Saturday, July 14, 2012

Pening Kepala Bau Durian

Balik kerja harapan setinggi langit mau beli durian, musim durian katakan, so aku stop la dekat Taman Sri Manja, pasar malam biasa aku singgah hari Selasa.  Beli ayam wat stok nak masak2, beli pelbagai la untuk aku makan, tak lupa beli durian yang aku suka sangat tu.  Sonok la makan durian kan, nak balik kampung belum ada rasanya masa hari tu last balik tak nampak pun bunga2 cinta durian.  So kalau nak makan kena beli la, memang la buah2 yang dijual di bandar kurang skit, kenkadang buah yang dikait. Aku beli la dua bekas dapat la RM10, salunya dia offer dapat banyak sekali ni aku x layan offer dia aku beli sekadar nak hilang gian makan durian ja.

Ni la buah durian yang kasi kepala aku fenin

Bila aku bawa masuk dalam kereta bau dia menusuk hidung aku, terus aku pening bau durian, adoyai perjalanan dari pasar malam tu ke rumah aku tak la jauh tapi aku rasa nak muntah sangat bau durian tu.  Sakit pala naik terus, rasa nak campak durian tu pun ada, dalam ati terfikir mai dari kampung mana la durian ni teruk sangat bau.  Sakit pala otak aku terus, dalam pada tu aku cam insaf tak mau dah makan durian untuk tahun ni.  Aku dah mula menyampah bau durian, memang la favorite buah aku bukan durian, sebenarnya aku suka makan buah manggis, terutamanya yang baru jatuh dari pokok.  Bila buka masih panas lagi, sedapnya adoii miss la semua ni leh buat kalau dok kat kampung ja.  Bila musim buah2 dok kampung la paling best, KL banyak peniaga dok kelentongkan, setuju tak?  .....

Buah kegemaran saya




No comments: