New year dah menjadi kebiasaan muda mudi, tua bangka kat KL ni suka sambut tengok bunga api la, pi Hard Rock la. Aku as usual tak suka majlis keramaian yang berasak2 dan bersesak berhimpit, bau2 ketiak dan peluh orang, so aku memilih untuk duduk di rumah tengok TV dan tengok bunga api dari rumah aku saja. Kalau aku cakap kat orang mesti orang tak caya, bermula dari insiden kat Dataran Merdeka di mana ada orang bersesak2 dan menolak antara satu sama lain menyebabkan ramai yang tercedera buat aku malas nak join benda2 cenggini tapi kalau bola aku nak sebab ada tempat duduk, beza tu tengok sukan aku ok kalau setakat tengok bunga api dan artis tak nak la aku bersusah payah parking jejauh dan berhimpit dengan orang lain.
Hari Sabtu aku sibuk mengemas rumah dan buat apa2 yang patut dalam keadaan kaki yang sakit sebab naik bukit last week aku gagah juga buat sendiri. Aku jemput rakan2 terdekat untuk makan kat umah aku ala2 house warming la, dengan niat kenduri masuk umah dan untuk arwah ayah aku. Menu yang aku buat adalah Nasi Tomato dan Bihun Sup Utara campur la dengan buah2 untuk pencuci mulut. Aku suruh kak aku masak, manakala bihun tu aku order kat tempat aku salu makan bihun sup tu, sebab aku rasa sedap. Nasib baik dia ambil order, so bab masak aku relaq la tak yah penat2, next time aku janji aku akan masak untuk jamu kenkawan, this time tak sedia la coz banyak keperluan dapur yang aku masih kurang so kena beli dulu la benda2 tu. Aku jemput kawan2 terdekat saja dulu, aku berjanji akan ada second majlis untuk kenkawan ofis banyak kategori kawan aku so kena la bahagi time dan tarikh kalau sekali tak terlayan aku yang sensorang kat rumah tu. Aku berharap mana2 yang terjemput tu tak terasa hati sebab aku memang akan buat lagi sekali.
Antara yang hadir
Penat la tu Irma lari Newton
Shift petang dia orang datang ni
Yang datang petang dan malam
Alhamdullilah majlis start pukul 12.30 pm, tapi Irma ngan adik yang lari Newton, aku suruh lepak ja kat umah aku sebab dah dekat sangat umah aku dengan tempat dia lari tu. Ramai gak yang datang waktu lunch, ada yang datang lepas asar dan ada datang lepas maghrib, semua kenkawan so tak kisah la datang pukul berapa janji dia orang datang. Terima kasih juga kerana datang, risau juga aku kalau depa tak mai, makanan yang aku buat tu sapa nak makan.
No comments:
Post a Comment