Thursday, April 5, 2012

Kadang2 Kita Tak Perasan

Banyak benda kalau boleh aku nak share dengan semua, salah satunya sikap orang ketika bercakap atau berborak.  Adakalanya kita terlepas pandang akan kelemahan diri sendiri, ada yang kutuk orang rapat tapi tak tengok diri sendiri.  Ada juga konon2 pandai komen orang tapi diri sendiri, ha ha ha aku nak gelak pun ada.  Komen hangit ni salunya orang ni konon2 direct to the point la, cakap depan2 la, aku kenkadang banyak benda yang aku nak cakap depan, tapi masih lagi la aku control.  Sebenarnya aku consider pompuan yang cakap direct gak, but certain benda aku pertimbangkan sebab aku pernah lalui situasi tu, tak kira yang baik dan yang buruk.

Apa aku nak cakap ni kalau sesetengah orang komen orang tu cam ni la cam tu la, aku sebenarnya ada benda yang aku sorok nak kata kat dia tapi aku tak la kata depan2.  Nak taw kenapa sebab aku rasa kalau aku kata mau berubah muka dia, tak cakap setaun dengan aku.  Jangan ingat aku gelak2 aku tak de perasan, ha ha aku lebih jadi bisa dari ular bab2 kutuk orang ni, tertusuk duri sembilu, luka tak baik la kot.  He he, jangan main bantai je, kenkadang sikap orang yang tak respek orang ni memang nak kena le kot, kalau aku tak bantai ada orang lain la bantai.  Aku diam aku wat tak taw bukan maksud dia menang, aku diam sebab kumpul bahan ha ha...mau sekali kalau dia bantai aku sekali ni tarak tunggu la.

Aku tak berapa gemar dengan orang cenggini, apa yang aku cuba fahamkan may be dia orang ada masalah dalaman, masalah peribadi yang membuatkan diri sendiri stress tak tentu hala.  Sebab tu cara tutur dan cakap dengan orang terbawa2.  Unless la kalau dia tu nabi, tak de wat salah langsung, nak komen dressing aku he he he, dia ingat dressing dia bagus sangat, nak komen taste aku, sama le aku tak suka dengan taste dia, nak komen barang aku beli dan aku pakai, aku rasa dia faham2 sendiri la, dressing dia tak nampak pun high taste.  Nak komen aku gi jenjalan mana2, suka ati aku la aku lum kawin, tak dak tanggungan.  Nak kondem apa aku tulis lam fesbuk, suka ati aku la wall aku, nak kondem aku kawan dengan sapa2, suka ati aku la aku senang ja dengan sapa aku kawan. 

Memang tak boleh blah orang cenggini, ada masalah jiwa agaknya....

Parking Lot

Just nak share skit pasal benda ni, may be you all ada mengalami benda yang sama, acap kali aku alami, that's why aku nak share skit.  Parking, semua orang cari parking kereta kan, tak mudah kalau tempat2 cam KLCC dan Midvalley yang sentiasa ja ada orang masuk.  Bukan tempat ni saja parking problem ada di mana-mana saja, aku bukan nak cakap pasal tak cukup parking ke apa, apa yang aku nak cakap kat sini adalah peel orang yang terhegeh-hegeh nak kuar dari lot parking.  Lama dah aku perhatikan setengah sikap orang2 yang nak kuar dari parking lot ni, ada yang macam sesaja wat susun ni susun tu, macam la parking lot tu dia bayar untuk satu hari satu malam. Buka pintu belakang, aku tengok tak benda yang dia beli sangat masa berjalan masuk parking, tapi gaya cam shopping bagai.

Kenkadang aku bersabar kalau family car, tapi salu sangat orang yang cam ni actually aku rasa cam sengaja melambatkan2 dan sayang benar nak keluar dari parking tu.  Yang aku pelik, bila time aku tak sabar2 plak orang tunggu, dengan rasa kesian aku start enjin kejap je terus jalan, tapi kalau family car memang la kenkadang menyakitkan hati orang, tak kira bangsa la, apa yang dia buka bonet tu dan ambil aku tak nampak pun.  May be hati perut kurang bersih, sebab tu sengaja nak tunjuk style dia buka bonet kereta dan buka pintu belakang, walaupun masa berjalan masuk ke kereta tadi sebenarnya tangan kosong.  Adoi ada juga manusia cam ni, kalau aku nak cakap kereta dia mahal ke murah tu kira personal, tapi kalau dah salu buat mau juga kuar ayat tak padan kereta, bla bla bla...

Wednesday, April 4, 2012

Kaki Cramp

First time aku tidur, tetiba kaki cramp dua2 belah, memang la sakit sebab terjadi dalam tidur, terangkat kaki aku ke atas masa cramp ni.  Kejang aku ni repeated plak, so dua kali aku cramp dalam tidur, punca aku tak kenal pasti.  Aku jumpa doctor yang aku rasa kepakaran diragui, of course reason dia buat aku sakit hati ja, kasi pelbagai ubat kat aku, tapi tak baik.  Aku minta ubat muscle pain, ntah ubat apa2 dia kasi aku, aku makan seminggu dah tak baik2 juga.  Last aku urut sendiri, tapi tak baik juga, wallauhalam sakit urat ka aku ni salu makan ubat dah ok, sekali ni berlarutan plak.

Aku masih bermasalah nak solat, time berdiri urat tarik sampai aku tak selesa nak berdiri lelama, tak boleh nak bawa ayat panjang skit, tarikan bawah lutut aku tu sangat menyiksa aku, may be kesan aku masin futsal last week ada la skit untuk muscle pain aku ni. Aku pun tak tahu apa punca aku jadi cam ni, tanya orang ada yang cakap sebab kurang garam la, ada juga yang cakap aku terlebih asid la dan juga kata may be sudah lama  tak buat exercise so sebab tu dia jadi kejang cam tu.  Aku tak nak fikir bukan2 so apa yang berlaku ni ada hikmahnya, baru rasa nak main futsal, tuhan tarik nikmat menyepak aku. 

Second time aku ambil ubat clinic lain plak, semuanya area ofis saja, ya la ni clinic panel kami, sekali ni doctor lelaki yang datang menggantikan doctor sebenar kat situ.  Niat hati nak ambil ubat saja, bila jumpa doc, lain jadinya, macam2 dia cakap, sebab salah kasut la, sebab tak jaga makan la, bla bla bla, aku diam ja, dah la muka dia mencurigakan, aku ni pobia la ngan doc lelaki.  Nak tahu mengapa, bila time examine tu, aku tak selesa, adakalanya aku rasa cam dia ambil kesempatan ja ke atas aku, may be aku salah tapi apa yang terlintas kat aku salunya benar belaka.

Doc ni cita bagus, kasi nasihat bagus tapi bila makan ubat yang dia kasi aku rasa lain macam ja, kaki aku bengkak, rasa sakit turun ke bawah. Kenkawan nasihat suruh aku jumpa dia balik, lain macam punya bengkak kaki aku,  Elok2 aku boleh pakai kasut futsal bengkak bom tu bikin malu kat aku saja, nak kuaq pun rasa cam segan, besar sebelah pulak tu, adoi.doc oh doc apsal nko bikin panas je kat aku, dah la ganti doc pas tu kasi ubat salah memang tak baik, anyway akhirnya aku muhasabah diri dan aku anggap ni semua dugaan.  Baru aman dunia, kalau semua orang bermuhasabah dan accept apa yang berlaku...