Sunday, November 18, 2012

Aku Terasa

Berulang kali dah aku cuba minta maaf, tapi dia masih tak maafkan aku, ntah lah tak sangka keras sungguh hati dia.  Hanya kerana message watsup yang aku rasa berunsur usikan, tapi dia anggap serius, marah aku cam aku buat salah besar sangat.  Insyallah, aku muhasabah diri dengan apa yang dia marah, sepanjang aku kenal lelaki, salunya aku cakap lagi bukan2 dari tu, tak pernah dia orang marah aku seteruk ni.  Mungkin tu zaman darah muda, sebab tu aku main cakap je apa yang aku suka, tapi watsup yang aku hantar ni rasanya tak la ayat yang menyakitkan hati, tapi dia rasa tak boleh terima pula, fikir2 balik rasa sedih sungguh apa yang dia cakap kat aku, langsung tak terima explanation aku.  May be ni satu reminder pada aku, supaya jangan nak usik orang yang kita tahu boleh melenting cam tu teruk sekali.

Mengalir air mata aku, walaupun aku rasa aku tak salah dengan apa yang aku tulis tu, semua tu aku cakap berdasarkan apa yang aku dengar sendiri, aku tak buat cerita.  Aku tak faham kenapa dia marah sangat dengan apa yang aku cakapkan tu.  Ntah apa yang dia fikir aku cakap cam tu, aku pun tak faham, yang aku pasti aku rasa itu hanya usikan mesra cam salu aku kacau dia.  Mungkin aku salah percaturan kenal dengan orang yang tak boleh buat melawak, mungkin juga mulai dari hari ni aku patut jauhkan diri daripada dia yang melenting tak tentu pasal tu.  Yang pasti aku tak mahu mengalir air mata lagi dan bersedih untuk isu2 yang aku rasa bukan isu besar.  Mungkin dah lama dia tak suka aku salu usik dan kacau dia kat tipon tu, sebarang kemungkinan berlegar di mindaku yang terpinga2 dengan apa yang dia kata kat aku. 

Berkali aku minta maaf, call tak jawab aku terima sebab dia marah, SMS mula2 layan pas tu tak layan, watsup langsung tak layan.  Biar la dia menang,  biar la dia terasa, tapi hanya aku ja yang faham dengan apa yang aku ucapkan, tak semua orang faham dengan apa yang aku perkatakan, mungkin fahaman aku sedikit berbeda dengan orang, sebab tu aku kenkadang terasa malas nak bercampur dengan orang2 yang tak faham style dan cakap aku.  Sebabnya selalu terjadi salah faham dan ejekan yang aku rasa aku terima ja kalau orang kata aku.  Untuk kali ini, aku terasa sangat letih bila orang tidak mahu maafkan aku, dan tiba masanya aku menjauhkan diri dari diri, bunyi macam merajukkan, memang ye, aku rasa naluri perempuan aku ni masih normal, sebab tu aku nak dia tahu aku sangat2 terasa dengan apa yang dia gaduh dengan aku hari tu. 

Lebih terasa bila apa yang dia ucapkan tu macam aku ni cam buat salah besar, biarlah aku jarakkan diri supaya aku tak bersedih sangat. Aku pun ada perasaan dan maruah diri, bila orang cakap aku yang bukan2 aku mampu tersenyum bila aku bermuhasabah aku rasa aku cakap benda yang benar bukan statement palsu itu pendapat aku, apa yang dia marah sangat sampai nak cakap2 aku macam2 adalah nonsense.  Kalau gaduh salunya aku nak menang, tapi biarlah kali ni aku beralah untuk orang yang rasa aku bersalah.  Aku malas nak minta maaf lagi dan maaf nak downgrade maruah aku lagi, biar la orang cakap aku merajuk, memang aku dari kecik suka merajuk pun, aku terima ja kalau orang nak cakap cam tu.  Life must goes on, mari start dunia baru bersama minda yang lebih terbuka, tak mau kawan sudah la, aku pula nak merajuk...





No comments: