Sunday, July 29, 2012

Tewas

Ramadhan 7, aku tewas, bukan tewas apa, tewas sebab aku dah tak boleh berpuasa, masa tengah dengar briefing orang tak puas hati aku dah dapat agak.  Patut la semalam lepas berbuka aku letih semacam, hish aku ni memang dah tua2 period sendiri pun tak pandai nak agak, salu taw nak datang tapi date datang aku salu tak berapa amik kisah sangat.  Of course la buat pe nak takut, bukannya ada buat apa2 so datang ke tak datang I dont care la sangat.  Tapi satu saja akunya petanda yang pasti, aku akan lentok lena kat laptop aku kalau aku dok kat opis kalau kat umah aku akan baring saja dan tidur, tu yang pasti. 

Aku bukan la macam semua perempuan lain yang meroyan nak marah orang, aku yang lemau jadi lemah semacam, so macam mana aku nak marah2 orang.  Tewas tak leh puasa, apa lagi aku beli nasi campur makan le, kenapa mesti aku tidak makan, nanti aku kena ganti jugakan.  Oleh kerana semua lelaki pergi solat jumaat, aku tak lepaskan peluang untuk makan la, yang bestnya cuti dua hari dapatla aku makan.  Tapi aku rasa letih period lagi penat walaupun aku boleh makan, tapi aku rasa hari kedua pun aku tak boleh nak buat apa2, penat semacam, balik shopping raya aku lena, bukan makan taw.  Petang aku gi hantar barang kat rumah kakak singgah kat bazar beli murtabak dan mee goreng, balik umah aku tak makan pun. 

Dekat pukul 10 malam baru aku makan, biasa la time period selera aku tak la besaq sangat.  Layan volleyball, Korea vs US, layan Handball Brazil vs Croatia, saja nak release tensen badan lemah.  Best juga tengok Korea main, caya la dah setaraf dengan US, memang bagus dia orang main, kalah skit je aku salute la juga.  Aku sokong Korea coz aku rasa Korea ni dalam kelompok Asia, so bangga la jugakan.  Sampai hari ketiga pun aku rasa period aku ni menggangu pergerakan aku, alahai kalau dulu bersukan aku ok ja, tak dak masalah, tua2 ni buat pasai plak nak mengada2 pula.  Bencinya aku, kalau macam ni selalu. 




Saturday, July 28, 2012

Saya Dah Ada Baju Raya

Tahun bersejarah bagi aku sebab lupa nak tempah baju raya.  Nak kata apa lagi, beli saja la, bukan tak biasa, almost every year baju yang glemer skit tu aku beli.  Dah menjadi kebiasaan kalau ada open house tempat yang aku rasa kena pakai baju lawa skit, aku akan pi beli baju.  Alhamdullilah dah jadi  ada pun baju raya untuk aku, walaupun mahal skit rasa cam berbaloi pula dapat baju yang cantik tu.  Aku juga beli kerongsang, yang aku rasa berkenan la tu.  Kalau idak aku suka beli kerongsang kat Avon, sebab kerongsang dia tahan lama, biar la mahai skit tapi color dia tak pernah pudar compare dengan kalau beli yang murah, pin dia asik rosak ja.

Baju raya yang dapat saya beli ready made hanya la baju kurung sulam, harga tak perlu dinyatakan, kalau dah beli tempat2 cam Kraftangan tu, pi la tengok sendiri.  Yang aku suka baju kat sana sebab quality dia dan design dia menarik juga. Pada aku tak perlu berkira sangat kalau nak pakai yang selesa dan cantik, kena kuaq lebih skit.  Bukan nak melaram untuk mengorat tapi sesekali perlu tampil bergaya untuk kepuasan diri kita dan dah penat keje tu pakai la yang mahal2 skit.  Tapi tahun ni kena beli banyak skit sebab salu aku ada 5 helai ke atas baju helai, tak taw la dapat ke idak aku cari banyak2, kalau yang tak comel memang banyak.  Tak perlu la nak tunjuk baju raya kat sini kot sebab belum raya lagi, nanti basi.

On the way balik dari Kraftangan aku ingat nak singgah SOGO jap, tapi bila masuk ikut jalan Chow Kit, jem bazooka, aku ghimas dan letih walaupun tak boleh berpuasa dah makan brakfast tadi, aku rasa kena kuaq cepat2.  Sambil berdoa dan cilop2, akhirnya aku dapat kuaq dari kelompok jem melalui jalan tengah terus ke Stesyen Bus Putra.  Balik dari situ, cuci kereta kejap, balik rumah tidur sejam, bestnya sebab dapat cover penat.




Thursday, July 26, 2012

Alhamdullilah

Alhamdullilah syukur yang teramat, aku dah abis setel kereta aku, walaupun deadline next month.  May be dah tak sabar nak pakai kereta baru, may be next month mau raya sakan, tak mau lagi bayar duit kereta, so aku boleh enjoy skit.  Hitung dan tolak semua, rasa cam tak sabar la plak, tapi ada kalanya aku rasa sayang pula dengan kete Waja aku tu, abis cam ne aku masih sayangkan Waja yang tak pernah kasi masalah kat aku.  Rasa nak enjoy dulu dengan duit sebanyak RM656 sebulan yang aku bayar bulan2, tapi tak taw la sampai bila aku boleh bertahan tengok Honda City atas jalan dipandu oleh pengemar2 Honda.

Alhamdullilah aku dah setel semua bil2 yang aku tak pernah nampak sebelum ni, he he, maksudnya tak sampai kat tangan aku la kot.  Antaranya bil pembentongan, bil cukai pintu, bil api dan bil air serta bayar duit maintenance la apa lagi, wajib bayar walaupun service cam taik ja.  Aku juga dah renew roadtax kete Waja aku untuk kali terakhir kot, tengok sampai bila aku dapat bertahan untuk tidak membeli kereta baru.  Aku juga nak kensel broadband aku yang aku rasa membazir sejak aku dah masuk plan untuk HP Samsung aku, ni bukan apa dah jadi membazir plak, kat umah aku pakai UNIFI dengan harga staff. 

Alhamdullilah juga lampu rumah aku dah setel semuanya, lampu bilik aku dah terang semula, so aku tak yah teraba2 dalam gelap pepagi time nak pi keje sebab nak amik baju keje dalam lemari bilik utama aku tu.  Alhamdullilah juga aku rajin masak di bulan puasa tahun ni berbanding tahun lepas.  Alhamdullilah aku belum ada baju raya..he he apa2 pun kita kena bersyukur la, sebab tak semua barang naik harga, ada turun naiknya so cam tu la kita, kalau dah up kat sini ada la down kat mana2..Belum ada hati nak beli, may be malas nak shopping time berpuasa ni yg panas teramat terik.



Masalah Lampu Yang Rosak

Gara2 lampu aku rosak, kalau dalam bilik ok aku tak kisah sangat, ni lampu dapur terbakar, nak tahu nape terbakar cepat lampu rumah aku, tiap2 malam aku pasang tak switch off langsung.  Aku takut tidur dalam gelap, kalau tidur dalam gelap mula la aku mimpi yang bukan2, hantu syaitan semua la dok mai kat aku, aku jadi fobia, tidur lam gelap.  Lampu rosak punahlah harapan aku nak masak, walaupun makan tak seberapa, aku memang suka masak la ni sebab tu aku tensen lampu dapur terpadam. Makan banyak ka makan skit tu semua lain cerita, tapi yang penting aku masak, walaupun goreng ikan bilis dengan bawang dan cili biasa, aku rasa sedap saja makan. 

Kalau lampu bilik master aku dah kondem aku boleh tahan sebab aku tak kisah tidur kat luar pun sambil tengok TV atau tidur second room.  Tapi ada masanya aku rasa tensen juga, nak ambil barang dalam gelap, cuma menggunakan lampu bilik air, ni bukan sengaja aku nak KIV lama2, ni semua Man letrik punya pasai, dia janji dengan aku banyak kali, tapi time nak main pelbagai alasan seribu satu macam dia dok bagi, last2 aku dah malas nak call atau SMS dia, tapi hasil kerja dia bagus, tunggu la before balik raya aku nak panggil dia balik untuk buat lampu yard aku dan tambah lampu depan pintu masuk serta tambah lampu bilik tidur.

Gara2 lampu aku rosak ni semalam nak berbuka aku kena beli kat bazar, dan hasilnya agak kurang memuaskan tekak aku.  Tekak orang lain aku tak tahu la, tekak ISO aku ni memang tak boleh nak masuk, tak sedap sangat.  Tapi at least lampu dapur aku terpasang semalam, gara gara aku pura2 beli starter nak pasang kat rumah, kedai tu kasi contact number si mamat bangla ni, so bila aku call dia mai cepat.  Bukan boleh terus buat terus pasang, dia balik pi buat rumah orang lain kat block lain dulu, petang dekat nak dekat buka posa baru dia mai, sampai terlena aku dibuatnya tunggu mamat ni.  Anyway dah ok lampu aku tapi lampu bilik aku tak ok lagi, sebab dia cakap starter tiada problem, aku terus cakap esok you datang, terus bawak itu barang kasi tukar, tak payah saya call lagi.




Wednesday, July 25, 2012

Masalah Bil

Bila buka post box baru la aku sedar, aku dah keliru bab bil ni.  Bil api tiap2 bulan aku bayar tapi ada je tertunggak, aku pun pelik, macam tak puas hati pun ada.  Aku cam nak check betul ke tempat yang aku bayar tu buat pembayaran, tapi aku ada masalah skit bila bayar bil, resit suka letak merata.  So kalau nak check bulan2 lepas punya kena cari balik dalam simpanan.  Macam tak caya pun ada bila bil tu stated yang aku tak bayar bil letrik, yang mana jumlahnya aku sangat ingat yg aku dah bayar.  Susah betul nak detect. 

Bil pembetongan aku terlepas pandang, sebab tiap2 minggu ada hal, tak tengok langsung post box, so kena penalty la skit.  Satu lagi bil cukai pintu, ni lagi tak boleh blah aku tak dapat pun bil, tiba2 dia hantar bil penalty kasi aku sebab aku tak bayar.  Sabar ja la, padan dengan muka aku, kerja berjalan sangat lupa nak check semua ni.  Walaupun cam tu aku rasa aku salu ja bayar bil, aku dah mula rasa curiga dengan tempat yang aku bayar la.  Mustahil aku tak bayar hampir setiap bulan aku tak pernah lupa bayar duit api dan amount tu aku masih ingat la.  Tapi tak pe la, salah aku juga suka letak bil merata, so aku susah skit nak check, aku kena masukkan satu fail la kat ofis untuk pembayaran bil ni, kalau idak aku asyik kena bayar tunggakan ja la. 

Bulan ni macam2 aku nak settle, aku nak settle habis kete aku hujung bulan ni, walaupun next month date habis aku. Aku nak kena renew roadtax kereta juga.  Semua ni kena buat dulu la, nanti lupa lagi aku kena tahan dengan JPJ atau polis, kasi masalah dunia kat aku lagi.  Duit kete aku mau bayar abis, semoga allah permudahkan aku untuk beli kereta baru.  Aku dah lama nak tukar, tapi bila fikir lagi beberapa bulan aku sabarkan hati untuk menunggu dan jual terus.  Biar la raya ni tak pakai kereta baru, lepas raya la tukar, gi pun dia cakap warna yang aku nak tu ada lepas raya, tak guna juga aku tukar sekarang...




Monday, July 23, 2012

Baran

Skit nak share pasal orang baran ni, tak tahu la nkorang setuju ke tak, aku nak tulis apa yang aku rasa dan apa yang aku nampak.  Sebenarnya apa yang aku nampak pasal orang baran ni rasa dia ja betul sebab tu dia nak marah kat orang tak tentu pasal, dia ingat dia bagus la kot.  Time dia buat lawak kita kena follow lawak dia, time kita wat lawak ngan dia mula la nak meninggi sora nak marah2, suka tak orang cam ni.  Satu lagi aku tak berapa nak gemar dengan orang, kalau ada anak bini, ka ada laki ka menyusahkan orang.  Dah la ayat yang keluar dari mulut dia ikut sedap hati dia, pas tu tak fikir dia tu sapa banding dengan orang yang marah. 

Ada kes orang baran sanggup call nak marah orang lain semata2 nak marah bos bini dan check wife dia kena stayback kerja tu atas urusan apa, yang aku tak tahan tu dia call GM@Pengurus Besar, sedangkan dia hanya orang biasa-biasa saja.  Ada juga yang datang serang office sebab nak marah boss sebab bini dia salu balik lambat, ya la bini dia manager dia tu penguatkuasa saja, sudah tentu workload tak sama.  Aku tak suka orang cenggini memalukan orang dan menyusahkan famili sendiri.  Masalah lain juga timbul kalau awek atau bini dia berkawan dengan kita, asyik sport check, menyampah aku terketaw ja awek dia aku tengok.  Yang aku pelik kenkadang si pak we baran kongkong awek dia cam dia alim beno, bila tengok perangai sebenar tak la alim sangat.

Ada plak orang baran ni, kita call2 terus kena marah, walaupun kita tak tahu apa-apa.  Orang macam ni sebenarnya sebelum ni berlakon la kot depan orang cam kontrol macho dan kontrol hensem, tapi semuanya terlepas bila dia marah sangat.. Orang yang tak bersalah tak pasai2 terkejut, tapi dah chop la perangai dia sebenarnya macam tu la.  Aku tak berapa gemar sangat nak bercakap dengan orang baran tak kira lelaki atau pompuan, marah ntah apa2 dia ingat orang suka sangat nak dengar dia membebel. Bebel la selagi ada orang suka nak dengar, kalau kena buku dengan ruas baru la dia tahu bebelan dia tu orang suka ke tak?....




Sunday, July 22, 2012

Terbabas Bersahur

Sayup kedengaran bunyi azan subuh di telinga, arrrghh aku terbabas la nak sahur, dah la semalam berbuka makan laksa, abis la.  Tapi ok kot coz bukan ari kerja, kalau idak layu la aku di ofis.  Nak kata apa lagi aku celik2 je dah azan unless la 5 minit lagi ka, sempat aku minum air masak la kot.  Tapi kalau tak sahur bukan masalah bagi aku sebab dulu2 aku memang tak pernah sahur, yang aku pelik bila jumpa segolongan orang yang konon2 tak boleh berpuasa sebab tak sahur, memang menipu benar tu.  Aku dah bertahun tak sahur boleh je posa, kalau balik kampung arwah ayaq paksa sahur aku terpaksa la makan skit, lepas makan buang habis semua.

Tapi yang aku tak suka, aku banyak sangat tidur, lepas subuh tidur sampai 8.15a.m.  Lepas layan FB kejap aku tidur lagi sampai dekat pukul 12 tengahari.  Adoi nak bangun, aku rasa muka bengkak debom, ni bukan bengkak sembab wooo, hish sembab aku memang tak suka la, muka tak fresh cam buah.  Aku gagahkan diri untuk keluar ke IOI Mall, Puchong dekat ja ngan umah aku ni.  Aku gi beli Mixer, penimbang konon nak buat kek, beli mangkuk kek, acuan biskut, pengayak tepung dan bekas kuih nak bakar.  Adoi macam bagus ja, seumur hidup tak pernah buat nak buat pulak, cam buang tebiat pun ada, bukan nak jimat cermat buat sendiri tapi teringin nak buat je. 

Pelbagai kelengkapan nak buat biskut dan kek

Aku juga tak ketinggalan beli bahan2 nak buat puding kastard, aku teringin nak masak la.  Balik2 lepas solat asar aku terus amik apron dan buat terus.  Atas semangat kental, maka jadi la puding kastard aku, walaupun tak sempat nak makan waktu berbuka, masih lembik, sebab aku lewat buat, aku tak rasa rugi pun buat.  Yang aku suka sebab aku dah berjaya mencuba apa yang aku teringin nak masak.  Tak sabar rasanya nak buat biskut raya, ha ha ni KPI raya aku, aku teringin sangat nak buat la, kalau lauk pauk aku dah lulus, so aku nak cuba benda lain pula.  Selain dari tu aku nak buat kek juga hari raya ni, ni semua sebab teringin juga, bukan apa nak juga aku cite ngan orang aku taw buat kek, walaupun aku tak berapa favor sangat makan kek2 ni.

Puding Kastard aku masak ni

Ada kelainan berbuka puasa tahun ni, tapi sama dengan tabiat aku 5 tahun sebelum ni, aku tak gemar makan nasi pula.  Time berbuka makan skit ja, tak habis apa yang aku hidangkan, aku kuat minum air saja, tapi bukan minum air, aku minum teh tarik buatan aku sendiri.  Aku pun jadi malas nak pi bazar ramadhan, may be bukan laluan aku, saja2 aku nak pi malas la pula.  Tak tahu la hari bekerja, aku balik ikut bazar ramadhan may be singgah may be tak, tengok keadaan trafik kalau jem banget hingga menyusahkan aku nak parking tak adanya aku nak stop beli.  Aku pun masak, sedap skit dari nkorang jual, ha ha ni time aku perasan la ni, mesti ada orang marah sebab aku puji diri sendiri..hik hik.

Juadah simple untuk berbuka hari kedua berpuasa, tapi tak habis juga

Anyway hari ni berbuka aku goreng bihun, bukan apa niat dihati nak makan dengan kuah laksa semalam, tapi tak jalan juga, aku tak leh nak habis.  Tak tahu la apa yang menyekat nafsu makanku, elok la kalau kurus tak makan, tapi kalau gemuk tak makan, gemuk asyik tidur bulan puasa aku risau la.  Adoi nape la nafsu makan aku ni pelik skit bila time bulan puasa, kalau idak time lapar nak makan nasi ja keje aku, konon melayu tulen, nasi makanan wajib aku, kalau tak makan satu hari aku pengsan, tapi bulan puasa boleh pula tak makan nasi dua hari dah. Kuasa tuhan mungkin nak kurangkan aku makan nasi la kot...

 




Ramadhan Tahun Ni

Tahun berlalu sangat cepat, tup tup dah tiba ramdhan tahun ni, aku macam tak percaya cepatnya aku dah kena posa, rasa cam baru lagi sambut raya.  Satu ramadhan, perkara yang mengemparkan diri aku sendiri, aku masak nasi untuk sahur, kalau kat KL dah bertahun lama aku posa, jangan harap aku nak makan nasi secara besaran2 time sahur.  Tahun ni berubah, kalau dulu aku sahur makan tiga biji kurma, tu pun buat aku sihat walafiat berposa, rasanya tak dak masalah sekadar ala kadar untuk makan kurma tak yah makan besaq. 

Salunya tiap2 tahun kalau bulan puasa berat badan aku turun skit, taun ni aku cam tak janji ja akan turun, tapi masa berbuka tadi sama juga rasa cam taun2 lalu, aku tak berapa nak selera makan.  Aku boleh makan skit saja, lepas tu pi solat maghrib dan layan TV, tak dak hati nak makan banyak.  Apa2 pun aku tak la rasa risau sebab semua ni berlaku dalam bulan puasa je.  Lepas posa makan balik, ada selera cam normal balik, ni memang semulajadi aku time buka posa. 

First day buka posa, aku rancang nak goreng mee sanggul, bila aku gi shopping barang dapur dan singgah kat kedai runcit nampak bunga kantan, nampak semua bahan laksa terus beli bahan dan balik buat.  Memang tak elok sangat buka puasa makan laksa, tapi di saat itu aku terasa nak makan laksa, so aku kena buat la.  Beli ikan, balik dari bayar bil pembentungan terus pi cari bahan2 dan lepas tu aku jalankan operasi masak kuah laksa, salunya kuah laksa kena buat malam baru sedap, tak pa la aku teringin buat juga la.  Masak punya la lama, time berbuka aku tak selera, ni kenkadang aku menyampah ni, dah taw salu bulan puasa aku tak berapa makan, saja juga aku membazir masak banyak2. 

Anyway first day memang salu berlaku pembaziran, tiap2 tahun cam tu, nafsu nak berbuka tu nampak macam2.  Tadi aku dah beli pisang2 harap2 esok pisang tu boleh buat cucur kodok aku dak kepingan sangat nak makan cokodok ni.  Tadi nak beli semua pisang elok tak dak pisang lembik, sebab tu aku beli peram dulu la, harap2 esok dapat wat cokodok pisang, sebenarnya teringin nak makan hari ni tapi aku buat cucur udang sebagai ganti tunggu pisang lembik esok.  Hari ni buka posa aku banyak minum teh susu, perasan pula aku bancuh sedap, sebab tu aku asyik minum saja, kalau esok kembong perut tak taw la..he he he.

                                  
                                           Juadah berbuka hari pertama, saya masak taw




Friday, July 20, 2012

Jalan2 Ke Kuching Sarawak@14-16 July2012

Day 1, 14 July 2012
Lama sudah aku menyimpan hasrat untuk ke Kuching, Sarawak, salu plan ngan orang dah kawin susah la, nak kena tunggu tu la kena tunggu cuti sekolah la.  Aku lain la aku suka aku mau pigi saja, weekend kosong sokmo, so suka hati aku nak pi mana2 pun.  Tu pun ada menimbul keraguan dari sesetengah pihak yang aku yang aku nak label jeles kot.  Aku memang suka berjalan, ni memang trade mark aku, kalau aku tak jalan aku bosan, lagi satu aku tak suka repeat tempat sama berulang2 kali, cukup sekadar jejak dan tengok budaya ke makanan ke tu susah memadai bagi aku.  Kalau aku nak gi makan2 aku ni tak berapa sesuai kot, nak taw kenapa sebab aku susah terima makanan orang lain.


Sampai di Airport Kuching, pukul satu lebih terus pi hotel Grand Margherita hotel check in.  Kami simpan makanan free yang dapat lam flite, sebenarnya tak taw kami diberi meal, so dapatla kami makan bila sampai kat hotel as our dinner.  Lepas rehat kejap, petang kami kuaq la naik kereta kawan Fanim, merangkak juga la sebab jalan tak taw.  Pi kedai Mom's Laksa nak cuba makan mee kolok dan laksa sarawak, tak kena ngan jiwa aku la makanan dia orang ni.  Aku tolak dengan air ja la, sib baik air dia sedap, kalau tidak mati la aku makan maggi. 

Hotel Kami, Grand Margherita

Petang kami balik dan jalan2 kat depan water front tu pi kedai sovenir, kedai2 nampak antik ditambah dengan kedudukan dan suasana bandar Kuching yang suram tu.  Pada aku tak sesuai dijadikan bandaraya, hanya sekecil pekan Muar, pekan Muar lagi cantik dan hidup kot.  Barang jualan ada yang aku suka tapi nampak  berhabuk saja. Dalam pada itu aku snap la juga gambar2 untuk kenangan koleksi aku, walaupun aku tak berapa berkenan sangat datang ke sini.  Ada juga barang jualan yang berhabuk dan sangat lama tidak dilap masih dijual, may be tiada tarikan pembeli, patutnya dia mengutamakan kebersihan juga barula pelancung nak beli. Bandar Kuching dah la cepat malam, orang2 di sini kurang berpeleseran juga, cepat balik rumah kot. Pukul 8 malam sudah sunyi, shopping complex dah tak dak orang, apa lagi yang dok melepak kat tepi sungai pun tiada orang sangat, kalau ada pun pelancong cam kami la. Lepas lepak minum coffee kami masuk shopping



Tarikan pelancong kot tempat ni, muzium lama


                                                        Tarikan Bandaraya Kuching

Day 2, 15 July 2012
Bangun awal, tapi nak keluar bercinta, gi Kedai Kopi O Corner di pekan Satok.  Aku cam boleh layan skit la kedai ni, nampak la cam kedai orang melayu islam.  Kami layan makanan berbeda untuk dapat rasa varieties kat kedai tu.  Aku makan nasi lemak daging hitam, Farah makan Laksa Sarawak, Fanim makan Mee. Aku boleh layan kedai ni, so esok sebelum balik kami nak datang sini lagi untuk makan.  Lepas tu kami plan nak gi tengok orang utan, dah la mencari penat sampai kat sana, tutup pulak baru pukul 11 pagi dah tutup.  Adoi dah la perjalanan sejam cepat pula dia tutup.

Jumpa orang Selangor di sini

Ni la kami makan kat kedai Kopi O Corner, Satok



Nak pi tengok orang utan tak kesampaian, bergambar kat luar aje la

Balik dari situ kami pi singgah Kompleks membeli belah Springs.  Singgah makan ais kacang on the way balik, aku layan je.  Sotong kangkong tak la berapa sedap, satu lagi aku may be cuak akan kehalalannya.  Tapi dia orang tu tak kisah rembat jer, aku cam lan skit la.  Lepas tu kami balik hotel lepak dan lena sekejap. Sebelum kami kuaq nak ke seberang sana naik sampan 50 sen, nak beli kek lapis dan ikan terubuk masin.  Petang skit lepas asar kita orang kuaq, naik sampan tu aku takut juga sebab dia bergerak2 bila ada orang naik.  Dah la tak de safety life jacket, aku rasa tak secure langsung.  Makan dia kedai nama Barok, memang tak bleh blah, pada aku dia orang ni cam sedara orang Kelantan ja.  Balik hantar barang2 kat hotel kemudian lepak kat kedai kopi.


Ketaq naik sampan goyang, aku cover pakai spek

Day 3, 16 July 2012
Last day dok Kuching, kami ulang breakfast kat kedai Kopi O Corner di Satok, aku makan Mee sekali ni sedap la skit kena dengan tekak aku. Lepas makan, kami pi pasar Satok, aku beli ikan Terubuk Masin. Akhirnya kami balik rehat kat hotel sementara tunggu nak check out. Pukul 12 pm check out pi Airport awai, walaupun sebenarnya flite kami pukul 3.05pm. Solat Jamak kat airport aku dan Farah saja yang balik, Fanim tunggu dia ada keje lagi sampai Rabu dan dia nak pi Sabah pula.

Kat Airport tak la lama just nice aje, kita orang lepak minum coffee kat Coffee Bean, so tak la rasa lama sangat. Nasib baik tak delay, so kita kira on time juga la berlepas ke Kl, sampai 4.55pm di LCCT, Sepang aku dah mula rasa pening kepala. Dok lam bus transit ke KL Central aku lagi pening sebab ada sekoq mamat ni pakai minyak wangi ntah apa2 rasa nak cekik je orang tu. Aku sampai pukul rumah dekat2 pukul lapan, sempat solat maghrib dan masak lauk sardin untuk dinner. Sebenarnya aku nak masak sebab aku rasa mual makan makanan2 manis dekat Kuching tu.

Sardine aku masak sampai ja kat umah



Jeram Besu oh Jeram Besu@6 July-8July 2012

Nampak cam aku kaki jalan je kan, sebenarnya gi ke Jeram Besu ni untuk Team Building office punya bukan saja2 jalan.  Disebakan agenda yang menarik so nampak la cam bestkan.  Pengalaman manis memang ada masa kat sini, pengalaman pahit ada juga kena gigit pacat dan lintah, tapi apa2 pun, memang best la team building ni.  Walaupun terpaksa menjadi askar tapi kenangan manis terpahat di semua hati peserta.

Day 1, 6 July 2012
Aku tumpang Mar bersama Fizrul ke Bentong, Jeram Besu ni.  Awal2 datang opis, breakfast dulu makan nasi lemak, sebab nak jalan jauh ni.  Kami konvoi dua kereta, orang lain aku tak taw depa pi sendiri2 atau pi dengan sapa.  Satu lagi kete orang finance, singgah sebentar minum lepas tu kami meneruskan perjalanan ke sana.  Sampai kat Bentong aku dah mula rasa mual2 dan nak muntah, oleh kerana dia orang mencari 7 Eleven so dapatla aku stop untuk muntah, wah gila betoi dah jadi trend, penin sampai muntah.  Semua ni berpunca dari bau durian hari tu, aku asyik sakit pala ja.  May be sebab aku makan kali kedua, perut dah penuh makan nasi lemak aku pi makan lagi.

Aku dan Mar, before muntah singgah makan roti canai

Sampai di sana dalam 11.30 am, just nice kita orang check in dan lunch, peserta lelaki bersiap sedia pi solat jumaat di masjid yang di bawa oleh orang di sana.  Lepas solat jumaat kita semua masuk dewan untuk briefing aluan2 kedatangan dan ucapan dari bos besaq kami.  Overall dia punya game memang best untuk bentuk kumpulan memang kelakar, aku rasa lawak sangat bila kena wat bunyi tanpa kuaq suara untuk cari group, akunya group lagu Can Ma li Can, yang lain2 ada lenggang2 kangkong dan lain2 lagu tradisional.  Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut lagu2 ini.

Selepas pembentukkan kumpulan, bendera dan moto, pada malamnya pula kami bertanding karoke antara kumpulan.  Bila dilihat dari persembahan group2 lain nampak cam group aku nak kalah, tapi atas motivasi ahli kumpulan, jgn risau dia orang menang gedik je, so kami pun pasrah ja.  Pada malam tu juga bendera kami yang dianggap maruah group untuk kami masuk hutan esok, dicuri oleh perampok2@pelakon upahan la, bukan perampok betul.  So inilah misi kami bendera kami dicuri esok masuk utan kena cari bendera balik.  Letih menyanyi lagu yang aku tak berapa pandai, dah la malam sebelum tu aku kurang tidur, so aku mula tarik muka la, sebab tak tahan,

Balik ja bilik, tak sampai 10 minit aku terus tidur, kesian room mate, kuaq bilik ayaq aku dah selamat belayar entah ke mana.  Ni paling lawak aku rasa, bila aku mengantuk makan semua tak penting lagi.

Day 2, 7 July 2012
Awal pagi masuk kelas, kami di ajar baca kompas dan baca semua simbol yang penting.  Aku lambat pick up skit baca2 bearing ni tapi aku faham la.  Kenapa kami diajar semua ni sebab, kami akan menempuh hutan petang nanti untuk menjalani misi mencari bendera dan buah kelapa ikut warna tema bendera kami.  So kena la faham juga.  Susah juga jadi askar rupanya nak pandai baca, kalau salah alamat pi Kelantan la kami.  dengar cerita consultant ada group yang sesat aku dah mula kecut.  Tapi aku tak rasa kami akan sesat sangat sebab ada facilitator yang akan ikut kami.

Belajar baca Compass

Kami juga diberi bahan untuk berkhemah dalam hutan such as, hammock, maggi, beras, ayam dalam tin, bekas untuk memasak, tisu, tali dan pelbagai lagi la.  Macam askar la kiranya, kami nak berperang sesama sendiri ni, dan berperang dengan orang Asli yang ada buah kelapa dua bijik dan bendera kami.  Aku cam gentar skit dengan depa ni sebab depa aku rasa cam ganaz saja.  Semua kena carry sendiri, air dia sediakan dalam tong kat kem kami tu.  Kesian juga kat kaum adam depa la kesian, dah la kami kena bawak peluru lagi.  Adus banyak pula tu, air tepung diagihkan sama rata untuk dibawa. 

Tepat pukul 4 kami semua berkumpul untuk briefing sekali lagi, tiba2 hujan turun sangat lebat.  Degup degap jantungku, terasa sangat challenge kalau ujan2 dok lam utan, dengan kayu dan rumput yang basah, adoi pacat sana sini.  Tapi atas semangat team, aku beranikan diri dan sahut cabaran, sejam lepas ujan stop kami dibawa naik bus, untuk perjalanan yang agak jauh dari resort kami, adus mencabar siot perjalanan kiri kanan hutan buat aku rasa takut juga, maklum la nak kena tido lam utan malam ni, nak main perang2 pula tu.  Badan mesti sakit main tuju air tepung yang berisi air.

Acting la before masuk hutan

Turun dari bus, mula la misi kami baca compass, satu bus naik dua group, konon musuh la ni tapi naik bus sama.  Sampai ja kat tempat kami dicampakkan bermula la operasi si pembaca kompas, yang ditugaskan membaca.  Sib baik kami baca betul, tapi yang kelakar dalam keadaan tak bersedia kami diserang oleh black fox@orang asli.  Adoii memang menakutkan cara serangan dia orang, kelam kabut kecut perut kami dibuatnya.  Semua peserta perempuan terkejut lari menyorok belakang tebing, ni aku rasa ribut siut cam betul2 kena serang hendap ni.

Perjalanan diteruskan, laluan kami rasa cam teruk skit masuk utan getah dan daki bukit skit, tak nampak rumah orang nampak hutan saja.  Satu adegan yang tak boleh aku rasa, bila En Shuaib dah mati dok mencakung tengah jalan, aku rasa kelakar sangat dia kena marah ngan Mofamo, "wei Shuaib tau la dah mati tak kan dok tengah jalan, musuh nampak la".  Aku rasa part ni nak marah pun ada nak gelak pun ada, memang bendul juga orang tua ni.  Gelak si facilitator kami dekat kita orang, kelakar la sangat muka dia yang skima tu dok mencakung sambil cakap "I dah mati".

Perjalanan kami diteruskan dan terserempak dengan satu group lagi, tapi kami ignore je sebab kalau perang pun, perang sedara, gempaq saja leader kita orang pi serang hendap dia orang.  Adoii aku rasa dah lama tak exercise ada juga nak pancit, oleh kerana naik bukit skit la track kita orang, tapi semua orang ok, nak mengomel pun tak boleh la, ikut saja dan kemana di bawa dan bila sampai diam jer la.  Perjalanan kami memakan masa dalam satu jam, adoii malam dah nak perang pukul 8.00 malam, nak kena masak nasi nak kena buat hammock lagi nak kena buat unggun api.  Akhirnya hammock dan makanan kami siap dimasak, Semua kena buat as a team la, bahagi tugas, aku masak nasi, atas jasa baik coordinator perang mula 8.15p.m so sempat la kami makan dan solat. 

Bila peperangan mula part ni sekali lagi En Shuaib buat lawak bila dia buka torch lite, aku cakap "tutup", dia jawab "why must i tutup', jawapan tak boleh belah la, orang nak pi serang hendap dia buat lawak plak, kalau on torch lite musuh nampak la.  Ada sorang lagi Ina pun sama dok buka torch lite aku cakap, dia pun sama ngan En Shuaib soklannya, naik malas aku nak cakap lagi la.  At last dia oif juga sebab semua orang off.  Pengalaman ni juga sweet pada aku sebab masing2 ketakutan so dah tak boleh pikir kot apa yang patut dan apa yang tak patut buat.

Lepas tu kami pun merangkak2 dalam gelap berpandukan facilitator 3 orang tu bawa kami nak gi menyerang orang. Pi serang group yang kubu di bawah, memang la. Satu lagi kenangan yang menjadi buah mulut orang, aku dengan Irna serang leader sendiri, mana la kami tahu dia merangkak bawah kayu, aku ingat musuh. Memang tepat plak balingan kami dua orang, depa dok wat cite gelak2 pula. Mana la aku taw dia yang menyelinap bawah tunggul kayu, demi tidak mahu menerima kesakitan pada badanku aku tuju la sekuat hatiku. Tiba2 Sabri muncul, "wei aku ni nkorang tuju aku la", mana kami tahu, tak tahan gelak sekuat hati la aku dengan Irna sebab salah tuju bukan musuh.  Yang penting kami dapat buah kelapa yang ingin kami ambil.

Bergerak kembali ke kem kami, dengan gelak2, tapi sekali ni kami kena berhati2 dengar group lain dirempuh black fox, kami mula kecut, lepas ni mesti black fox serang kami. Memang seperti ditunggu2 depa mai serang kami, ganaz siut baling aku terus kena spek aku terkeluat, part ni memang aku marah, sebabnya satu spek aku rosak satu sebab sakit. Kebanyakan kami mati kena serang, aku malas nak serang kalau ikutnya aku belum mati, oleh kerana spek aku terkehel, aku dah malas nak main. Kali kedua kami diserang oleh group En Isya, ni serang hendap, kami berjaga bahagian depan dia orang serang bahagian belakang. Aku memang mati la kena tuju kat kaki, memang tak bersedia la, dah la group dia orang main menipu aku tengok je malas nak cakap.

Akhirnya peluru kami kehabisan dah kurang nak perang, atas nasihat faci, kami semua bergabong untuk serang black fox dan mencapai misi ambil bendera dan kelapa color bendera kami.  So misi mengira peluru dan bahagi peluru ikut group dijalankan, sekali kami group kami ditugaskan untuk menyerang bahagian depan, aku rasa cam kelakar la plak dah la tak berapa terer berperang, ada hati amik tugas berat, leader kami ni.  Tapi ni war game je, bukan betul2 pun, tapi trick, strategy dan skill yang meninggalkan kenangan manis pada kita orang.  Setelah bergabung seramai 81 orang akhirnya kami dapat menumpaskan black fox, mengambil bendera dan buah kelapa kami.

Day 3, 8 July 2012
Jam menunjukkan 12.20 am, selepas selesai semuanya kami diberi pilihan untuk tidur di kem masing2 atau tidur sekali gus tanpa benteng di laman yang rata tanpa hammock dan apa senjata.  Tapi kami semua bersepakat untuk tidur ramai2 walaupun bertilamkan plastik yang diberi.  Bila dan ramai2, semua keluar la macam2 punya cerita,  aku letak ja kepala terus tidur kepenatan.  Ada yang borak sakan sampai tak tidur bertemankan unggun api. Pukul tiga lebih,  adoi baru ja letak kepala ada yang dah kejut suruh bangun dah nak gerak.  Adoi semua dah siap sedia nak gerak, faci pula bangun lewat kena tunggu plak, bergerak dalam gelap pukul 5 pagi menuju ke masjid untuk solat subuh. 

Sampai di masjid kami semua kepenatan, orang kampung pun belum bangun kami buka pintu masjid.  Selepas semua dah ready bersolat, turun kat bawah tepi jalan, tunggu bus.  Lama pula bus nak datang kata 6.30a.m nak datang tak datang.  Bila dah ramai2 dok tepi jalan2 macam2 aksi la depa buat, ada yang maintain pakai kain pelikat nak naik bus balik, ni memang tak boleh blah kelakar pula aku nampak.  Dok buat bising atas jalan raya, dah ramai2 macam2 aksi la depa dok buat perangai.  Aku tengok je gelagat2 orang, tengok je maksudnya ada yang aku tak sangka perangai dia cam tu.  He he siapa dia KIV ja la.

Pose terbaik dari group kami

Ni semua leader yang tukar pakai kain pelikat untuk solat

Bus datang pukul 7.00, nak balik ke resort kami jauh juga, so sempat la yang lena dalam bus, sampai ja sana kami dapat breakfast dulu sebelum agenda seterusnya iaitu Water Rafting.  Ni aku nak pi dulu, dua kalu aku kensel tak jadi, so dapat la aku merasa sekali ni dalam team building kali ni.  Mula aku nampak depa ajak, aku takut juga walaupun aku taw swim, sebab tu jeram bukan pool aku taw la swim kat pool je.  Tengok dari jauh wat kami ketaq, sebab nampak cam hanyut ja bila tak pandai turn.  Group kami tengok dulu sebab kami ramai sangat tak dapat menampung semua orang.  Time aku buat ok je.

Suka sebelum masuk air

Masih bersuka2 walaupun dua group tengah struggle

Second teknik depa ajaq terjun jeram, walaupun seram sejuk, aku willing buat number 5, sebab aku malas nak simpan ketaq aku ni.  Lepas terjun ok je, aku tak gabra sangat sebab taw swim,  best plak rasa nak terjun sekali lagi, tapi tak leh la ulang dua tiga kali.  Satu lagi teknik yang mendebarkan untuk water confidence adalah terbalikkan sampan rafting tu aku macam tenggelam ke dasar sungai aku rasa, nak keluar dari kepompong tak boleh dia orang sekat.  So tunggu je la dia orang tarik aku, kuaq rasa cam seteko aku telan air sungai tu.  Takut wooo, tapi ok la next time kalau tenggelam tau la imbang diri.

Cuba kayuh ke seberang nak pi buat aksi2 water rafting


Aku terjun Jeram

 Lepas tu kami mula mengayuh dalam 4KM ke hulu Sg Lipis, ada juga part2 menyeramkan walaupun kata budak2 tu level kita orang tak dak level.  Ni semua sebab ada group yang jatuh masa turun dari batu melintang tu aku rasa gelisah juga kalau terjatuh.  Tapi alhamdullilah time dia suruh pegang tali tu, kami semua sangat berhati2 dan sepakat supaya semua orang tak jatuh.  Pengalaman manis ni akan aku abadikan dalam kisah hidup aku, dan aku mula jatuh cinta dengan water rafting saat ini.  satu ja aku frust tak dak gambar masa kami berperang dalam hutan, buat khemah dan tidur beramai2 serta kayuh 4KM ke hulu tu, rugi la masa air dekat jeram2 ganas skit tu.

Penutup majlis, big bos datang balik dah kami diimbas semula kisah2 kami dari mula datang selama 3 hari apa yang kami buat, apa yang melucukan dan apa yang membanggakan.  Bangga juga la group aku sebenarnya pengumpul duit terbanyak sebab kutip plastik dan dapat duit dengan hasil kutip sampah tu.  Dekat pukul 5 lepas amik group photo dan  makan durian baru la kami bertolak balik, sampai di rumah dekat2 pukul 8 malam, next day aku collapse dan book off tak pi keje la, keletihan tahap gaban.


Peserta-peserta Team Building bersama top management kami











Australia oh Australia

Aku cam nampak jalan je ke Ausie, rasa cam nak ke Syney atau Perth, lelain tempat next time le.  Janji dapat menapak ke negara ni.  Ni yang aku nampak, kalau setakat Indon atau Singapore, cam leh jejak salu ja, dekat cet.  Aku nak gi trip yang leh katakan jadi satu kenangan yang indah, bukan sekadar jejak kaki, cakap kat orang "aku dah pi" setakat mana pi, kalau pi saja yang tu tak masuk, yang ni tak masuk.  Kalau boleh aku nak experience aku dapat kasi knowledge kat orang yang nak pi.  Kalau setakat pi tapi miss places yang best2 untuk dilawati aku tak nak. 

