Apa yang berlaku pada aku dan apa yang berlaku di sekeliling aku banyak mengajar aku erti sebuah cinta. Tak semua orang faham apa yang terbuku di hatiku tentang cinta, mungkin kecewa dengan masa lampau buat aku berat untuk bercinta lagi. Melihat ahli keluarga dan teman2 rapat yang dikecewakan sedikit sebanyak mempengaruhi aku tentang cinta. Kenapa aku takut nak bercinta, adakah mungkin kerana malu atau mungkin takut dikecewakan, segalanya mungkin. Menyelak buku2 cinta aku, semuanya cam hampes dan amat mengecewakan aku. Mungkin terlalu percaya dan terlalu sayang wat aku gila bayang separuh mati. Sedikit rasa kurang percaya aku cepat melangkah pergi, prinsip aku tak suka ditipu, memang nampak cam aku melayan ramai lelaki, tapi bab2 cinta aku setia pada yang satu. Tu yang lelaki tak tahu cemburu saja pada aku, ada juga perempuan yang gusar pada aku kalau aku melayan bf atau laki depa.
Nak mencari cinta di usia sebegini wat aku senyum sendiri, kalau nak bercinta dua tahun lagi, buang masa ja kan. Unless putera katak terus melamar ajak menikah, itu aku setuju la, malas la nak ulang2 cemburu buta, nak spot check kekasih hati, nak bergayut di telefon berejam2, last2 bila gaduh kutuk mengutuk, ungkit mengungkit cam tak pernah bercinta. Frust berhari2 tak makan, menangis tiga hari tiga malam, mata sepet menjadi semakin kecik, last2 nak kuar rumah malu. Sakit kepala menangis tak abis, kena makan ubat sakit lagi. Lepas dua tiga hari elok la aku leh gebang2 cam biasa, ha ha, cam ni la aku ubatkan hati yang luka, gi shopping baju2 mahal, beli barang branded, puaskan ati aku. Macam la leh show off kat jantan tu kan, ni memang teknik bodoh aku yang aku rasa sangat pandai dulu, perabis duit sebab frust.
Aku hanya mampu menyukai seseorang dari jauh, kenkadang aku conpius betulkah apa yang aku rasa ini sama dengan apa yang dia rasa. Tapi aku selalu berfikir dan terus berfikir, betulkah dia suka aku, kenkadang macam tak logik aku fikir semua ni. Kerana logik dan akal fikiran hasil rumusan aku yang belum pasti betul atau salah, aku selalu rasa kecewa sendiri. Sikap aku yang suka menarik diri supaya tidak dikecewakan lagi kenkadang makan diri aku, cam ne aku nak cakap kat orang aku tak sanggup frust menonggeng lagi la. Aku sanggup kecewa sensorang, ermm jelez juga kan aku ni, tapi dalam dendiam la. Selalunya orang tak tahu aku ni jenis pandai cover line gak, walaupun kecewa boleh wat selamba. Kenkadang boleh wat orang tu lagi cemburu dengan cara aku. Bestkan balas dendam cara psiko ni, ni la cara aku yang mana aku salu fikir betul cara ni untuk pujuk hati yang lara.
Oh tuhan tolong sedarkan aku bahawa aku perlu berubah jika ingin bercinta, aku perlu romantik dalam cinta2 ni, tapi mampukah aku nak wat semua ni. Yang aku paling tak sanggup nak memberi hati aku kat lelaki, ni cam ne aku nak handle ni, yang ni la aku rasa paling kritikal kena jumpa doctor love la untuk masalah ni, atau kena masuk class bercinta lagi. Kenkadang bahasa cinta ni indah dalam tulisan sahaja, tak tahu la benar2 berlaku kat luar, kalau ye berlaku alhamdullilah mungkin boleh aku beri cinta aku kat orang yang cinta sangat kat aku. Tapi cam tak logikkan, betulkah, banyak lagi orang lain yang lawa, aku ni jahat takkan kot, ayat2 tapi ni salu aku suka ambil kira may be tu yang menyekat cinta aku kot. He he, aku dah lama terfikir kalau orang ajak aku kawin nak ja aku terima pejam mata malas nak bercinta2 lagi... Tapikan ha guna ayat tapi lagi, nape lelaki yang suka aku malu nak cakap dia cinta aku, apa plak aku kena cakap aku cinta dia, erkk ni aku rasa memalukan aku kan ..betoi dak..tak patut tak patut, tak adil bagi aku bila jiwa kacau kena gi jalan taman kena gi jogging nak hilang rasa debar di dada. Ha ha memang sadiss..
No comments:
Post a Comment