Pesanan dari seorang sahabat, tatkala aku bersedih, hilang semangat dan jiwa aku tak tenteram atau aku kusut, supaya mengamalkan membaca surah Al insyirah, insyallah kata beliau segala kekusutan akan terungkai kita akan lebih tenang apabila membaca surah ini, alhamdullilah memang benar bila aku mula mengamalkannya. Oleh itu aku copy dari blog orang lain untuk kita sama2 share akan fadhilat surat ini demi kebaikan bersama, insyallah...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta
mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan
dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan
pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiapkesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka
bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau
gemar dan ingini).
Banyak fadhilat yang boleh didapati dari surah ini. Antaranya:
1. Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali
selepas solat fardhu.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud
ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan.
InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
3. Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan
penyakit berjangkit.
4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan
kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan
Allah SWT.
Caranya:
Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan.
Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya
kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya.
Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat
Dhuha.
7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti
dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali
Imran serta doa berikut :
“Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke
dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus
ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu
karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.
9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan
dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang
dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2,
insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
No comments:
Post a Comment