Friday, November 30, 2012

Mimpi Pelik-Pelik

Bila mimpi pelik2 mula la aku fikir yang bukan2, ada orang cakap jangan percaya, ada orang cakap tu signal something yang kita perlu beringat.  Wallahualam, lately ni aku banyak mimpi yang aku rasa mimpi yang pelik, bila baca tafsir mimpi online rasa maksud dia pun mencurigakan.  Tapi apa2 pun, aku pernah mimpi yang real dan terjadi dalam real juga so that's why aku sangat2 curiga akan mimpi2 ni.  Boleh dikatakan lately ni kebanyakan mimpi aku sangat yang pelik tu yang aku takut sangat.  Kalau mimpi ada orang tua dalam bilik kita, of course rasa takutkan, kalau mimpi hantu ja asyik datang, lagi la ketaq.  Tak tahu la nak cakap sama ada mimpi2 ni boleh caya ka atau hanya mainan tidur pabila kita banyak benda nak fikir.  Kalau mimpi tu berulang-ulang of course takut juga kan, orang cakap mimpi tu mainan tidur tapi bila asyik datang benda benda pelik risau la aku. 

Pernah aku mimpi banyak kali halau hantu masuk rumah aku, cam kelakar la pulak halau suruh dia keluar, siap ambil penyapu.  Bunyi kelakar tapi kalau difikir2 balik macam tak logik, kalau difikir banyak kali, nape asyik hantu ja masuk rumah aku.  Biar la dah hantu suka kat aku, he he..mimpi budak2 masuk dalam rumah aku, tu pun dalam mimpi adik aku yang halau, hish nak buat cam ne, hantu ja suka masuk dalam mimpi aku.  Semalam aku mimpi ada seorang perempuan tua bagi isyarat kat aku ada lembaga hodoh tidur kat sebelah aku, lembaga tu memang aku rasa berat sebelah aku, tapi bila aku sedar sebenarnya laptop aku yang ada kat tempat perempuan tu cakap ada hantu hodoh tu.  Aku conpius plak nape pompuan tua nak muncul dalam mimpi aku nak kasi aku petunjuk ada hantu kat sebelah aku, kalau fikir banyak2 mau jadi gila aku ni.

Ahhh, malas aku nak fikir la pasal hantu2 dalam mimpi aku ni, yang nak masuk dalam mimpi aku ni biarla best2nya mimpi gi jenjalan overseas ke best sikit, mimpi gi dating ke best la juga ni mimpi hantu kak limah ja dok mai cekik aku, buang masa betul.  Tak kan aku ada buat dosa dengan hantu2 ni, sebab tu banyak la hantu dok mai balas dalam mimpi aku, bunyi cam kelakar plak.  Ha ha ha..rugi tidur aku yang enak dibuai mimpi hantu...



Thursday, November 29, 2012

Sakit Pinggang

Sakitnya pinggang aku, tuhan ja yang tahu, sakit ngilu dan macam bengkak pun ada, tak tahu la apa punca yang buat aku merana dua minggu dah.  Aku tercari2 punca dah sapu minyak panas dah urut betis kaki sendiri, nak ubat apa lagi ya, tenggelam punca dah.  Duduk pun tak selesa, baring pun sakit, depan orang aku gelak2 saja. Sakit pinggang aku ni consider cam teruk juga, pada aku sebab hampir dua minggu dah, sakit cam nak period pun ada.  Adus sakan la sakit aku ni, aku salu pandai ja urut sendiri, tapi kali ni cam tak jadi ja.  Nampak gaya kena pi berurut la kot, lepas satu satu la aku ni, sakit cam kena tokak pun ada. 

Pinggang aku ni jarang sakit, kalau sakit cam ni rasa pilu, ngilu dan bisa semua ada, sakit semacam la, tak pa nanti aku gi beli ubat sakit urat la.  Mungkin urat terseliuh pun adalah satu kemungkinan, sebabnya aku terlebih wat aktiviti sangat, padanla muka, tak ingat bukannya muda lagi nak buat macam2. Aku cam tu la kalau sakit mesti bertimpa2 kalau tidak tak baikla, kenkadang rasa cam kena sumpahan puaka plak, he he nak kena sakit tiga macam baru ok..memang dengar cam kelakar, tapi ni kebetulan kot apa yang terjadi kat aku. 






Tuesday, November 27, 2012

Serabut

Dah seminggu aku rasa cam ni, fikiran tak tenteram, melayang layang, rasa tak secure, rasa bosan, rasa rimas dan rasa yang tak boleh belah adalah rasa jeles yang membuak-buak.  Ya allah jauhilah aku rasa jeles ni, sebabnya aku sendiri tak pasti kenapa aku rasa sebegini.  Fikiran melayang buat muka aku serabut, omputih cakap haggard, he he, ni aku tak suka nanti tak comel, orang tak pandang aku bila aku jenjalan.  Perasan la pulak, aku ni kuat la perasan dan suka juga kalau aku jalan orang tengok2 aku, ala bukan apa2 cuma rasa hot la kalau cam tu.  Aku serabut untuk sebab apa pun aku conpius, sebabya aku bukan ada masalah apa pun.

Mungkin ada sesuatu yang menganggu fikiran aku, sebab tu ada yang cakap badan aku susut, susut sebab frust orang tak suka la kot, nak cakap suka malu.  Padan muka, yang orang suka kat aku aku tak eksyen cakap selamba katak ja, tak jaga hati langsung.  Yang aku suka cam tak suka aku pun, lumrah la kan, may be la kot aku jadi kurang selera makan, cover line cakap tak cukup tidur.  Biasa la pompuan kalau ada masalah kecik pun badan jatuh, semua ni andaian, yang sebenarnya aku tak tahu sebab apa aku serabut, cuma yang aku tahu dalam serabut2 ni aku selalu berdebar2 ingat seseorang.  Seseorang yang mungkin aku suka kot, tapi cam ne nak cakap ek, cam ada gap ja. 

Sudah lama mau delete rasa ni, rasa yang aku rasa tak sepatutnya tapi rasa ini datang lagi.  Layan debar ja la aku ni, kalau ingat dia, ntah la apa la motif aku ingat orang yang ntah ntah langsung tak ingat aku....la la la la syiok sendiri la aku sampai serabut kepala otak, kalau dia suka betul best la juga kan....





Monday, November 26, 2012

Ungkit

Banyak orang banyak ragam, aku paling tak suka orang ungkit2.  Kalau ungkit acapkali tu memang la buat aku tensen, kalau sekali dua kali aku boleh terima, kalau setiap kali cakap, mungkin ada maksudnya, kalau tak suka diganggu cakap je, tak payah guna alasan ungkit2 benda kecik kat aku.  Terasa menyampah betul pun ada, down grade personaliti orang la aku, cakap tak fikir langsung perasaaan orang, nak betul ja, cam bagus sangat.  Aku ni consider banyak sabar la dengan apa yang orang cakap aku tak suka, dia orang belum kena smash dengan aku betul2 punya, kalau dah kena mau tak cakap sebulan. Kenapa nak terasa lebih2 plak.  Kalau dah ada problem jangan nak jadikan aku ni sandaran kemarahan, nak lepas stress.

Aku ni bukan jenis mengungkit, kalau aku nak ungkit banyak benda la aku rasa, cuma demi menjaga hubungan atau persahabatan yang terjalin aku masih bersabar.  Yang menyebabkan aku angkat kaki, ada beberapa sebab, pertama kalau aku nampak cam tak de keserasian dari segi communication.  Yang kedua aku rasa aku dipergunakan untuk kepentingan time tu la, time lain buat2 tak endah ja kat aku, sib baik aku sedar dan nampak apa yang orang buat kat aku.  Aku tak kisah sangat la, kalau aku ungkit cakap cam tu cakap cam ni, sebab tu aku tak berapa nak ungkit, tapi kalau orang boleh mendownkan perasaan aku dengan kata2 yang aku rasa tak patut, nak ja aku cakap, hang ingat hang bagus sangat.  Tapi aku bukan jenis cam tu, layan ja orang may be malas dah nak layan2 walaupun terasa.

 



Sunday, November 25, 2012

Cinta Tak Boleh Dimandrum

Cinta mandrum he he, faham tak apa maksud aku cinta mandrum, ni cinta pura2 suka tapi di sebaliknya tidak pernah suka pun.  Mungkin ada sesuatu yang dilihat pada si perempuan atau si lelaki, harta benda dan wang ringgit salah satunya la kot.  Mungkin selama ni aku tak sedar, macam la aku terhegeh2 sangat nak berkawan dengan orang yang aku rasa tak sesuai langsung dengan aku, yang tak setaraf bukan dari segi kerjaya, malah pemikiran pun.  Dah banyak orang cakap dia mandrum hang la aku rasa, mengimbau kembali apa2 yang berlaku kat aku, terasa ada betulnya, bila depan mata aku cam rasa suka ja, di belakang macam2 aku fikir.  Alhamdullilah diberi kesedaran oleh yang maha esa, akhirnya aku sedar selepas diperbodohkan beberapa kali dengan kata2 yang membuat aku musykil.  Dalam sedar tak sedar aku banyak mendapat pertolongan dari seorang sahabat yang boleh dikatakan salu marah aku pasal ni.

 Memang aku pun rasa ada yang kena tak kena, pada setiap kata2 yang selalu berubah2.  Ada masanya cam baik gila, cam romantik gila, ada masanya buat tak tahu, ada masanya cam aku tak kenal langsung siapa dia.  Alhamdullilah diberi petunjuk awal, cam lagu Stacy, Jahatnya Kamu mula terngiang2 di telinga aku, sejak dulu aku suka lagu ni, tapi kalau dah rasa keterlaluan, baik la aku jarakkan dari berhubung.  Sudah lama dinasihatkan menjauhkan diri dari orang2 cam ni, tapi aku berkeras, sebab aku rasa tiada apa yang akan berlaku.  Mungkin aku tersalah percaturan, insyallah aku pernah melafazkan kata2 hikmah, kepada beberapa orang, kalau niat tak elok, allah tak izinkan, mungkin kata2 ni menjadi realiti.  Tiada kejujuran dalam persahabatan, tiada rasa ikhlas dalam niat boleh menjarakkan perhubungan.  Berkawan semata2 untuk kepentingan diri tak berkat tau semua tu, allah tak berkenan, niat songsang tu. 

Kenkadang kita cuba berlakon suka kat orang, tapi tanpa kita sedari terbongkar juga sikap peribadi kita yang sebenar.  Bersuka2 dengan orang lain, bergayut2 dengan orang lain, dengan aku nak marah2, ingat aku apa. Cakap kasar2 dengan aku, ingat aku suka, kalau bukan boyfren ke boyfren ka aku tak suka.  Sebab aku punya style bukan cam tu, aku memang suka cakap lembik2 dengan orang, sebab tu aku tak suka orang cakap kasar dengan aku, bukan nak eksyen, itu aku punya style.  Kalau aku terhegeh2 dok call, kata aku yang bukan2 ingat aku tak da perasaan, aku pernah setahun tak jawab call orang.  Itu lah aku yang sebenar, dalam lembik2 aku mengada, aku ni hati batu cam aku main futsal, tak semua orang rasa aku tahu main futsal, bila tengok aku main baru tahu betapa ganas dan kasarnya aku.  Macam tu la aku kalau aku marah dan malas layan, aku akan delete segalanya dari memori aku. 




Perlukah Aku Berubat

Badan sakit sangat, sengal2 semacam aku rasa cam sakit lain ja ni, bukan sakit biasa, ada yang perasan aku sakit, sebab dia cakap muka cam haggard sangat.  Sebenarnya bukan saja haggard, aku sakit kat dalam, susah aku nak cakap, sakit cam ne, badan aku rasa cam kena cucuk jarum, sakit belakang, sakit pinggang, mungkin aku kena gi berubat.  Banyak dah orang suruh aku gi berubat, sekali ni aku degil skit, buat tak tahu je, sebab aku tak berapa nak percaya dan letih layan benda2 cam ni.  Kalau diikutkan apa yang aku baca dalam internet, simpton2 gangguan sihir atau jin memang ada pada aku tu yang aku berbelah bagi nak berubat ke tak.

Mimpi2 pelik yang selalu aku terima memang mengukuhkan lagi apa yang aku baca, tapi aku masih buat bodoh.  Sebenarnya aku pun conpius dengana apa yang berlaku kat aku, makan tak seperti orang, tidur pun tak lena sangat, badan sakit2 tapi semua ni aku tanggung sorang.  Nak cite dengan orang pun, kena pilih2 gak, tak semua orang percaya dan faham.  Mimpi hari tu ada orang datang kat aku, lepas aku mimpi badan aku sengal gila sampai sekarang.  Wallahualam nak kata gangguan sihir aku pun serba salah, sebab cam tak logik, buat apa orang nak sihir aku.  Aku bukan la artis dan bukan perempuan muda belia, so buang masa la orang nak menyihir aku, lagi pun tiada bukti kukuh yang menunjukkan aku ni disukai, dimarahi selalu la.




Saturday, November 24, 2012

Orang Jauh

Masa gi Muar out station hari tu, kenal dengan sorang mamat ni, nama dia Hairy.  Mekanik yang baiki kete aku masa rosak hari tu, dia macam suka kat aku, lepas dari baiki kete tu asyik call dan SMS ja aku, sampai aku naik rimas.  Tapi oleh kerana aku tak punya BF, melayan la juga kan kenkadang bila dia SMS aku, dan aku rasa dia cam tak jemu ja call mengayat aku.  Selalu cam ni la, orang yang suka sangat2 ngan kita memang akan call kita berbanding dengan orang yang tak berapa suka kita, tapi cam aku lain skit bila aku bosan aku kerap juga call orang, mungkin kenkadang menjadi masalah kat orang.  Kenkadang aku call orang tanya masalah peribadi aku yang tak semua orang tahu.

Aku rasa Si Hairy ni kenkadang cam suka gila dengan aku, tapi dia ni cintakan memancing so masa banyak dihabiskan untuk memancing.  Kenkadang aku malas nak layan dia sebab dia jauh dari aku, tapi aku layan juga sebab aku tak de sesiapa yang dianggap boyfriend, semua kenkawan ja.  Dia orang pun tak pernah anggap aku girlfriend so tiada masalah aku nak layan sesiapa pun, unless la dah cakap dia nak aku jadi sweetheart dia kan, selagi tak cakap, tak ajak aku dating, maksudnya aku boleh keluar dengan sesiapa aku suka dan aku boleh cakap dengan sesiapa aku bosan, gitu juga kalau nak keluar makan pun aku boleh je dengan sesiapa pun.  Dia ni kalau panggil aku sayang, kenkadang aku geli sebab aku tiada perasaan pun kat dia, cuma time aku sedih aku layan la manja2 dengan dia, jahatkan aku berlakon.

Yang menjadikan aku layan dia juga sebab dia tak pernah marah aku, layan aku cakap lembut saja, tak pernah nak menyakitkan hati aku.  Aku rasa teruja juga, siap tanya, nape tak marah aku yang suka ngada2 dengan dia, mamat ni sempoi ja jawap, sebab saya suka awak sebab tu tak marah.  Alangkah bahagia kan dapat lelaki cam ni, tapi cuma jauh ja, aku tak caya sangat dengan cinta jarak jauh, tapi yang menjadi aku teruja lagi dia sanggup datang dari Muar semata2 nak jumpa aku.  Lelaki2 lain ada buat macam tu, call aku malam2 tanya buat apa, tanya aku dah makan ke belum, tapi mamat ni lain skit, suka aku lebih skit kot.  Kalau lelaki lain banyaknya ego, bila nampak cam kita suka kat dia, dia cakap la dia anggap kita kawan ja. Kata2 tu sentap juga tapi redha ja, sebab mungkin orang tak suka kat kita sebab tu cakap cam tu. 

 Nasib baik aku tak buang Si Hairy tu, elok juga la aku melayan orang lain kan, sebab umur pun bukan muda dah, cari yang terbaik la.  Kalau lelaki ego sangat dengan kita, rasanya mungkin dia tak suka pun kat kita, biar la orang yang berterus terang dia suka kita, adalah lebih baik, sebabnya kita rasa disayangi dan bukan menjadi patung suruhan yang asyik kena marah je, cam orang bodoh.  Aku tak kisah sangat sebab aku rasa aku ja salu call, kalau dia suka dia mesti call aku kan, tu prinsip aku, may be Hairy lain skit, sanggup nak datang KL untuk aku.  Call aku selalu, tak kira siang malam, aku rasa dia cam suka aku, cuma aku ja yang berbelah bagi, jauh tu kuncinya, bestnya kalau dia dok KL, mesti dating hari2 kan.  Nak buat cam ne semua lelaki KL tak berani nak ajak aku dating, orang jauh je berani, anyway alhamdullilah ada juga orang sanggup datang jumpa aku. 




Berulang Kali

Aku dah bosan, aku dah bosan, lagu Amy Search ni, kena ja dengan emosi aku pada waktu dan ketika ini. Sabar pun ada tahap, bosan pun tahapnya, kalau dah selalu dok repeat cakap benda yang sama, aku rasa sengaja la kot.  Mungkin tak suka kot aku dok kacau dia kat tipon, salunya aku tak kisah sangat, tapi kali ni aku kisah.  Kisah sebab aku rasa cam rendahnya pandangan orang kat aku, aku tersalah type hanya sekadar gurauan pada aku, tapi benda tu jadi isu besar pula.  Kadang2 terfikir juga akan mungkin orang tak faham dengan apa yang aku maksudkan boleh menyebabkan orang lain tak berapa suka nak communicate dengan aku.  Kalau diikutkan kat ofis aku tu Idham dan Fadli salu buat aku bahan petang2 mengutuk aku dengan kata2 yang aku rasa kenkadang menyampah aku nak layan depa, tapi aku layan ja, aku pun kata kat depa juga"MJ.  "MJ" ni maksudnya mulut jahat, ya la aku memang geram juga, kalau depa kutuk aku.

Berbalik pada cerita asal, aku rasa dah seminggu pujuk, ingatkan betul2 dah tak marah, tapi ulang lagi, ulang lagi, aku pun naik geram la.  Aku dah mula menyampah betul2, bila aku cakap aku tak kisah, mula la cakap aku memang tak kisah sebab tu sebab ni.  Sebenarnya aku tak kisah la kawan dengan siapa pun, cuma ada tahapnya kalau aku dilayan macam pengemis tu aku kena sedar siapa sebenar aku, dan tak perlu lagi rasanya aku tunggu lagi.  Bila hal2 sebegini, aku teringat balik kata2 kenkawan, bila dikaji balik, mungkin ada betulnya. Cakap cam ni aku salah, cakap cam tu aku salah, kenkadang kita perlu fikir balik pro dan kontranya, faedah dan tak faedahnya pada kita, kalau dah kata kita macam2 mungkin itu sebenarnya unsur tak berapa suka kat kita, yang kita tak nampak dan perlu faham. 

Kalau sentiasa nak menjaga hati orang, hati kita orang tak jaga, rasanya sudah cukup untuk aku menamatkan apa2 yang patut.  Yang aku pelik, kata ada awek, tapi merajuk dengan aku semacam.  Mungkin ni sikap semulajadi dia la kot, adoiii susah la kalau aku selalu jaga hati orang, tapi orang tak jaga hati aku, selalunya lelaki yang menggilai aku akan memujuk rayu kat aku, dalam SMS atau call, padan muka aku kan.  Terbalik kot pula kali ni, aku jadi ikut pula cakap orang yang asyik marah2 aku, ntah la mungkin aku terkena mandrum la kot, sebab aku ni consider susah la juga nak caya dan tunduk kat orang.  Apsal aku nak rasa jeles kenkadang ek, aku pun tak tahu, betul la apa dia cakap, tapi kalau dia merajuk2 dengan aku tu tanda apa yer, aku juga ke ada perasaan.  Biar la aku ja yang faham dan semua ni aku simpan dalam hati ja, kalau cakap salah tak cakap pun salah, jadi isu juga, jadi satu bahan untuk dimalukan pun ada. 








Friday, November 23, 2012

Satu Hari Di Cameron Highland@17 Nov 2012

Tujuan sebenar nak ke negeri sendiri, tapi last minit tukar plan, yang ni memang kelakar juga pada aku, aku ajak Del pi Penang, last2 Del ajak aku pi Cameron Highland.  Aku tertidur, kalau tidak malam tu dah gerak pi Penang, aku rasa penat sangat, penat gaduh dengan orang kuat merajuk.  Ermmm sebab tu juga aku decide tak pi Penang kot, dah la aku rasa benda tu kecik saja, ntah la aku pun tak tahu nape aku tak pi Penang.  Mungkin juga down, sebab tu malas sikit nak gerak pi Penang, that's why aku ikut ja Si Del tu ke Cameron Highland@CH bersama dengan famili dia.  Aku rasa lama juga tak ke sana, memang ada niat nak naik, tapi tak plan betul, ingat nak bermalam la, yang ni memang pi balik hari.

Del janji pukul 6.30 atau 7.00a.m tunggu kat Menara coz dianya kawan pun naik ikut juga, so aku pun siap bangun seawal 5.30 pagi dah mandi walaupun dalam kemalasan dan kesejukan.  Jumpa di Menara TM pukul 7.00 then pi ambil kawan Del, kat Sri Gombak pula, sebenarnya aku rasa tensen gak tunggu orang lelama ni, menyesal plak aku tak drive, kalau bawa sendiri kan bagus.  I hate waiting, mungkin sekali sekala orang tunggu aku, tapi kebanyakan aku tunggu orang, tapi kalau dah tumpang orang kena la tunggu, yang aku tak berapa berkenan dengan orang yang nak ikut ni, pi rumah dia pun belum siap, tu first impression aku before aku tengok muka dia. Bila dia keluar dari rumah, buat muka cam tak suka ja, aku rasa cam x best plak. Sebenarnya Del ajak aku dulu, dia Del tipu kata gi dua orang ja.

Meneruskan perjalanan ke CH, kami stop dekat R&R Rawang, aku nampak dia dah mula buat perangai cam couple la plak, nak kena pujuk, gelis la aku tengok, pompuan sama pompuan.  Masa tengah layan makan nasi goreng, Oren datang tegur, aku terkejut juga, sebab aku tak perasan sangat, pas tu aku nampak Zila dan Kadok serta Sara, ada juga budak runner nama dia Redzuan dengan family.  Aku nampak sesuatu yang aku rasa tak patut, tapi lantak la hang buat hang tanggung la, aku malas nak masuk campur, cuma aku rasa sejauh mana hang marah dengan wife hang, tak patut la buat cam tu, bawa out station plak tu, siap makan satu pinggan, macam pengantin baru plak. 

Lantak la, aku apa susah, nak gaduh hampa bukan aku, so lepas tu kami teruskan perjalanan, hantar budak tak gheti kawan dengan orang tu kat Tol Tanjung Malim.  Aku jarang nak marah kat orang, tapi bila aku tengok dia dok buat muka, aku pun naik geram la sangat2.  Aku cakap kalau dia tak suka aku pi, aku suruh Del hantar aku kat Komuter, aku ok ja, tapi last2 dia yang decide nak balik.  Jangan harap aku nak buat baik dengan orang yang aku tak buat salah, tiba2 nak hangin dengan aku cam dia bagus sangat.  Aku tak kisah la sangat pi situ, next time pun boleh pi, cuma hari tu aku rasa nak tenangkan fikiran, sikit sebab nak hilang rasa down so kalau pi tempat sejuk best la sikitkan.

Sepanjang jalan, aku rasa tensen la juga coz tak leh nak drive laju2, banyak lori, so kita orang kena ikut bontot dia kan, nak potong tak lepas.  Tapi akhirnya sampai juga, sampai ja kat sana pelik tul, macam ada jin plak, lapor la pulak, bila sampai ja, asyik terlepas kedai makan, at last aku ngan Del layan makan ubi keledek rebus yang sangat sedap.  Tapi sebenarnya aku lapar nasi, tiba2 nampak Kedai Makan Zaki, kami pun singgah nak makan, nasib aku malang nasi daging merah tak sedap langsung, nasi pattaya Del juga, so aku tumpang makan nasi dia sikit.  Tapi aku ok ja, selalunya aku memang susah nak sesuaikan makanan tempat orang berbanding dengan makanan utara.  Kalau area utara aku ok ja, dah masuk kawasan lain aku memang ada masalah sikit.

Awan cantik, sepanjang perjalanan ikut jalan Simpang Pulai


Yeay, dah sampai kat kat CH

Makan kat Kedai Makan Zaki

Family Del lalu ikut Tapah, aku nasihatkan Del lalu ikut Simpang Pulai, sebab jalan dia lebih ok, so kami bertemu dekat KEA Farm, sebab kat situ banyak sayur, tapi otw ke sana kami ada la singgah juga tempat sovenir dan sayur2 di tepi jalan.  Saja la dah lalu takut nak balik karang tak singgah so kami ambil kesempatan awal tu untuk singgah dulu.  Aku rasa penat sangat sebab bangun awal dan malamnya aku tidur hanya sejam dek kerana tertidur awal pukul lapan tu. Terkejut gaduh ke apa aku tak tahu, yang aku pasti aku penat semacam la, macam keje berat sangat.  Gaduh dengan orang yang rapat memang buat kita sedihkan, merajuk manja gitu.

Bergaya kat KEA Farm

Aku dan anak saudara Del

First thing aku beli masa sampai kat sana, T-shirt kat orang merajuk la, cari tercantik dan terbaik demi nak pujuk tau, kalau tak nak cam ne, sedih aku taw.  Kemudian baru la aku beli Fridge Magnet, sayur, baju, strawberry, jagung, dan bantal untuk bawa balik kat KL.  Masa nak balik hujan turun, kami stop kejap kat Kilang Cokelat, kemudian sampai kat Simpang Pulai Del, berhenti dekat Petronas solat, kami singgah di R&R Tapah untuk makan, ramai orang singgah untuk makan, untuk menghilang rasa mengantuk aku hanya makan bihun sup.  Sampai di KL dekat2 pukul 10 lebih, aku rasa sangat penat dan tenat, so lepas mandi aku lentok dan lena terus, pagi Ahad rasa cam ular melingkar, sakit badan sebab letih. 

Del dan Famili

Aku bergaya sat depan signboard Equatorial










Wednesday, November 21, 2012

Broga Hill@13 Nov 2012

Cuti panjang minggu ni, sambungan 13 Nov 2012 Deepavali dan Awal Muharam, kami staff TM kena force leave so aku pun risau la juga, nak buat apa cuti panjang2 sebab aku tak dak plan nak gi mana2.  After TIBI run aku Ida Maria dan Idot ada la chit chat skit nak gi mana hari Selasa tu yang jatuh hari Deepavali pula tu.  Last2 kami decide gi Broga Hills, adalah dalam 7 orang aku nampak dalam email yang Idot create tu.  Ada yang aku kenal, ada yang aku tak kenal, tapi aku layan ja memandangkan aku tak kemana so aku ikut ja, lama juga tak naik bukit, sebenarnya penat gi Treasure Hunt dan TIBI Run lum abis, tapi aku gagahi juga ke sana walaupun aku dalam keadaan period yang tak menentu, dah tak tahu mana satu hari period aku sebenar.

Aku tak confirm dalam email, dan tak call juga, berlagak terer terus on je ke sana, melihat time yang dijanji pukul 7.00 pagi so aku bergegas keluar cepat juga, tapi aku rasa jalan clear so tiada masalah la aku nak ke sana.  Macam terer saja aku tak pakai GPS, guna signboard tanya budak tol, aku laju ja drive. Aku teringat dia cakap Ringit ja masuk ikut situ, last2 aku rasa cam salah pula, rupanya aku terikut Highway LEKAS, tapi alhamdullilah sampai juga aku kat Broga tu, nasib aku ingat jalan masuk ke situ sebab aku pernah pi sekali hari tu, nampak University Nottingham, so kira aku dan terer la sampai.

Sampai kat sana, baru aku call dan bila aku call Idot tak jawab, so aku assume depa tak jadi.  So aku patah balik bila beberapa kali aku buat miss call dia tak jawab, tak sampai berapa minit aku patah balik Ecah call aku tanya aku kat mana, aku cakap nkorang tak datang yer, akak dah patah balik, anyway aku tak salahkan dia orang sebab aku tak call confirm pun semalam.  Pada waktu dan ketika itu aku dah mula rasa tak selesa, may be sebab period aku dah mula banyak, time tu juga aku rasa nak baring cam selalu aku collapse dok kat rumah, tapi sebab dah sampai kat situ aku gagahi juga untuk naik bukit tu, berbekalkan tongkat yang aku beli untuk naik bukit, dapat la aku tampung diri untuk naik.  Bila kena kat National Park, Teluk Bahang hari tu, so aku dah beli tongkat tu untuk simpanan dalam kereta aku.

Meneruskan perjalanan naik bukit, sedikit demi sedikit aku mula rasa cam nak pitam, ni la penangan period gila aku tu, hari tu dah stop, tiba2 datang balik, aku pun risau kot2 ada sakit pelik2 kat aku.  Tapi aku masih bertahan, naik juga walaupun aku penat Treasure Hunt dan Tibi Run yang berturut2 aku tetap nak naik Broga juga, biar la.  Ida Maria, awal2 lagi dah hantar message kat Inbox tak jadi, so aku rasa dia malas sebab hujan dah turun pagi tu.  Hidayat dalam message konon2 nak datang awal la, tapi batang hidung pun tak nampak, lagi satu budak gi aku tak kenal sapa.  Yang confirmed datang hari tu, aku, Idot, Ecah dan Azrul saja, kami bereempat ja yang naik, tapi Roy lewat sikit datang, dia datang dengan geng mana ntah.

Bunga lalang sangat cantik kat sini

Pandangan dari sudut lain, aku suka juga ni


Bila tengok lama2 makin cantik

Ramai juga yang layan naik Broga hari tu, walaupun cuaca asyik hujan saja, berlaku congested dekat jalan2 atau lereng2 kecil yang memerlukan pendaki bertolak ansur untuk memberi laluan yang sangat sempit.  Demi keselematan diri, jalan yang agak licin dan becak so kalau nak fikir diri sendiri memang tak patut la. Ada yang bawa awek, ada yang bawa famili, ada yang bawa anak saja, ada yang pi suami isteri, so pelbagai kategori la ada, rombongan sekolah dan rombongan opis pun banyak.  Ada juga yang balik dari camping dari Gunung Tok Wan aku rasa, nampak gaya menggalas beg besar tu, mat salleh pun ada juga, may be kenkawan depa yang bawa. 

Orang balik camping dari Gunung Tok Wan ni

Mat salleh pun teruja datang sini

Aku layan sensorang, suruh orang ambilkan depa naik atas


Gambar ni aku suruh kakak yang tunggu hubby dia ambilkan

Masa naik kat stage 2 aku rasa nak pitam dan nak muntah cam aku naik Bukit Mertajam dengan cousin aku last year, so aku tak teruskan perjalanan, Azrul ingat aku tak larat dia tunggu dan ajak aku naik, aku cakap aku give up la sebab aku period, rasa cam teruk sangat, so dia naik la sensorang, ikut Ecah dan Idot, aku tunggu kat bawah layan sakit pala dan layan muntah air aku, rasa teruk gila, kalau aku pengsan, abis la.  Sambil menunggu dia orang turun aku menikmati keindahan pokok2 yang dah tak berapa cantik, dan awan biru yang sangat menarik pada aku di saat2 aku rasa cam tak selesa tu, sambil minta belas kasihan dengan orang yang duduk berehat tu snap gambar aku.  He he, tapi sambil berehat tu ada juga sekumpulan remaja buat lawak, cakap dekat aku, kawan kami muntah, so aku gelak ja la, depa tak tahu aku pun dah muntah tadi.

Bergaya atas batu

Posing sakan la aku kan

Kami datang berempat, dari kiri Idot, Azrul, Aku dan Ecah

Ada yang stop lama, aku cakap dik, kalau naik bukit tak boleh stop lama2 nanti malas2, baik naik cepat, cam bagus aku kasi nasihat.  Aku tunggu dia orang hampir setengah jam, so macam biasa tengok gelagat orang, ada yang datang bersembang dengan aku, aku layan ja kakak tu sebab dia pun tak naik, tunggu hubby dia.  Dia rasa cam aku rasa juga, so aku ada teman berbual, bila hubby dia turun, aku tinggal sensorang lagi.  Bila dia orang turun kami, pun apa lagi posing atas batu dengan pelbagai gaya, lepas tu turun la, aku kelaparan ajak dia orang makan kat taman area tu dan akhirnya kami balik.  Ecah tumpang aku sampai PUTRA LRT, yang aku pelik cakap banyak pula budak ni, pok pek pok pek dari Broga tempat makan sampai KL, conpius juga aku.  Sampai kat rumah kepala aku mula sakit, makan dua biji panadol, aku tidur untuk rehatkan badan dan minda. 

Jalan balik sambil makan ais kerim

Gambar kenangan di sini masa nak balik








Sunday, November 18, 2012

Aku Terasa

Berulang kali dah aku cuba minta maaf, tapi dia masih tak maafkan aku, ntah lah tak sangka keras sungguh hati dia.  Hanya kerana message watsup yang aku rasa berunsur usikan, tapi dia anggap serius, marah aku cam aku buat salah besar sangat.  Insyallah, aku muhasabah diri dengan apa yang dia marah, sepanjang aku kenal lelaki, salunya aku cakap lagi bukan2 dari tu, tak pernah dia orang marah aku seteruk ni.  Mungkin tu zaman darah muda, sebab tu aku main cakap je apa yang aku suka, tapi watsup yang aku hantar ni rasanya tak la ayat yang menyakitkan hati, tapi dia rasa tak boleh terima pula, fikir2 balik rasa sedih sungguh apa yang dia cakap kat aku, langsung tak terima explanation aku.  May be ni satu reminder pada aku, supaya jangan nak usik orang yang kita tahu boleh melenting cam tu teruk sekali.

Mengalir air mata aku, walaupun aku rasa aku tak salah dengan apa yang aku tulis tu, semua tu aku cakap berdasarkan apa yang aku dengar sendiri, aku tak buat cerita.  Aku tak faham kenapa dia marah sangat dengan apa yang aku cakapkan tu.  Ntah apa yang dia fikir aku cakap cam tu, aku pun tak faham, yang aku pasti aku rasa itu hanya usikan mesra cam salu aku kacau dia.  Mungkin aku salah percaturan kenal dengan orang yang tak boleh buat melawak, mungkin juga mulai dari hari ni aku patut jauhkan diri daripada dia yang melenting tak tentu pasal tu.  Yang pasti aku tak mahu mengalir air mata lagi dan bersedih untuk isu2 yang aku rasa bukan isu besar.  Mungkin dah lama dia tak suka aku salu usik dan kacau dia kat tipon tu, sebarang kemungkinan berlegar di mindaku yang terpinga2 dengan apa yang dia kata kat aku. 

Berkali aku minta maaf, call tak jawab aku terima sebab dia marah, SMS mula2 layan pas tu tak layan, watsup langsung tak layan.  Biar la dia menang,  biar la dia terasa, tapi hanya aku ja yang faham dengan apa yang aku ucapkan, tak semua orang faham dengan apa yang aku perkatakan, mungkin fahaman aku sedikit berbeda dengan orang, sebab tu aku kenkadang terasa malas nak bercampur dengan orang2 yang tak faham style dan cakap aku.  Sebabnya selalu terjadi salah faham dan ejekan yang aku rasa aku terima ja kalau orang kata aku.  Untuk kali ini, aku terasa sangat letih bila orang tidak mahu maafkan aku, dan tiba masanya aku menjauhkan diri dari diri, bunyi macam merajukkan, memang ye, aku rasa naluri perempuan aku ni masih normal, sebab tu aku nak dia tahu aku sangat2 terasa dengan apa yang dia gaduh dengan aku hari tu. 

Lebih terasa bila apa yang dia ucapkan tu macam aku ni cam buat salah besar, biarlah aku jarakkan diri supaya aku tak bersedih sangat. Aku pun ada perasaan dan maruah diri, bila orang cakap aku yang bukan2 aku mampu tersenyum bila aku bermuhasabah aku rasa aku cakap benda yang benar bukan statement palsu itu pendapat aku, apa yang dia marah sangat sampai nak cakap2 aku macam2 adalah nonsense.  Kalau gaduh salunya aku nak menang, tapi biarlah kali ni aku beralah untuk orang yang rasa aku bersalah.  Aku malas nak minta maaf lagi dan maaf nak downgrade maruah aku lagi, biar la orang cakap aku merajuk, memang aku dari kecik suka merajuk pun, aku terima ja kalau orang nak cakap cam tu.  Life must goes on, mari start dunia baru bersama minda yang lebih terbuka, tak mau kawan sudah la, aku pula nak merajuk...





Thursday, November 15, 2012

Masalah Ke Normal

Segala yang berlaku mungkin ada sebabnya, may be aku terlalu stress, tapi stress amende yer.  May be aku malas nak gi Batu Pahat so period aku datang cepat seminggu awal la kot, tapi kakak kat opis cakap normal, period aku datang banyak gila, aku tukar pad banyak sangat.  Ermm, dah la datang tak dak signal nak datang, aku redha ja coz dah wajibla kan pompuan ada aturan haidh tu. Aku rasa lain macam skit nape banyak sangat datang kali ni sampai hari kelima dan keenam aku masih pakai maxi pad.  Pada 2hb Nov 2012, aku datang period, sampai la aku gi ke Batu Pahat then stop hari Khamis aku dah boleh solat, stop Sabtu dan Ahad, tup tup Isnin datang semula yang aku pelik bukan skit datang cam aku first day period plak tu.

Aku tunggu sampai 14 hari, tapi nampak cam non stop juga, so aku dah mula rasa kena check dengan doctor ni, apa silapnya aku datang dua kali cam ni, ada kawan aku cakap normal, pada aku cam tak normal ja, sebab aku rasa lain macam ja kehadiran kali ni.  Ntah la aku rasa cam x normal la, sebab aku bukan cam ni salunya, kalau cam ni mesti ada sesuatu yang tak kena, aku pernah datang period sebulan non-stop tapi lepas tu dia stop sendiri, aku pun tak tahu mana silapnya, jadi semua ni.  Kawan aku seperti biasa buat tanggapan tu gangguan jin, ermmm susah nak caya sapa nak hantar jin tu kat aku.  He he he, x masuk akal la langsung semua ni pada aku...


Wednesday, November 14, 2012

Run For Your Lungs@TIBI Run 11 Nov 2012

Badan masih penat, kaki terasa keras kematu di bahagian paha dan betis, tapi apakan daya, dah janji dengan geng nak kena turun gak la kat Taman Tasik Titiwangsa lari untuk event Run for your lungs.  Rasa tak confident nak lari pun ada, sebab aku dah lama tak lari, bukan lari ja exercise apa2 pun, lepas stop main futsal aku dah malas bersukan, tapi itu trend aku bersukan bila kaki betis aku dah mula keras cam kaki jantan, time ni la aku slowly reduce dengan tidak membuat aktiviti sukan.  Ni penting untuk aku menjaga betis agar tidak comel bila aku nak pakai suar pendek nanti. Aku juga tak suka tengok betis berketul macam ahli sukan, aku rasa mencacatkan tuan punya badan macam buncit di sana sini di betis tu.  Sebab tu aku tahu apa aku buat bukan aku malas nak bersukan, masa aku main futsal cukup la muscle pain aku sampai kena makan ubat dan sapu pelbagai cream.

Bangun awal, tapi sengaja melewat lewatkan masa, aku mandi dengan malas, mengenakan t-shirt aku sendiri, aku memang tak suka pakai yang dia orang kasi, sebab aku rasa quality dia kurang memuaskan so aku selamba le pakai baju pink dan suar pendek futsal aku warna merah.  Sampai kat sana jumpa geng2 TM dan geng yang aku ajak masuk run tu, so ramai la juga orang TM yang join run ni.  Kat sini ramai la geng2 aku yang kenal so tak la malu sangat sementara nak tunggu geng datang.  Abis la nampak dengan geng cam Kadok, abis la dia jerit nama aku semua orang dengar, aku tak leh nak lari sangat sebab kaki aku sakit, lagi pun rasa nak buang air sebab awal pagi aku minum air glukos, untuk tambah tenaga. 

Garisan permulaan dan garisan penamat


Geng TM

Masa garisan penamat dia jerit nama aku, memang la aku rasa kelakar sangat run ni sebab asyik kena usik dengan depa ni, sampai budak2 TM pun rasa, aku ni ramai yang kenal, time nak start dia dah buat hal jerit nama aku sebab aku pakai baju pink.  Moral of the story, next time jangan pakai baju cerah sangat kalau nak pakai baju sendiri abis kena kutuk la.  He he, lagi satu time lucky draw bila number aku dipanggil dia orang jerit dan tepuk sakan, adoi malunya aku cam aku dapat grand prize plak.  End up aku lepak makan nasi dengan budak2 TT plus budak Poyo kat kedai mamak, sememangnya aku sangat lapar, sebab tu aku makan nasi sakan, he he, thank you to Aki Kiki yang belanja kita orang semua masa makan tu.  Aku order air dua, dah menjadi adat aku kena layan air panas dulu baru boleh layan air ais, kalau tidak badan rasa tak kuat.  


Bergambar lepas aku lari, siap tukar selipar

Adik ni asyik interframe, lastly aku ajak dia amik gambar ngan aku la


Rehan dapat number 12 kategori wanita veteran

Lucky Draw aku menang ni, kontroversi betul masa naik ambil cam grand prize plak





Tiaranita Walk A Hunt@10 Nov 2012

Dah tiga tahun aku jadi ahli Tiaranita, dah tiga tahu juga aku join Tiaranita Walk A Hunt, first dia buat kat Taman Botani, Putrajaya, second kat Sunway Pyramid, third iaitu tahun ni la kat Empire Malldan Subang Parade. Walk a Hunt ni sebenarnya ala-ala Treasure Hunt la, tapi jalan kaki, aku salu masuk sebab kami ada geng yang dah tiga tahun bersama. So kalau aku rasa tak nak masuk, ada ja yang akan propose suruh masuk, kami bukan nak sangat hadiah tu tapi untuk suka2 disamping gelak ketawa.  Matila aku minggu ni aku memang exhausted gila, dengan out station kat Batu Pahat, pas tu nak masuk ni, kemudian next day ada TIBI run, rasa cam ada je event yang aku slash tak moh pi, sakit badan ja rasa.

Check point pagi tu adalah di Kelantan Delite, so aku tiada masalah sebab rumah aku dah dekat sangat dengan subang, dalam 10 ke 15 minit je boleh sampai, so aku tak mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke situ, cuma terhegeh2 mencari parking yang sesuai dan dekat.  Tahun ni Rehan dengan Ida sampai dulu, he he aku paling last, anyway aku tak kisah coz ramai juga yang belum datang, so kami consider yang terawal juga la.  Aku tak breakfast so rasa sangat lapar, dah jadi habit aku kena makan pagi, kalau tak makan tenaga kurang la skit, masa register dapat roti gardenia, kira support skit ja perut aku ni, tak cukup untuk aku berfikir dengan elok nak kasi jawapan, he he.

 
Check Point ahli semua berkumpul


                                                         Aku, Rehan dan Ida

Lebih kurang 9.30 pagi kami dilepaskan apabila kesemua group sudah mendaftar, ada 24 groups semuanya, oleh kerana takut sesak kami dibahagikan kepada dua kumpulan pada peringkat awal, satu group diarah menuju ke Empire Mall untuk mencari hunt di bahagian bangunan tu, satu lagi di Subang Parade.  Aku di group Empire Mall.  So kami bahagikan tugas, oleh kerana Rehan salu kasi answer yang kelakar, so dia pilih cari lambang dalam treasure hunt ni, so aku dan Ida bertugas cari jawapan la.  Bila selesai saja di Empire Mall, kami pergi ke Subang Parade pula, ni aku nak cite paling kelakar, aku ngan Ida masuk ja terus kami layan breakfast kat Penang Delite, aku lapar, Ida pun lapar so kami makan relax, sedangkan orang lain sikit punya stress cari answer, ha ha ha,  memang tak boleh blah kami buat keje ni sedangkan masa berjalan dan kami perlu habiskan, deadtime adalah 1.00 p.m.  Nak cari answer punya la susah kami stress sangat, adoii jadi malas pulak, tengok baju dalam mall cantik2 so mood hunt pun dah kurang la.  Lepas cari barang hunt kami hentam saja untuk jawap benda2 yang kami tak tahu. Order hebat plak tu, makan banyak dua orang RM40 lebih, hadiah lum tentu dapat, aku makan bihun goreng, sedap woo.

Penat kami makan dulu

Yang paling best tentang group kami adalah tiap2 tahun mesti ada orang wat kelakar, this year aku banyak jawap so Rehan  tunggu jawapan number 7 aku jawap, dia cakap kalau salah nak jadi bahan setahun.  He he.  Aku jawap " Bagai Pinang Di Belah Dua", melihat keadaan ayat tu disusun so aku rasa aku betul tapi bila takut kena gelak confiden pun hilang la, sib baik betul.  Kami tetap top 10 macam dua tahun lepas dapat hadiah, tahun ni dapat dinner set, tahun lepas dapat sandwich maker, before that dapat rice cooker.  Cuma this year aku rasa cam budget ciput la, hadiah cam tak berapa best.  Lepas lunch dah dapat hadiah aku dengan Ida merayau dalam Subang Parade dulu sebelum balik, kaki aku keras kematu biasala muscle pain, niat di hati esok nak tarik diri masuk fun run.  Ha ha ha tapi kenkawan ramai, aku yang ajak depa masuk so aku kena la bersama2 depa lari juga walaupun betis kaki dah sakit akibat lama tak exercise.


Hadiah tahun ni












 

Tuesday, November 13, 2012

Susah Nak Faham

Susah nak faham orang kan, kalau buat sombong ada ja yang nampak, tapi kalau time dia buat sombong, erm tak nampak plak.  Fikir2 balik cam ada yang tak kena plak, aku ada buat salah ka, tapi buang masa juga kalau fikir benda yang tak berapa penting kawan aku cakap.  Memang pun kan, susah nak jaga hati orang kuat merajuk, aku pun suka merajuk juga tapi, dah tua2 ni sapa nak pujuk, pujuk hati sendiri ja la, layan lagu sedih keluar air mata plak, sebab tu aku tak berapa gemar dengar lagu jiwang melayu ni, nanti meleleh air mata aku.  Kalau kita dah rapat dengan orang tu, tapi bila dia buat tak tahu dan acuh layan tak layan, tu memang rasa sedih la kan.  

Aku tak layan dua minggu kang baru tahu kot, he he, tapi siapa la aku kan, nak marah2 sangat, dah orang tak nak layan kita nak buat cam ne.  Aku pelik ja kenkadang mesra sangat2 ngan aku, tapi kenkadang buat cam tak kenal aku, nape yer, part ni aku salu conpius, kenkadang benda kecik cam ni buat aku rasa malas nak layan orang, sebab aku tak faham apa sebab, mengapa dan kenapa? Apa salah aku tu yang kenkadang aku salu pujuk diri sendiri, positif positif untuk sedapkan hati dan minda.  Walaupun rasa kecewa dan sedih juga dalam hati, tak tahu punca sebenar, baik dok dendiam, kalau dok pok pek pok pek pun lum tentu orang suka, orang malas nak layan kan.  Sabar je la kan...dah orang tak suka, muhasabah diri jangan marah2, kalau dah tak tahan sangat bo layan je teruskan, walaupun dah rasa tersuka.






Friday, November 9, 2012

Batu Pahat Oh Batu Pahat

Drive sensorang kerana ada tugas penting di sana, memang membosankan tambahan dalam hujan di merata2 tempat, nak drive pun susah.  Jalan menuju ke sana senang pada aku yang tak pernah sensorang drive main redah saja, baca papan tanda.  Muar pun aku tak pernah pi, tapi sampai juga, alhamdullilah walaupun kete aku rosak masa kat sana, tapi semuanya dipemudahkan kepada aku yang terkontang kanting di negeri orang.  Cuma aku tak suka bila orang kacau aku kat sana ja, lelain aku rasa Muar lebih cantik, bersih dan teratur.  Berbalik kepada batu pahat ni, dijadikan cerita belum aku nak berkenal mesra dengan pekan ni, tup2 kerja aku ditangguhkan untuk masa lain, so tak la sempat aku jatuh cinta dengan makanan di sana. 

Apa yang aku dapat makan di Batu Pahat hanyalah Koay Teow kerang masa dinner hari aku sampai tu, breakfast kat Hotel Landmark, Bihun Goreng yang disediakan oleh orang TM Johor dan juga lunch ayam masak pedas.  Makan petang aku tak rasa pun, coz aku bergegas pulang ke hotel untuk check out, sayang juga sebab kena bayar untuk daily use, tapi buat apa aku nak stay sebab keje dah tak boleh nak buat,  Memang buang masa dan buang duit saja, pergi jauh2 kerja tak jalan, half day, rugi duit company saja.  So explore race makan2 aku di sini tak la hebat, tapi aku suka asam pedas berbanding dengan asam pedas Muar yang masin sangat pada aku, cam tu juga mee bandung dia aku rasa masin juga. Tapi aku akan kembali ke Batu Pahat untuk menghabiskan tugasan aku untuk kes itu.  Insyallah, dah terikat dengan janji, next time no more out station jika aku kena drive, exhausted gila drive jauh2 sensorang.  



Thursday, November 8, 2012

Debaranku

Terima kasih kepada jantungku kerananya aku masih punya rasa rindu pada seseorang.   Dag Dig Dug, Dag Dig Dug, bunyinya cam lagu dangdutkan, yang pasti ni lah bunyi jantungku yang sentiasa berdegup tau.  Debaran sukmaku bila aku teringat seseorang, dan aku pun tak tahu sama ada dia pun ingat aku, kalau boleh aku nak dia tahu setiap saat setiap masa aku salu teringat kat dia. Ha ha jiwang dalam diam la, nampak cam keras hati tapi suka dalam dari jauh ja, cinta simpan dalam hati ja.  Kadang2 ingin aku buang degup ni jauh2 supaya aku tak rasa menahan beban degup ini lagi, tapi kalau stop terus of course aku akan mati la kan, he he. 

Nak cakap suka serba salah, nak cakap sayang pun serba salah, apa ntah lagi nak cakap cinta, memang nasib badan,  mungkinkah aku akan kekal sebegini selamanya.   Rasa cam terkejar orang pun ada, kenkadang fikir cam tak logik, rasa cam meroyan sensorang ada juga, jangan la sentap sebab bukannya ada apa2 kan, so suka dalam hati dah la.  Jangan buang masa, mari la start engin laju2 semoga debaran itu terkikis dari hidupku.  Jangan rindu kat orang yang tak rindu kat kita, nanti masuk hospital mental, jangan berdebar kat orang yang mungkin suka2 dengan kita, jangan sentap kalau orang yang kita rindu tu kekasih orangkan..he he yang penting perlu jauh kan diri dan hidup seperti sedia kala dan wat macam tiada apa yang berlaku...OMG I hate this....




Nasib Si Bapa

Al kisah hari ni, aku nak komen sikit pasal nasib seorang bapa yang dah bercerai dengan isterinya.  Sebelum berpisah si bapa mempunyai anak2 semua WOW belaka such as engineer graduate dari overseas, engineer graduate dalam negeri, ada juga bakal mat engin , ada juga mat IT dan anak2 yang alim bak ustaz.  Semua ni menjadi kemusykilan pada aku, pabila si bapa berpisah dengan mak dia orang, nasib bapa cam pengemis jalanan, anak sibuk sana sini cite gebang cam bagus sokmo, tapi nasib bapa cam sanggup dia orang biarkan cam tu.  Kalau dia orang tak rasa tu bapa dia orang, tak taw la fungsi gen X+Y tu ada betul ke tak, idak pun mak dia ada dua2 gen ni.  Kalau dulu si bapa suka gebang sana sini, anak2 gaji beribu2 bangga gila, la ni bapa nak gebang apa lagi hidup merempat cam orang tak da sedara mara, aku pelik la apa la punya anak sekolah tinggi2, ada yang agama cukup lengkap tapi tak ingat gen bapa dia. 

Yang menyedihkan dah separuh gila si bapa dok berangan memikir nasib dia, pada aku dua2 salah, bapa terlampau megah2, anak2 pula cam tak ingat ada bapa.  Tu la kalau dia sayang gila, semua hartanah tukaq nama anak, sekarang anak tak ingat dia, macam mana yer, oleh tu bapa2 sekalian berhati2 la dalam rumahtangga, walaupun aku lum berumahtangga, apa yang aku nampak keretakan ni hanya kerana si bapa berkahwin lain.  Ntah la, dengar cerita punca perceraian juga berpunca campur tangan sedara mara yang menghasut, wallahualam, segalanya mungkin.  Aku sekadar observer, tengok ja la malas nak campur, setakat mana yang berlaku, dengar cerita orang pun ada.  Ada juga yang berpendapat keretakan bermula bila si emak naik tocang dan besaq kepala sebab dia kontrol anak2, ntah la.  Kalau cam tu dua2 bersalah, yang aku tahu si bapa kahwin lain selepas bercerai, bukan sebelum bercerai, si mak pula guna black magic nak kenakan si bapa yang sudah berkahwin, wallahualam, jeles la tu kan. 

Yang aku nak share kat sini adalah sikap anak2, sejauh mana bapa dia orang tu jahat, dia orang tak patut biarkan bapa dia orang merempat cam orang gila, kebajikan, makan, minum  dan pakai si bapa perlu diambil kira, duit bulanan untuk belanja perlu diambilkira, bukan setakat RM50, nak makan apa untuk sebulan.  Anak2 yang berpendidikan tinggi rasa aku tak perlu nak diajar, bak kata ayat kurang adap skit, sendiri mau ingat la.  Insyallah aku berharap dan berdoa tiada kaum keluarga dan sahabat handai yang terdekat buat hal cam ni, aku bencilah kalau ada orang cam ni.  Kalau ada wallahualam, memang malas nak mengaku sedara atau sahabat aku rasa.



Monday, November 5, 2012

Satu Berbalas 20 Kali

Semua orang yang dilahirkan ada perangai baik dan buruk, cam tu juga aku, di sebalik tawa mesra aku, aku rasa aku susah nak buang perangai buruk aku ni.  Apa nkorang nak tahu perangai buruk aku, perangai buruk aku kalau orang buat aku satu kali aku balas 20 kali.  Ni bukan balas2 dalam bentuk sihir ya, ni aku balas cara psiko ja, biar orang yang kasi aku sakit hati rasa lagi psiko dengan apa balas tu.  Dah lama aku muhasabah nak buang teknik buruk aku ni, tapi lum kesampaian, may be aku tak cukup strong untuk jadi ustazah yang baik hati mulia cam nabi, cuma aku balas cara psiko ja, aku x balas dengan gi serang atau tumbuk orang tu.  Salahkah perangai buruk aku ni, sebenarnya ni la juga cara cam na aku nak elak diri dari rasa down bila orang sakitkan hati aku dan untuk kembali bangun menjadi sediakala, bahagia tau buat cam ni. 

Tak perlu merayu, tak perlu sedih dan tak perlu rasa marah, apa yang penting balasan 20 tu cukup membuat orang tu rasa sakit hati dan lebih rasa tertekan.  Itulah aku yang sebenarnya, kalau aku rasa orang cuba nak wat aku sakit hati, aku akan lebih tenang dengan cara aku ni.  Best tau, bila ada orang rasa marah dengan 20 kali ganda, aku tak tahu la apa niat dia di awal untuk menyakitkan hati aku ka apa ke, tapi yang penting aku malas nak rasa jeles atau marah.  He he he, life must goes on, handle dengan cara tersendiri dan anda akan lebih bahagia, cari alternatif untuk bahagia bukan untuk monyok sepanjang hidup, keceriaan datang dari diri sendiri bukannya diatur oleh orang lain. 

Insyallah, umur makin meningkat aku perlu ubah perangai aku ni juga, kang banyak dosa plak dok menyakit hati orang lain berganda2. Apa2 pun janji tak menggunakan cara tak elok, psiko ja kan. 



Saturday, November 3, 2012

Pesanan Dari Seorang Sahabat

Pesanan dari seorang sahabat, tatkala aku bersedih, hilang semangat dan jiwa aku tak tenteram atau aku kusut, supaya mengamalkan membaca surah Al insyirah, insyallah kata beliau segala kekusutan akan terungkai kita akan lebih tenang apabila membaca surah ini, alhamdullilah memang benar bila aku mula mengamalkannya. Oleh itu aku copy dari blog orang lain untuk kita sama2 share akan fadhilat surat ini demi kebaikan bersama, insyallah...




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta
      mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan
      dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan
      pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
      kesukaran disertai  kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
      bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau
     gemar dan ingini).


Banyak fadhilat yang boleh didapati dari surah ini. Antaranya:

1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali
    selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud
    ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan.
    InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan
    penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan
     kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan
    Allah SWT.
    Caranya:
     Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan.
     Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya
     kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya.
     Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat
     Dhuha.
7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti
    dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali
    Imran serta doa berikut :
    “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke
     dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus
      ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu
     karang. Air ini  dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.
9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan
    dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang
     dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2,
      insyaAllah akan kuat daya ingatannya.


Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.







Lawatan Ke Rumah Kenangan

Lawatan aku ke rumah kenangan orang tua2 di Bedong, Sg Petani Kedah buat hati dan perasaanku tersentuh melihat orang tua2 yang masih mempunyai anak ditinggalkan di sini.  Sedih tak terkata apa2 melihat keadaan penghuni yang seakan akan menunggu kunjungan anak atau saudara datang melawat.  Jauh di sudut hati mereka tidak sedikit pun meminta belas kasihan untuk menjaga mereka, di wajah masing2 jelas terbayang mereka bahagia, namun percentage untuk sedih tu aku dapat lihat dari wajah mereka.  Sedih bila lihat tingkah laku dia orang masa aku kat sana hari tu.  Jauh di sudut hati aku juga, ya allah jangan la aku jadi cam ni, tapi semua tu nasib, bila tengok apa yang dia orang lalui di situ, aku rasa nak menitis air mata.


Perkarangan masuk rumah kenangan



Pejabat urusan yang menguruskan pengunjung untuk membuat lawatan

Alhamdullilah ada insan yang berhati mulia, walaupun bekerja di sana aku nampak layanan mereka tidak mencurigakan.  Kesemua penghuni nampak bersih dan terjaga, alhamdullilah aku rasa mungkin dalam diri pekerja di situ memang dianugerahi oleh ilahi untuk sabar menjaga kerenah orang tua2 di sana.  Jauh disudut hati aku nampak keikhlasan mereka dalam memberi nasihat kepada penghuni dan juga pengunjung, supaya acap kali melawat penghuni di situ supaya mereka tidak merasa sunyi dan tersisih.  Hanya allah membalas jasa baik mereka, walaupun mereka dibayar gaji, rasanya apa yang dibuat oleh mereka lebih dari itu, tak semua orang akan dianugerahkan sedemikian, alhamdullilah..terfikir juga bolehkan aku jadi pekerja macam mereka?....insyallah 





Muhasabahku

Setiap yang berlaku ada sebab dan musabab, oleh itu demi tidak menyalahkan sesiapa dan kuasa tuhan, aku perlu muhasabah.  Kenapa dan mengapa, hanya aku saja yang dapat jawab, buruk baiknya semuanya datang dari diri sendiri dan akibatnya dari perbuatan sendiri.  Allah tidak beri sesuatu pada aku untuk sesuatu yang bukan milikku, tapi allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari itu.  Insyallah dengan memanjat doa suci dan banyak bertawakal.  Yang penting aku perlu bersyukur ke hadrat ilahi dengan apa yang diberi tak kira sikit atau banyak.  Aku perlu ingatkan juga diriku supaya tidak bongkak serta riak dengan apa yang dimiliki semata2 duniawi.  Disamping itu perlu ada reminder dalam diri aku supaya jangan alpa dan lalai untuk beribadah,  kadang2 allah akan tarik sekelip mata bila ada kekhilafan pada diri kita.  Insyallah jika aku berharap sangat tiada gangguan yang dapat menghalang aku untuk sujud kepadanya. 

Hikmah di sebalik apa yang berlaku, mungkin ada sesuatu yang akan memudaratkan kehidupan kita.  Namun jika ia adalah pemberian, anggaplah ia ujian duniawi, jangan sesekali bersedih dan hilang semangat, hidup perlu diteruskan.  Yang peliknya ada sesetengah orang, mungkin aku juga tahu akan keburukan seseorang tapi masih lagi bertahan, kenapa yer...itulah dugaan hidup namanya, terjebak ke atau dijebakkan, kenkadang memusykilkan aku, tapi wallahualam. Oleh itu kadang2 perlu juga kita bermuhasabah patutkah kita masih teruskan aktiviti biasa atau hindari dari segala, untuk tidak kita mendapat bahana akibat dari perbuatan orang yang sentiasa mencari jalan mudah untuk mendapatkan sesuatu secara tidak jujur.

Coretan ini aku hamparkan untuk diri aku sendiri bukan untuk sesiapa, sebab aku sedar akan kekurangan diri dan kesilapan masa lampau, tiada siapa yang dapat menolong diri aku selain aku sendiri.  Rasa cam dhaif sangat bila tak mendalami ilmu agama, insyallah akan ku ubah segala kekurangan diri dan akan cuba untuk hindari pekara yang memudaratkan aku, insyallah, insyallah, insyallah...


Jujur Takkan Melupakanmu

Jujur takkan melupakan, tulah kata hatiku, yang salu buat aku resah gelisah, dah cuba sedaya upaya tapi debaran itu wat aku muka cam mati laki, kata kawan aku.  Sungguh memalukan dan merimaskan, tapi apa aku boleh buat, kalau boleh aku nak ucapkan seperti lagu kumpulan Radja ni, tapi apakan daya level of confidence tak cukup..pasrah ja la, kalau boleh ,mau tekan DELETE cam kat keyboard je senang, buang masa ja kan..he he macam terkena mandrum seru la, asyik ingat ja, siang malam ntah apa2..

Duhai kekasih pujaan hati ku
Dapat kah kau memberi ku satu arti
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti
Bukan sumpah atau janji

Bukti kan lah bila kau ada cinta
Setulus hati mu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama.....

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkankah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku oh..oh..oh

Jujur lah padaku
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakalah aku
Selamanya....

Lagi feel kalau Ella artis kesayangan aku yang nyanyikan, of course la sebab aku suka Ella kan.