Sunday, July 29, 2012

Tewas

Ramadhan 7, aku tewas, bukan tewas apa, tewas sebab aku dah tak boleh berpuasa, masa tengah dengar briefing orang tak puas hati aku dah dapat agak.  Patut la semalam lepas berbuka aku letih semacam, hish aku ni memang dah tua2 period sendiri pun tak pandai nak agak, salu taw nak datang tapi date datang aku salu tak berapa amik kisah sangat.  Of course la buat pe nak takut, bukannya ada buat apa2 so datang ke tak datang I dont care la sangat.  Tapi satu saja akunya petanda yang pasti, aku akan lentok lena kat laptop aku kalau aku dok kat opis kalau kat umah aku akan baring saja dan tidur, tu yang pasti. 

Aku bukan la macam semua perempuan lain yang meroyan nak marah orang, aku yang lemau jadi lemah semacam, so macam mana aku nak marah2 orang.  Tewas tak leh puasa, apa lagi aku beli nasi campur makan le, kenapa mesti aku tidak makan, nanti aku kena ganti jugakan.  Oleh kerana semua lelaki pergi solat jumaat, aku tak lepaskan peluang untuk makan la, yang bestnya cuti dua hari dapatla aku makan.  Tapi aku rasa letih period lagi penat walaupun aku boleh makan, tapi aku rasa hari kedua pun aku tak boleh nak buat apa2, penat semacam, balik shopping raya aku lena, bukan makan taw.  Petang aku gi hantar barang kat rumah kakak singgah kat bazar beli murtabak dan mee goreng, balik umah aku tak makan pun. 

Dekat pukul 10 malam baru aku makan, biasa la time period selera aku tak la besaq sangat.  Layan volleyball, Korea vs US, layan Handball Brazil vs Croatia, saja nak release tensen badan lemah.  Best juga tengok Korea main, caya la dah setaraf dengan US, memang bagus dia orang main, kalah skit je aku salute la juga.  Aku sokong Korea coz aku rasa Korea ni dalam kelompok Asia, so bangga la jugakan.  Sampai hari ketiga pun aku rasa period aku ni menggangu pergerakan aku, alahai kalau dulu bersukan aku ok ja, tak dak masalah, tua2 ni buat pasai plak nak mengada2 pula.  Bencinya aku, kalau macam ni selalu. 




No comments: