Sayup kedengaran bunyi azan subuh di telinga, arrrghh aku terbabas la nak sahur, dah la semalam berbuka makan laksa, abis la. Tapi ok kot coz bukan ari kerja, kalau idak layu la aku di ofis. Nak kata apa lagi aku celik2 je dah azan unless la 5 minit lagi ka, sempat aku minum air masak la kot. Tapi kalau tak sahur bukan masalah bagi aku sebab dulu2 aku memang tak pernah sahur, yang aku pelik bila jumpa segolongan orang yang konon2 tak boleh berpuasa sebab tak sahur, memang menipu benar tu. Aku dah bertahun tak sahur boleh je posa, kalau balik kampung arwah ayaq paksa sahur aku terpaksa la makan skit, lepas makan buang habis semua.
Tapi yang aku tak suka, aku banyak sangat tidur, lepas subuh tidur sampai 8.15a.m. Lepas layan FB kejap aku tidur lagi sampai dekat pukul 12 tengahari. Adoi nak bangun, aku rasa muka bengkak debom, ni bukan bengkak sembab wooo, hish sembab aku memang tak suka la, muka tak fresh cam buah. Aku gagahkan diri untuk keluar ke IOI Mall, Puchong dekat ja ngan umah aku ni. Aku gi beli Mixer, penimbang konon nak buat kek, beli mangkuk kek, acuan biskut, pengayak tepung dan bekas kuih nak bakar. Adoi macam bagus ja, seumur hidup tak pernah buat nak buat pulak, cam buang tebiat pun ada, bukan nak jimat cermat buat sendiri tapi teringin nak buat je.
Aku juga tak ketinggalan beli bahan2 nak buat puding kastard, aku teringin nak masak la. Balik2 lepas solat asar aku terus amik apron dan buat terus. Atas semangat kental, maka jadi la puding kastard aku, walaupun tak sempat nak makan waktu berbuka, masih lembik, sebab aku lewat buat, aku tak rasa rugi pun buat. Yang aku suka sebab aku dah berjaya mencuba apa yang aku teringin nak masak. Tak sabar rasanya nak buat biskut raya, ha ha ni KPI raya aku, aku teringin sangat nak buat la, kalau lauk pauk aku dah lulus, so aku nak cuba benda lain pula. Selain dari tu aku nak buat kek juga hari raya ni, ni semua sebab teringin juga, bukan apa nak juga aku cite ngan orang aku taw buat kek, walaupun aku tak berapa favor sangat makan kek2 ni.

Pelbagai kelengkapan nak buat biskut dan kek

Puding Kastard aku masak ni
Ada kelainan berbuka puasa tahun ni, tapi sama dengan tabiat aku 5 tahun sebelum ni, aku tak gemar makan nasi pula. Time berbuka makan skit ja, tak habis apa yang aku hidangkan, aku kuat minum air saja, tapi bukan minum air, aku minum teh tarik buatan aku sendiri. Aku pun jadi malas nak pi bazar ramadhan, may be bukan laluan aku, saja2 aku nak pi malas la pula. Tak tahu la hari bekerja, aku balik ikut bazar ramadhan may be singgah may be tak, tengok keadaan trafik kalau jem banget hingga menyusahkan aku nak parking tak adanya aku nak stop beli. Aku pun masak, sedap skit dari nkorang jual, ha ha ni time aku perasan la ni, mesti ada orang marah sebab aku puji diri sendiri..hik hik.
Juadah simple untuk berbuka hari kedua berpuasa, tapi tak habis juga
Anyway hari ni berbuka aku goreng bihun, bukan apa niat dihati nak makan dengan kuah laksa semalam, tapi tak jalan juga, aku tak leh nak habis. Tak tahu la apa yang menyekat nafsu makanku, elok la kalau kurus tak makan, tapi kalau gemuk tak makan, gemuk asyik tidur bulan puasa aku risau la. Adoi nape la nafsu makan aku ni pelik skit bila time bulan puasa, kalau idak time lapar nak makan nasi ja keje aku, konon melayu tulen, nasi makanan wajib aku, kalau tak makan satu hari aku pengsan, tapi bulan puasa boleh pula tak makan nasi dua hari dah. Kuasa tuhan mungkin nak kurangkan aku makan nasi la kot...
No comments:
Post a Comment