Wednesday, April 4, 2012

Kaki Cramp

First time aku tidur, tetiba kaki cramp dua2 belah, memang la sakit sebab terjadi dalam tidur, terangkat kaki aku ke atas masa cramp ni.  Kejang aku ni repeated plak, so dua kali aku cramp dalam tidur, punca aku tak kenal pasti.  Aku jumpa doctor yang aku rasa kepakaran diragui, of course reason dia buat aku sakit hati ja, kasi pelbagai ubat kat aku, tapi tak baik.  Aku minta ubat muscle pain, ntah ubat apa2 dia kasi aku, aku makan seminggu dah tak baik2 juga.  Last aku urut sendiri, tapi tak baik juga, wallauhalam sakit urat ka aku ni salu makan ubat dah ok, sekali ni berlarutan plak.

Aku masih bermasalah nak solat, time berdiri urat tarik sampai aku tak selesa nak berdiri lelama, tak boleh nak bawa ayat panjang skit, tarikan bawah lutut aku tu sangat menyiksa aku, may be kesan aku masin futsal last week ada la skit untuk muscle pain aku ni. Aku pun tak tahu apa punca aku jadi cam ni, tanya orang ada yang cakap sebab kurang garam la, ada juga yang cakap aku terlebih asid la dan juga kata may be sudah lama  tak buat exercise so sebab tu dia jadi kejang cam tu.  Aku tak nak fikir bukan2 so apa yang berlaku ni ada hikmahnya, baru rasa nak main futsal, tuhan tarik nikmat menyepak aku. 

Second time aku ambil ubat clinic lain plak, semuanya area ofis saja, ya la ni clinic panel kami, sekali ni doctor lelaki yang datang menggantikan doctor sebenar kat situ.  Niat hati nak ambil ubat saja, bila jumpa doc, lain jadinya, macam2 dia cakap, sebab salah kasut la, sebab tak jaga makan la, bla bla bla, aku diam ja, dah la muka dia mencurigakan, aku ni pobia la ngan doc lelaki.  Nak tahu mengapa, bila time examine tu, aku tak selesa, adakalanya aku rasa cam dia ambil kesempatan ja ke atas aku, may be aku salah tapi apa yang terlintas kat aku salunya benar belaka.

Doc ni cita bagus, kasi nasihat bagus tapi bila makan ubat yang dia kasi aku rasa lain macam ja, kaki aku bengkak, rasa sakit turun ke bawah. Kenkawan nasihat suruh aku jumpa dia balik, lain macam punya bengkak kaki aku,  Elok2 aku boleh pakai kasut futsal bengkak bom tu bikin malu kat aku saja, nak kuaq pun rasa cam segan, besar sebelah pulak tu, adoi.doc oh doc apsal nko bikin panas je kat aku, dah la ganti doc pas tu kasi ubat salah memang tak baik, anyway akhirnya aku muhasabah diri dan aku anggap ni semua dugaan.  Baru aman dunia, kalau semua orang bermuhasabah dan accept apa yang berlaku...



No comments: