Sunday, November 13, 2011

Kembara Mahkota Makan

Pada 22 dan 23 October 2011, aku n the geng seperti biasa jadi AJK untuk Treasure Hunt Division kami ngan customer.  Kami ni cam committee tetap la kalau ada event ngan customer, aku, reen, kak zana salu tolong, biasalah, boleh jenjalan gak negeri orang.  Planning baik punya kita orang memang nak menjelajah negeri Johor lepas event.  Letih juga layan event ni, sebab awal2 pagi kami dah kena ada kat Menara TM, pukul 6.00 pagi aku dah terpacak, kononnya janji time, ni hampes, salu kalau gi mana2 aku la orang pertama sampai ni aku menci ni. Dah la tido pun kejap ja semalam, aduyai ni aku tak suka ni kalau buat janji kita tak datang awai depa lambat plak.

Lepas layan peserta n customer register, 9.30pagi kami pun gerak la.  Jalan clear, kami bergelak dan bergurau senda dalam kete, aku pun relaq skit sebab tak drive, sian Reen drive sensorang la, nak tolong drive aku tak tahu bawa auto, sian aku taw bawa kete manual, kete auto aku tak reti. Kami berempat satu kete, aku, Reen, kak Su n Nina.  Johor ni aku tak berapa explore sangat sebab bukan destinasi impian aku la kalau nak gi jenjalan, aku tak berapa minat sangat ngan negeri ni.  May be aku tak tahu apa ada kat Johor, so sekali ni baru la aku nak tengok kot2 ada apa yang menarik.  Biasa2 saja bandaraya Johor Baharu orang cakap best pada aku biasa2 saja, sebab aku rasa Penang My State yang paling best..perasan kan aku ni.

Aku suka2 ni time baru sampai lepas sesat


Ni la Pulai Spring, Customer Service hancur


Aku dan Reen masa dinner


Bergambar dengan Kak Su time nak balik



Aku saja nak over skit

Sedilit sebanyak pengalaman pahit manis jadi AJK dah memang menjadi adat resam, suka tak suka, every year jadi gak AJK kan, he he, bukan apa peluang dapat melawat tempat2 tu satu, balik leh wat aktiviti sendiri meredah negeri2 yang belum di explore lagi.  Singgah sebentar di Air Itam, Johor, aku beli Teddy Bear, pujuk rayu dengan tokey tu akhirnya aku dapat harga aku nak beli.  Tu biasala style aku bila aku mau beli sesuatu, style yang salu menjadi, kenkadang fikir2 jahat juga aku nie. Hish apa guna belajar commerce kalau tak pandai menawar, Tu kata2 Cikgu aku , Cikgu Rafiah yang ajar subject tu dulu.  Guna skit skill yang ada plus liuk lentok manja2 dapatla beki dengan harga yang u nak tu,  tak kasi tak yah beli, blah ja. 


Posing kat Kedai Bear

Bear ni la aku beli

Pengalaman yang manis kami bertiga adalah kami semasa perjalanan balik, kami memang explore makan ja, makan nasi beriani gam kat Batu Pahat kedai Ibrahim Shah kot aku tak ingat sangat la nama kedai ni.  Lepas makan rasa mengantuk singgah sebentar rumah Kak Su kat Muar, dok melepak dekat sejam, kami masuk pekan Muar pekena Mee Bandung Muar dan Rojak Muar.  Dalam hati kami bertiga ada lagi pasang niat nak pekena Asam Pedas kat Melaka, memang tak ingat dunia la, esok nak kerja, waktu pun kian lewat.  Ha ha best ingat2 Kembara Mahkota Makan2 ni.


Makan mee bandung muar



No comments: