Thursday, November 8, 2012

Nasib Si Bapa

Al kisah hari ni, aku nak komen sikit pasal nasib seorang bapa yang dah bercerai dengan isterinya.  Sebelum berpisah si bapa mempunyai anak2 semua WOW belaka such as engineer graduate dari overseas, engineer graduate dalam negeri, ada juga bakal mat engin , ada juga mat IT dan anak2 yang alim bak ustaz.  Semua ni menjadi kemusykilan pada aku, pabila si bapa berpisah dengan mak dia orang, nasib bapa cam pengemis jalanan, anak sibuk sana sini cite gebang cam bagus sokmo, tapi nasib bapa cam sanggup dia orang biarkan cam tu.  Kalau dia orang tak rasa tu bapa dia orang, tak taw la fungsi gen X+Y tu ada betul ke tak, idak pun mak dia ada dua2 gen ni.  Kalau dulu si bapa suka gebang sana sini, anak2 gaji beribu2 bangga gila, la ni bapa nak gebang apa lagi hidup merempat cam orang tak da sedara mara, aku pelik la apa la punya anak sekolah tinggi2, ada yang agama cukup lengkap tapi tak ingat gen bapa dia. 

Yang menyedihkan dah separuh gila si bapa dok berangan memikir nasib dia, pada aku dua2 salah, bapa terlampau megah2, anak2 pula cam tak ingat ada bapa.  Tu la kalau dia sayang gila, semua hartanah tukaq nama anak, sekarang anak tak ingat dia, macam mana yer, oleh tu bapa2 sekalian berhati2 la dalam rumahtangga, walaupun aku lum berumahtangga, apa yang aku nampak keretakan ni hanya kerana si bapa berkahwin lain.  Ntah la, dengar cerita punca perceraian juga berpunca campur tangan sedara mara yang menghasut, wallahualam, segalanya mungkin.  Aku sekadar observer, tengok ja la malas nak campur, setakat mana yang berlaku, dengar cerita orang pun ada.  Ada juga yang berpendapat keretakan bermula bila si emak naik tocang dan besaq kepala sebab dia kontrol anak2, ntah la.  Kalau cam tu dua2 bersalah, yang aku tahu si bapa kahwin lain selepas bercerai, bukan sebelum bercerai, si mak pula guna black magic nak kenakan si bapa yang sudah berkahwin, wallahualam, jeles la tu kan. 

Yang aku nak share kat sini adalah sikap anak2, sejauh mana bapa dia orang tu jahat, dia orang tak patut biarkan bapa dia orang merempat cam orang gila, kebajikan, makan, minum  dan pakai si bapa perlu diambil kira, duit bulanan untuk belanja perlu diambilkira, bukan setakat RM50, nak makan apa untuk sebulan.  Anak2 yang berpendidikan tinggi rasa aku tak perlu nak diajar, bak kata ayat kurang adap skit, sendiri mau ingat la.  Insyallah aku berharap dan berdoa tiada kaum keluarga dan sahabat handai yang terdekat buat hal cam ni, aku bencilah kalau ada orang cam ni.  Kalau ada wallahualam, memang malas nak mengaku sedara atau sahabat aku rasa.



No comments: