Monday, December 19, 2011

Mendaki Broga Hill, Semenyeh

Bila aku cakap ngan Malina dan Zura esok aku nak panjat Broga, depa marah aku sebab depa kata dah tua2 jangan aktif sangat.  Tapi nak buat cam mana aku rasa selagi kudrat aku larat aku nak ja buat aoa yang aku teringin nak buat.  Lagi satu aku teringin nak panjat gunung, tak taw la mampu ke idak, kalau ada peluang nak ja aku join tapi tak nak la yang hardcore.  Demi semangat yang tinggi walaupun rest tak cukup sebab penat gi kenduri kat Segamat, aku gagah bangun la pukul 5.00 pagi, nak kuaq umah awai sangat aku takut so aku tunggu la lepas subuh, baru keluar takut sesat plak, aku ni bukannya pandai sangat jalan. Misi panjat Broga Hill ni aku ikut Wani, Hasni, Dee, Emy depa ni semua Miss Lawyer,  Wani dari TNB, yang balancenya Petronas.  Dayang sorang lagi aku tak berapa ingat dia kije apa yang aku tahu dia dari Sarawak.  Manakala Sharon pula Accountant, ada firm sendiri, dia ni kaya melana ni. 

Dengan bantuan GPS mulut je, Sharon kawan Wani so aku berjaya melepasi halangan jalan sesat.  Senang juga kalau ikut jalan dari puchong berbanding jalan Cheras tu aku rasa.  Walaupun ada setengah tempat ada yang aku conpius dengan beristighfar dan berzikir akhirnya aku dapat tembusi jalan Semenyih dan tunggu dia orang kat depan University tu, iaitu University of Nottingham.  Terer gak aku leh sampai dengan bantuan Sharon, kira cam aku faham la direction yang dia kasi, walaupun tak pernah jejak kaki kat sana.  Sampai kat Kaki bukit Broga bayar parking RM2 so kami park la dalam kebun kelapa sawit china tu.  Aku rasa cam biasa ja mula2 nak mendaki sebab nampak cam landai ja bukit ni, rupanya itu satu permulaan ada lagi cabaran yang sengit menanti di sana kawan aku cakap.


Lalang cantik plus cahaya matahari


Aku suka tengok lalang berbunga


Sepanjang pendakian ada yang sudah mulai turun tak tau pukul berapa dia orang naik, kami baru nak memanjat memang menyusahkan skit sebab ada gak yang denai dia satu saja so kena take turn untuk melalui denai tu.  Pelbagai ragam dan karenah pendaki aku nampak, pelbagai umur dan bangsa juga  yang mendaki, tapi yang penting semangat untuk mendaki semua bersemangat.  Ada yang mendukung anak untuk naik ke atas, ni aku rasa memang tak sayang nyawa kalau jatuh dua nyawa melayang, ada yang mengambil kesempatan cuti sekolah untuk membawa anak2 hiking, ada yang memang macam dah ariff, ada yang menggunakan kerjaya iaitu naik untuk mengambil pic terbaik di atas sana.  Siap lengkap peralatan khemah pun ada yang bawah, sungguh menyiksakan aku tengok kalau yang bawak macam tu, demi minat lantak la depa.


Di cerun landai banyak lalang


Aku eksyen skit dok kat atas



Ramai orang berehat kat sini



 Aku n the geng, Wani, Hasni, Dee, Dayang dan Emi bersemangat juga mendaki sampai kat atas walaupun ada juga denai yang sukar untuk dinaiki, compare dengan BM Hill aku rasa susah lagi Broga Hill ni sebab dia punya pendakian cam mana ntah susah aku nak terangkan.  Tinggi yang curam kemudian landai panjang..pas tu turun mendaki ke curam semula, macam lembah pun ada.  Budak2 yang mendaki aku nampak cam terlebih energy skit semangat lain macam, cam kuda liar pun ada, menunjuk2 pun ada ntah la.  Ada yang concod tempat lepak macam umah depa ja pun ada.  Aku nak bergambar pun tak leh tempat yang best2. 


Kat sini susah skit nak naik dan nak turun


Bergambar kenangan untuk evidence aku sampai Broga Hill


Gambar kat bawah pula


Turun dari Broga kami singgah makan umah Sharon kawan dia orang, dia orang ni majoriti lawyer la, so cakap semua gaya lawyer la.  Kenkadang aku rimas la nak join depa dok speaking ober sangat, tapi Sharon tuan umah yang kaya raya ni besaq sungguh rumah dia, baguihnya dok masak nasi lemak dan pisang goreng kasi kami semua makan.  Alhamdullilah kami dapatla makan nasi lemak free dan berehat sebentar sebelum menerus perjalanan balik ke rumah masing2.  As usual aku tak kan tahu nak ikut jalan yang aku datang untuk balik ke rumah, mataku hanya tertumpu pusat bandar atau Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.  Ini adalah aku jalan pergi tak kan sama dengan jalan balik, aku dah blank.. minum air teh banyak gelas sangat.  Dah la umah orang tak malunya minum air banyak sangat, apa nak buat dah orang jamu, perut tengah lapar on ja la.




Kenduri Bahar

Hari Sabtu 17 December 2011 aku attend wedding Bahar di Kampung Berata, Segamat, Johor, pada awalnya aku rancang tak mau attend wedding ni, sebab aku tak berapa sihat dek penangan demam terkejut, tapi demi tak menghampakan hati kenkawan aku gagahkan diri juga ke sana.  Lagi pun kalau aku tak gi cam tak best la plak Si Bahar ni salu teman aku breakfast kalau dia tak keje ari Sabtu atau Ahad.  Perjalanan kami bermula seawal 9.00 pagi, seperti perjanjian semua berkumpul di tempat yang dijanjikan, Malina as usual sesat kalau mai umah aku.  Amik Zura depan bus stop kami pun bertolak, singgah boh minyak kat Sg Besi.  Perjalanan ke arah selatan banyak plak kete, dengan tak breakfast aku terlepas satu stesyen kat Seremban, so breakfast kat Ayer Keroh Melaka ja kat Restoran Jenjatas tu.

Selepas setengah jam berhenti berehat, kami meneruskan perjalanan, nampak macam dekat pada aku bila tengok peta dalam kad kawin, lepas masuk tol Tangkak,  belok kanan serta masuk pekan Tangkak, aduhai rasanya cam pendalaman gak la segamat ni, jauhnya perjalanan dengan kiri kanan kelapa sawit, pokok getah aku rasa tertipu dengan peta dalam kad tu.  Lori pun banyak, nak potong alahai cam gi Kelantan plak susah jalan berliku, so bersusun la kete kat belakang tensen dengan lori tanker kat depan.  Pandang kiri kanan banyak orang juai durian, so kami plan baik punya lepas balik kenduri nak salin baju gi jenjalan makan durian.

Mencari UITM, Johor adus tak nampak2, kami pun risau, sebab selagi tak jumpa UITM, selagi itu la kami lum sampai, melewati pekan2 kecil cam pekan koboi aku rasa, tempat2 ni masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan, tapi pokok2 yang menghijau masih tidak tercemar buat tenang kami dan merasa perjalanan kami bagaikan menuju ke Cameron Highland.  Melihat keindahan alam di sini kami pun mula rancang nak gi Cameron plak, cam best plak sekali sekala berjalan ngan geng2 cam ni.  Jauh perjalanan tak terasa menyembang, mengumpat semua ada, tapi layan. Dalam pada tu akhirnya kami jumpa la UITM akhirnya jumpa la Kampung Berata, tu, susahnya orang Johor signboard tunjuk umah orang kawin pun tak dak, dah la ujan renyai, so kami terpaksa pandai2 sendiri dan tanya budak kat kenduri tu betoi ka ni kenduri Baha.  Nampak geng TM ramai so confirmed la kami sampai umah yang betul, ramai juga yang ramai termasuk big bosses. 


Aku melepak tunggu pengantin tengah berarak kat luar, ujan aku dok lam umah ja


Cantik pengantin baru ni, sama padan


Aku bergambar kenangan dengan pengantin


Masa sampai ujan renyai2 masa kami tengah makan ujan lebat, adus dalam kelaparan makan semua sedap, lain sikit masakan johor ni, siap ada umbut kelapa lagi, daging dan ayam tu biasa la.  Lepas makan kami masuk jumpa pengantin kemudian tunggu pengantin sanding, kami pun blah la sebab ujan tak berhenti kalau tunggu lagi memang tak balik la kami.  Oleh kerana ujan niat kami nak singgah makan durian pun tak jadi lagi pun penjual durian semuanya apek je, kami tingin nak makan durian kampung yang dijual oleh bangsa sendiri, orang cakap durian kampung lagi sedap.  Perjalanan kami menuju ke ibukota, ditemani hujan sepanjang jalan, ikut pula jalan bandar yang tak berapa nak boleh speed buat aku bosan tak leh pecut.  Bila masuk Highway baru la aku rasa gagah memecut bak peluru berpandu, singgah minum dan rehat di R&;R Seremban untuk hilang mengantuk aku pekena nescafe gan cucur udang.  Kami sampai KL dalm 6.30pm, balik singgah lepak umah Zura kejap pas tu aku ajak Malina singgah umah aku.

Saturday, December 17, 2011

Cuti Dan MC

Oleh kerana tak mau penat disebabkan berjalan kaki kat Melaka, aku ambil keputusan ambil cuti ari senin 12 Dec 2011 tu.  Sebenarnya tak penat sangat pun gi walk tu coz aku buat ala kadar, sekadar untuk suka2, cuma aku rasa cam kelakor cam ne aku leh join org2 giler berjalan ni malam tu.  Tak feel apa2 pun selain dari mengantuk dan teringat tilam empuk aku, selimut aku yang membaluti aku semasa aku kesejukan.  Cuti hari jumaat banyak menda aku nak settle tak leh settle mana taknya Selangor cuti, cam ne aku nak bayar duit maintenance ofis tutup.  Nak gi bayar duit pembentungan pun aku tak taw cam mana, rupanya kena bayar kat Pejabat Pos, oleh kerana aku dok Selangor semua Pejabat Pos tutup juga, buat apa pun tak menjadi.

Apa yang menjadi adalah aku ke IKEA, he he favorite kedai aku beli barang2 rumah.  Kalau masuk tak kuaq tangan kosong mesti ada je aku beli.  Nak taw menda apa aku beli tunggu la yer, ni kena rahsia skit sebab lum kemas so tak leh la nak tunjuk.  Gilos penat menapak dalam IKEA nak mencari barang idaman aku.  Ada banyak barang idaman aku dalam IKEA ni cuma kena siap duit ja untuk semua ni.  Aku memang gila kalau masuk IKEA ada ja menda2 yang aku akan beli, hinggakan pisau pun aku gila beli kat IKEA, sedangkan masa mula masuk rumah dulu aku beli pisau kat BM masa aku kat kampung balik cuti. Kegilaan buat duit abis ni kenkadang buat aku sesal tak menyesal, lagi mau beli barang kat sini.

Next day aku masuk keje, elok ja tak la penat aku ok ja, aku penat sebab semalam cuti aku merayap kat IKEA tu dan buat menda2 tak faedah.  Aku mungkir janji dengan seseorang nak jumpa, aku bukan tak nak jumpa tapi dah tak rasa minat nak jumpa nak buat cam mana dah tak dak perasaan suka lagi.  Kalau lima tahun atau 6 tahun lepas mungkin ok, la ni aku dah mangli dah rasa muak tengok muka la, may be aku rasa minat dengan orang lain kot, ni aku rasa betul.  Pagi Rabu dengan tak semena2 aku rasa sakit satu badan tak boleh bangun pagi tak taw la plak kenapa, adakah sebab mimpi aku semalam, yang buat aku demam terkejut.  Itu aku tak tahu yang aku tahu aku demam bukan sebab aku penat walkrace tu dan bukan sebab letih. 

Menjadi lebih malang nasibku tunggu Pn Doctor punya la lama dekat sejam lebih, kemudian kuaq dari clinic tu nak gi Pejabat Pos aku jatuh tak boleh bangun.  Nasib baik sebelum tu doctor tu tak payah aku cakap atau minta MC dia yang kasi, walaupun dia perempuan dia ok dengan aku, tak kedekut MC, tapi mungkin la muka aku nampak teruk.  Tunggu lama aku rasa leh tahan lagi tapi jatuh di khalayak ramai tu sangat memalukan aku, sebab aku tak boleh bangun, akunya buku lali cam kena twist je, sakitnya tuhan yang tahu.  Kalau aku jatuh sebelum doctor kasi aku MC sudah tentu aku minta dua hari sebab aku rasa kaki aku sangat sakit dan perlukan rest.  Tapi nak kata apa, lepas aku MC dengan kaki sakit tu aku gi beli tangga kat Giant sebab apa aku beli juga tangga ni, aku nak cuci kipas aku yang nampak berhabuk itam, aku benci tengok kotor tu. 

Satu lagi aku nak tukar mentol lampu buluh aku tu tak tukar2 sebab aku tak adak tangga, lagipun aku tak reti macam mana nak tukar.  Lepas gi tanya kedai lampu aku rasa aku sangat terer tukar lampu, aku rasa bangga woo, sebab dapat buat sendiri.  Next time tak yah la beli lampu canggih kalau tak tahu cam mana nak tukar yer, tensen juga aku bila mentol asyik terbakar saja, geram jangan cakap la everytime dia terbakar mesti lintar pintas kat umah aku tu.


Friday, December 16, 2011

Walkrace 12 Hour International

Lepas TIBI Run, aku gi Melaka plak, balik lepak kejap umah Fanim, rehat dalam sejam setengah kami bergerak ke Melaka.  Hari Sabtu biasalah Hway jem, so merangkak la juga, bila masuk simpang R&R Nilai ramai yang stop so panjang la jem sebab ramai nak masuk makan kat situ.  Rasa cam lama gak bila jalan jem2 ni.  Risau juga aku tengok accident pun banyak sepanjang jalan.  Ingat2 balik apa le aku wat keje bodo, gi jenjalan cam ni aku tak nampak nikmatnya pun, tapi semua orang ada minat tersendiri. So aku tak leh komen lebih2, cam aku main futsal kuku kaki berapa kali tercabut tak serik juga main lagi.  Sekadar experience aku suka mencuba, kalau best buat lagi kalau tak best cukup hanya sekali. 

Kami yang gi event ni, Aku, Fanim, Wan, Rehan, Emi dan of course ada geng TT yang masuk yang aku kenal la, Bro Azhar, Zul, Azlan, Cha bella, Azri, Irma dan Hanisah.  Ada gak wajah2 yang kukenali tapi aku tak tahu nama dia, budak TM pun aku ada nampak juga cuma aku tak kenal, Wan kenal la budak tu.  Bila nak start cam kelakor skit minah2 ni semua datang on time so nak cari bip la kecoh la sikit, tertukar la, tapi ending ok jumpa ja bip tu.  Aku jalan ngan Wan, Emi dan Rehan, Fanim biasa la buat individu.  Aku tengok pejalan2 kaki ni semua bersemangat kecuali aku ngan Wan jenjalan cam nak gi makan angin. 


Kami jumpa kat situ beramai2 kat registration lepak dan minum, lepas cari tapak khemah dan bina khemah.  Event start pukul 8.00 malam.  Aku tak ingat berapa aku buat antara 14 atau 15 loops je, lepas tu aku tak nak menyiksa betis aku dengan kekejangan muscle tergempaq tu, biasala bersukan akan rasa kejang muscle tu.  Aku cuma tak nak menyiksa diri aku, so Wan pun aku nampak dah sakit kaki so aku decide la nak stop ja, lepas stop aku rasa mengantuk sangat lalu aku baring dan lena saja atas simen tu tanpa rasa malu kat orang yang lalu lalang.  Ala bukan depan kenai aku pun, he he lantak la tu memang prinsip hidup aku as long aku tak kacau nko aku buat apa aku suka, jangan kondem2 aku ek, ada effect ka?


Campsite


Bina Khemah

Kami borak2dengan coach pelumba kaki Malaysia la kami minta ubat dia la, dia marah kami stop sebab dia cakap nanti malas, tambah makan la memang la aku rasa malas, rasa penat sebab bangun awai TIBI run pun tak abis gi.  He he memang malas dah makan kenyang rasa nak cari bantal saja. Rehan, Wan dan Emy balik awal, aku sambung sembang dengan Hanisah sebab aku tengok dia pun dah stop tak nak jalan dah.  Azri dan Azhar lena ja masa kami sembang tu, lepas tu depa dua orang bangun sambung 2 round gi kot, pas tu stop.Cuma malam tu aku rasa special skit coz ada gerhana bulan aku sempat snap photo bulan, esok pagi lepas breakfast kat Mc Donald, bersama2 aku, Fanim dan Azri balik KL bersama, Irma ngan Hanisah stay sebab nak jenjalan.


Before event start


Gerhana Bulan masa pukul 12.00 aku amik ni

Larian Amal@TIBI Run

Hari Sabtu lepas bersamaan 10 December 2011, aku and the geng masuk larian TIBI, bukan target apa2 oun, coz ni kali kedua aku masuk, masuk untuk support charity run yang aku rasa orang Malaysia tak berapa nak support larian sebegini.  Banyak yang suka berlari tapi lari untuk yang glem2 je, mana nak lari charity run ni, aku rasa Malaysian Government perlu educates la generasi muda untuk program2 sebegini. Dengan semangat aku bangun awal pagi, aku ni kalau dah bangun susah la nak tidur balik walaupun program ni start lambat untuk aku yang lari kategori fun run ni, last year masuk termuntah aku, sebab jalan yang bukit2 tu.

Aku as usual mana leh pakai t-shirt cover2 body mesti aku akan buka baju tinggal baju singlet ja kat dalam, ni dah memang tabiat aku bila bersukan, kalau tinggal sport bra lagi best, banyak udara masuk best sikit kalau berpeluh.  Tapi kan sekali ni aku nampak ramai plak orang melayu masuk, time bila aku nak buka baju aku ni, he he, sib baik Wan dah offer aku buang t-shirt letak lam kete so aku dengan selambanya buka. Kali ni aku, Rehan, Wan, Fanim, Kaulat tak macam tahun lepas, Shapiq and Nomi pun ada.  Tapi ada pertambahan dari Kak Noi, Ifa, Karimah dan dua tiga orang lagi yang aku tak kenal.


Bergambar before run


Aku dan Wan posing kenangan

Best lari kali ni sebab banyak kenai marshall yang bertugas, kalau dulu lari cam nak mampus naik bukit sebab tak tahu jalan sekali ni relaq ja sebab dah taw liku2 bukit.  He he.  Aku memang plan mau pakai skirt sebab skirt aku tu aku rasa cam selesa skit.  Lepas abis lari usha sana sini tengok orang yang aku nak tengok, he he he.  Kami gi layan makan nasi lemak kat Kedai Tang Ling, yang konon2 dikatakan sedap, pada aku tak sedap langsung, sib baik ada orang belanja sapa nama dia Tembun, aku tak kenai tapi geng product la. 

Over aku lepas lari, lepas buka baju dan kasut Adidas baru beli


Bersama geng TM


Geng TM budak baik yang ceria

 
Balik dari makan lepas umah Fanim, petang nak sambung gi Walkrace 12 Hours kat Melaka plak, dengan tak tidur aku dok main fesbuk guna laptop kecik aku bawa.  Mati la malam ni aku mesti kantoi coz tidur tak cukup.  He he apa2 pun aku buat semua ni juz for fun dan untuk menghabis masa lapang aku, tiada aku harapkan apa2 pun.  Bila rasa nak menyakitkan kaki tangan aku aku stop la, cam makan la jangan makan sampai buncit bila rasa kenyang stop la, sebab tu orang cakap aku makan main2..tapi tu akunya style la kalau tak boleh jangan paksa.


 

Thursday, December 15, 2011

Minggu Touch Up Rumah

Ada ka dalam demam2 aku gi amik MC, balik gi pejabat pos nak bayar duit pembentungan aku jatuh terduduk sebab kaki sebelah kanan aku masuk lubang.  Kaki aku ni memang reject dah masa main netball form six dulu aku terjatuh masa nak tangkap bola, tu la liar sangat jadi center padan muka aku, kaki aku ni dah berapa kali jatuh, semuanya bila masuk lubang la.  Malunya aku time tu tuhan ja taw, ada plak seorang apek ni mai sua tangan untuk aku bangun.  Terjengkek-jengkek aku masuk dalam pos ofis tu, tuhan ja taw betapa sakitnya kaki aku masa tu.  Aku gi amik mc ari ni ntah tiba2 aku rasa semacam ja badan masa bangun tadi 5.30a.m tadi. Demam apa pun tak taw, bukan demam sebab aku gi walkrace ni demam sebab aku tersampuk kot dalam mimpi. 

Semangatnya nak kemas umah sebab aku nak wat house warming, so kena la kemas umah sikit, erm tak leh la nak tunjuk apa aku buat sebab lambat lagi nak buatnya. Wah cam surirumah la kemas bilik, mop bilik, vacum, wadus patut arr bibik larik, penat gak wat keje cam ni oo. Banyak benda yang aku rasa macam kelakor sangat aku buat pasal rumah2 ni tukar mentol la, mentol lampu aku ni jenis apa ntah semua terbakar, mai dari China kot aku buka ja terbakar2 aku buka ja terbakar. So last2 aku decide beli mahai skit supaya aku tak susah nak menukarnya, terpaksa la beli tangga, dengan kaki2 sakit aku panjat tangga kalau aku jatuh terkangkang mesti orang kata sebab aku pi lari n pi jalan kaki. Punca utama aku beli tangga tu sebab aku jaki tengok kipas aku yang berhabuk hitam tu, hari ni dengan kaki yang tak ok dapat aku cuci kipas aku yang itam sikit berhabuk tu dan tukar lampu, jadi mekanik pula aku,  terer gak la aku ni kan.

Alhamdullilah hampir sempurna rumah aku cuma aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk bilik ketiga, aku tengah fikir macam mana nak reduce kotak2 dalam bilik tu, aku telah cuba untuk buang tapi rasanya semua benda masih berharga untuk dibuang.  Rasa cam nak buat bilik solat, tapi memandangkan rumah aku ni kecik ja so aku terpaksa fikir cara untuk minimize space la.  Tak pa la aku fikir later la untuk bilik ketiga ni lepas2 aku buat house warming la.  Target house warming aku New Year ni, so insyallah aku dah mula cari menu untuk buat makan2 tu. Nak masak aku tak pandai la nak masak banyak2 kalau untuk dua orang atau 4 orang ok la.  Aku boleh masak air ja la, dengan masak nasi lelain tak reti la, takut membazir la, kalau kat camping dulu aku memang tukang masak, depa cakap sedap ja kalau aku bancuh air. Air yang aku bancuh tu bukan taste aku, untuk depa aku bancuh gula sikit, kalau akunya teh sebenar manis la, aku suka minum air manis, ikut tuk aku la ni. 

Shoe rack aku kosong ja, kasut dalam kete berlambak.  He he so aku pun ambil dan bawak semua kasut aku tu dengan kaki aku yang sakit ku gagahi juga sebab tak moh la semak2 kete aku yang memang semak cam hutan belantara tu.  Pasrah ja la kete aku naik sorang, umah aku sensorang so kalau semak ke hape ke aku ja yang nampak kan...aku ja yang sakit hati..

Thursday, December 8, 2011

Minggu Penat dan Malas

Tak taw apa aku buat minggu ni aku rasa penat sangat, balik umah dah malas masak, beli kat kedai ja.  Hari Selasa dan Rabu aku ada training Analytical Thinking and Problem Solving, best gak dianya cikgu nama pun unik Mycho, sekali dengar cam Japan, tapi dia ni China Penang, Jelutong mai.  Masuk kelas dia aku tak mengantuk so pada aku kelas dia ok, banyak ilmu untuk brain aku dapat so, boleh perbaiki dan develop la kalau rasa nak jadi bijak pandai.  Kelas ni boleh dikatakan mengajar cara kita berfikir secara critical dan creative.  Info dia memang menarik aku suka, apa yang dia ajar, banyak info aku dapat, sebenarnya info ni dah sedia ada cuma kita perlu belajar dan rajin ja nak ikut apa yang dia cakap, aku suka cara dia ajar. 

Lepas balik training aku rasa sangat tensen, so aku gi berlari jap kat bawah tu lari wat pusingan kat gym tu 5 rounds and jalan dua round udah cukup untuk aku release sikit.  Aku jalan kaki dekat parking LG4 untuk hilang penat, kalau CCTV camera mesti pikir apa itu orang buat.  Nape otak aku sangat letih tapi aku masih nak layan exercise ni balik umah apa lagi, makan kedai la aku, minggu ni aku malas masak.  Hari Rabu aku tak layan jog ka jalan ka, aku balik umah dalam kepenatan balik training, singgah beli Zinger Burger KFC dan balik umah mandi tertidur lagi depan laptop. Penat cam keje kontrak ja aku rasa seharian training, may be banyak guna otak masa discussion group so rasa letih melampau.  

Ermm, ari ni aku tengok email, tarikh ke Korea dah ubah cam ne ni, aku nak tengok bunga sakura kalau tukar bulan Mei, so maksudnya tak da la bunga tu aku nak tengok Tapi intinerary baru macam ok sikit, aku reconfirm ngan Kak Su dia nak ikut tak coz aku risau gak takut dia tak nak, sebab duit deposit dia orang nak minta so kena bayar la esok last.  Aku on ja kalau dia tak nak pi, tapi thanks god dia nak gak ikut aku, so aku dah ada geng bilik la senang sikit aku tak yah risau partner bilik aku sapa lagi.  Hari ni aku exercise la sama cam ari selasa aku lari 5 round macam hari selasa, jalan dua round, tak nak paksa lari lebih2 walaupun aku boleh lari lagi, sebabnya tetiba semalam aku terjaga kaki rasa sakit tak taw napa, takut juga sat gi  tak leh nak jalan kat Melaka hari sabtu ni ja, dah la gatai masuk fun run TIBI tu, aku rasa cam tersilap la, tengok la kalau tak gi tak pe kot, marah depa kat aku. 

Aku plan nak gi kedai Adidas hari ni nak beli beberapa barang yang aku rasa nak beli la, kuaq ja kat jalan nak masuk Midbelly nampak jem sangat aku potong masuk kot Kerinchi balik terus umah aku.  Dalam hati frust nak mampus, bengang pun ada aku malas nak jadi kura2 atas jalan la.  Harap2 malam ni aku dapat tidur nyenyak seperti malam2 sebelumnya dengan terapi yang aku pakai dalam bilik aku tu, aku rasa cam fresh je bau benda tu.  Erm kena beli lagi la ..


Monday, December 5, 2011

Tengok Movie

Hari Sabtu seharian aku dok umah goyang kaki, apa pun aku tak buat. sejuk dan aku jadi malas, semuanya kerana tempias demam dan sakit kepala.  Ajak Malina gi tengok wayang, dia tak free, dia ajak aku Ahad, so hari Ahad la aku ajak dia layan.  Awal2 aku dah cakap aku tak nak cite melayu, bukan eksyen aku malas tengok cita jiwang2 ni dari awal aku dah cakap aku bukan jenis sentimental value, tak pandai la cite2 jiwang ni aku ni suka tengok cite action ja.  Tembak2, perang, lawan2 tu semua aku suka la cita merapu rapi mat salleh aku memang suka, X-Men tu semua siri aku tengok.  Kalau cita melayu aku suka tengok cite yang Awie and the gengs ja berlakon, senario boleh la layan skit.  Cita hantu aku layan sekali ja cita melayu kat Bandar Perda, Jusco.  Boleh kira ngan tangan arr aku layan cita melayu, walaupun aku melayu bab movie aku kurang skit la cita melayu.

Bila semua orang dok kata Ombak Rindu, best tak sikit pun terdetik aku nak tengok, sebab aku bukan pembaca novel kot, sebab tu tak pandai bermadah pujangga.  Kalau orang dok cakap 5 bintang ka, belum tentu aku kasi star kat filem tu sebab aku tak minat so tak adil aku nak judge filem tu berapa bintang.  He he kalau cita orang lain suka aku belum tentu suka, dan cita yang aku suka belum tentu orang sukakan.  Anyway aku ni minat lain skit dari orang lain so aku tak nak la compare apa yang depa suka ngan aku suka.  Janji aku layan cita action la, kalau transformer aku tak berapa suka sangat, cam nak lena ja aku tengok, tapi cita 'Real Steel ni lain skit ada unsur kemanusiaan, ada kasih sayang antara anak dan ayah, so aku teruja juga la dengan budak comel tu.  Walaupun cita ni tak logic tapi tengok robot menari aku rasa sangat comel, macam betul pula. 

Sebelum pi tengok wayang aku hanya sempat cuci bilik air saja, masak pun idak, aku gi amik Ina pukul 2.30 konon2 nak jalan2 dulu before tengok wayang, tapi sebab kena que lama sikit amik tiket, so aku decided lepas tengok wayang la aku gi kedai2 tu.  Kami tengok movie kul 4.35pm, Lepas tengok wayang, aku ajak Ina gi masuk semua kedai sport kat Midbell tu, aku nak beli beg sebenarnya, tapi bila masuk kedia tu aku rasa macam semua nak beli terutama kasut sukan tu, memang cantik woo, aku jarang suka kasut color tu, tapi kali ni rasa cam terminat plak.  Tak pa aku rasa kalau dah ada minat kena beli la, insyallah kalau dok ingat siang malam kena gi amik gak la.  Tengok skirt mau, tengok singlet mau, tengok sweater mau, tengok reket squash mau, tengok suaq pendek main futsal mau, tengok track suit mau...last aku kuaq loi ja kalau layan nafsu membeli aku mau dua tiga kali aku mai beli kat sini.  Nasib baik ada member kalau idak aku dah rembat la, sebab dia cakap tak yah la membazir so aku tak beli la.  He he aku memang kalau beli barang sukan gila sikit, kalau make up aku tak beli pun tak pa sebab aku tak suka make up. Lepas masuk semua kedai yang aku target, kami nampak Christmas garden, snap pic skit tengok cantik n then aku hantar Ina kat ofis, kami pun balik...




Apa Yang Ada Pada Aku

Semakin aku lari semakin dekat tak keruan aku dibuatnya, aku berusaha lari aku berusaha menepis tapi tak terdaya, kenapa yer.  Apa yang ada pada aku yer, aku pun tak faham dan aku rasa kagum juga la dengan sikap tak mudah kalah hero ni.  Aku rasa dia memang layak dipanggil hero la sebab, aku dah delete memori datang lagi, datang lagi datang lagi, oooh sampai bila ya, aku nak jadi cam ni.  Tak pernah pun aku bercinta dengan mamat ni, tapi aku salu ingat dia setengah mati.  Kalau ikut logik, banyak menda yang tak logik pada aku, ermm macam2 la kan cite kat orang malu apa yang aku rasa dan aku alami ni.

Kalau betul dia suka aku kenapa muncul dalam mimpi ja, tak muncul depan mata.  Kalau betul dia suka nape tak cakap betul2 malu ka, sebenarnya aku ada la suka sikit kat mamat ni.  Terer gak la mamat ni kalau salu leh masuk lam mimpi aku, apa yang ada pada aku ek, yang wat dia asyik masuk lam mimpi aku, ni yang wat aku fikir sesangat la ni.  Tak la sampai fenin aku fikir cuma fikir punya fikir sampai tak leh tido malam2 la kot.  Dia ni main2kan aku ke hape ni, aku cam tak terfikir sangat la dia syiok gila ngan aku, bila aku pandang dia hari tu dia tak nak plak tengok muka aku.  Aku memang confuse betul ka dia suka aku, kalau dia suka nape dia wat tak taw ja kat aku. 

Nak ja aku tanya pada dia, apa ada pada aku, tapi cam mana aku nak tanya dia, kalau aku tak nampak pun ciri2 dia suka aku.  Kalau dia ada cakap dia suka aku aku, aku rasa sedap skit hati ni asyik jumpa lam mimpi ja cam ne nak percaya dia suka aku. Asyik berdebar2 saja ingat sama dia tapi depan aku dia wat tak taw saja.  Tak tahu la dengan sapa dia suka sebenarnya dengan aku ka dengan awekss2 dia keliling pinggang tu.  Hu hu jelez la plak aku ni, tak pasai2 plak rasa cam nie, kadang2 aku nak je ignore dia dari idup aku, tapi tak boleh plak, ilmu apa dia pakai, wat aku gila bayang separuh mati.  Aku delete ada ja, muka dia depan mata..memang nko pria terhebat la saat ini walaupun...walaupun apa yer tak yah la war2kan kat sini..aku tewas.  Aku pun tak tahu apa yang ada pada aku...tuhan tolong aku..


Saturday, December 3, 2011

Bosan Wei

Aduhai kalau tiap2 bulan cam ni mati la aku wei, kalau dulu aku elok je, tak le kena penyakit ni, ni dah jadi routine plak bila period badan lesu, seram sejuk semua ada, kena tidur pakai gebar tebal.  Dulu kebal ja, bila mai period elok ja dok meloncat main netball, pi sana sini la ni aku tewas, aku dah lemau, hish apa pasai aku jadi cam ni hah.  Soklan yang aku sendiri tak leh nak jawab.  Bosan la kalau asyik demam bila period ni, hish cam mana aku nak gi jenjalan ni, nanti kenkawan bosan jalan ngan aku, automatic aku diam membisu tak berapa nak layan orang sangat.  Tengok orang yang aku tak berapa berkenan terus pusing muka, adus kesian orang tu, berdosanya aku.

Semalam aku sakit kepala tiba2, memang la aku salu sakit kepala, tapi tak tau la semalam masa tengah drive nak balik tiba2 sakit pala yang dahsyat menyerang aku.  Sampai ja kat rumah aku terus baring, sedar2 pukul 3.30 pagi, bayangkan la dari pukul 7.15p.m aku lena sampai pukul 3.30 pagi.  Dasyat kan, dengan tak mandi tak makan, yang aku nampak lepas buka mangga rumah adalah bantal.  Risaunya aku dengan penyakit simple yang menggugat hidup aku ni. Sikit2 nak demam, sikit nak demam, huh tak kuat dah la aku ni, dah tua agaknya sebab tu asyik tak kuat ja.  Jangan ada sakit lain udahlah aku tak nak la siksa body aku saja.

Awal pagi aku bangun masak sup ayam dan masak nasi, untuk cover makan ubat, lepas makan ubat aku rasa tak dak kesan pun.  Sebab tu aku malas jumpa doctor, kalau jumpa pun ubat tak memberi kesan langsung kat aku.  Silap la hari ni aku masak sup guna perencah adabi, aku rasa tak sedap la, sebenarnya aku suka masak sup cara biasa saja, sebab lagi sedap pada aku la, kalau guna perencah tu aku rasa keras sangat bau dia, so hilang selera aku.  Erm tak pa next time aku masak cara aku masak sup salu tak yah guna perencah2. Berat kepala aku makan ubat pun tak baik, nak tidur pun tak lena, nak kuar umah pun malas, kaki macam terikat saja kat rumah yang membosankan ni.  Tengok TV pun tak best, nak wat apa pun tak best, semua period punya pasal...eeei menyampahkan jadi pompuan.



Friday, December 2, 2011

Tidur Jaga Tidur Jaga

Nape orang senang je tidur, aku nak dapat tidur lebih berejam2 kena sakit makan ubat barulah dapat tidur dengan aman. Kenkadang aku rasa cam burung hantu pun ada burung pungguk pun ada, nape la routine tidur aku tak menentu, nak kata ada hantu lam umah tak dak la plak.  Setiap kali terjaga terasa seperti diseru untuk bangun tidur, he he kelakarkan, kalau sapa rasa cam aku rasa baru la dia tahu nape aku asyik on je FB, ni adalah antara aktiviti yang aku terpaksa buat untuk mengelakkan aku berjegil mata dari tak buat apa2.baik aku layan fesbuk, tapi kenkadang yang berjaga tu adalah beberapa kerat ja, abis apa aku buat main game je le.  Tu yang aku tak dak masalah bangun awai walaupun aku tidur lewat, semua ni cam pelik kan, tuhan ja tahu apa yang sedang berlaku pada aku. 

Kenkadang aku fenin kepala. depa kata sebab aku tidur tak menentu tapi aku rasa tak la, sebab dah lama sindrom ni, fenin kepala aku datang certain time ja.  Aku elok je boleh gi mana2 bukan ada masalah pada aku walaupun tido aku schedule tak teratur, kalau nak kata gangguan hantu syaitan rasa cam tak logic, coz aku tak rasa ada hantu pun dalam umah aku.  Kalau hantu minat aku, tu aku tak taw la, padan muka aku ja la.  Hantu oh hantu nape la nko nak kacau aku, banyak lagi orang lain pi la kacau, aku nak tido pun tak senang, kalau kulit dan muka aku tak lawo, sapa nak jawab aku gak yang tanggung semua ni.  Ya allah hindarilah aku dari gejala2 yang tak elok, aku tak nak bertafsir lagi, aku dah letih, letih fikir letih berhati semua aku dah letih.

Semalam aku cuba untuk tidur awal, tak sampai setengah jam dah terjaga, aku paksa gak mata tidur, sian aku macam tak menentu aku jadi burung hantu kenkadang jadi burung pungguk rindukan bulan tapi ni dah kurang sebab ujan bulan tak muncul la.  Tiada gangguan jiwa kacau lagi, alhamdullilah, tiada mimpi2 yang menakutkan lagi untuk minggu ni yang mana wat aku resah dok tafsir apa maksud mimpi aku.  On off la mimpi ngeri aku, tapi selagi tak memudaratkan aku, aku ignore je.  Tak tau la ada secret admire dok puja roh aku kot, ha ha ni teori paling kelakar yang aku dapat fikir.  Ada gak resah jika fikir pasal gangguan jin atau saka, aku banyak gak terbaca antara tanda2 gangguan jin, sesetengah gejala tu ada gak masuk lam mimpi aku.  Tapi aku malas fikir lebih2 sebab kalau fikir aku akan fenin kepala satu hari, dah la aku dok sorang sat gi takut la plak.


Thursday, December 1, 2011

Impian Nak Direalisasikan

Yippieyay, yippieyay, harap2 jadi la, tetiba kak Saadiah message ajak gi Korea.  Banyak negara dah dia ajak aku, lepas balik Beijing, terpaksa aku reject, dia ajak gi NZ, dia ajak gi Europe, Vietnam dan Bangkok.  Tapi tak leh la kena amik cuti lama this year cuti aku lepas Julai dah abis la.  Memang aku tunggu trip gi Korea ni, ajak kenkawan endah tak endah jawab email, so walau apa pun terjadi aku on je.  Kakak2 yang gi Beijing banyak gak follow trip ni, so aku tak dak masalah aku dah kenal depa, masa aku sakit kat Beijing depa semua jaga aku elok ja, amik berat macam adik2 depa.  Aku bukan sakit apa, kulit muka aku tak tak tahan dengan kesejukan Beijing yang melampau tu masa time aku pi tu.  Lagi satu masa gi sana aku period kat sana, memang la teruk dengan sejuk lagi, dengan asyik makan sayur ja, aku happy ja gi sana, walaupun terkandas satu hari. Perut leper gila asik makan sayur ngan teh cina ja, sampai aku rasa nape la aku mai Beijing ni dah la sejuk tahap gaban aku rindu Mesia, aku rindu nasi lemak aku rindu teh tarik.  Alhamdullilah aku masih sayangkan Malaysia.

Memang aku ada niat dan nekad nak juga habiskan negara kat Asia Tenggara before aku gi barat, so target aku memang la Korea dan Japan.  Sebenarnya negara idaman aku adalah Japan, cuma aku perlukan kenkawan untuk menjejak ke sana, tak semua orang suka dengan Japan cam aku suka, aku suka Bunga Sakura Japan, tapi kat Korea pun ada cuma bila sebut bunga sakura Japan punya bunga lagi best kot.  He he aku rasa tak sabar nak jejak kaki kat Japan, insyallah selagi ada nawaitu dengan keiizinan dapat juga aku menjejak kaki ke sana.  Dengan keadaan Japan sekarang asyik dilanda malapetaka saja, so aku lupakan niat dulu untuk jejak kaki ke sana, insyallah aku tetap akan melawat Japan, ini janjiku. My best frenz, of coz from Penang ajak gi UK next year coz cousin dia ada kat sana, so before dia balik abis further study dia suruh gi jenjalan, so aku diajak untuk ke sana, insyallah kalau ada rezeki, dapat duit umah terbengkalai aku ikut la yer.

Korea oh Korea, kalau ikut pakej tu, aku dah cop nama la, kalau kenkawan yang aku ajak x nak pi, aku on je gi.  Pakej RM2788, pada aku murah la ni time springs so dapat la tengok bunga2 yang cantik di sana nanti.  Kalau pergi negara2 cam ni aku suka gi ngan pakej bukan berlagak cuma kenkadang adventure sendiri wat kita penat skit sebab terpaksa wat research sendiri before jejak sana, kalau ngan ejen semua disediakan, dijemput, dibawa ke mana2 senang la pada aku.  Harap2 jadilah pakej Korea ni, aku bukan apa sebab aku rasa dah lama sangat aku pendam nak melawat Korea ni.  Macam aku pendam nak lawat Beijing, China dan Hong Kong, insyallah jika ada nawaitu impian kita akan terlaksana antara cepat dan lambat ja, alhamdullilah untuk aku sekirannya dapat pergi cepat.

Sebenarnya aku amat berharap dapat gi umrah dulu before gi Korea, insyallah kalau diberi peluang.  Lepas tu baru gi Korea, dan ada lagi negara aku teringin nak gi, Vietnam, Australia dan New Zealand, sabar yer, insyallah impian anda akan terlaksana jika ada rezeki


Exercise Untuk Sesuatu

Oleh kerana nak masuk event jalan kaki 12 jam kat Melaka 10 December ni, aku yang malas exercise ni terpaksa la juga wat2 rajin exercise. Sebenarnya aku tak la suka sangat kalau badan fit keras jalan tegak semacam, especially kalau aku kerap main futsal. Kalau aku salu aerodance bontot naik, erm bila jalan rasa cam bontot ke belakang la plak menonggek.  Tempat idaman aku untuk exercise adalah Tasik Perdana coz aku salu kalau lari seround pusing pun dah berpeluh sakan, tapi tasik ni bahaya skit kalau lewat petang, now dah la cepat gelap so aku terpaksa la ubah destinasi exercise aku kat Tasik Titiwangsa. Lepas exercise boleh makan rojak.  Tasik Taman Jaya paling aku tak suka bau longkang pas tu banyak muka cam orang tak betul ja.  Tempat lain aku lum explore lagi, may be area umah aku ada taman yang best cuma aku tak taw ja.

Hari Ahad aku tak exercise coz aku dah jalan kaki gi Padang Merbuk gi tengok kengkawan lari, so masa berjalan dari Putra Masjid Jamik dan berpeluh sakan.  Hari senin aku gi exercise kat Tasik Titiwangsa, walaupun kenkawan cakap ujan, aku tekad nak gi jugak.  Buat seround pun jadi la sebab aku mesti fitkan kaki aku untuk jalan tu.  Belum ada kes la aku bersukan sampai pengsan, tapi kena la jaga juga, nanti tak macho la ambulan bawa, hik2, malu la kan. Petang ni aku nak sexy skit so aku pakai skirt pendek je, nak jenjalan dan lari, tapi cam tka leh nak lari ja, banyak orang sangat dok berasmara dan berpicnic, ada yang sambut birthday.  Aku amik masa gak nak mula lari, so aku praktis jalan ja dulu kat tempat orang ramai. Aku nampak ramai gak orang jog petang tu so  best la skit ada geng nak jalan n lari. 

Bila aku tengok ada yang jalan lenggang lenggok mak Limah aku naik meluat la, tak kira la pompuan2, ka couple ka coz dia halang jalan aku, so aku bersemangat la lari untuk elak dari depa dok bergebang2 kat jalan tu.  Bila aku sampai kat kandang kuda, Fanim call ajak makan kat kedai Korea kat Ampang so aku pun setuju la, coz aku nampak hari dah mula nak ujan balik.  Lepas ja cakap ngan dia aku pun jalan laju la sikit sebab nak habiskan satu pusingan jalan lari aku tu.  Lepas ja kedai rojak pertama tu aku rasa ramai plak orang lari kat belakang aku, banyak lelaki la, aku pun elak la so depa jalan dulu.  Senyum2 la plak kat aku cam aku kenai depa, ada seorang lelaki ni aku rasa cam 40an la dekat 50 umur macam ikut bontot aku ja, ni wat aku rimas, aku tengok ja perangai dia, dia tak potong2 aku.  Aku nak marah ni, apa lagi dia ikut tengok bontot aku ka, aku pun lari selaju2nya tanpa toleh belakang lagi.  Ha ha padan muka pakai skirt sangat, bontot cam itik terkedek2 jalan.  Sampai kat kete tukar kasut, beli rojak bawak gi makan kat Kedai Sweet Tree ngan Fanim. Tasya pun datang dia nak gi urut badan.  Balik aku tak terer la sebab gelap so nampak ja AKLEH aku masuk jem, nampak KLCC baru lega aku selamat tak sesat. 

Hari selasa bawa baju nak jalan kat opis, tak buat pun sebab aku kesejukan, la ni akunya lokasi exercise kat opis ja, kat area gym, lari dalam 5 round jalan dua round dah cukup untuk aku exercise kuarkan peluh, last week aku buat gak.  Nak gi taman lewat petang tak sempat cepat gelap bahaya.  Semalam aku lari 5 round gak kat opis, jalan pusing menara 2 round, kenkawan tanya buat apa, aku selamba ja cakap, belajar berjalan sambil senyum dan blah.  Tak yah cakap lebih2 sat gi banyak menda nak kena explain..hu hu, bukan target nak menang hadiah pertama cuma tak mau pengsan ja.  Dah banyak malam aku gigil kesejukan cam nak demam ni bukan sebab aku exercise, ni simptom biasa aku period, teruk selimut kesejukan cam demam.  Nasib baik aku tak marah2 cam kenkawan lain kalau nak period, aku jenis jadi lemau dan diam ja.  Tengok makanan pun tak selera tengok, jadi bengong pun ada, badan biasa la nak lentok2 kat meja keje.  Dulu idak la cam ni tak taw pasai pa jadi cam ni...

 


Nike Run 27 Nov 2011

Kalau diberi pilihan antara lari dan main futsal of coz aku pilih futsal atau netball.  Berbeza ngan kawan2 aku yang gila lari.  Kenkadang aku terfikir apsal la depa ni suka lari sangat, kepuasan cam mana tu, kalau jogging sihat badan aku terima la, ni lari satu Malaysia, tak dapat apa pun ni yang aku tak faham, kalau yang memang kuat tu adalah menang hadiah, tak semua la menang. Apa2 pun aku rasa untuk self achievement je kot, kalau yang kuat tu kat finishing line steady je, tapi sebaliknya muka sekoq azab la kesian plak aku tengok.  Biaq pi la depa janji depa happy dengan apa yang depa wat.  Tapi aku la peminat setia depa dok snap pic depa depan finishing line, ramai yang tanya nape aku tak lari, apa aku nak cari alasan ek, next time la next time la, sebenarnya aku tak minat la lari2 ni baik aku gi jenjalan ja tengok negara orang ni aku minat la, perabis duit memang la minat.

Actually aku plan nak gi Cameron Highland ngan kenkawan geng futsal, atas sebab2 tertentu aku cancelled tak gi trip ni, tapi kenkawan aku teruskan.  Cuti banyak ari apa nak buat, tengok kenkawan lari la n snap pic depa kat finishing line ni aku suka coz dapat tengok ramai orang, walaupun kena bangun awal ni bukan masalah pada aku, coz ari2 aku bangun kul 5.00 pagi.  Aku park kete kat Menara TM, amik Putra LRT, jumpa Shapiq kat Masjik Jamik, so kami jalan ke Padang Merbuk, dah lewat tak leh bawak kete, sat gi parking tak dak.  Dulu masa kat Adidas Run, aku kuaq umah pukul 4.30 coz jalan tutup, walaupun dekat je Bandar Sunway ni ngan umah aku, kena kuaq awai sebab nak dapatkan parking.  Atas nasihat Shafiq aku naik Putra LRT ja, weekend schedule dia cam lewat sikit, so terpaksa tunggu dalam 10 minit gak la untuk ke Masjid Jamik. Kesian Shafiq tunggu aku lambat terpaksa dia berlarian nak ke Padang Merbuk, aku slow sikit sebab aku tak masuk event tu.

Sebelum runners sampai


Tak sampai sejam tunggu kat finishing line, banyak betul awang itam masuk run ni, memang la menang kaki pun lemak tak dak, pecut laju la.  Hish ada dekat 10 ekoq aku nampak campur laki dan perempuan.  Alhamdullilah akhirnya ada juga pelari dari Malaysia Din Sofea yang sampai cepat dekat finishing line, banggga gak aku sebab orang ni aku kenal la, walaupun aku tak pernah nampak real tapi aku kenal la dia salu active dalam Group TT.  Banyak gak runners yang aku kenal cepat sampai antaranya Tham Yoke Hoon, Kam Kasturi, Zul dan ramai gak la nak tulis pun tak abis.  Irma antara orang TM yang sampai cepat gak, lepas tu Shapiq.  Banyak gak artis masuk run ni, yang aku nampak dan kenal hanya Faizal Ismail Hot FM, kalau yang lain aku nampak tapi tak kenal nama la. 


Runners dah sampai

Ida dan Shafiq


Aku dan Azura


Shafiq, Kaulat dan Nomi


Fid, Hasni, Wani, Nomi dan Shafiq


Lepas snap2 gambar depa kami gi makan kat Setiawangsa, breakfast la ni, jauhnya aku gi breakfast hujung station Putra LRT tuh.  Lepas makan balik umah rehat jap, before kemas2 umah lagi.  Erm yang paling best aku rasa nampak oren ke merah ntah kat Padang Merbuk tu. 

Monday, November 28, 2011

Tuhan Tolong Sedarkan Aku

Apa yang berlaku pada aku dan apa yang berlaku di sekeliling aku banyak mengajar aku erti sebuah cinta.  Tak semua orang faham apa yang terbuku di hatiku tentang cinta, mungkin kecewa dengan masa lampau buat aku berat untuk bercinta lagi. Melihat ahli keluarga dan teman2 rapat yang dikecewakan sedikit sebanyak mempengaruhi aku tentang cinta.  Kenapa aku takut nak bercinta, adakah mungkin kerana malu atau mungkin takut dikecewakan, segalanya mungkin.  Menyelak buku2 cinta aku, semuanya cam hampes dan amat mengecewakan aku.  Mungkin terlalu percaya dan terlalu sayang wat aku gila bayang separuh mati.  Sedikit rasa kurang percaya aku cepat melangkah pergi, prinsip aku tak suka ditipu, memang nampak cam aku melayan ramai lelaki, tapi bab2 cinta aku setia pada yang satu.  Tu yang lelaki tak tahu cemburu saja pada aku, ada juga perempuan yang gusar pada aku kalau aku melayan bf atau laki depa.

Nak mencari cinta di usia sebegini wat aku senyum sendiri, kalau nak bercinta dua tahun lagi, buang masa ja kan.  Unless putera katak terus melamar ajak menikah, itu aku setuju la, malas la nak ulang2 cemburu buta, nak spot check kekasih hati, nak bergayut di telefon berejam2, last2 bila gaduh kutuk mengutuk, ungkit mengungkit cam tak pernah bercinta.  Frust berhari2 tak makan, menangis tiga hari tiga malam, mata sepet menjadi semakin kecik, last2 nak kuar rumah malu.  Sakit kepala menangis tak abis, kena makan ubat sakit lagi. Lepas dua tiga hari elok la aku leh gebang2 cam biasa, ha ha, cam ni la aku ubatkan hati yang luka, gi shopping baju2 mahal, beli barang branded, puaskan ati aku.  Macam la leh show off kat jantan tu kan, ni memang teknik bodoh aku yang aku rasa sangat pandai dulu, perabis duit sebab frust.

Aku hanya mampu menyukai seseorang dari jauh, kenkadang aku conpius betulkah apa yang aku rasa ini sama dengan apa yang dia rasa.  Tapi aku selalu berfikir dan terus berfikir, betulkah dia suka aku, kenkadang macam tak logik aku fikir semua ni.  Kerana logik dan akal fikiran hasil rumusan aku yang belum pasti betul atau salah, aku selalu rasa kecewa sendiri.  Sikap aku yang suka menarik diri supaya tidak dikecewakan lagi kenkadang makan diri aku, cam ne aku nak cakap kat orang aku tak sanggup frust menonggeng lagi la.  Aku sanggup kecewa sensorang, ermm jelez juga kan aku ni, tapi dalam dendiam la.  Selalunya orang tak tahu aku ni jenis pandai cover line gak, walaupun kecewa boleh wat selamba.  Kenkadang boleh wat orang tu lagi cemburu dengan cara aku. Bestkan balas dendam cara psiko ni, ni la cara aku yang mana aku salu fikir betul cara ni untuk pujuk hati yang lara. 

Oh tuhan tolong sedarkan aku bahawa aku perlu berubah jika ingin bercinta, aku perlu romantik dalam cinta2 ni, tapi mampukah aku nak wat semua ni.  Yang aku paling tak sanggup nak memberi hati aku kat lelaki, ni cam ne aku nak handle ni, yang ni la aku rasa paling kritikal kena jumpa doctor love la untuk masalah ni, atau kena masuk class bercinta lagi. Kenkadang bahasa cinta ni indah dalam tulisan sahaja, tak tahu la benar2 berlaku kat luar, kalau ye berlaku alhamdullilah mungkin boleh aku beri cinta aku kat orang yang cinta sangat kat aku.  Tapi cam tak logikkan, betulkah, banyak lagi orang lain yang lawa, aku ni jahat takkan kot, ayat2 tapi ni salu aku suka ambil kira may be tu yang menyekat cinta aku kot.  He he, aku dah lama terfikir kalau orang ajak aku kawin nak ja aku terima pejam mata malas nak bercinta2 lagi... Tapikan ha guna ayat tapi lagi, nape lelaki yang suka aku malu nak cakap dia cinta aku, apa plak aku kena cakap aku cinta dia, erkk ni aku rasa memalukan aku kan ..betoi dak..tak patut tak patut, tak adil bagi aku bila jiwa kacau kena gi jalan taman kena gi jogging nak hilang rasa debar di dada. Ha ha memang sadiss..




Sunday, November 27, 2011

Harimau Malaya I'm So Proud of You

Tiada ungkapan yang indah, selain bersyukur atas kejayaan pasukan bola sepak negara, menang bola semalam.  Alhamdullilah setelah menempuh pelbagai rintangan dan tohmahan dari penyokong-penyokong di sana kita masih mampu mempamerkan permainan yang baik.  Aku yang dari awal menonton permainan pasukan Malaysia, pasukan Harimau Muda memang tak pernah miss tengok setiap game yang dia orang main.  Banyak juga kritikan dari rakyat Malaysia sendiri, tapi pada aku sebagai seorang peminat sukan tidak perlu kritikan2 yang mendownkan semangat player2 tersebut.  Aku rasa pengkritik2 yang lahir dalam facebook atau di kedai kopi hanya tahu erti bola semasa menonton perlawanan, dia orang ni tak dak semangat kesukanan.  Dalam game susah nak jangka apa yang berlaku, so tak perlu la kritik sangat, may be palayer tu nervous sebab tu dia gagal mempamer corak permainan yang sebenar.


Simbol Harimau Malaya

Aku amat bangga dengan Harimau Malaya muda ni, walaupun pelbagai caci dan maki dari penyokong tuan rumah, tapi masih berusaha untuk menaikkan nama Malaysia.  Semangat kesukanan yang tinggi, walaupun rintangan yang begitu teruk semasa hendak turun menentang pasukan tuan rumah.  Entah cam mana ramai gak penyokong yang tak confident dengan kebolehan mereka untuk menentang pasukan tuan rumah, tapi aku confident.  Dari apa yang aku observe terdapat semangat juang yang tinggi dari pasukan Harimau Muda ni dari segi untuk menyerang semula, bukan game dengan pasukan tuan rumah Indonesia, hampir kesemua game yang aku tengok.


Harimau Malaya kebanggaan semua

Kalau ada yang kutuk pasukan Harimau Malaya aku memang marah, coz aku rasa bukan mudah untuk dia orang berhadapan dengan pasukan lawan tak kira dengan negara mana Singapore, Myammar atau pasukan tuan rumah mereka seakan2 dipulau oleh seluruh rakyat Indonesia yang bertindak menyokong pasukan lawan Harimau Muda.  Dia orang terpaksa bertahan dari segi mental dan fizikal, memang bagus la semangat nkorang aku salute la.  Kalau yang mengumpat apsal tak dapat score tuh memang, itu memang adatla kan main bola kalau setiap bola dapat score, mesti orang tak main bola sepak kan.  Aku tak faham la kenapa nak kutuk player over sangat, aku rasa orang tu pun bukan pandai sangat main bola, kalau idak udah tentu dia wakil gi main kat Sukan SEA ke sukan mana2 dulu.

Ong Kim Swee Jurulatih idaman Harimau Malaya


Bermain dalam jangka yang agak lama pada perlawanan akhir memang sangat mendebarkan semua penyokong Malaysia, sama ada yang tengok kat rumah, kat kedai kopi, kat stadium ka.  Sudah 120 minit mereka bermain sedikit keletihan terbayang di wajah mereka.  Sepakan penalti yang telah menentukan Malaysia menjulang piala emas dalam sukan SEA dan sekaligus dapat mengekalkan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.  Kalau dahulu Harimau Muda dibimbing oleh Datuk K.Rajagopal, kini Ong Kim Swee.  Sebenarnya pada aku amat berbangga kerana pasukan Malaysia yang berjurulatihkan orang Malaysia bukan jurulatih import masih mampu menyerlah dalam sukan bola sepak sekaligus menjadikan sukan ini digemari semula oleh rakyat Malaysia.  Pengalaman Ong semasa beliau digantung dalam perlawanan semasa membantah terhadap anak buahnya yang didakwa dikasari oleh pasukan Myammar, cukup membuat pasukan negara kita tertekan.  Alhamdullilah berkat semangat kesukanan dari pasukan Anak Muda bukan saja aku malah semua rakyat Malaysia amat berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan. I'm very proud of you anak muda Harimau Malaya..

Video penalti antara Pasuka Harimau Malaya dan Indonesia.



Mengapa Lelaki Kenkadang Membosankan

Tak kira la lelaki mana pun kenkadang aku rasa, lelaki ada satu perangai yang wat aku bosan, that's why aku tak kisah kot ada pak we ke tak dak pak we. Aku tak tau la lelaki plak, adakah depa rasa pompuan membosankan.  Yang aku rasa membosankan kenkadang dari segi thinking la, bukan aku nak cakap aku modern ke apa, cuma ada sesetengah lelaki aku rasa berlagak cam bagus sangat.  Pompuan semua tak boleh depa semua boleh, kalau aku cakap lebih sikit, mula la depa berlagak alim, hish jangan lah ortodok sangat dah la muka ortodok, dari segi cakap pun cam orang zaman batu plak. 

Kenkadang aku rasa lelaki membosankan bila berpura2 cam alim sangat2 tapi sebenarnya solat pun tak berapa cukup.  Bukan aku dok monitor orang tapi aku cuba observer dari apa yang aku nampak, ada yang bercakap pasal agama bagai nak rak tapi certain area, bab2 keje ada gak aku tengok cilop.  Kalau betul dia alim taat sangat tentu dia tak buat cam tu.  Ada juga yang berpura2 alim tapi tengok pompuan 360 darjah, leher pusing cam Mas Idayu nari dangdut.  Ada juga yang bercakap pasal agama sangat la terer tapi dia sendiri suka cakap lucah.  Ada juga yang suka kata orang pakai sexy tapi time kena kat anak bini, adik beradik wat2 tak nampak.  Ni yang aku suka nak bantai direct ni, kalau kata aku pakai sexy soh tengok sedara dia dulu.

Ada juga orang lelaki yang kuat mengata orang yang mana pompuan sendiri tak tahu pun dia ni kaki mengata, kalau dah join baru la tahu, kuat mengata ke idak.  Kalau mengutuk kalah joyah, tapi depan pompuan2 tu dia cam tak pernah kuaq satu perkataan untuk mengutuk depa.  Aku agak la kan lelaki cam ni mesti kat umah kawan ngan bini dia ja that's why dia pandai mengumpat pompuan, coz aku rasa ayat dia anyam tu memang ada sebijik cam pompuan la. Kalau pasang tape sedap la dengar cam dia bagus benar, cam dia tu mulut ayam ja.

Kenkadang aku rasa lelaki membosankan bila aku rasa dah meluat kat depa, barulah dok call2 aku.  Aku pun tak tahu apa dia nak dari aku, dok call tiap2 minggu cam gila talak.  Dok tanya bila nak jumpa, bila nak jumpa, hish cam biol pun ada, ingat aku suka sangat ngan dia yang dah kerepot tu.  Aku pun pelik lately ni, pehal dok nak jumpa aku, banyak pompuan lain pi la cari.  Ada gak kategori lelaki yang aku meluat, bila mula2 nampak cam suka ja kat aku pas tu wat bo layan, ni kategori apa nak panggil hah.  Aku pun tak tahu, style cam ni yang wat aku biol plak, he he.  Aku rasa dia tak suka sangat la kat aku kan, padan muka aku, eskyen sangat, tengok dari jauh ja la....sob, sob, sob

 

Sunday, November 20, 2011

Aku Yang Lemau

Awal pagi semalam aku dah rasa kurang sihat, masa nak gi main futsal tu aku ingat sebab malam tak makan nasi sebab rasa lain macam saja.  Awal2 pagi aku masak nasi dan sambal tumis telur makan dulu untuk back up stamina nak main futsal tu.  Lepas makan rasa kuat skit, minum air untuk kuatkan tenaga so aku rasa confident skit nak main semalam.  Aku salu cam tu kalau cakap demam kat orang tapi kalau futsal punya time aku terus tak jadi demam.  Lepas masukkan baju dalam washing machine, baju2 yang masam2 berpeluh main futsal, aku mandi terus tidur. Bangun aku dah rasa badan lain macam, terus makan ubat tapi cam tak berkesan, layan bola Malaysia lawan Myammar pun rasa cam tak best ja.  Solat entah kemana 7.40pm aku dah berkubang atas katil. 

Sedar-sedar aku rasa aku dah lena 6 jam, dekat pukul 2.a.m aku terjaga, badan memang rasa penat.  Aku demam terkejut kena rembat ngan budak2 lelaki agaknya.  First time la kena rembat bola dengan jantan, memang padan muka aku sebab main futsal ngan budak2 jantan, nak berebut dengan depa, alamat kena layan cam jantan la.  Balik kat umah baru aku rasa sengal-sengal badan skit2 ja, pagi ni aku rasa banyak tempat aku sakit, tempat kena das kaki aku, tangan aku.  Bongok la jantan2 ni nak menang pun agak2 la, macam la aku ni pemain dari negara lain, dah tu bukan sejenis plak tu.  Walaupun aku mengganas masa main futsal, tapi aku rasa sakit cam pompuan la wei.  Budak2 pengkid dari company mana ntah main cam pompuan gak, gaya rambut tercacak cam jantan, hampes nak tendang bola pun takut, ngan aku yg feminin ni nko taram rembat, tolak plak tu, tahu tak aku dah demam terkejut ni.  Hish apasal aku demam ni, manja plak la dok demam2 ni, lemau satu hari ni wei.

Dalam lemau2 ni dah malas nak kuar ingat nak makan mee rebus petang tadi, tak jadi plak.  Dari pagi aku lemau tapi sempat gak masak maggi goreng, masak sardin, makanan yang aku nak makan semua kena kuar, so makan ja la apa yang ada dalam umah.  Elok gak la aku lemau so boleh aku jadi surirumah hari ni, lemau2 aku pun dapat gak aku kemas dan lipat baju2 aku yang dah lama terbiar tak berlipat, baju aku yang aku basuh semalam bersidai.  Aku ni rajin basuh baju lipat malas skit, ya la baju banyak pakai sapa nak basuh kalau tak aku, masa aku dok umah akak aku semua aku hantar dobi, memang aku malas.  Sebenarnya aku suka dobi sebab sabun dia pakai jenis apa ntah bau dia aku suka, cam habit la plak dok cium baju dobi lepas amik dari kedai. 

Sambil tu telan dua biji ubat gak la, dalam fenin2 lalat aku aku mula terpandang t-shirt2 putih aku yang lama tak pakai tu takut jadi kuning semua aku kutip basuh semula.  Biar lama tak pakai tapi aku tak nak warna dia tak cantik.  Banyak t-shirt aku yang aku dah kurang pakai la, aku akan pakai yang mana aku suka ja, tu tabiat aku, kenkadang nampak cam tak dak baju pun ada. Layan facebook pun aku kurang dua hari ni, elok gak la demam salu at least aku boleh hindar dari main fb skit, asyik melayan fb dia buat aku gila kalau tak jenguk fb ni.  Bila dah lemau baca status orang pun nak menyampah. Pengajaran pada aku next time jangan nak main dengan team mix lagi kalau dah naluri perempuan tu pompuan juga, kena skit terus demam, padan muka sendiri tak yah minta belas kasihan orang lain. 




Futsal Tournament TM SME PJ

Aku dapat call dari Teo, nak main futsal tak? tak da menda nak buat so aku accept je pelawaan dia, lagi pun lama dah tak main.  Atas jemputan TM SME PJ game dengan partner, meaning that semua company yang berkerjasama dengan TM la dalam mencari customer2 ni.  TM SME HQ pun hantar la satu team, kita orang main dekat The Challenger PJ, tempat ni kecik je ada tiga court compare ngan Samba Futsal ada banyak court.   Awalnya aku ingat game ni sekadar suka la2, lagi pun main team mix laki dan perempuan, rules dia mesti ada dua pompuan dalam team.  Group kami ada tiga pompuan aku rasa cam risau plak, dah la tak dak reserve, bila tengok team2 lain awai2 dah semangat gila. Aku tengok hadiah tak seberapa, tapi semangat bersukan partner2 nak menang ni lebih plak, nampak cam depa import player pun ada sebab ada muka2 yang aku kenal masa tournament KPJ last year.

First game kami main dengan group mana ntah, gila babas la depa ni nak menang aku kena rembat pun ada , masa rebut bola dia tolak aku, memang la bangang depa ni nak menang, tapi atas semangat kesukanan team kami, pintu goal kami tak bolos la.  Murugan, keeper kami memang bagus.  Dia ni kalau orang ingat adalah atlit negara dulu, Teo cakap dia wakil negara untul acara lari, aku tak ingat la sebab dia dah gemuk, may be dah stop sebab tu badan naik.  Sorang lagi budak tu aku tak ingat nama, muka dia cam mix arab macam serani pun ada skit tapi dia muslim.  Dia pun main bagus aku tengok ada gaya style, banyak back up kami budak2 pompuan mangsa keadaan ni.  Sebenarnya between kita orang pun baru kenal, ni la padahnya team last minit, ha ha.  Shah dan Joe pun aku baru kenal, tapi dia orang main ok, defence bagus, striker pun bagus, kesian depa penat sebab kami tak dak reserve.


Aku lepas first game, macam nak pancit tapi control


Afni, memang salu wakil TM IP ni


Ijan, salu main untuk TM IP gak ni


Jo, budak TM, aku baru kenal kat court ni


Shah pun aku baru kenal kat sini, tapi TM staff la


Baju kuning ni main bagus, aku lupa la nama dia


Teo, Manager kami


Muru, bekas atlet negara

Aku dah biasa main dengan lelaki sebab masa praktis kami memang memang main dengan lelaki, tapi kalau kena rembat tu belum la kena dengan budak2 lelaki2 ni.  Terkejut beruk gak aku setiap game lelaki semua cam tak kenal aku ni perempuan sedapnya depa kick kaki aku rembat, sedapnya depa tendang kuat kena2 aku.  Masa aku ganti Muru jadi keeper aku pun kena rembat, sakit la wei, lelaki rembat cam nak menang duit sejuta, aku tengok hadiah utama printer je pun.  Apalah budak2 ni dah la import main cam nak masuk Olympic, aku yang kena rembat ni terus demam.  Memang aku ada unsur2 nak demam pagi tu, tapi tak sangka plak balik2 umah aku demam terus. Anyway ni satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan la.


Ni adik Hazwan yang rembat aku, dia macho datang minta maaf kat aku masa game dan lepas game


Air 100 plus ni dia beli kat aku tanda rasa bersalah


Shah bergaya dengan hadiah kami tempat ke 4 yang kami menang

Last game aku kena rembat tempat baik punya tangan plus ehem tak yah la cakap kat sini malu plak.  Aku cover cakap tak sakit depan tu, sebenarnya sakit la juga, nak tunjuk kebal depan lelaki, Muru dah tak kasi aku jadi defence dia suruh aku main bahagian tepi saja. Walaupun hadiah simple dan tak menang juara, kami masih dapat hadiah untuk tempat keempat, pada aku ok la tu dari 14 kumpulan, kami top 4.  Dua game kami menang selesa mula, dua game kalah tapi kalau ikut mata kita orang ok juga, walaupun ada tiga player pompuan lawan ngan lelaki yang gagah2 tu.  Good teamwork combination dari team kami walaupun kami hanya kenai kat court.  Memang la staff TM tapi hakikinya aku tak kenal budak2 ni depa keje bahagian apa, tu la staff TM ramai sangat macam mana nak kenal semua, aku pun bukan budak sales tapi gi main untuk team sales., biasala tukan.