Nampak cam aku kaki jalan je kan, sebenarnya gi ke Jeram Besu ni untuk Team Building office punya bukan saja2 jalan. Disebakan agenda yang menarik so nampak la cam bestkan. Pengalaman manis memang ada masa kat sini, pengalaman pahit ada juga kena gigit pacat dan lintah, tapi apa2 pun, memang best la team building ni. Walaupun terpaksa menjadi askar tapi kenangan manis terpahat di semua hati peserta.
Day 1, 6 July 2012
Aku tumpang Mar bersama Fizrul ke Bentong, Jeram Besu ni. Awal2 datang opis, breakfast dulu makan nasi lemak, sebab nak jalan jauh ni. Kami konvoi dua kereta, orang lain aku tak taw depa pi sendiri2 atau pi dengan sapa. Satu lagi kete orang finance, singgah sebentar minum lepas tu kami meneruskan perjalanan ke sana. Sampai kat Bentong aku dah mula rasa mual2 dan nak muntah, oleh kerana dia orang mencari 7 Eleven so dapatla aku stop untuk muntah, wah gila betoi dah jadi trend, penin sampai muntah. Semua ni berpunca dari bau durian hari tu, aku asyik sakit pala ja. May be sebab aku makan kali kedua, perut dah penuh makan nasi lemak aku pi makan lagi.
Aku dan Mar, before muntah singgah makan roti canai
Sampai di sana dalam 11.30 am, just nice kita orang check in dan lunch, peserta lelaki bersiap sedia pi solat jumaat di masjid yang di bawa oleh orang di sana. Lepas solat jumaat kita semua masuk dewan untuk briefing aluan2 kedatangan dan ucapan dari bos besaq kami. Overall dia punya game memang best untuk bentuk kumpulan memang kelakar, aku rasa lawak sangat bila kena wat bunyi tanpa kuaq suara untuk cari group, akunya group lagu Can Ma li Can, yang lain2 ada lenggang2 kangkong dan lain2 lagu tradisional. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut lagu2 ini.
Selepas pembentukkan kumpulan, bendera dan moto, pada malamnya pula kami bertanding karoke antara kumpulan. Bila dilihat dari persembahan group2 lain nampak cam group aku nak kalah, tapi atas motivasi ahli kumpulan, jgn risau dia orang menang gedik je, so kami pun pasrah ja. Pada malam tu juga bendera kami yang dianggap maruah group untuk kami masuk hutan esok, dicuri oleh perampok2@pelakon upahan la, bukan perampok betul. So inilah misi kami bendera kami dicuri esok masuk utan kena cari bendera balik. Letih menyanyi lagu yang aku tak berapa pandai, dah la malam sebelum tu aku kurang tidur, so aku mula tarik muka la, sebab tak tahan,
Selepas pembentukkan kumpulan, bendera dan moto, pada malamnya pula kami bertanding karoke antara kumpulan. Bila dilihat dari persembahan group2 lain nampak cam group aku nak kalah, tapi atas motivasi ahli kumpulan, jgn risau dia orang menang gedik je, so kami pun pasrah ja. Pada malam tu juga bendera kami yang dianggap maruah group untuk kami masuk hutan esok, dicuri oleh perampok2@pelakon upahan la, bukan perampok betul. So inilah misi kami bendera kami dicuri esok masuk utan kena cari bendera balik. Letih menyanyi lagu yang aku tak berapa pandai, dah la malam sebelum tu aku kurang tidur, so aku mula tarik muka la, sebab tak tahan,
Balik ja bilik, tak sampai 10 minit aku terus tidur, kesian room mate, kuaq bilik ayaq aku dah selamat belayar entah ke mana. Ni paling lawak aku rasa, bila aku mengantuk makan semua tak penting lagi.
Day 2, 7 July 2012
Awal pagi masuk kelas, kami di ajar baca kompas dan baca semua simbol yang penting. Aku lambat pick up skit baca2 bearing ni tapi aku faham la. Kenapa kami diajar semua ni sebab, kami akan menempuh hutan petang nanti untuk menjalani misi mencari bendera dan buah kelapa ikut warna tema bendera kami. So kena la faham juga. Susah juga jadi askar rupanya nak pandai baca, kalau salah alamat pi Kelantan la kami. dengar cerita consultant ada group yang sesat aku dah mula kecut. Tapi aku tak rasa kami akan sesat sangat sebab ada facilitator yang akan ikut kami.
Belajar baca Compass
Kami juga diberi bahan untuk berkhemah dalam hutan such as, hammock, maggi, beras, ayam dalam tin, bekas untuk memasak, tisu, tali dan pelbagai lagi la. Macam askar la kiranya, kami nak berperang sesama sendiri ni, dan berperang dengan orang Asli yang ada buah kelapa dua bijik dan bendera kami. Aku cam gentar skit dengan depa ni sebab depa aku rasa cam ganaz saja. Semua kena carry sendiri, air dia sediakan dalam tong kat kem kami tu. Kesian juga kat kaum adam depa la kesian, dah la kami kena bawak peluru lagi. Adus banyak pula tu, air tepung diagihkan sama rata untuk dibawa.
Tepat pukul 4 kami semua berkumpul untuk briefing sekali lagi, tiba2 hujan turun sangat lebat. Degup degap jantungku, terasa sangat challenge kalau ujan2 dok lam utan, dengan kayu dan rumput yang basah, adoi pacat sana sini. Tapi atas semangat team, aku beranikan diri dan sahut cabaran, sejam lepas ujan stop kami dibawa naik bus, untuk perjalanan yang agak jauh dari resort kami, adus mencabar siot perjalanan kiri kanan hutan buat aku rasa takut juga, maklum la nak kena tido lam utan malam ni, nak main perang2 pula tu. Badan mesti sakit main tuju air tepung yang berisi air.
Acting la before masuk hutan
Turun dari bus, mula la misi kami baca compass, satu bus naik dua group, konon musuh la ni tapi naik bus sama. Sampai ja kat tempat kami dicampakkan bermula la operasi si pembaca kompas, yang ditugaskan membaca. Sib baik kami baca betul, tapi yang kelakar dalam keadaan tak bersedia kami diserang oleh black fox@orang asli. Adoii memang menakutkan cara serangan dia orang, kelam kabut kecut perut kami dibuatnya. Semua peserta perempuan terkejut lari menyorok belakang tebing, ni aku rasa ribut siut cam betul2 kena serang hendap ni.
Perjalanan diteruskan, laluan kami rasa cam teruk skit masuk utan getah dan daki bukit skit, tak nampak rumah orang nampak hutan saja. Satu adegan yang tak boleh aku rasa, bila En Shuaib dah mati dok mencakung tengah jalan, aku rasa kelakar sangat dia kena marah ngan Mofamo, "wei Shuaib tau la dah mati tak kan dok tengah jalan, musuh nampak la". Aku rasa part ni nak marah pun ada nak gelak pun ada, memang bendul juga orang tua ni. Gelak si facilitator kami dekat kita orang, kelakar la sangat muka dia yang skima tu dok mencakung sambil cakap "I dah mati".
Perjalanan kami diteruskan dan terserempak dengan satu group lagi, tapi kami ignore je sebab kalau perang pun, perang sedara, gempaq saja leader kita orang pi serang hendap dia orang. Adoii aku rasa dah lama tak exercise ada juga nak pancit, oleh kerana naik bukit skit la track kita orang, tapi semua orang ok, nak mengomel pun tak boleh la, ikut saja dan kemana di bawa dan bila sampai diam jer la. Perjalanan kami memakan masa dalam satu jam, adoii malam dah nak perang pukul 8.00 malam, nak kena masak nasi nak kena buat hammock lagi nak kena buat unggun api. Akhirnya hammock dan makanan kami siap dimasak, Semua kena buat as a team la, bahagi tugas, aku masak nasi, atas jasa baik coordinator perang mula 8.15p.m so sempat la kami makan dan solat.
Bila peperangan mula part ni sekali lagi En Shuaib buat lawak bila dia buka torch lite, aku cakap "tutup", dia jawab "why must i tutup', jawapan tak boleh belah la, orang nak pi serang hendap dia buat lawak plak, kalau on torch lite musuh nampak la. Ada sorang lagi Ina pun sama dok buka torch lite aku cakap, dia pun sama ngan En Shuaib soklannya, naik malas aku nak cakap lagi la. At last dia oif juga sebab semua orang off. Pengalaman ni juga sweet pada aku sebab masing2 ketakutan so dah tak boleh pikir kot apa yang patut dan apa yang tak patut buat.
Lepas tu kami pun merangkak2 dalam gelap berpandukan facilitator 3 orang tu bawa kami nak gi menyerang orang. Pi serang group yang kubu di bawah, memang la. Satu lagi kenangan yang menjadi buah mulut orang, aku dengan Irna serang leader sendiri, mana la kami tahu dia merangkak bawah kayu, aku ingat musuh. Memang tepat plak balingan kami dua orang, depa dok wat cite gelak2 pula. Mana la aku taw dia yang menyelinap bawah tunggul kayu, demi tidak mahu menerima kesakitan pada badanku aku tuju la sekuat hatiku. Tiba2 Sabri muncul, "wei aku ni nkorang tuju aku la", mana kami tahu, tak tahan gelak sekuat hati la aku dengan Irna sebab salah tuju bukan musuh. Yang penting kami dapat buah kelapa yang ingin kami ambil.
Bergerak kembali ke kem kami, dengan gelak2, tapi sekali ni kami kena berhati2 dengar group lain dirempuh black fox, kami mula kecut, lepas ni mesti black fox serang kami. Memang seperti ditunggu2 depa mai serang kami, ganaz siut baling aku terus kena spek aku terkeluat, part ni memang aku marah, sebabnya satu spek aku rosak satu sebab sakit. Kebanyakan kami mati kena serang, aku malas nak serang kalau ikutnya aku belum mati, oleh kerana spek aku terkehel, aku dah malas nak main. Kali kedua kami diserang oleh group En Isya, ni serang hendap, kami berjaga bahagian depan dia orang serang bahagian belakang. Aku memang mati la kena tuju kat kaki, memang tak bersedia la, dah la group dia orang main menipu aku tengok je malas nak cakap.
Akhirnya peluru kami kehabisan dah kurang nak perang, atas nasihat faci, kami semua bergabong untuk serang black fox dan mencapai misi ambil bendera dan kelapa color bendera kami. So misi mengira peluru dan bahagi peluru ikut group dijalankan, sekali kami group kami ditugaskan untuk menyerang bahagian depan, aku rasa cam kelakar la plak dah la tak berapa terer berperang, ada hati amik tugas berat, leader kami ni. Tapi ni war game je, bukan betul2 pun, tapi trick, strategy dan skill yang meninggalkan kenangan manis pada kita orang. Setelah bergabung seramai 81 orang akhirnya kami dapat menumpaskan black fox, mengambil bendera dan buah kelapa kami.
Day 3, 8 July 2012
Jam menunjukkan 12.20 am, selepas selesai semuanya kami diberi pilihan untuk tidur di kem masing2 atau tidur sekali gus tanpa benteng di laman yang rata tanpa hammock dan apa senjata. Tapi kami semua bersepakat untuk tidur ramai2 walaupun bertilamkan plastik yang diberi. Bila dan ramai2, semua keluar la macam2 punya cerita, aku letak ja kepala terus tidur kepenatan. Ada yang borak sakan sampai tak tidur bertemankan unggun api. Pukul tiga lebih, adoi baru ja letak kepala ada yang dah kejut suruh bangun dah nak gerak. Adoi semua dah siap sedia nak gerak, faci pula bangun lewat kena tunggu plak, bergerak dalam gelap pukul 5 pagi menuju ke masjid untuk solat subuh.
Sampai di masjid kami semua kepenatan, orang kampung pun belum bangun kami buka pintu masjid. Selepas semua dah ready bersolat, turun kat bawah tepi jalan, tunggu bus. Lama pula bus nak datang kata 6.30a.m nak datang tak datang. Bila dah ramai2 dok tepi jalan2 macam2 aksi la depa buat, ada yang maintain pakai kain pelikat nak naik bus balik, ni memang tak boleh blah kelakar pula aku nampak. Dok buat bising atas jalan raya, dah ramai2 macam2 aksi la depa dok buat perangai. Aku tengok je gelagat2 orang, tengok je maksudnya ada yang aku tak sangka perangai dia cam tu. He he siapa dia KIV ja la.
Pose terbaik dari group kami
Ni semua leader yang tukar pakai kain pelikat untuk solat
Bus datang pukul 7.00, nak balik ke resort kami jauh juga, so sempat la yang lena dalam bus, sampai ja sana kami dapat breakfast dulu sebelum agenda seterusnya iaitu Water Rafting. Ni aku nak pi dulu, dua kalu aku kensel tak jadi, so dapat la aku merasa sekali ni dalam team building kali ni. Mula aku nampak depa ajak, aku takut juga walaupun aku taw swim, sebab tu jeram bukan pool aku taw la swim kat pool je. Tengok dari jauh wat kami ketaq, sebab nampak cam hanyut ja bila tak pandai turn. Group kami tengok dulu sebab kami ramai sangat tak dapat menampung semua orang. Time aku buat ok je.
Suka sebelum masuk air
Masih bersuka2 walaupun dua group tengah struggle
Second teknik depa ajaq terjun jeram, walaupun seram sejuk, aku willing buat number 5, sebab aku malas nak simpan ketaq aku ni. Lepas terjun ok je, aku tak gabra sangat sebab taw swim, best plak rasa nak terjun sekali lagi, tapi tak leh la ulang dua tiga kali. Satu lagi teknik yang mendebarkan untuk water confidence adalah terbalikkan sampan rafting tu aku macam tenggelam ke dasar sungai aku rasa, nak keluar dari kepompong tak boleh dia orang sekat. So tunggu je la dia orang tarik aku, kuaq rasa cam seteko aku telan air sungai tu. Takut wooo, tapi ok la next time kalau tenggelam tau la imbang diri.
Cuba kayuh ke seberang nak pi buat aksi2 water rafting
Aku terjun Jeram
Lepas tu kami mula mengayuh dalam 4KM ke hulu Sg Lipis, ada juga part2 menyeramkan walaupun kata budak2 tu level kita orang tak dak level. Ni semua sebab ada group yang jatuh masa turun dari batu melintang tu aku rasa gelisah juga kalau terjatuh. Tapi alhamdullilah time dia suruh pegang tali tu, kami semua sangat berhati2 dan sepakat supaya semua orang tak jatuh. Pengalaman manis ni akan aku abadikan dalam kisah hidup aku, dan aku mula jatuh cinta dengan water rafting saat ini. satu ja aku frust tak dak gambar masa kami berperang dalam hutan, buat khemah dan tidur beramai2 serta kayuh 4KM ke hulu tu, rugi la masa air dekat jeram2 ganas skit tu.
Penutup majlis, big bos datang balik dah kami diimbas semula kisah2 kami dari mula datang selama 3 hari apa yang kami buat, apa yang melucukan dan apa yang membanggakan. Bangga juga la group aku sebenarnya pengumpul duit terbanyak sebab kutip plastik dan dapat duit dengan hasil kutip sampah tu. Dekat pukul 5 lepas amik group photo dan makan durian baru la kami bertolak balik, sampai di rumah dekat2 pukul 8 malam, next day aku collapse dan book off tak pi keje la, keletihan tahap gaban.
Peserta-peserta Team Building bersama top management kami
No comments:
Post a Comment