Aku nak semua tempat yang aku jejak ada kenangan indah, ada benda yang boleh dikongsi untuk tip bersama pada orang yang first timer.  Kalau boleh semua negara aku nak lawat, tapi KPI aku satu tahun 3 negara, mungkin boleh menjadi lebih.  Hik2 gaji pun dah naik ni ingat nak tukar kereta tapi dengan perangai aku yang suka jenjalan ni, buat aku 50-50 plak nak tukar kereta.  Memang dah lama pasang niat nak tukar kereta ni, nampak plak Honda City keluar model baru, melonjak2 la keinginan aku nak tukar ni.  Insyallah semoga allah perkenankan apa yang aku nawaitukan. 

Tapi Australia aku harus pergi hujung tahun ni, ni destinasi wajib walaupun aku bukan negara aku suka sangat, bila aku tengok budak Amal tu pi Sydney baru la aku terasa jatuh cinta dengan Australia.  Kalau tidak aku tak terasa sangat, nampak cantik dan teruja plak aku nak pi sana.  Kalau kembara setakat nak pi dok lam hotel makan2 aku tak mau la, aku nak tengok tempat menarik di sana.  Aku rasa impian akan terlaksana kot sebab bulan September ni ada MATTA Fair, so kena simpan duit booking la.  Unless aku tak sabor beli kereta dulu tu may be plan berubah.  Yabedadu...Ya allah sukran..




Thursday, July 19, 2012

Mulut Macam Longkang

Kadang2 orang tak perasan dia ingat dia bagus, komen sana sini cakap itu cakap ini, macam dia saja perfect.  Busybod dengan orang lain, macam la dia tak dak rupa tak dak tabiat, macam dia nabi plak.  Tak kira la laki ka perempuan ka, lelaki macho ke lelaki lembut ke, gay ke lesbian ka, tapi kalau mulut cam longkang aku malas nak layan.  Kenkadang dia perasan dia comel, dia perasan dia hensem sebab tu dia mengata ja kat orang. Jadi stalker je keje dia, bz bod pasal orang tu pasal orang ni, dia syiok sendiri dia ingat orang tak menyampah, sabar ja la aku dengan orang cam ni.

Muka pun tak la lawa sangat tapi perangai lawa sangat ka, aku rasa ni jenis pergaulan tipis la, kenkadang tu suka kata orang tu cam ni la cam tu la, aku rasa orang cam ni pergaulan tak la begitu luas, duduk dalam kelompok dia saja sebab tu dia rasa dia sangat bagus.  Yang aku paling menyampah sebenarnya yang perasan bagus, tapi tak sedar diri pun tak la WOW sangat, ala2 kadar, ala muka pecah rumah, ala2 awww pun ada tapi perasan macho.  Yang muka cam beruang tak sudah pun ada hati nak mengutuk orang, muka pun tak berapa licin, dressing pun tak la vogue sangat tapi ada hati nak mengutuk orang, memang cam longkang la pada aku.

Lately ni aku menyampah je orang2 cenggini bzbod, tak dak keje dok mengumpat orang, cam depa tak dak salah cam depa 100% comel lote, cam depa baik sangat, cam depa tak wat salah, sebenarnya orang cenggini ada ketidakpuasan hati dalam diri dia sendiri sebab tu cover mengumpat orang.  Yang time dia perasan banget tu dia ingat orang tak nampak, kesian plak aku tengok, sebab diri sendiri rasa sangat bagus walaupun tak bagus sangat..



Wednesday, July 18, 2012

Baju Raya Oh Baju Raya

Sungguh tak sungguh dah nak dekat puasa dah ni, aku lum ada sehelai baju raya pun ni, apa harus aku buat, nampak gaya cam kena beli ready made je.  Kalau aku beli yang aku takut sama dengan orang, kalau aku tempah nampak cam tak akan siap, sebab criteria aku lain skit nak tulang belut la, nak ni la.  Walau apa pun terjadi nampak gaya aku memang kena beli baju ready made, dah tak dan nak buat la.  Akunya taylor tu sejak menikah balik ni nampak cam tak boleh nak buat ja.  Kalau aku tempah sure dapat lepas raya, so better aku KIV dulu kain sutera yang aku beli kat Trengganu masa pi majlis Tiaranita tu.

Salu baju ready made aku beli juga2 tiap kali raya, cuma rega dia kalau aku suka tu semua hat mahai2 tu yang aku menyampah, kalau yang sempoi memang la tak berapa berkenan, dah adat la tu. Taun ni dah kena banyak helai tak taw la aku pilih spec sama ka untuk semua baju, kalau ikut spec lama lingkup la aku.  Baju kurung yang cantik dan nampak lawa semuanya mahai skit kalai standard kain cotton leh la dapat RM100 below.  Tu pun kenkadang awai2 posa dia up price tinggi skit bila dah tak abis baru la dia down balik.  Tengok la macam mana apa yang patut dibeli dan berapa helai aku nak beli, kalau cantik beli banyak helai, kalau tak berapa cantik..paham2 ja la..





Tuesday, July 17, 2012

Teringin Nak Buat Kuih Raya

Bulan puasa menjelang, tahun ni terasa nak buat kuih raya, walaupun aku tak pandai sangat buat biskut2 ni.  Orang cakap tak salah mencubakan, so aku pun nak beli la mixer, konon2 nak buat biskut raya, untuk hilangkan masa lapang aku di bulan puasa.  Agak2 terer tak aku nak buat kuih raya ni, kalau jadi mesti bestkan sebab seumur hidup aku, mana pernah buat menda2 cam ni, masak pun last year baru terer, sejak dok umah sendiri.  Kalau idak makan kedai, atau dok saja balik kampung jangan harap aku nak masak.  Tapi arah angin berubah gak, ada kesedaran timbul lately ni nak main masak2 aku pun segan gak, kalau dapat buat kek pun kira bertuah la.

Kalau terer, pelbagai resepi aku nak cuba, nak beli buku biskut raya nak cuba segala mak nenek, kueh raya yang ada.  Cewah cam la ramai benar nak datang rumah aku, sebenarnya aku pun tak suka sangat biskut2 ni, tapi kalau dah teringin nak buat mesti la kena rasa dan kena makan kan, sebab nak kasi orang makan.  Amin, harap2 menjadi la cita2 aku nak bakar kuih raya sendiri tahun ni, teringin nak masak rendang sendiri, semua aku teringin, nak bake kek semua la aku teringin.  Jangan teringin jadi dingin plak bila dah posa nanti, jangan lemau dan lesu, berubah cita2 nak buat semua ni.

Bukan nak challenge ke apa, buat kuih raya ni, cuma lahir dari sudut naluri perempuan aku teringin nak buat keuih raya sendiri.  Tak taw la orang lain, masak untuk tunjuk pak we kot, masak nak tunjuk kat orang dia pandai masak kot, idak pun testing nak masak kat mak mertua.  Tapi aku idak la aku masak sebab aku rasa orang lain masak tak kena ngan taste aku, bila aku edit skit cara aku masak, aku perasan aku masak sedap skit dari orang tu masak..ha ha ha



Lemau Lagi

Dah dekat seminggu lebih aku rasa macam ni, sakit pala, pening, muntah semua ada.  Ni semua gara2 banyak faktor la kot, ada faktor bau durian ada faktor masuk hutan terkena tegur ngan orang utan la kot, ada faktor rayan ngan jantan mana ntah.  Aku pun tak tahu apa dah jadi, sejarah berulang lagi ka, malas aku nak jadi gila bayang kat jantan ntah apa2 kenal pun idak, tiba2 rasa suka rasa nak gi jumpa dia kat tempat dia.  Aku pun pelik banyak2 binatang lain napa plak aku dia pilih, aku dah letih la.

Aku rasa dasyat lagi sejak kenai dengan lelaki ni, aku tak pernah rasa suka, tak pernah bercinta, cuma singgah sebentar atas urusan kerja.  Tak kan aku yang suka dia, tapi perwatakan dia baik gila, aduss ni yang wat aku lagi musykil.  Dia baik kenapa aku rasa nak lari pi kat dia, kalau dia jahat aku rasa ghisau.  Nape la lelaki suka wat menda2 cenggini kasi fenin kepala otak aku, naik taxi, naik bus tak larat aku nak picit kepala nak picit otak, la nie sedia pakai minyak cap kapak.  Kalau dulu aku elok saja, now aku rimas serimas2nya bila bercakap dengan semua orang.


Saturday, July 14, 2012

Pening Kepala Bau Durian

Balik kerja harapan setinggi langit mau beli durian, musim durian katakan, so aku stop la dekat Taman Sri Manja, pasar malam biasa aku singgah hari Selasa.  Beli ayam wat stok nak masak2, beli pelbagai la untuk aku makan, tak lupa beli durian yang aku suka sangat tu.  Sonok la makan durian kan, nak balik kampung belum ada rasanya masa hari tu last balik tak nampak pun bunga2 cinta durian.  So kalau nak makan kena beli la, memang la buah2 yang dijual di bandar kurang skit, kenkadang buah yang dikait. Aku beli la dua bekas dapat la RM10, salunya dia offer dapat banyak sekali ni aku x layan offer dia aku beli sekadar nak hilang gian makan durian ja.

Ni la buah durian yang kasi kepala aku fenin

Bila aku bawa masuk dalam kereta bau dia menusuk hidung aku, terus aku pening bau durian, adoyai perjalanan dari pasar malam tu ke rumah aku tak la jauh tapi aku rasa nak muntah sangat bau durian tu.  Sakit pala naik terus, rasa nak campak durian tu pun ada, dalam ati terfikir mai dari kampung mana la durian ni teruk sangat bau.  Sakit pala otak aku terus, dalam pada tu aku cam insaf tak mau dah makan durian untuk tahun ni.  Aku dah mula menyampah bau durian, memang la favorite buah aku bukan durian, sebenarnya aku suka makan buah manggis, terutamanya yang baru jatuh dari pokok.  Bila buka masih panas lagi, sedapnya adoii miss la semua ni leh buat kalau dok kat kampung ja.  Bila musim buah2 dok kampung la paling best, KL banyak peniaga dok kelentongkan, setuju tak?  .....

Buah kegemaran saya




My Next Dream Trip

Ya riva ya riva, aku menyimpan hajat untuk ke Australia hujung tahun ni, memang aku dah tutup untuk sementara hati aku nak jelajah Asia Tenggara, coz aku nampak budaya hidup lebih kurang sama ja.  Dalam erti kata lain negara yang bermata sepet, hik2 termasuk Japan negara yang paling aku nak lawat.  Tutup niat dulu sebab aku nak rasa pi negara orang bermata biru pula.  Asik tengok mata sepet pun muak juga aku dah la mata lebih kurang depa so aku padamkan dulu niat ke Japan untuk melihat bunga sakura yang indah itu.  So aku tanamkan hasratku untuk ke Australia, insyallah akan tercapai jika dipermudahkan oleh yang maha kuasa.

Australia bukanlah negara idaman aku sebenarnya tapi nawaitu untuk menjejak ke negara ni tetap ada, walaupun ia bukanlah negara barat yang tulen sangat.  Hasrat untuk jejak kaki berkobar2 untuk tahun ni, tak tahu apa yang merasuk jiwa aku, so aku kena la ricky cari partner nak jenjalan sana, ada yang mengutarakan hasrat nak ke sana tapi dia cakap next year bulan 3 dan 4.  Ooops tu bulan aku kena kerja kuat, time tu la time MAPS moderation ditambah plak dengan merit yang merupakan tugas hakikiku. Tak pe di mana ada kemahuan, di situ allah beri jalan jika niat tu suci murni, insyallah akan dipermudahkan olehnya. 



Sunday, July 1, 2012

Amarahku

Amarahku naik 200 degree bila parking lot aku diambil orang, mana taknya, balik2 penat nak park kete, tengok2 ada je kete kecil dok park comel ja kat tempat aku, cam tak tak taw plak parking lot tu orang punya.  Sengaja ambil la tu, of course dia taw parking lot dia kat mana, aku rasa sebab parking lot dia salu kena ujan that's why dia ushar parking lot aku.  Memang mengamuk sakan la aku malam tu macam nak pecah.  Ntah setan apa merasuk aku menjadi pemarah, salu aku cool ja kalau orang ambil parking aku, tapi aku marah sangat tak tawa nape, apa la aku nak marah pak guard tu dia bukan taw apa pun.

Memang management yang take over jaga kami punya maintenance agak kurang skit, besaq kepala macam ada somebody behind je.  Dengan guard2 tu aku tengking punya la nak marah, actually dia tak bersalah pun, tapi kesalahan tu terpaksa dilemparkan kepada dia sebab, sebelum tu aku ada call dua orang yang incharge dalam ni, dan aku rasa jawapan dia memang boleh buat customer marah kalau depa ni jual product. Masa tu pukul 9.30 dia cakap, keje sampai pukul 10.00pm, guard not around, macam mana dah abis keje.  Memang tak boleh blah jawapan dia cam dia plak taw guard tu tak dak kat situ. 

Pak guard datang lenggang lenggong dengan badan macam burger overloaded buat aku lagi menyampah, dah la aku pi cari sorang pak guard kat bilik pun tak dak.  Dia datang macam baru balik dari pasar malam, siap mention saya dari rumah, what the hell, of this kata keje abis pukul 10.00p.m dia ada kat rumah.  Memang aku tak faham, kena serbu badak sumbu la aku marah dia.  Aku snap pic kete tu post dalam group owner house tu then aku start la complaining their services.  That's why aku tak suka marah, bila aku marah, kuaq la ayat2 bisa yang lagi bisa dari ular senduk.  Bukan satu hari dia park dekat lot aku, ari dua ari pulak tu adus memang tak boleh blah punya kete, bikin ati gua panas, nasib baik aku ada training tiga hari dekat hotel.

So muhasabah diri kejap dengan jauhnya aku dari melihat parking lot aku diambil orang, boleh la aku hindari dari perasaan marah aku walaupun di sudut hati aku takut balik rumah parking lot aku diambil atau masih ada kete puaka tu.  Sebenarnya management dah rantai dan aku juga dah tulis surat berhantu kat dia yang berbunyi".....", tak yah tulis la sebab aku rasa agak kasar la..he he he.. Dan akhirnya hari terakhir aku training, balik2 dalam pukul 2.00pm macam tu, alhamdullilah parking aku dah kosong, kereta kecik tu tiada lagi dia tempat aku, nun di sudut sana aku nampak dia parking dekat dengan dinding. Baru sedar parking lot dia kat situ atau sengaja ambil tempat aku sebab lot aku tu cam strategik skit.