulu, next time kami akan wat canopy walk tu.  Best juga jenjalan sambil cuci mata tengok pokok hijau, tengok orang, tak la letih sangat.  So apa lagi gi la cuba masuk hutan FRIM ni untuk pengalaman, bukan apa sekadar support tempat sendiri, walaupun berbayar sikit, untukl individu seorang RM1, manakala parking RM4 tak la mahalkan, masih murah, cuba la gi melawat.


Peluk pokokla


Menuruni jalan untuk balik


Bergambar beramai2 untuk kenangan



No comments: