Sunday, November 25, 2012

Cinta Tak Boleh Dimandrum

Cinta mandrum he he, faham tak apa maksud aku cinta mandrum, ni cinta pura2 suka tapi di sebaliknya tidak pernah suka pun.  Mungkin ada sesuatu yang dilihat pada si perempuan atau si lelaki, harta benda dan wang ringgit salah satunya la kot.  Mungkin selama ni aku tak sedar, macam la aku terhegeh2 sangat nak berkawan dengan orang yang aku rasa tak sesuai langsung dengan aku, yang tak setaraf bukan dari segi kerjaya, malah pemikiran pun.  Dah banyak orang cakap dia mandrum hang la aku rasa, mengimbau kembali apa2 yang berlaku kat aku, terasa ada betulnya, bila depan mata aku cam rasa suka ja, di belakang macam2 aku fikir.  Alhamdullilah diberi kesedaran oleh yang maha esa, akhirnya aku sedar selepas diperbodohkan beberapa kali dengan kata2 yang membuat aku musykil.  Dalam sedar tak sedar aku banyak mendapat pertolongan dari seorang sahabat yang boleh dikatakan salu marah aku pasal ni.

 Memang aku pun rasa ada yang kena tak kena, pada setiap kata2 yang selalu berubah2.  Ada masanya cam baik gila, cam romantik gila, ada masanya buat tak tahu, ada masanya cam aku tak kenal langsung siapa dia.  Alhamdullilah diberi petunjuk awal, cam lagu Stacy, Jahatnya Kamu mula terngiang2 di telinga aku, sejak dulu aku suka lagu ni, tapi kalau dah rasa keterlaluan, baik la aku jarakkan dari berhubung.  Sudah lama dinasihatkan menjauhkan diri dari orang2 cam ni, tapi aku berkeras, sebab aku rasa tiada apa yang akan berlaku.  Mungkin aku tersalah percaturan, insyallah aku pernah melafazkan kata2 hikmah, kepada beberapa orang, kalau niat tak elok, allah tak izinkan, mungkin kata2 ni menjadi realiti.  Tiada kejujuran dalam persahabatan, tiada rasa ikhlas dalam niat boleh menjarakkan perhubungan.  Berkawan semata2 untuk kepentingan diri tak berkat tau semua tu, allah tak berkenan, niat songsang tu. 

Kenkadang kita cuba berlakon suka kat orang, tapi tanpa kita sedari terbongkar juga sikap peribadi kita yang sebenar.  Bersuka2 dengan orang lain, bergayut2 dengan orang lain, dengan aku nak marah2, ingat aku apa. Cakap kasar2 dengan aku, ingat aku suka, kalau bukan boyfren ke boyfren ka aku tak suka.  Sebab aku punya style bukan cam tu, aku memang suka cakap lembik2 dengan orang, sebab tu aku tak suka orang cakap kasar dengan aku, bukan nak eksyen, itu aku punya style.  Kalau aku terhegeh2 dok call, kata aku yang bukan2 ingat aku tak da perasaan, aku pernah setahun tak jawab call orang.  Itu lah aku yang sebenar, dalam lembik2 aku mengada, aku ni hati batu cam aku main futsal, tak semua orang rasa aku tahu main futsal, bila tengok aku main baru tahu betapa ganas dan kasarnya aku.  Macam tu la aku kalau aku marah dan malas layan, aku akan delete segalanya dari memori aku. 




No comments: