Taun ni padan muka aku terkena jalan yang jem skit sana sini, bukan semua jem la. Nak balik kampung asyik mengeliat sejuk ja, lagi pun aku salah jadi tukang tilik la, aku ingat Highway tu aku yang punya, orang lain tak balik kampung la kan. Tup2 keluar ja highway NPE masuk Federal Hway menuju ke Subang aku dah rasa lain macam, banyaknya kete. Ha ha aku terpaksa la harungi juga jalan ni sebab salah sendirikan tanya kenkawan semua cakap tak balik, macam la kawan2 aku tu saja orang utara yang tak balik kampung. Aku jadi malas bertolak awai bukan apa, aku kesejukan la, bukan sebab sayang nak tinggal umah aku. Aku kalau drive, boleh tahan macam pelesit tu kalau kat hway la, kalau kat town aku memang macam terhegeh sebab terlalu berhati2. Kalau kat hway bawa below 100KMJ, memang rasa nak terbalik la dunia aku. Aku rasa lamanya nak sampai Bukit Mertajam, gi pong sensorang drive memang la asyik tekan minyak ja, mana leh bawa slow bosan tengok drebar lori ngan drebar bus yang kurang ajaq.
Masa drive balik aku memang menyampah dengan satu lori biru dan satu kete kecik yang aku consider anak ikan la. Lori biru tu macam tak sedar badan dia panjang cam ular dok main cilop2, potong sana sini, kuar masuk, tanpa fikir keselamatan orang lain. Laju la dia leh lari sebab tak dak muatan, yang aku menyampah tu macam hindu mabuk ja dia drive. Satu lagi yang aku tak tahan anak2 ikan kat jalan raya yang macam tak sedar diri nak race ngan aku, kurang ajar pun ada. Tak padan kete kecik ada hati tak mau kasi aku potong, dia ingat aku pompuan aku tak boleh potong dia. Tak pa tak pa, aku follow ja dia dari belakang masa drive tu, nak tunjuk skill hang cilop2, setakat mana hang leh cilop. Ha ha aku saja tak moh tekan minyak nak tengok hang berlagak sangat depan aku ni.
Masa depan trak mat terap bukan main ek dia dok tunjuk cilop skill dia, aku tengok ja, sebab tadi dia tak kasi aku masuk. Aku tunggu masa yang sesuai, akhirnya aku pun cilop balik depan dia, lepas potong dia aku cilop lagi satu kete then aku pecut, ha ha ha gelak jahat aku tengok. Bila dah bosan drive sensorang memang jadi macam tu tak dak keje, nak main challenge plak ngan orang lain. Tapi kete tu memang aku geram dia tak kasi aku masuk pada awalnya...
No comments:
Post a Comment