Gara2 lampu aku rosak, kalau dalam bilik ok aku tak kisah sangat, ni lampu dapur terbakar, nak tahu nape terbakar cepat lampu rumah aku, tiap2 malam aku pasang tak switch off langsung. Aku takut tidur dalam gelap, kalau tidur dalam gelap mula la aku mimpi yang bukan2, hantu syaitan semua la dok mai kat aku, aku jadi fobia, tidur lam gelap. Lampu rosak punahlah harapan aku nak masak, walaupun makan tak seberapa, aku memang suka masak la ni sebab tu aku tensen lampu dapur terpadam. Makan banyak ka makan skit tu semua lain cerita, tapi yang penting aku masak, walaupun goreng ikan bilis dengan bawang dan cili biasa, aku rasa sedap saja makan.
Kalau lampu bilik master aku dah kondem aku boleh tahan sebab aku tak kisah tidur kat luar pun sambil tengok TV atau tidur second room. Tapi ada masanya aku rasa tensen juga, nak ambil barang dalam gelap, cuma menggunakan lampu bilik air, ni bukan sengaja aku nak KIV lama2, ni semua Man letrik punya pasai, dia janji dengan aku banyak kali, tapi time nak main pelbagai alasan seribu satu macam dia dok bagi, last2 aku dah malas nak call atau SMS dia, tapi hasil kerja dia bagus, tunggu la before balik raya aku nak panggil dia balik untuk buat lampu yard aku dan tambah lampu depan pintu masuk serta tambah lampu bilik tidur.
Gara2 lampu aku rosak ni semalam nak berbuka aku kena beli kat bazar, dan hasilnya agak kurang memuaskan tekak aku. Tekak orang lain aku tak tahu la, tekak ISO aku ni memang tak boleh nak masuk, tak sedap sangat. Tapi at least lampu dapur aku terpasang semalam, gara gara aku pura2 beli starter nak pasang kat rumah, kedai tu kasi contact number si mamat bangla ni, so bila aku call dia mai cepat. Bukan boleh terus buat terus pasang, dia balik pi buat rumah orang lain kat block lain dulu, petang dekat nak dekat buka posa baru dia mai, sampai terlena aku dibuatnya tunggu mamat ni. Anyway dah ok lampu aku tapi lampu bilik aku tak ok lagi, sebab dia cakap starter tiada problem, aku terus cakap esok you datang, terus bawak itu barang kasi tukar, tak payah saya call lagi.
No comments:
Post a Comment