Sunday, November 27, 2011

Harimau Malaya I'm So Proud of You

Tiada ungkapan yang indah, selain bersyukur atas kejayaan pasukan bola sepak negara, menang bola semalam.  Alhamdullilah setelah menempuh pelbagai rintangan dan tohmahan dari penyokong-penyokong di sana kita masih mampu mempamerkan permainan yang baik.  Aku yang dari awal menonton permainan pasukan Malaysia, pasukan Harimau Muda memang tak pernah miss tengok setiap game yang dia orang main.  Banyak juga kritikan dari rakyat Malaysia sendiri, tapi pada aku sebagai seorang peminat sukan tidak perlu kritikan2 yang mendownkan semangat player2 tersebut.  Aku rasa pengkritik2 yang lahir dalam facebook atau di kedai kopi hanya tahu erti bola semasa menonton perlawanan, dia orang ni tak dak semangat kesukanan.  Dalam game susah nak jangka apa yang berlaku, so tak perlu la kritik sangat, may be palayer tu nervous sebab tu dia gagal mempamer corak permainan yang sebenar.


Simbol Harimau Malaya

Aku amat bangga dengan Harimau Malaya muda ni, walaupun pelbagai caci dan maki dari penyokong tuan rumah, tapi masih berusaha untuk menaikkan nama Malaysia.  Semangat kesukanan yang tinggi, walaupun rintangan yang begitu teruk semasa hendak turun menentang pasukan tuan rumah.  Entah cam mana ramai gak penyokong yang tak confident dengan kebolehan mereka untuk menentang pasukan tuan rumah, tapi aku confident.  Dari apa yang aku observe terdapat semangat juang yang tinggi dari pasukan Harimau Muda ni dari segi untuk menyerang semula, bukan game dengan pasukan tuan rumah Indonesia, hampir kesemua game yang aku tengok.


Harimau Malaya kebanggaan semua

Kalau ada yang kutuk pasukan Harimau Malaya aku memang marah, coz aku rasa bukan mudah untuk dia orang berhadapan dengan pasukan lawan tak kira dengan negara mana Singapore, Myammar atau pasukan tuan rumah mereka seakan2 dipulau oleh seluruh rakyat Indonesia yang bertindak menyokong pasukan lawan Harimau Muda.  Dia orang terpaksa bertahan dari segi mental dan fizikal, memang bagus la semangat nkorang aku salute la.  Kalau yang mengumpat apsal tak dapat score tuh memang, itu memang adatla kan main bola kalau setiap bola dapat score, mesti orang tak main bola sepak kan.  Aku tak faham la kenapa nak kutuk player over sangat, aku rasa orang tu pun bukan pandai sangat main bola, kalau idak udah tentu dia wakil gi main kat Sukan SEA ke sukan mana2 dulu.

Ong Kim Swee Jurulatih idaman Harimau Malaya


Bermain dalam jangka yang agak lama pada perlawanan akhir memang sangat mendebarkan semua penyokong Malaysia, sama ada yang tengok kat rumah, kat kedai kopi, kat stadium ka.  Sudah 120 minit mereka bermain sedikit keletihan terbayang di wajah mereka.  Sepakan penalti yang telah menentukan Malaysia menjulang piala emas dalam sukan SEA dan sekaligus dapat mengekalkan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.  Kalau dahulu Harimau Muda dibimbing oleh Datuk K.Rajagopal, kini Ong Kim Swee.  Sebenarnya pada aku amat berbangga kerana pasukan Malaysia yang berjurulatihkan orang Malaysia bukan jurulatih import masih mampu menyerlah dalam sukan bola sepak sekaligus menjadikan sukan ini digemari semula oleh rakyat Malaysia.  Pengalaman Ong semasa beliau digantung dalam perlawanan semasa membantah terhadap anak buahnya yang didakwa dikasari oleh pasukan Myammar, cukup membuat pasukan negara kita tertekan.  Alhamdullilah berkat semangat kesukanan dari pasukan Anak Muda bukan saja aku malah semua rakyat Malaysia amat berbangga dengan persembahan yang ditunjukkan. I'm very proud of you anak muda Harimau Malaya..

Video penalti antara Pasuka Harimau Malaya dan Indonesia.



No comments: