Sunday, November 13, 2011

Walk A Hunt Tiaranita

Nie aktiviti tahunan Tiaranita, kalau sapa2 tak tahu apa tu Tiaranita, sebenarnya Tiaranita ni adalah satu kelab khas untuk para wanita dan isteri2 pekerja dalam syarikat kami, dalam ertikata lain ini kelab untuk pompuan ja la, tak kira la isteri ni kerja tempat lain pun boleh jadi ahli sebab hubby dia kerja kat TM.  Tahun ni aku ngan geng mengekalkan ahli yang sama iaitu Aku, Rehan dan ida, walaupun Ida bukan orang TM tapi kami masih perlukan dia untuk join geng kami, atas sebab kepakaran yang dia miliki.  Taun lepas kami diperkenalkan dengan dia sebab kami masuk last minit dan tak cukup geng, tapi kami selesa dengan dia, so kami nak dia masuk group kami lagi.


Inilah Kumpulan kami, Aku, Rehan & Ida

Tahun ni aku rasa soklan treasure hunt sangat susah first soklan buntu otak kami nak jawab, kami main rembat saja.  Terkejut beruk first submission kami, sedangkan otak kami macam dah buntu nak jawab orang lain pun sama.  Tengok gelagat masing2  kelakar pun ada ingat dah betul la jawapan kami tu, syiok la pula, dengan  tekaan yang melampau batas tiap kali ada treasure hunt mesti ada jawapan dan soklan wat kami tak leh lupa.  Masing2 cuba mendapatkan jawapan yang terbaik, he he, adakalanya jawapan yang diberi buat kami gelak besar tak ingat dunia.  This time treasure hunt ni penuh dengan fun ja group aku ni yang over plak.  Ada yang snap pic kami tak dak masa nak snap pic pun sebab kepala sudah pusing fikir jawapan.

Ada beberapa clue, buat kami fikir jawapan yang melampau dan buat kami tak kering gusi, ha ha, antaranya, jawapan kedai obermain, jawapan D32 ha ha yang mana kami menggambarkan sesuatu di luar dugaan, kalau jadi jawapan contoh memang lagi meriah la group kami.  Adakah benda yang kami fikir tu sangat lucah, dan melibatkan seks dan body, kami ni otak kuning la plak.  Selesai hantar jawapan, kami tengok orang lain senyap ja masa makan kat Hartz Chicken tu, tak tau la depa target number satu kot, group aku pok pek la makan aku makan banyak gak, ha ha cover balik banyak fikir jawapan tak betul.  Ha ha, taun lepas kami salah jalan, taun ni pun kami ada masalah, ha ha, kami memang kena improve la bab2 ni.  Sonoknya tengok gambar2 yang dipaparkan kat skrin, gambar aku paling banyak budak tu dok snap, wah perasan glamor plak aku ni, tapi sebenarnya aku suka la..


Gelagat aku masa makan lepas habis walk hunt


Ida dan Rehan time makan, orang lain stress kami enjoy ja

Taun ni kira aku bertuah la sebab terpilih dalam cabutan bertuahnya, hadiahnya, adalah harta karun yang kita orang kena beli masa treasure tu, he he kopok2 dan air la aku dpt, anyway alhamdullilah aku bertuah la juga kiranya hari ni.  Time aku nak amik hadiah banyak betul orang tepuk dan sorak, kelakar la pla cam terlebih glem la plak, sampai VP yang kasi hadiah cakap, Pn Hamidah, wah tepukan gemuruh, ni mesti glamor ni.  Bila time nak cakap jawapan, memang la kita orang gelak sangat sebab manyak salah lo.  Aku dengan geng memang menang gelak sakan, jahatnya kami dok gelak2 kalau dapat jawapan contoh abis la kami.  Tapi aku rasa terhibur dengan event ni, memang hilang stress.

Masa aku menang cabutan bertuah

Tahun lepas kami dapat number dua, tahun ni dapat number 7, kami tak kisah la sangat sebab memang kami jawab banyak salah.  Dulu dapat periuk nasi, sekali ni dapat Sandwich Maker, alhamdullilah, as long dapat hadiah kami dah bersyukur.  Every year kena masuk la wat collection untuk barang letrik.  Thanks to all my geng yang penuh dengan fun walaupun kita tak menang pi Jakarta kita menang fun group la.  Next year kita berjuang lagi untuk barang letrik lain pula yer.

Nilah hadiah yang kami dapat




No comments: