Wednesday, November 14, 2012

Run For Your Lungs@TIBI Run 11 Nov 2012

Badan masih penat, kaki terasa keras kematu di bahagian paha dan betis, tapi apakan daya, dah janji dengan geng nak kena turun gak la kat Taman Tasik Titiwangsa lari untuk event Run for your lungs.  Rasa tak confident nak lari pun ada, sebab aku dah lama tak lari, bukan lari ja exercise apa2 pun, lepas stop main futsal aku dah malas bersukan, tapi itu trend aku bersukan bila kaki betis aku dah mula keras cam kaki jantan, time ni la aku slowly reduce dengan tidak membuat aktiviti sukan.  Ni penting untuk aku menjaga betis agar tidak comel bila aku nak pakai suar pendek nanti. Aku juga tak suka tengok betis berketul macam ahli sukan, aku rasa mencacatkan tuan punya badan macam buncit di sana sini di betis tu.  Sebab tu aku tahu apa aku buat bukan aku malas nak bersukan, masa aku main futsal cukup la muscle pain aku sampai kena makan ubat dan sapu pelbagai cream.

Bangun awal, tapi sengaja melewat lewatkan masa, aku mandi dengan malas, mengenakan t-shirt aku sendiri, aku memang tak suka pakai yang dia orang kasi, sebab aku rasa quality dia kurang memuaskan so aku selamba le pakai baju pink dan suar pendek futsal aku warna merah.  Sampai kat sana jumpa geng2 TM dan geng yang aku ajak masuk run tu, so ramai la juga orang TM yang join run ni.  Kat sini ramai la geng2 aku yang kenal so tak la malu sangat sementara nak tunggu geng datang.  Abis la nampak dengan geng cam Kadok, abis la dia jerit nama aku semua orang dengar, aku tak leh nak lari sangat sebab kaki aku sakit, lagi pun rasa nak buang air sebab awal pagi aku minum air glukos, untuk tambah tenaga. 

Garisan permulaan dan garisan penamat


Geng TM

Masa garisan penamat dia jerit nama aku, memang la aku rasa kelakar sangat run ni sebab asyik kena usik dengan depa ni, sampai budak2 TM pun rasa, aku ni ramai yang kenal, time nak start dia dah buat hal jerit nama aku sebab aku pakai baju pink.  Moral of the story, next time jangan pakai baju cerah sangat kalau nak pakai baju sendiri abis kena kutuk la.  He he, lagi satu time lucky draw bila number aku dipanggil dia orang jerit dan tepuk sakan, adoi malunya aku cam aku dapat grand prize plak.  End up aku lepak makan nasi dengan budak2 TT plus budak Poyo kat kedai mamak, sememangnya aku sangat lapar, sebab tu aku makan nasi sakan, he he, thank you to Aki Kiki yang belanja kita orang semua masa makan tu.  Aku order air dua, dah menjadi adat aku kena layan air panas dulu baru boleh layan air ais, kalau tidak badan rasa tak kuat.  


Bergambar lepas aku lari, siap tukar selipar

Adik ni asyik interframe, lastly aku ajak dia amik gambar ngan aku la


Rehan dapat number 12 kategori wanita veteran

Lucky Draw aku menang ni, kontroversi betul masa naik ambil cam grand prize plak





No comments: