Wednesday, November 14, 2012

Tiaranita Walk A Hunt@10 Nov 2012

Dah tiga tahun aku jadi ahli Tiaranita, dah tiga tahu juga aku join Tiaranita Walk A Hunt, first dia buat kat Taman Botani, Putrajaya, second kat Sunway Pyramid, third iaitu tahun ni la kat Empire Malldan Subang Parade. Walk a Hunt ni sebenarnya ala-ala Treasure Hunt la, tapi jalan kaki, aku salu masuk sebab kami ada geng yang dah tiga tahun bersama. So kalau aku rasa tak nak masuk, ada ja yang akan propose suruh masuk, kami bukan nak sangat hadiah tu tapi untuk suka2 disamping gelak ketawa.  Matila aku minggu ni aku memang exhausted gila, dengan out station kat Batu Pahat, pas tu nak masuk ni, kemudian next day ada TIBI run, rasa cam ada je event yang aku slash tak moh pi, sakit badan ja rasa.

Check point pagi tu adalah di Kelantan Delite, so aku tiada masalah sebab rumah aku dah dekat sangat dengan subang, dalam 10 ke 15 minit je boleh sampai, so aku tak mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke situ, cuma terhegeh2 mencari parking yang sesuai dan dekat.  Tahun ni Rehan dengan Ida sampai dulu, he he aku paling last, anyway aku tak kisah coz ramai juga yang belum datang, so kami consider yang terawal juga la.  Aku tak breakfast so rasa sangat lapar, dah jadi habit aku kena makan pagi, kalau tak makan tenaga kurang la skit, masa register dapat roti gardenia, kira support skit ja perut aku ni, tak cukup untuk aku berfikir dengan elok nak kasi jawapan, he he.

 
Check Point ahli semua berkumpul


                                                         Aku, Rehan dan Ida

Lebih kurang 9.30 pagi kami dilepaskan apabila kesemua group sudah mendaftar, ada 24 groups semuanya, oleh kerana takut sesak kami dibahagikan kepada dua kumpulan pada peringkat awal, satu group diarah menuju ke Empire Mall untuk mencari hunt di bahagian bangunan tu, satu lagi di Subang Parade.  Aku di group Empire Mall.  So kami bahagikan tugas, oleh kerana Rehan salu kasi answer yang kelakar, so dia pilih cari lambang dalam treasure hunt ni, so aku dan Ida bertugas cari jawapan la.  Bila selesai saja di Empire Mall, kami pergi ke Subang Parade pula, ni aku nak cite paling kelakar, aku ngan Ida masuk ja terus kami layan breakfast kat Penang Delite, aku lapar, Ida pun lapar so kami makan relax, sedangkan orang lain sikit punya stress cari answer, ha ha ha,  memang tak boleh blah kami buat keje ni sedangkan masa berjalan dan kami perlu habiskan, deadtime adalah 1.00 p.m.  Nak cari answer punya la susah kami stress sangat, adoii jadi malas pulak, tengok baju dalam mall cantik2 so mood hunt pun dah kurang la.  Lepas cari barang hunt kami hentam saja untuk jawap benda2 yang kami tak tahu. Order hebat plak tu, makan banyak dua orang RM40 lebih, hadiah lum tentu dapat, aku makan bihun goreng, sedap woo.

Penat kami makan dulu

Yang paling best tentang group kami adalah tiap2 tahun mesti ada orang wat kelakar, this year aku banyak jawap so Rehan  tunggu jawapan number 7 aku jawap, dia cakap kalau salah nak jadi bahan setahun.  He he.  Aku jawap " Bagai Pinang Di Belah Dua", melihat keadaan ayat tu disusun so aku rasa aku betul tapi bila takut kena gelak confiden pun hilang la, sib baik betul.  Kami tetap top 10 macam dua tahun lepas dapat hadiah, tahun ni dapat dinner set, tahun lepas dapat sandwich maker, before that dapat rice cooker.  Cuma this year aku rasa cam budget ciput la, hadiah cam tak berapa best.  Lepas lunch dah dapat hadiah aku dengan Ida merayau dalam Subang Parade dulu sebelum balik, kaki aku keras kematu biasala muscle pain, niat di hati esok nak tarik diri masuk fun run.  Ha ha ha tapi kenkawan ramai, aku yang ajak depa masuk so aku kena la bersama2 depa lari juga walaupun betis kaki dah sakit akibat lama tak exercise.


Hadiah tahun ni












 

No comments: