Saturday, November 5, 2011

Aku dan Diriku

Kalau aku pening ada orang nasihat aku benda2 yang aku pelik aku tambah pening.  Dah menjadi sikap semulajadi aku tak boleh nak marah orang sangat2 sebab aku akan mudah kesian.  Macam mana aku nak jadi orang jahat nak marahkan orang tanpa sebab, tu bukan style aku. Biar la orang cakap aku betul bendul sebab mudah percaya kat orang tapi aku memang susah nak marah kat orang yang tak pernah sakitkan hati aku.  Kalau marah pun sekejap ja, sebabnya aku rasa bersalah kalau buat orang lain kena marah, buat orang lain tak disukai tu semua aku tak suka.  Aku tak suka orang ajar aku jadi jahat, aku tak suka orang ajak aku bersekongkol dengan depa kalau depa tak suka aku pun kena tak suka...oh aku memang tak boleh la buat macam tu.

Biarlah orang nak buat jahat kat aku, biarlah orang tipu aku, biarlah orang tak jujur dengan aku, aku redha ja sebab aku yakin setiap yang baik dapat ganjaran, begitu juga kalau yang jahat dapat balasannya. Pada aku setiap keburukan akan terbukti di depan mata, tapi kalau tak dak impak pada aku, aku no hal biarlah hang nak cakap bohong ka apa ka dengan aku.  I don't care la, coz nothing cost me, you bohong u terkantoi that's your problem not my problem.  Biarlah orang cakap aku lembut hati sebab tu salu dipermainkan, cam mana aku nak jadi hati keras, aku tak sampai hati la.  Aku memang macam ni, semua tu bukan dibuat2, sebab tu aku rasa Si Otai yang dua bulan gi nak pencen tu masih dok mengayat aku lagi.  Akunya style pelik sikit, bila dah hang betray aku, aku dah tawar hati la nak kawan balik.  Nak pencen baru nak ajak kawin, tak taw la ikhlas ka tak?  Aku tak caya langsung...

Aku tak setuju kalau orang cakap aku sombong sebab depa tak kenai aku depa cakap aku cam tu.  Orang yang tak faham aku akan cakap aku berlagak, first time jumpa aku la. Once dah rapat baru dia orang tahu aku ni macam mana la.  Sebab aku memang akan wat muka innocent atau muka selamba bila jumpa orang baru kenai, konon2 tak tunjuk tembelang la.  Kalau dah mula sembang, abis la nonstop kenkadang risau gak, hik2..tu la aku yang sebenarnya. Aku cuma tak senyum sangat mula2 kenal sebab urat senyum aku putus agaknya bila aku tak kenai, bila dah kenai banyak urat senyum sambung balik. 

Aku setuju kalau orang cakap aku suka merajuk, he he, sebab memang dari kecik aku kuat merajuk. Banyak menda aku buat yang aku tak leh dah declare kat sini, malu la.  Aku merajuk kejap ja, lepas tu ok la.  Aku setuju kalau orang cakap aku cemburu, tapi sebenarnya aku berpura-pura tak cemburu, tu orang tak tahu sebab aku memang pandai berlakon gak la.  Aku cover line sebab tak nak nampak sangat, dan aku juga cover line dengan buat orang yang kasi aku cemburu tu lebih 20 kali ganda cemburu dekat aku, kalau ikutkan aku jahatkan.  Ya la bila aku cemburu, cara nak sakit hatikan orang yang wat aku cemburu tu adalah dengan buat benda yang aku tahu dia tak suka, sebenarnya tak elok untuk kesihatan cara aku ni, tapi untuk puaskan hati aku.  Aku akan buat cam ni la baru puas hati aku, dari dok marah dalam hati buat apa, baik la kasi orang lain rasa apa yang aku rasa.  Oh aku sangat jahatkan...

Aku juga sangat jahat, kalau aku melayan orang memang boleh kasi orang perasan cam aku syiok sangat dengan dia, tak kira la melalui tipon ka menyakat ka.  Aku sangat jahat, bila orang dah tu perasan dia mula la ingat aku siok kat dia pas tu pi la habaq kat semua orang kata aku suka kat dia, tapi sebenarnya aku tarak la minat pun kat dia. Kenkadang orang yang aku tak layan sangat tu aku suka, tapi aku suka dari jauh ja, nak declare suka malu jugak la, mana tau aku syiok sendiri ka.  Aku suka orang lain aku berpura melayan orang lain, kira2 aku ni jahat la kan, padan muka kalau orang cop aku syiok kat dia.  Lagi satu padan muka aku kalau orang tu pi cari orang lain.  Aku yang frust tak terucap, dan terdiam membisu, semangat pun hilang.  Semuanya atas kebodohan sendiri.  Tapi kalau orang yang bijak dapat agak la kalau aku suka, aku ada satu perangai lain la aku malu, nak tegur pun kontrol, kalau aku guna ayat setakat hang atau aku bila cakap, tu tanda aku tarak la suka.  Tapi tak taw la orang tu kalau dia perasankan..ha ha, apa pun dia anggap I don't care la coz aku taw aku suka sapa sebenarnya.  Aku suka orang yang salu aku ingat la bukan orang yang salu aku cakap atau aku call, beza tu maksudnya, orang yang aku suka mesti tahu kalau aku ingat dia kan, sama2 berdebar sama2 rasa rindu sama2 rasa tak sabar nak jumpa...OMG bila nak jumpa ni aku sangat rindu sama kamu..tu ayat cintan terbaik dari aku...hu hu


No comments: