Tuesday, July 17, 2012

Teringin Nak Buat Kuih Raya

Bulan puasa menjelang, tahun ni terasa nak buat kuih raya, walaupun aku tak pandai sangat buat biskut2 ni.  Orang cakap tak salah mencubakan, so aku pun nak beli la mixer, konon2 nak buat biskut raya, untuk hilangkan masa lapang aku di bulan puasa.  Agak2 terer tak aku nak buat kuih raya ni, kalau jadi mesti bestkan sebab seumur hidup aku, mana pernah buat menda2 cam ni, masak pun last year baru terer, sejak dok umah sendiri.  Kalau idak makan kedai, atau dok saja balik kampung jangan harap aku nak masak.  Tapi arah angin berubah gak, ada kesedaran timbul lately ni nak main masak2 aku pun segan gak, kalau dapat buat kek pun kira bertuah la.

Kalau terer, pelbagai resepi aku nak cuba, nak beli buku biskut raya nak cuba segala mak nenek, kueh raya yang ada.  Cewah cam la ramai benar nak datang rumah aku, sebenarnya aku pun tak suka sangat biskut2 ni, tapi kalau dah teringin nak buat mesti la kena rasa dan kena makan kan, sebab nak kasi orang makan.  Amin, harap2 menjadi la cita2 aku nak bakar kuih raya sendiri tahun ni, teringin nak masak rendang sendiri, semua aku teringin, nak bake kek semua la aku teringin.  Jangan teringin jadi dingin plak bila dah posa nanti, jangan lemau dan lesu, berubah cita2 nak buat semua ni.

Bukan nak challenge ke apa, buat kuih raya ni, cuma lahir dari sudut naluri perempuan aku teringin nak buat keuih raya sendiri.  Tak taw la orang lain, masak untuk tunjuk pak we kot, masak nak tunjuk kat orang dia pandai masak kot, idak pun testing nak masak kat mak mertua.  Tapi aku idak la aku masak sebab aku rasa orang lain masak tak kena ngan taste aku, bila aku edit skit cara aku masak, aku perasan aku masak sedap skit dari orang tu masak..ha ha ha



No comments: